Online users

Follower

Monday, May 21, 2012

Bila bosan...

Disebabkan dah habis exam, maka ramailah yang balik kampung on weekend. Tiba tiba dapat pulak message chain cakap Ahad tak ada workshop.Ah.Lagi la rasa nak hentak kepala atas bantal (dinding is too extreme for me). Nak buat apa kat maktab ni? Makanya, kami kumpulkan geng yang tinggal kat maktab dan pergi Penang. Tak ada tujuan pun sebenarnya pergi Penang. Asalkan nak keluar dari maktab.Itu ja. Bosan oh duduk dalam bilik. Dah la panas. So, pukul 10 pagi berkumpul kat car park. Konvoi 3 kereta. Lily, Ain dan Apih. Sampai Penang around 11.30 pagi, perut pun dah lapar sebab tak makan apa pun dari pagi. Terus berdesup pergi Seoul Garden. Katty, Lily, Apih dan Kema tak pernah merasa lagi makan kat Seoul Garden ni. So, ok la. Lagi pun sekali sekala. Kalau selalu sangat pun, bosan.


Kitorang lepak sampai pukul 2. Mujur la aku tak pakai belt. Kalau tak, boleh senak perut melantak kat sini. Huhuhu. Sampai tersandar kat kerusi la punya pulun sumbat. Yang tak menahan si Kudin la. Orang tu baru refill udang, dia dah angkut sampai habis. Langsung tak kasi chance kat orang lain. Hahaha. Tak pa. Dah nama pun eat all you can.

Duk sedap lepak, sekali nampak Jonathan. Wah. Tak sangka pulak boleh jumpa kat sini. Dia pun macam terkejut. Tak sangka kot dalam banyak banyak tempat, Seoul Garden jugak berjumpa. Dia dengan short nya, macam orang nak pergi camping. Serious sempoi habis Jonathan ni.Dia datang dengan Crab dan lagi sorang lecturer yang bertanggungjawab pantau budak IPIK.We were supposed to have a session with him today tapi nampaknya kitorang dah buat pre-meeting kat Seoul Garden dulu =P


Loser of the day. 

Dah kenyang makan kat Seoul Garden, kitorang gerak pergi Queensbay pulak. Saja cuci mata. Window shopping katanya. Penat weh jalan kat Queensbay. Sekarang baru aku faham kenapa orang lebih prefer parking kat luar mall, sanggup biarkan kereta kena panas. Sebab parking dalam sangat besar. Ada 3 zone. North, Central dan South Zone. Jarak antara satu zon, jauh kot. Kitorang parking kat South. Bayar auto pay kat North. Dah satu hal kena berlari cari kereta sebab ada masa 15 minit selepas bayar untuk keluar dari parking. Tobat lepas ni I parking kat luar ja. Huh. Pusing Queensbay tak habis pun sebab masing masing dah bosan dan penat.

Sebelum balik, singgah tepi laut kat Queensbay sambut birthday Apih. Sebenarnya birthday dia esoknya tapi kitorang saja buat in advance. Beli sepotong kek kat Secret Recipe je pun. Jadi la kan. Budget tengah tight sekarang ni. Huhuhu.

p/s: Terjumpa Farah AF dengan suaminya kat Secret Recipe. Farah kecik je rupanya. Cantik. She's pregnant. Nak tangkap gambar tapi segan. Takut dia tak nak. Al maklumlah, tengah pregnant. Huhuhu.

5 comments:

cha said...

Akak ngidam steamboat la zack huhu. Dah lama tak makan ni aaaa

trica jus said...

mantap kali temannye

[z@ck] said...

sis sasha..
mengidam? wawah..kena suruh kazaa tunaikan ni..hehehe

trica jus..
=)

eDdY said...

aq x pernah lagi g seoul garden ni..mmg sedap ek?? harga camner??

[z@ck] said...

eDdy..
sedap tu, boleh tahan la. yg best nya sebab boleh makan apa saja, berapa lama yang hang suka. tak ada limit.bayar dekat 30 hengget jugak after campur tax semua. =)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger