Online users

Follower

Showing posts with label Seoul Garden. Show all posts
Showing posts with label Seoul Garden. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Status halal Seoul Garden Queensbay Mall.

Malia teringin nak makan kat Seoul Garden. Pucuk dicita, ulam mendatang. Ada outlet baru buka kat Queensbay. Tak sampai sebulan lagi beroperasi. Sebelum ni, aku selalu pergi kat Gurney. Ini dah ada kat Queensbay, dekat sikit la. Dengar cerita dorang tengah buat promotion 15% off untuk adult costumer sampai 31 March ni just for this new outlet. So, tergerak hati nak buka website dorang dan tengok kat QB, tak halal certified lagi. So, saja nak double check dengan dorang sebab outlet baru kan. Kot dorang tengah tunggu approval dari JAKIM. I sent them an email seeking for clarification about halal cert ni. And this is their answer. 


Untuk yang tak nampak aku copy balik ayat dia.

"Currently this outlet had just opened less than a month. Usual the Halal application will take up more than 3 to 6 months to receive the approval. What we ENSURE all the customers all the marinate sauces was been catered from Singapore Company are Halal cetfi and all the supplier goods for the outlet are also Halal Cetfi."

Sedap sikit dengar penjelasan macam ni dari dorang =) At least kita tahu jugak bahan yang digunakan tu adalah halal walaupun sijil Halal tu tak keluar lagi. If korang still was was, better jangan makan ye.Ye lah. Takut nanti melarat jadi benda lain pulak. Lain orang, lain pe'el nya. 

Dah terbiasa request pasal halal tak halal ni since study kat NZ dulu. Bila musykil, kena tanya. Jangan asyik buat assumption sendiri.Takut salah assumption tu.

Sekadar berkongsi informasi. 

Monday, May 21, 2012

Bila bosan...

Disebabkan dah habis exam, maka ramailah yang balik kampung on weekend. Tiba tiba dapat pulak message chain cakap Ahad tak ada workshop.Ah.Lagi la rasa nak hentak kepala atas bantal (dinding is too extreme for me). Nak buat apa kat maktab ni? Makanya, kami kumpulkan geng yang tinggal kat maktab dan pergi Penang. Tak ada tujuan pun sebenarnya pergi Penang. Asalkan nak keluar dari maktab.Itu ja. Bosan oh duduk dalam bilik. Dah la panas. So, pukul 10 pagi berkumpul kat car park. Konvoi 3 kereta. Lily, Ain dan Apih. Sampai Penang around 11.30 pagi, perut pun dah lapar sebab tak makan apa pun dari pagi. Terus berdesup pergi Seoul Garden. Katty, Lily, Apih dan Kema tak pernah merasa lagi makan kat Seoul Garden ni. So, ok la. Lagi pun sekali sekala. Kalau selalu sangat pun, bosan.


Kitorang lepak sampai pukul 2. Mujur la aku tak pakai belt. Kalau tak, boleh senak perut melantak kat sini. Huhuhu. Sampai tersandar kat kerusi la punya pulun sumbat. Yang tak menahan si Kudin la. Orang tu baru refill udang, dia dah angkut sampai habis. Langsung tak kasi chance kat orang lain. Hahaha. Tak pa. Dah nama pun eat all you can.

Duk sedap lepak, sekali nampak Jonathan. Wah. Tak sangka pulak boleh jumpa kat sini. Dia pun macam terkejut. Tak sangka kot dalam banyak banyak tempat, Seoul Garden jugak berjumpa. Dia dengan short nya, macam orang nak pergi camping. Serious sempoi habis Jonathan ni.Dia datang dengan Crab dan lagi sorang lecturer yang bertanggungjawab pantau budak IPIK.We were supposed to have a session with him today tapi nampaknya kitorang dah buat pre-meeting kat Seoul Garden dulu =P


Loser of the day. 

Dah kenyang makan kat Seoul Garden, kitorang gerak pergi Queensbay pulak. Saja cuci mata. Window shopping katanya. Penat weh jalan kat Queensbay. Sekarang baru aku faham kenapa orang lebih prefer parking kat luar mall, sanggup biarkan kereta kena panas. Sebab parking dalam sangat besar. Ada 3 zone. North, Central dan South Zone. Jarak antara satu zon, jauh kot. Kitorang parking kat South. Bayar auto pay kat North. Dah satu hal kena berlari cari kereta sebab ada masa 15 minit selepas bayar untuk keluar dari parking. Tobat lepas ni I parking kat luar ja. Huh. Pusing Queensbay tak habis pun sebab masing masing dah bosan dan penat.

Sebelum balik, singgah tepi laut kat Queensbay sambut birthday Apih. Sebenarnya birthday dia esoknya tapi kitorang saja buat in advance. Beli sepotong kek kat Secret Recipe je pun. Jadi la kan. Budget tengah tight sekarang ni. Huhuhu.

p/s: Terjumpa Farah AF dengan suaminya kat Secret Recipe. Farah kecik je rupanya. Cantik. She's pregnant. Nak tangkap gambar tapi segan. Takut dia tak nak. Al maklumlah, tengah pregnant. Huhuhu.

Thursday, December 8, 2011

Seoul Garden


Cerita Seoul Garden pulak. Actually, kempunan lama dah. Gigih drive dari Alor Setar semata mata nak melantak kat Seoul Garden. Sampai kat Penang, jam pasal dorang tutup jalan sebab ada Sprinta Grand Prix. So, menggagau la cari jalan lain untuk sampai ke Gurney. Sesat sampai ke hospital. Hahaha. Mat arep call member dia. At last, sampai jugak Gurney. Perut dah berbunyi sakan dah. Maka, lepas solat terus laju laju pergi Seoul Garden. Ini second time aku, tapi first time for dia. So, nak bagi dia feel sikit la macam mana makan kat Seoul Garden ni. Pasal aku selalu cakap nanti balik, nak bawa dia datang sini. Best la apa la.

Amik tomyam soup.

Bila dia tengok kena masak sendiri, terus muka jadi lain.Hahaha.Katanya bosan.Yo lah.Kita kena tunggu benda tu masak, baru boleh makan kan. Mungkin bukan style dia kot. Dia lebih suka makanan tu mai hidang depan dia siap siap.

Cino dengan Melayu sama naik.

Rasanya, aku makan lagi banyak dari dia. Hahaha.Pulang dengan perut yang kenyang, hati yang girang.

Friday, February 18, 2011

Seoul Garden

Bila coursemate selalu cakap pasal kehebatan Seoul Garden, aku pun nak try juga la.Nak merasa apa yang best sangat pasal Seoul Garden ni.Tobat best oh sebab bayar RM 30 per head dan makanlah sebanyak mana yang hang nak makan.Eat all you can gitu.Jenis makanan pula sangatlah pelbagai.Ada seafood, ayam, daging, ikan, mee, bihun, sayur, dessert dan macam macam lagi la.Konsep di Seoul Garden ni pula ala ala buffet.Self service dan masak sendiri.

First round.

Permulaan kami slow sikit sebab masing masing first time datang sini.Cangak juga la awal awal tu.Tapi bila dah tahu macam mana nak ambil makanan dan sebagainya, tak berhenti ulang alik refill makanan.Sumpah berbaloi.Kami spend almost 2 hours kat sini.Makan macam orang bercinta.Slow and steady sebab kapasiti perut kecil.So, demi nak merasa semua jenis lauk dan mengelakkan perut sengkak, harus makan dan stop sembang kejap.Lepas tu baru sambung makan.Hehehe.

As usual, my eating partner, Adawiah.Yang ke berapa round entah.Banyak kali sangat bangun refill pinggan.LOL.

Hang nak makan, sendiri masak la.Kami pilih kuah tomyam.

Sahabat sehidup semati, Wan Z.

Keluar Seoul Garden,semua perut ketat.Belt yang pada awalnya atas pusat, terus jatuh bawah pusat.Tsk.Oh.Lupa nak bagitahu, Seoul Garden ni terletak dalam Gurney Mall.Ada satu lagi kat Persisiran Gurney tapi itu tak halal tau.Japgi pergi serbu yang tu pula.Hehehehe.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger