Online users

Follower

Showing posts with label new year 2011. Show all posts
Showing posts with label new year 2011. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

Good good.

I'm hoping 2011 will be a good year.

Benda yang dah boleh dijangka akan berlaku ialah ku bakal menamatkan sesi pengajian di Wellington.Erm.Good ke macam tu? Good in a sense tak perlu lagi berjauhan dari family.Yang tak good nya nanti kena sambung setahun lagi kat maktab.Dah masuk final year before grad.Cuak pula nak menempuh alam tu.Bak kata kawan kawan terdekat, nanti balik maktab, orang tengok kami ni tua dah.Market pun dah menjunam.Orang pandang sebelah mata ja.Hahaha.

Good juga sebab dah boleh fikir pasal kereta.Memang target nak beli once dah settle down kat Malaysia.Bukan apa.Senang sikit nak bergerak ke mana mana.Eden tak mampu nak beli mahai mahai.Setakat myvi mampu la.Huhuhu.

Saya nak yang good good saja untuk 2011.

Saturday, January 1, 2011

Harapan 2011.

Entry pertama untuk tahun 2011.

Wah.Terasa kejap je kan masa berlalu.Dah masuk 2011.Umur pun makin bertambah satu angka.Yang penting jiwa tetap remaja.Azam tahun baru, nak improve diri sendiri.Kalau diikutkan,masih banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki.Kalau boleh,solat nak lengkap 5 waktu sehari.Ini azam dari tahun lepas lagi tapi still tak tercapai.Tang subuh selalu K.O.My bad.Kunci jam tapi mata berat sungguh nak buka.

Antara lain, nak tingkatkan lagi hubungan baik sesama manusia.Paling dekat dengan adik adik aku la.Aku ni style cenge' sikit dengan dorang.Style ego tinggi.Semuanya kena ikut cakap aku.Aku ja yang betul.Kuat memerintah pun aku.Tapi itu time aku bad mood ja la.Time mood elok, aku berkelakuan baik.Sungguh.Tak percaya tanya dorang.Hehehe.So, kalau boleh, aku langsung tak nak ada barrier between aku dan dorang.Which means dorang boleh sesuka hati nak gosip dengan aku, nak cerita masalah dsb.Maybe dorang segan sebab jarak umur kitorang agak jauh.

Itulah harapan aku untuk 2011.Nak list panjang panjang takut ada setengah tak boleh nak achieve.So, target sikit sikit dulu.Harapan anda pula bagaimana?

p/s :Wah.Cantik tarikh hari ini . 01.01.2011.

Friday, December 31, 2010

Nearly come to the end.

Hari ini cuti umum.Syok la naa ampa yang duduk belah KL tu.Kedah injak cuti hari Ahad.Bermakna start sekolah hari Isnin la.Bukan main seronok Ika dan Bang Cik.Budak maktab pun apa kurangnya.Semua pakat bersorak kegembiraan kat FB. Terima kasih PM.

Sedar tak sedar dah 31 Disember dah.Oh my.Esok dah masuk 2011.Macam tak percaya ja.Ish.Korang ada planning ke nak sambut new year? Aku non-ado.Duduk terperap dalam rumah je la.Plus, lesen nak keluar malam kena tarik bila ada kat kampung ni.Tok pantang cucu dia keluar malam dengan orang luar.Kalau dengan ahli family, dia ok.Tapi bagus juga sambut new year kat rumah.Sekarang ni macam macam benda boleh jadi kat luar tu.Aku ni nampak je kental, tapi kalau kena kacau dengan mat rempit fewit fewit tepi jalan sebenarnya dalam hati dah goyah.Takut dorang buat lebih dari tu.Elok benarlah duduk dalam rumah je.

Bagi yang planning nak sambut new year kat luar, berhati-hatilah.Tambah tambah yang anak dara ni.Jaga batas dan pergaulan.Jangan pula halalkan apa yang haram ye.Kalau boleh, jangan pergi berdua je dengan bf, bawalah teman perempuan yang lain.Nak berseronok pun ada batasnya. Jangan menyesal di kemudian hari sudah la.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger