Online users

Follower

Showing posts with label Sydney. Show all posts
Showing posts with label Sydney. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Sydney: Part 4

Assalamualaikum semua. Morning!

Nak sambung cerita Sydney. Hohoho.Hari ketiga kat Sydney, kitorang makan kat Nasi Goreng Restaurant. Kedai ni kawan aku yang suggest sebab ada menu ikan keli. Aku dah lama kempunan nak makan ikan keli bersambal. Biasa la.Duduk oversea lagu ni la. Mengidam lebih daripada orang mengandung. Nak itu nak ini. Alang alang dah sampai Sydney, ada pulak ikan keli, memang serbu yang tu dulu la. Kedai ni terletak kat 508 Anzac Parade. Tokeh kedai ni orang Indon. Laki bini yang handle.

Order pecel lele. Pergh.Sumpah terbaik! Rasa macam nak take away lagi satu. Ikan tak terasa hanyir, garing dan sambal yang bisa bikin korang terangkat. Aku rasa rahsia pecel lele ni sedap sebab sambal dia. Tak macam sambal biasa. Lain dan yang pasti sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaa. Harga, 11 dollars if tak silap. Sorry la. Pergi dua bulan lepas. Ingat ingat lupa.Hahaha.

Wan ambil ayam apa entah. Sambal sama. Ayam rangup sampai boleh gigit tulang. Ini pun sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Ingat nak bagi two thumbs up tapi agak kurang senonoh ye nak angkat lagi sebelah sebab tengah khusyuk makan. Tak pandang kiri kanan dah.

Aku suggest korang yang pergi Sydney, kena makan kat kedai ni dan try pecel lele or ayam sambal. Ada jugak nasi berlauk. Ikut nafsu tengah puasa time tu, mau je order banyak banyak. Huhuhu. Kaum kerabat dia banyak jugak yang datang makan kat sini. Dah rasa macam dekat Indon. Waktu nak bayar,

Pak cik : Pedasnya ok?
Aku : Aaa. Ok la. Tak pedas sangat.
**Pak cik tu terkejut**
Pak cik : Wah. Suka pedas yang extreme ya?
Aku : Iyaaa.

Silap la pak cik tu cakap dekat aku. Memang kaki makan pedas.Pedas yang extreme!

Wednesday, October 12, 2011

Paddy's Market

Rasa macam ada ketumbuhan besar ja kat kepala sekarang ni. Esok test ALIN. Test yang paling menguji mental dan fizikal. Masuk dari first chapter woi. Jenuh kampoi orang Kedah kata. Start dari semalam asyik mengadap nota ALIN. Dah jadi macam zombie. Tidur pun mimpi ALIN. Dalam toilet pun duk menghafal ALIN. Duh. Cepatlah habis. Tak larat dah nak tampung ilmu banyak banyak dalam kepala ni. Tunggu masa nak curah ja. Huhuhu.

Tinggalkan bab test. Sambung cerita pasal Sydney lagi. One of the main attraction in Sydney is Paddy's Market. Kalau datang Sydney, harus singgah situ sebab barang souvenir dijual dengan harga serendah 2 dollars! Sangat murah weh. Rambang mata nak pilih mana satu sebab ada banyak kedai. Dari t-shirt, boomerang, keychain, FM, topi, accessories dan macam macam lagi ada dijual kat sini. Buat pa nak bazir duit beli kat town yang bapak mahal tu kalau ada yang lagi murah kan? Kualiti sama ja.Aku habis dekat 80 dollars jugak kat Paddy's ni. Beli souvenir untuk diri sendiri, kawan, family.

Paddy's buka hari Rabu sampai Ahad seawal 9 pagi-5 petang. Terletak kat Hay Street.

Sydney: Part 3

Ini jadi sebelum makan KFC. Second day kat Sydney. Decide nak pusing town. Nak pergi Opera House.Memang dah target pergi Sydney, kena pergi Opera House. Dah macam trademark Sydney gitu. Dari Malaysia Hall, kitorang naik bas. Beli 10 trip pass, share dua orang. Memang bajet gila la kat Sydney ni sebab duit habis bayar deposit Malaysia hall. 100 dollars beb. Lepas duit tambang dan makan ja. Huhuhu. Actually tak expect pun dorang akan ambil deposit.Fikir sesama orang Malaysia, takkan nak berkira kan? Sekali dorang hold jugak deposit. Sebelum ni kat Melbourne, kitorang stay Malaysia Hall jugak. Tapi dorang tak hold deposit. Duk ingat sama la macam Sydney.Sekali hang, papa kedana teruih. Huhuhu. Transportation kat Sydney boleh tahan mahal jugak. Untunglah kalau duduk kat town. Malaysia Hall ni jauh sikit dari town.

Gambar semua solo ja pasal pergi pun berdua.Aku amik gambar hang, hang amik gambar aku. Ada la sekeping dua orang tolong tangkapkan.Sobs.

Dalam Government House. See. Sydney is so freakin' hot. Matahari memancar dengan galaknya.

Kat Circular Quay. On the way nak pergi Opera House.Gumuks gilak si baju merah tu.

Tadaaa! Opera House. Finally. Sebelum ni tengok dalam tv ja. Sekarang dapat tengok depan mata. Terima kasih Tuhan. =)

Sydney Town Hall. Jakun sikit tengok bangunan lama ni. Kira nak ambil gambar ja.

Depan Chinatown. Pengaruh kuasa China sangat besar ye kawan kawan. Pergi la mana mana pun mesti ada Chinatown. Banyak kedai makan ja kat sini.

Lepas ni kita pergi Paddy's Market pulak naa. =)

Sydney: Part 2

Aku kalau bercerita pasal Sydney ni, tang makanan ja yang lebih. Hohoho. Second day, berbuka puasa kat KFC. Lepas kempunan nak merasa KFC halal. Atee, kat Welly tak halal. Jauh mencari sampai ke Sydney haa. Mula mula ragu jugak nak makan sebab tak dak display sijil halal, tapi lepas Wan tanya sendiri manager KFC tu, terus jadi confident nak makan. To be frank, KFC Malaysia lagi sedap. Jauh jauh jauh lagi sedap dari oversea punya. Tapi sebab lapar, hadap je lah. Lagi satu, sebab tak ada sos macam kat Malaysia. Gila bosan makan ayam begitu sahaja. Tak feel ok, tak feel. Kalau nak sos, kena beli. Memang macam tu. Kat Welly pun kalau makan kat Ilott, nak sos kena bayar. Kalau sos cili tak pa jugak, ni sos tomato. Aaaaa! Propa ja lebih slogan "So hot right now!" tu. Compare to KFC Malaysia, ayam tu kalau nak kuti' time baru beli, jenuh gedik gedik sebab panas. Yang ini tak, boleh ngap la la tu jugak. Sejuk.Aaa..Kecewa mak noks. Point ketiga, kulit ayam tak rangup. Mungkin sebab dah sejuk, jadi dah tak rangup. Tepung pun rasa lain. Tak sama macam Malaysia. Kesimpulannya, ayam KFC Malaysia lagi sedap.

p/s: Kuti' = cubit

Tuesday, October 11, 2011

Sydney: Part 1

Ini cerita Sydney pulak. Lepas dah penat hoyeh hoyeh kat Gold Coast, aku dan Wan direct ke Sydney. Adawiah dan Att balik Welly. Kema pulak ke Melbourne. Habis pecah terus. So, kat Sydney, kami stay kat Malaysia Hall. Awal awal sampai, aku dah ada bad perception pasal Sydney especially pasal taxi service. Pak cik taxi tu cina. Kitorang cakap la nak pergi Malaysia Hall. Bagi alamat semua. Ok fine la. Yang buat kami tak puas hatinya, dia charge lebih. Meter pulak bukan start dengan 0, tapi 2 dollars. Memang orang kat airport ada cakap dorang kenakan service charge 2 dollars. Tapi bila dah sampai, dia tambah lagi 2 dollars. What the heck? Rasa nak lempang laju laju.Dah la berhenti jauh dari Malaysia Hall pasal dia terlajak. Bukan nak patah balik, disuruhnya kitorang turun dekat situ. Jalan sendiri. Sabar je lah. Fikir bulan puasa, malas nak panjangkan cerita. Moga Tuhan bagi balasan setimpal je lah kat dia.Sydney is so freakin' hot!Nooooh.Bajet macam dah duduk oversea sepuluh tahun ja kan? Gewdikkkssnyeww.

Malam tu buka puasa kat Taste of Thai. Pergh. Sedap weh nasi goreng dia. Satu yang seronoknya pasal Sydney ni, makanan halal bersepah. Tak payah risau nak cari makanan.Selang beberapa kedai, ada ja tanda HALAL. Syok syok. Harga makanan pulak, standard la. Within 10-15 dollars. Portion banyak, padan dengan harga. Sedap pulak tu. Time kitorang sampai situ, kedai memang tengah penuh. Ada ja Malaysian lain yang buka puasa kat situ jugak. Yang pasti dorang bukan student situ sebab time nak buka puasa, masing masing tengok jam. Lepas tu cakap dengan kawan dia, "Dah boleh buka belum ni?". Hahaha. Kitorang dah check awal awal waktu Maghrib. Memang confident ja berbuka. Dorang tengok kitorang makan, baru dorang makan.

Nah. Kasi signboard kedai. Kot kot la ampa nak mai Sydney kan. Banyak cawangan Taste of Thai ni. Ini kat Belmore Road, Randwick. Dekat ja dengan Malaysia Hall. 15 minutes walking sampai la. Lagi satu kat international airport Sydney. Orang Thai ni masak memang sedap.Pi la ceruk mana pun.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger