Online users

Follower

Showing posts with label snow in Wellington. Show all posts
Showing posts with label snow in Wellington. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Hail in Wellington


Kalau diikutkan, sekarang dah officially Spring kat New Zealand ni. Kes Welly turun salji dah lama berlalu. Tak pernah terfikir Welly sekali lagi dihujani salji. Kuasa Tuhan siapa yang boleh halang kan? Al-kisahnya semalam aku keluar rumah dalam pukul 1 petang. Time tu dah start hujan lebat. Dalam pukul 1.30 petang, tiba tiba dengar bunyi hujan yang sangat lebat.Time tu tengah lecture.Duduk pulak dalam hall.Memang boleh dengar dengan jelas la bunyi hujan tu kena bumbung. Bunyi guruh bersilih ganti. Ku ingatkan hujan biasa. Keluar je dari lecture hall, dah putih dah kat luar. Subhanallah. Cantik sangat. Bila tengok dari jarak jauh, memang nampak macam butiran salji.Tapi bila tengok dekat, it's actually hail. Bila kita pijak hail ni, dia tak lembut macam salji.Tapi keras. Macam ais batu. Haa..Bulat bulat tekstur nya.

Kawan kawan yang lain pun excited.

Merata ceruk Uni kami jalan semata mata nak ambil gambar dengan hail ni. Once in a lifetime bebeh.

Kebetulan, aku pakai puffer bulu bulu. Kelas kau mariaaaah =P

Hail ni kejap ja. Tak tahu la hari ni bakal turun hail lagi ke tak.Malas nk check forecast.Hahaha.

Wednesday, August 17, 2011

Video snow


Seperti yang dijanjikan.Snow fall at Wadestown =)

Tuesday, August 16, 2011

Kecewa, hampa semua la.

Kecewa.Aku tunggu heavy snow petang ni tapi tak muncul pun.Yang ada hanya hail yang lebat sampai fully cover road surface.Astaghfirullahalazim.Rosak bahasa ibunda.Rojak sungguh.Punya semangat habaq hang, aku balik dari kelas langsung tak tukar baju tudung semua. Get ready nak tangkap gambar cun cun once snow datang.Ada la datang kejap tapi tak sempat lari keluar dah makin kurang. Sobs. If ikutkan keadaan tadi, boleh ja nak continue buat test tapi apakan daya.Email dah release. Kang satu kerja pula Larah nak re-email semua orang. Just nak share satu footage yang aku rasakan sangat awesome dan penuh bermakna untuk orang Wellington. Mat saleh pun excited weh snow turun.Ye lah. Wellington tak pernah nak bersalji tiba tiba salji.Mana tak naik syeikh orang kat sini.Hehehe.


Have a look peeps! Banyak lagi video kat website tu.Kebanyakkannya pasal salji.Hehe.

Semua sebab snow....

Duh. Test EPSY cancel pulak hari ini. Jujurnya, aku tak suka. Tak bermaksud aku tak suka tu, kira aku dah habis baca notes suma. Cuma aku fikir bila tunda, makin banyak la pulak kerja aku pada masa akan datang.Ecewah.Kalau boleh, biar setel apa yang sepatutnya setel dan tak gaduh fikir dah.Ini semua gara gara dorang expect heavy snow petang ni. That's why cancel. Ok. Dah mula rasa tak suka snow.Hahaha.Sebab hang la semua benda tertunggak. Bak kata encik papanda, mesti ada harga yang perlu dibayar bila turunnya salji ni. Dalam kes aku ni, ni lah harganya.Terpaksa tangguh test dan menjejaskan banyak benda. Haish. Next week uni dah start mid break for two weeks. So, I'll be flying to Gold Coast and Sydney. Hopefully, flight tak cancel. Risau jugak sebab Air New Zealand dah start tunda flight. After break, ada tiga benda nak kena setel. Test EPSY yang tertunggak dan poster EPSY kena submit hari yang sama.Nice kan? Tak bermaknalah cuti aku nanti.Huhuhuhu. A day after tu test ALIN pula. Niceeee. Thanks mr snow. T_T

Ni gambar ambil semalam.Punya excited nak capture snow. Sanggup tunggu dekat luar.Hari ini expect ada ribut salji.

Cubaan buat snowman.Tak cukup ais.

Memang gagah kumpul semata mata nak tangkap gambar.Tsk.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya turun juga salji.

Monday, August 15, 2011

Snow in Wellington.

Miracle happened yesterday. Wellington was snowing. Yep. Setelah berkurun lama tak pernah turun snow, tup tup kali ni turun.Untuk orang yang jakun seperti aku, itu satu benda yang dinanti nantikan.Nak merasa snow flakes kat tempat sendiri. Kat belakang rumah apatah lagi! Patutlah sejuk lain macam semalam. Nak dekat time berbuka, tengok member twit cakap Welly snow.Mula mula tak percaya.Sekali tengok luar, subhanallah. Snow. Walaupun tak lebat, still rasa bertuah dapat merasa nikmat snow fall kat Welly. Ingatkan sehari jelah snow.Sekali hang, hari ini pun snow jugak! Mula sedar time tengah cuci rumah Helen.Nampak macam benda putih jatuh dari bumbung. Lama lama makin lebat. Haa.Ini baru la feel macam betul betul duduk oversea.Kahkahkah.Ada rekod video tapi malas lagi nak upload kat sini.Hahaha.So, layan gambar la dulu naa.

Sisa snow fall semalam.Taken at Wadestown waktu pergi kerja tadi.Boleh buat ABC untuk berbuka! Hehehe.

Snow flake

Subhanallah

Halaman rumah Helen

‎"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya lalu Dia menjadikannya tompok2, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah2nya, dan Dia juga menurunkan butiran2 ais dari langit, dari gunung, maka ditimpakanNYA butiran2 ais itu kpd siapa yg Dia kehendaki dan dihindarkanNYA dari siapa yg Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir2 menghilangkan penglihatan" 24:43

(Copy dari status Naia.Thanks for sharing)

p/s : Terima kasih Tuhan!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger