Online users

Follower

Showing posts with label Bersatu Games 2011. Show all posts
Showing posts with label Bersatu Games 2011. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Roar!!!


Lima hari duduk kat Dunedin, aku tak banyak berjalan pun.Just tumpukan perhatian kepada game Bersatu. Yo lah. Dah kata pun S/U WMSO, haruslah turun padang support atlet. Hohoho.Lagipun, tak sampai hati tak pergi sokong. Tak larat nak bersorak sampai pecah suara. Batuk krong krang krong krang. Tahun ni semangat Bersatu lain macam sikit.Aura WMSO Roar tu sangat kuat.

First day awal pagi dah menapak kat Edgar Centre. Sumpah sejuk. Suhu kat dalam lagi sejuk berbanding kat luar. Tu yang pakat bersarung glove tu. Huhuhu.Jujur aku cakap, sweater selapis tu tak mampu nak cover sejuk aku. Tapi apakan daya, memang bawa satu sweater tu je pun.Nak pakai puffer, sangat over ok. Colour pink.Dah la besaq gedabak.

Ni haa puffer pink aku. Dah macam teletubbies dah aku tengok. Boooolat.Tsk T_T

Masuk handball. Dapat no. 2. Kalah dengan Otago. Overall, puas hati main dengan Otago sebab masing masing hebat. Gol berselang seli. Kejap kitorang gol, kejap dorang gol. Masing masing ada diver. Kitorang ada Lily, dorang ada Mai. Kalau ingat balik, rasa nak menangis pun ada. Lepas game, semua pakat nangis kot. Rasa kecewa dengan diri sendiri. Kalaulah masa lebih sikit, mungkin boleh menang. Tak pa. Tuhan bagi rezeki takat tu ja. Berbaloi la dengan usaha kami yang training tak sampai 10 kali pun.Hehehe.

During closing ceremony.

Monday, July 25, 2011

Nandos time with the girls


Sekali sekala makan luar apa salahnya kan? Duduk sini, kerap pula aku makan Nandos. Dah itu ja makanan yang up sikit pun yang boleh makan. Nak 'polok' McD tak boleh (Walaupun ada yang cakap boleh makan, aku still was was.Orang cakap kalau was was better jangan makan) So, hari tu ada la buat gathering geng handball. Rindu rinduan nak bergosip.Bukan senang nak kumpul semuanya sekali. Tumpang baru start sem dan semua masih free lagi, moh le kita ke Nandos.

Makan macam seminggu tak jumpa makanan weh.Penuh sampai ke hujung meja.Captain Lily bermurah hati nak belanja we'olls. Tunggu lagi. Hahaha.Sambil makan, sambil bergosip. Kak Lina paling banyak sekali kena soal. Bila nak kahwin la, bila nak ada boyfriend la apa la. Bertubi tubi soalan.Dari gosip lelaki cute sampai ke cerita politik kami sapu.Hahaha.Lepak sampai kena halau dengan orang Nandos.

Wall! Wall! Haa...gitu.

Bakal merindui team handball.Tahun depan pastikan kita juara ye! (This year dapat no. 2. Kalah dengan Otago.)

Saturday, July 9, 2011

Kuman diseberang lautan nampak...

Seriuosly, rasa sedih sangat bila mengenangkan tahun ni merupakan tahun terakhir aku kat Wellington. Sedih sebab tahun depan dah tak dapat nak bersorak untuk WMSO time BERSATU Games. Last year aku tak join so aura sorak tu tak berapa sampai.Tahun ni turun padang as atlet dan supporter. Aku setuju sangat nama games ni BERSATU sebab time ni la semua turun as one team. Tak kira laki ke perempuan, kitorang bersorak bagi sokongan kat player. Tak kisah la dorang kalah or menang, kitorang tetap sorak. For sure, kalau tengah leading, kitorang lagi bersemangat nak bersorak.Thanks to Sharil yang banyak sangat berjasa untuk team WMSO. Dialah ketua sorak. Tak ada dia, kitorang macam lemah.Tak berfungsi. Jerit pun suam suam kuku. Bila dia ada, tiba tiba jadi kuat.

Lebih manis tahun ni bila WMSO naik ke tangga pertama dari segi pungutan pingat. Agak terkilan juga sebenarnya dengan pihak penganjur bila dorang cakap tahun ni sistem pemarkahan ikut point, tak ikut pungutan pingat emas. Mana tak mengamuk team WMSO bila dengar benda ni. Kitorang dah bantah, still kebenaran tak dapat ditegakkan. Tak faham kenapa tiba tiba nak ubah sedangkan sebelum ni tak pernah dibuat pun ikut point.Tup tup tahun ni ikut point. Sedih sedih dan sedih. Lebih sedih bilamana kami tak tahu pun sistem pemarkahan ikut point. At least, inform awal awal so that kitorang lebih bersedia dan tak ada la frust menonggeng sangat. Dalam paper bukan main lagi claim game ni macam Olympic game. Tup tup ikut point. Apa kejadahnya.Erm.Bukan Olympic games ikut gold medal ke? Haish.

Memang la orang cakap menang atau kalah tu tak penting, yang penting main for fun, yang penting unity.Tak ada orang kisah pun siapa yang menang atau kalah. Kalau main for fun, tak perlulah buat gold, silver and bronze medal. Dan tak perlulah buat award best team. Kitorang aim best team kot. Mana tak terkilan bila jadi macam ni. Tup tup team lain yang dapat sikit gold tapi banyak silver yang dijulang jadi best team. Semua angkara ikut point.'Unity is our aim' tu mungkin tercapai dikalangan member satu team, tapi antara team lain, rasanya tarik muka lagi ada la.Berdendam sampai ke sudah.Heh.

Aku menulis ni dari point of view aku sendiri.Korang yang baca, ada nak sentap ke apa ke, sentap lah.Aku tak peduli. Masing masing ada pendapat sendiri. Harapan aku satu je lah. Untuk next year BERSATU, please clarify every single thing so that benda tarik muka, kecik hati semua ni tak jadi. Jangan ambil remeh benda yang sekecik kuman ni. Jangan bagi alasan terlupa nak clarify semua tu. Ini satu pengajaran buat penganjur tahun ni. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

p/s : 3 bungkus biskut untuk most gold medal award? You gotta be kidding me.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger