Online users

Follower

Showing posts with label tajuddin. Show all posts
Showing posts with label tajuddin. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Catch up session

Sebelum masuk maktab, sempat la jumpa Kamil dan Ped. Pertemuan diatur oleh Kamil kat Gani Char Koew Teow. Sekarang ni cukup payah nak jumpa Kamil pasal dia dah kerja. Free hari Jumaat ja. Actually, dah banyak kali nak jumpa tapi selalu ja ada problem. Aku free, dia busy. Dia free, aku pulak busy berjalan. Hohoho. Ped datang amik kat rumah. Aku ni kalau nak keluar, memang mengharap kat orang je lah. Kalau tak ada yang fetch, naik bas la jawabnya. Sekarang ni nak naik bas pun malas pasal nak kena tunggu jauh daripada rumah. Plus, bas datang 'ikut dan' dia. Tak ada fixed time. Sangat susah. Harapnya kerajaan Kedah boleh amik inisiatif pasal kenderaan awam ni. At least ada jadual bas kat setiap bus stop. So that orang boleh bajet pukul berapa bas nak datang.

Ok.Back to main story. Bila dah jarang berjumpa, macam macam story la keluar. Sekarang ni lebih suka sembang pasal duit. Hahaha. Dah makin besaq, dalam kepala otak asyik fikir pasal duit ja. Al maklumlah, umur dah 23. No money, no talk. Dah pekena char koew teow sorang sepinggan, tak kenyang. Tahu tahu ja la portion nya. Sikit. Kena perut monstah macam aku ni memang tak cukup la kan. Order pulak cucuq udang. Kuah kacang sedap. Ngup ngap ngup ngap makan, dah menginjak senja. Masing masing chow.

p/s: Susah nak gather semua kawan pasal ada yang kerja, belajar, cuti tak sama etc. Hopefully, lepas ni boleh jumpa lebih ramai kawan lama.

Wednesday, February 16, 2011

Lepak tasik siri kedua.

Gigih ni nak update.Sila tepuk tangan tanda sokongan moral anda kepada saya.Kisah tasik lagi.Kisah tayang gambar lagi.Hmppphh.

Nak habaq mai kalau ikut peraturan naik caddy ni, mana boleh berhenti suka hati tepi jalan.Tapi sebab nak tangkap gambar berlatar belakangkan tasik,batu dan pokok getah, kami redah juga turun.Siap parking caddy tepi jalan.Inilah hasilnya.

Batu pun jadi prop.

Pak Supir dan anak anaknya.Hehehe.


Memang mereka gigih melompat dan aku pula gigih berguling atas rumput demi menghasilkan shot yang tak seberapa ini.
Paseipa kaki suka bengkok lagu ni pula? T_T

Hat tengah ja available lagi.Kiri kanan dah kena sambaq.

Buat dah senget manja dia.Hmpph.

Akhir kata, aku syok!

Saturday, February 12, 2011

Lepak Tasik.

Mood malas nak update datang balik.Tayang gambar lepak kat tasik je lah ye.

With Dilla.

First time naik caddy ni.RM 12 satu pusingan tasik.Duk ingat laju la.Sekali hang, slow gila.Orang jogging tepi lagi laju.Hahaha.

Excited jadi penumpang.

4 of us.Produk Tajuddin.

Seronok dapat lepak dengan member sekolah lama.Kena pula yang senang ngam.Memang tak boleh berhenti gelak.

Friday, February 11, 2011

Lepak Tat.

Kan semalam aku ada bagi tau yang aku turun Jitra kan? Pi lepak kat Tat dengan Kamil, Nun dan Dilla.Dilla ni baru balik dari Mansoura.Balik sebab Mesir tengah bergolak sekarang.Tapi dia balik dengan duit sendiri.Sempat juga tanya dia macam mana keadaan sebenar kat sana.Dia kata kat Mansoura tak berapa teruk sangat berbanding dengan tempat lain.Dah kalau mai lepak dengan depa ni, memang riuh satu Tat.

Duk sembang sembang, Nadia pula muncul.Aku tak rapat sangat dengan Nadia.Geng SMJ sekali dengan Nun.Duk ralit sembang sampai tak sedar dah lewat petang.Decide nak pi lepak kat tasik pula since lama dah tak pi.Duk selalu pi dengan pengutip durian, tukar angin pula kali ni.Hihihi.

Wednesday, December 29, 2010

Kawan sampai mati =)

Had good time with my dear friends.Orang kata berkawan biaq sampai mati.Haa.Gitu la rupanya persahabatan kami ni.Kenal since sekolah rendah lagi sampailah ke sekarang ni.Yang penting, still contact.Kalau ikut jarak rumah, aku la paling jauh.Kat Aloq Setaq nun haa.Depa yang lain semua still stay kat Jitra.Aku ja yang berhijrah.Tapi itu tak menghalang kami untuk berjumpa.

Nooh.Tak sempat masuk wayang lagi, dah suku kotak pop corn.Hahaha! Tunggu adinda Kamil lama sangat.

Seronok lain macam sikit lepak dengan depa ni.Otak sorang sorang, gila.Kalau tak gelak, memang tak sah! Style buat lawak kelolo tak ingat.Jangan tanya aku kelolo tu apa.Aku tak reti nak terang kat ampa semua.Tengok TRON for second time.Baru masuk wayang, dah buat hingaq.Mujur duduk sebelah Awa.Kalau duduk sebelah Nun, jenuh dengaq ulasan dia.Style tak boleh tutup mulut habaq hang.

Dah habis TRON, kami pi pekena nasi kandar kat Yasmeen pula.First time datang situ.Boleh tahan juga ayam dia.Pekena sepinggan tak kenyang! Order roti telur pula.Serius roti telur dia sedap.Kuah dhal tu pun sedap.Licin pinggan cek makan! Suka suka.Dalam pukul 6.15 petang, kami mula beransur pulang.Tok dah warning "Hang nak keluar meronda time siang ja.Malam malam jangan duk keluaq" Faham sendiri la naa.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger