Online users

Follower

Showing posts with label pekan rabu. Show all posts
Showing posts with label pekan rabu. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Pekan Rabu

Oh. Aku ni nama ja duduk Alor Setar. Nama ja duk ulang pi Pekan Rabu tetapi percayalah aku tak pernah explore Pekan Rabu secara menyeluruh. Setakat pergi beli serunding ada la. Itupun baru ja masuk Pekan Rabu, nampak kat kedai first ada jual serunding, terus beli dan pulang ke rumah. Malas nak pusing jauh jauh. So dikesempatan yang ada, aku tawaf satu Pekan Rabu hari tu. Benda ni jadi lepas aku pi makan Wong Solo dengan Nun & Pa'in last two weeks. Memang aku suka peram cerita lama lama. Dah jadi tabiat dah =.=

Kebetulan Pa'in nak cari benda garu belakang badan tu. Apa ke benda entah namanya.Tapi macam kayu bentuk garfu besar. Kat rumah ni ada satu. Tok duk buat garu belakang badan dia. Nampak macam sedap bebenor garu pakai benda tu. Tapi aku tak pernah try la. Duk tengok tok ja duk guna.

Dah bila sorang start cari barang, yang sorang lagi pun dengan tiba tibanya grab jugak alat garu belakang tu. Memang senang terpengaruh. What to do. Haa. Lepas tu mulalah tengok benda lain. Loyang kuih la, rehal Quran, kasut refleksologi etc. Cepat cepat jalan keluar Pekan Rabu. Takut duit melayang lagi. Hahaha.

Wednesday, January 5, 2011

Kemudahan di Pekan Rabu.

Pekan Rabu dah maju yaw! Dah ada eskalator kat jejantas.Dulu orang cukup tak mahu naik jejantas tu sebab tangganya tinggi sangat.Orang prefer untuk merisikokan diri melintas jalan yang penuh sesak dengan bas dan kereta.Bila dah ada eskalator, orang lebih selesa.Penat pun tak penat.Yo lah.Jejantas tu menghubungkan Pekan Rabu.Yang selalu tuju Pekan Rabu pun golongan tua.Elok sangat la buat eskalator tu.Memudahkan orang ramai.Tambahan, orang sekarang ni dah makin pemalas.Hehehe.Cuba letak tangga dan eskalator sekali, which one do you choose?
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger