Online users

Follower

Showing posts with label moral of the story. Show all posts
Showing posts with label moral of the story. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Cow's stomach = Tripe.

Ada cerita lawak. Aku rasa lawak la.Macam ni. Semalam after balik dari hantar baju menari, kitorang pergi Halal Butcher. Bila masuk situ mata jadi rambang la sebab semua benda boleh makan. Tengok sosej nak amik, tengok nugget ayam pun nak amik. Lepas tu teringat yang hari tu ada mengidam nak makan perut lembu. Excuse me, I memang hantu makan organ dalaman lembu ni. Sesetengah tak boleh terima tapi aku dah diajar makan benda alah ni since kecik. So, dah biasa dengan perut, usus, paru dan lidah lembu. Gross kan bunyi? Hahaha. Ok back to story.

Mata mulalah meliar mencari perut lembu frozen. Satu kedai belek, tak ada pun. Kedai ni kadang kadang tak display benda tu.Kita kena cakap kat dia baru dia bawa keluar dari dapur. Mulalah cangak tengok display menu. Ada ka tak 'cow's stomach'. Bahahaha.Non-ado.

Ini la rupa perut lembu yang menjadi kegilaan anak kampung seperti saya ni.

Aku : Apa dia eh perut lembu dalam BI?
Wan : Takkan cow's stomach? Pelik ja bunyi.

(Mula buka dictionary kat handphone Wan. Tengok possible word.Tak jumpa. Fedup. Pi tanya mak cik kaunter teruih)

Wan : Hi, do you sell cow's stomach?
Mak cik : *Buat muka kerek* Cow's stomach? Do you mean it's stomach? (sambil tunjuk perut sendiri)
Wan : I don't know what it is called in English. But it's in white colour.
Mak cik : Do you mean tripe?
Wan : I'm not sure. Can we see how does it look like first?
Mak cik : *Panggil anak dia* SHOW THEM THE TRIPE. (muka memang kerek)

Nooooh.Bantai stomach teruih.Jenuh gelak lepas beli tu.Nak makan tapi tak tau nak sebut dalam BI. Fail. Memang dasar direct translation, hentam stomach. Nasib baik tak sebut tummy or belly.Pening kepala mak cik tu.Rupa rupanya TRIPE. Hohoho.

So, murid-murid semua, mari kita belajar body parts lembu. Penting untuk anak anak muda yang study kat oversea, yang mengada ngada nak makan segala part lembu tapi tak tahu apo kobondonya panggil dalam BI. Penting ni!

Mana tripe? Non-ado. Isk. Lidah ada pulak.

Dulu waktu belajar BI, tak ada la pula come across detail macam ni. Setakat tahu basic body part ja. Tsk. MOE, sila pertimbangkan benda ni untuk dimasukkan dalam syllabus.Oh. Body parts ayam dan kambing jugak.Wahahaha.

Moral of the story, rajin rajin la google body parts lembu. Heh.

Wednesday, February 9, 2011

Serik dah.

Baru sampai rumah.Al-kisah charger yang rosak sudah diganti baru.Ngokngek punya tokeh.Even charger tak ori, ku sangka paling lama bertahan 6 bulan, ini baru pakai seminggu sudah rosak.Mujurlah dia bagi new set.Kalau dia nak perbaik yang rosak tu, memang aku tak nak.Konfirm makan masa berminggu minggu.Cek ada seminggu lebih saja lagi kat Malaysia. Kalau ikutkan hati, dari awal rosak lagi aku nak ambil yang ori tapi sebab sayang duit, beli yang non ori dulu.Huhuhu.Tak sangka nak rosak lagi.

Mujurlah tokeh muda remaja macam aku.Buat muka garang sikit, terus dapat new set.Sesetengah kedai jangan harap nak bagi yang baru.Sehabis boleh nak perbaik.Dah tu, pakai tak lama mana, rosak balik.Duit lagi.Lepas ni dah serik nak beli alat elektronik yang tak ori ni.Biar beli ori yang mahal sikit, asalkan tahan lama dan berkualiti.Huhuhu.

Wednesday, February 2, 2011

Jangan mencuri!

Baru lepas balik dari town.Hari ini buat gila.Awal pagi lepak Jitra, kemudian ambil bas pergi Alor Setar pula on midday.Tak ada apa yang menarik melainkan orang yang sangat ramai di semua tempat.Ku ingat makin dekat dengan Raya Cina ni,makin kurang orang kat town.Ini terbalik pula.Ramai gila orang. Cuaca pula memang bisa bikin hati wa marah oooo.Panas teruk!

Masuk CP, rasa lega sikit sebab kena aircond.Usaha cari tempat lubang aircond keluar.Nak bagi kering ketiak yang dah basah.Huhuhu.Waktu kat CP, berlaku satu pergaduhan gara gara ada mamat kantoi mencuri bateri. Dah la yang mengantoikan mamat tu badan besar.Macam bouncer.Elok je bouncer tu seluk poket belakang mamat tu dan naah, jumpa dua biji bateri.Apa lagi, mula la bouncer tu naik angin.Takut weh.Bayangkanlah, hanya disebabkan dua biji bateri, dorang bergaduh bertumbuk sakan sampaikan kena panggil pak guard untuk leraikan pergaduhan.Pak guard pula haluih.Kesian aku tengok.Dia pun macam tak berdaya nak buat apa.Yang aku hairan, dah terang tang tang salah mamat tu sebab mencuri, kenapa dia still tak nak mengaku?Kenapa still nak bergaduh bertumbuk semua? Yang bouncer tu pun satu.Patutnya boleh selesai cara elok.Tak payah la sampai nak belasah orang kan.Cakap elok elok, minta orang tu mengaku, tak pun bawa je dia pi balai polis.

Moral of the story, janganlah mencuri!

Friday, January 21, 2011

Cucuk, kembung balik.

Ingat tak aku ada cakap jari manis aku kena minyak panas? Blame me for being forgetful.Sumpah terlupa nak letak minyak gamat sebab tengah sibuk tolong Mak Su kat dapur.Waktu awal awal kena, aku just lalukan air saja.Kasi reda sikit denyut denyut tu.Tak tahu la pula boleh jadi seteruk ni.Ini pun aku perasan time malam.Noooh.Menjerit la I you.Terkejut tengok naik kembung keras macam ni.Bila picit, ada terasa sakit sikit.

Mulalah kecoh kecoh kat FB.Tanya macam mana nak kurangkan kembung tu.Ada yang suruh letak colgate.Tapi ramai yang suruh cucuk.Bagi keluar air bisa dalam tu.I tak berani you.Seriau nak cucuk.Takut air bisa memercik mercik.Lepas kena paksa dengan adik adik, dengan sedikit keberanian, cucuk juga kembung tu.Air bisa dah habis keluar.Lega la sekejap.Tapi kan,after few minutes, kembung balik! Wuwuwuwu! Lagu mana ni?

Moral of the story, jangan cucuk kembung tu.Biar dia pecah sendiri.Nanti jadi macam aku.Cucuk, kembung balik.T_T

Tuesday, January 4, 2011

Jealous betullah.


Kalau keluar ke pekan, tak sah kalau tak singgah Popular.Memang gedung ilmu terbaik untukku.Ecewah.Saja pusing pusing bahagian stationery.Rindu pula zaman sekolah rendah dulu.Dalam kotak pensel penuh dengan segala macam benda.Aku paling suka kumpul pen warna warni Pilot.Bekalan untuk tulis biodata diri.Hahaha.Setiap kali keluar, mesti angkut sebatang.

Sekarang ni zaman dah maju.Macam macam benda dah ada.Aku paling kagum kat rekaan gunting.Seingat aku, dulu cukup payah nak cari gunting yang boleh potong kertas bercorak fancy.Kalau ada pun, tak ada jual sampai satu set.Plus, sangatlah mahal.Ku pernah beli untuk buat folio sejarah.Dapat A kot.Ehem.Sekarang ni, dah banyak jual kat kedai.Murah pula tu.Geram.Rasa nak beli buat bekalan nak mengajar nanti.Mana nak tahu boleh guna untuk ABM ka.Hehehe.

Dah la colourful.Geramnya!

Tak cukup dengan tu, kalau nak buat corak atau bingkai kat folio pun tak gaduh lukis tangan dah.Ada yang dalam bentuk stamp pad dah sekarang.Hish.Jealous mak noks.Dulu berusaha aku manual satu satu page lukis corak bunga.Page depan cantik la.Mai kat page last last tu, horrible! terrible!

Moral of the story. aku jealous dengan budak sekolah zaman sekarang.Huh.

Wednesday, December 29, 2010

Pantai Pasir Hitam

Balik dari kenduri, terus jalan jalan.Hentam sajalah pakai baju kurung.Nampak ayu sikit noh.Off we went to Pantai Pasir Hitam.

"Kandungan tourmalin dan ilmenit yang banyak di dalam batuan granit Gunung Raya ini telah menyebabkan kawasan pantai ini berwarna kehitaman." Copy direct dari info board.Hehehe.Ku ingat terbentuk dari sulfur sebab ada bau macam sulfur sikit kat pantai ni.

Pentingnya ada info board di semua kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan English so that masing masing boleh faham kenapa tempat ni terbentuk dan sekian sekian.
Wewiitt...adik manis, kasi ngorat sikit boleh tak?

Baru ku perasan, tempat menarik kat Langkawi ni kebanyakkannya sikit je tarikannya.I mean, kalau pergi Pantai Pasir Hitam, dah tinggal sikit je tempat yang ada pasir hitam.Kalau kat Beras Terbakar pun sama juga.Satu spot ja yang tinggal.

Moral of the story, peliharalah tempat bersejarah.

Wednesday, December 15, 2010

KTM

Tak sangka tiket train pun banyak dah sold out time cuti sekolah ni.Ku ingat tak ramai yang pilih untuk naik train.Rupa-rupanya sama juga.Hari tu aku nak beli tiket ke Tapah.Nak pi kenduri kahwin abang skandalku, Ekin. Aku bajet tak ramai yang naik train.So, a day before baru terkedek kedek nak beli.Sudahnya, acik kaunter kata dah sold out.Semua kelas dah habis.Tudia aiihh..Hampa gila time tu.Rasa sedih tak terkata.Next few days ahead pun acik tu cakap dah habis.

Moral of the story, kalau nak travel, jangan harap orang nak save tiket untuk hang.Beringat sebelum kena.Tempah la awal-awal.Nescaya ada seat untuk hang.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger