Online users

Follower

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Mangkut tingkat

Just now at school, Kak Irma asked me what do we call "mangkuk tingkat" in English because some of the pupils were asking her about it. Happen to be it was in the picture and they wanted to construct sentences about it. Tercabar jugak bila tak dapat nak bagi jawapan pada masa tu jugak. Since I am an oversea graduate, apa-apa kemusykilan terms in English, they normally come to me. Jadi tempat rujukan. Seriau jugak sebab orang expect kita akan tau everything about English language. That's why bila tak dapat jawab soalan Kak Irma, I felt like shit. Balik dari sekolah, menggagau search kat internet and asking my cohortmates. Finally I got the answer. So people, mangkuk tingkat is called tiffin carrier. 

Then, my former colleague (a retiree now) saja nak test vocab aku. She asked me what do we call a person who drives a train. It got me thinking for a while. Obviously, the person literally not driving the train as it was controlled by electric system. So, a train driver is not the correct one. Google punya google, bincang punya bincang, I come to conclude that it is called a train engineer or a locomotive engineer. Sophisticated kan bunyinya? Hehehe. While a train conductor is a person who collects the ticket and make sure everything is alright inside the train cabin.

Sekian kelas Bahasa Inggeris dengan Teacher Japirah. Thank you class. 

Wednesday, February 13, 2013

Status halal Seoul Garden Queensbay Mall.

Malia teringin nak makan kat Seoul Garden. Pucuk dicita, ulam mendatang. Ada outlet baru buka kat Queensbay. Tak sampai sebulan lagi beroperasi. Sebelum ni, aku selalu pergi kat Gurney. Ini dah ada kat Queensbay, dekat sikit la. Dengar cerita dorang tengah buat promotion 15% off untuk adult costumer sampai 31 March ni just for this new outlet. So, tergerak hati nak buka website dorang dan tengok kat QB, tak halal certified lagi. So, saja nak double check dengan dorang sebab outlet baru kan. Kot dorang tengah tunggu approval dari JAKIM. I sent them an email seeking for clarification about halal cert ni. And this is their answer. 


Untuk yang tak nampak aku copy balik ayat dia.

"Currently this outlet had just opened less than a month. Usual the Halal application will take up more than 3 to 6 months to receive the approval. What we ENSURE all the customers all the marinate sauces was been catered from Singapore Company are Halal cetfi and all the supplier goods for the outlet are also Halal Cetfi."

Sedap sikit dengar penjelasan macam ni dari dorang =) At least kita tahu jugak bahan yang digunakan tu adalah halal walaupun sijil Halal tu tak keluar lagi. If korang still was was, better jangan makan ye.Ye lah. Takut nanti melarat jadi benda lain pulak. Lain orang, lain pe'el nya. 

Dah terbiasa request pasal halal tak halal ni since study kat NZ dulu. Bila musykil, kena tanya. Jangan asyik buat assumption sendiri.Takut salah assumption tu.

Sekadar berkongsi informasi. 

Mimpi dipatuk ular

Ya Allah. Semalam mimpi kena patuk ular hitam tompok merah. Huhuhu. Dia patuk kat kaki. Menangis macam nak gila bila bangun tidur.Takut. Bila check kat internet, ramai yang cakap, tu petanda nak kena sihir.Nauzubillah. Minta dijauhkan la dari segala hasad dengki umat manusia ni. Di kesempatan ni, aku nak minta maaf la kepada semua jika aku ada buat salah dengan korang. If ada tak puas hati ke apa, bagi tau la kat aku ye. Kita setel terus.Risau jugak takut ada yang berdendam dalam senyap. Manusia ni tak lari daripada melakukan kesilapan. Kadang kadang kita tak sedar pun kita ada buat salah.Kadang kadang terlepas cakap. Mana nak tau kan? So, sila betulkan saya kalau saya ada buat salah dengan anda anda dan anda. Huhuhu.

Petua ni aku dapat dari satu blog ni. Dia cakap if mimpi ngeri macam ni, bila terbangun dari tidur, isyaratkan ludah  (buat buat ludah, jangan ludah betul betul pulak) ke kiri 3 kali dan baca auzubillah. Kemudian tukar posisi tidur. Wallahualam. Kita ni cuma mampu berusaha dan Tuhan yang menetapkan segala-NYA.

p/s: La ni duk kalut buat senarai semak untuk interview SPP. Tak berapa hari lagi dah nak interview.Huhuhu.

Friday, February 1, 2013

Dignitas:Assisted Dying Organisation

Finish reading Me Before You. I wasn't expecting such ending. Huhu. Nak spoil kat sini ke? Haa..Kasi spoil sikit la noh. Will Traynor ended his life at Dignitas. Fullstop. How it happened? Why? Kena baca sendiri la novel tu.

Tertarik dengan isu suicide dalam novel ni. Dalam erti kata lain, bunuh diri dengan cara yang tak sakit iaitu dengan telan ubat. At first, aku ingat author hentam bubuh je tempat dia mati kat Dignitas tu. Hati tiba tiba terasa nak search kat internet and to my surprise, Dignitas does exist! Dignitas atau assisted dying organisation telah ditubuhkan sejak 1998 dimana mereka membantu orang yang nak bunuh diri secara suka rela. Most of the cases, orang yang mengidap severe physical and mental illness yang banyak datang situ untuk bunuh diri. You know why? Sebab dorang rasa putus harapan nak hidup.Rasa dorang dah tak ada guna lagi kat dunia ni. Bagi dorang,mati lagi bagus dari mereput kat atas kerusi roda and jadi gila.Nauzubillah.

Dignitas ni terletak kat Zurich, Switzerland.Paling banyak orang yang datang situ ialah orang Germany. Cara bunuh diri pulak, doktor akan suntik dadah antiemetic, disusuli dengan dadah pentobarbital yang dilarutkan dalam air atau jus. Dadah ni akan buatkan patient jadi pening dan tidur just 5 minutes after taking it.Lepas tu, within 30 minutes, dadah ni akan rosakkan sistem badan dan matilah seseorang itu.So sad =( Kos nak bunuh diri pun ada. Bukan sikit, almost 15k dollars.

Bilik yang disediakan di dalam Dignitas clinic.Credits to www.guardian.co.uk

Tak dapat bayang macam mana dorang boleh tergamak nak bunuh diri sendiri. Ada yang cakap, its human's rights. They deserve to make choices in life.Tapi, kenapa harus pilih cara ni? Macam melawan kuasa Tuhan pun ada. Kalau dalam Islam, dikira dosa besar bunuh diri ni.Orang cakap, tanah tak terima.Huhuhu. Ternyata, tak semua orang Swiss setuju dengan penubuhan Dignitas ni.

Ada satu kes ni, si bini hidap cancer tapi si suami sihat walafiat.Dek berpegang teguh pada prinsip hidup mati bersama, dua dua register bawah Dignitas and together they die. Hebat sungguh kuasa cinta noh.

Ini ada satu kisah dari mak si mati yang menggunakan khidmat Dignitas clinic untuk 'lepaskan' anak dia.
http://www.mirror.co.uk/news/real-life-stories/i-let-my-son-end-his-life-because-i-love-691223

After I read it, I can conclude that people that choose to die rather alive is a quitter. They stop believing in God's love and power.Hidup hanya sekali.Hargailah sepenuhnya.Tambah kita yang Islam ni, agama kita tak mengajar kita untuk berputus asa apatah lagi bunuh diri. Walau seberat mana pun dugaan yang Tuhan berikan kepada kita, walau tak sempurna mana pun kita, pasti ada hikmah di sebalik semua tu. Dugaan datang, kita tempuh.Bukan lari dari dugaan dengan bunuh diri. Such a waste.


Sunday, January 13, 2013

Revisit NZ : Halal food in Auckland

Untuk memudahkan aku dan korang yang membaca, aku compile terus semua kedai makan yang aku pergi kat Auckland hari tu. Mana tahu boleh jadi panduan untuk korang yang ada plan nak jalan jalan kat Auckland ke kan.

1)Star Kebab


Untuk pengetahuan korang, kebanyakkan kedai kebab kat Auckland ni halal untuk dimakan. As far as I know, most of them come from Turki dan sewaktu dengannya.Dan seperti yang kita sedia maklum, dorang ni juga rata ratanya beragama Islam.Tapi untuk keselamatan, check jugak la kat pintu kedai tu for "Halal" sticker.Some of  them even hang the Halal cert inside their store, so it will be more convincing for the Muslims. Star Kebab ni terletak kat 350 Queen Street. Ada kebab, iskander,falafel dan banyak lagi la.Boleh pilih a la carte or combo. Sini selalu kalau combo, dapat air coke sebotol dengan chips. Aku memang kempunan kebab NZ. So, I chose lamb iskander. Iskander dish ni nasi. Dah nama pun melayu, mana boleh tak makan nasi. Ye dak? =P So, dia bagi nasi dengan daging kambing berserta sayur sayuran dan 3 pilihan sos. NZ 10 for lamb iskander. 

Ini dia rupa lamb iskander. Satu benda yang aku suka kalau makan kat tempat orang putih ni, dorang tak kedekut. Melimpah ruah daging dan sayur dia bagi. Cuba kalau kat Malaysia. Ada certain peniaga nak untung je. Jualnya tak ikhlas. Kadang kadang jual kebab, roti pita je lebih. Isi, seciput. Tak berbaloi dengan harga. 

2) Toro Churro
Untuk kudap kudapan, nak makan light light, orang kita cakap, jajan, boleh la try churro ni. If I'm not mistaken, lokasi dia sebelah kedai Star Kebab. Churro ni Spanish doughnut. Kita kalau donut, terbayang bentuk bulat je kan. Ini Spain punya style, donut panjang. Hehehe. Selalu dimakan bersama dengan coklat. Celup, makan. Tak da putar, tak ada jilat. Ngap je terus =P Lepas dapat je, terus makan tau. Dah sejuk kang, tak syok. 

Laki bini enjoying their churros in the middle of the night.

3) Ayutthaya

Kat Ayutthaya, kita boleh lepas kempunan.Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kat sini, banyak sangat hidangan nasi. Ya! Nasi! Kegemaran orang Malaysia! Arif paling seronok bila nak makan kat sini. Sebab dia hantu nasi.Terus bersinar bila jumpa Ayutthaya. Dengar nama kedai pun mesti korang dah boleh teka kan owner dia mai dari mana. Thailand khaaap kun khaaaap.Lokasi, 184, Karangahape Road. Kedai ni terletak dalam Lim Chhour Supermarket. So, kalau nak cari, cari signboard Lim Chhour. Nescaya korang akan jumpa Ayutthaya dalam tu. FYI, bukan Ayutthaya je restoran halal dalam ni. Ada a few lagi yang halal. So, tepuk dada, tanya selera =)

Makanan dia, tip top you. Cer bagi tau I makanan Thai mana yang tak sedap. Semua sedap. 

Mine, pad kra prow chicken. Ceh. Thailand sangat yooou. NZD 10.

4) Atrium on Elliott

Actually Atrium on Elliott ni nama bangunan yang terletak kat Elliott St. Konsep kedai kat dalam Atrium ni pun sama macam kat Lim Chhour. Terletak kat 21-25 Elliott Street. Food court style. Tapi tak semua kedai halal noh. Mata kena meliaq tengok Halal sign dan mulut kena ringan bertanya tokeh kedai. So, kat sini, aku pilih untuk makan kat Bali Star, kedai Indonesia. Balado chicken menjadi pilihan hati. NZD 11. Makanan I paling hujung sekali dalam gambar. Arif dan Adawiah pulak, teringin Spice of India. Beriani, nan dan rice with butter chicken menjadi pilihan hati.

Belakang Arif tu kedai Bali Star.

5) Snow Ice



Dah kenyang telan nasi, terasa nak benda manis la pulak. Jangan risau! Saya ada jawapannya! Snow Ice! Hehehe. Snow Ice ni terletak kat dalam Atrium building jugak.Yang menarik pasal Snow Ice ni ialah ais dia tu macam ais salji. Teksturnya sangat lembut. Aku tahu tempat ni pun dari akak sedara aku yang kebetulan study kat sini dulu. Sekarang dah nak nikah dah. So, disebabkan Adawiah tak pernah merasa lagi snow ice ni, I bawa la depa mai. Lepas kempunan. Ternyata tak sia sia sebab depa suka. Kan Adawiah kan? Ada banyak flavour. Tepuk dada, tanya selera masing masing ye.

Cheq pilih black and white snow ice. NZD 4.90 sajork. Ini saiz paling kecik. Makin besar, makin mahal le ye kawan kawan.

Close up sikit.Rasa nescafe snow ice aku ni. Ada dia tabur kacang sikit. Sedap la senang cerita.

Laki bini punya. Depa amik yang besaq sikit. Cheq tak ingat nama apa snow ice depa ni. Ada rasa strawberi cinta sikit.Al maklumlah, baru kahwin. Hehehe.

6) Kebabs on Queen
Aku pasti semua yang pernah pergi Auckland, dah pernah merasa Kebabs on Queen ni kan? Ni antara kedai kebab yang kitorang tak pernah miss pergi if datang Auckland. Even Datuk K pun datang sini. Hehehe.This was before he was involved in motorcycle crash in Queenstown.Excited ooo dapat jumpa Datuk K. Lagi excited bila dapat makan semeja dengan dia. Duduk sebelah menyebelah lagi you'olls =P To our surprise, he is very down to earth person. Awal awal ja nampak garang sebab misai tebal, tapi lama lama, ok ja rupanya Datuk K ni. No wonder la Siti boleh jatuh hati kat Datuk K, sebab dia memang handsome. Kulit cantik, langsung tak nampak tua. Pakai produk apa Datuk? Hehehe. 

Ni dah melalut dah ni. Patutnya cerita pasal kedai kebab T_T . Kebabs on Queen ni pun terletak kat 300 Queen Street. Price range pun lebih kurang macam kedai kebab lain.NZD 10-15.

Bila dapat tahu Datuk K accident, kami antara yang paling terkejut beruk. Sebab beberapa hari lepas jumpa, tup tup heboh pasal dia accident.Semoga Datuk K cepat sembuh ye. 

Hopefully, information sharing pasal makanan kat Auckland ni dapatlah membantu korang yang nak travel ke sana suatu hari nanti. Kebanyakkan makanan price range dia antara NZD 10-15 per meal. So, bolehlah start buat bajet sekarang. =)


Thursday, January 3, 2013

Revisit NZ : Changi Airport

Bismillahhirohmanirrohim.
Fuh. Akhirnya tercipta jugak satu entry mukaddimah revisit NZ. Hahaha. Kita mulakan dari awal la ye.Tak best langkau langkau ni. I want you to feel like you're apart of this journey.Cewah.

So, kitorang naik Jetstar dari KL to Auckland. Tapi transit kat Singapore dulu. Merasa jugak la jejak kaki kat Singapore even just for transit. Transit lama jugak. About 6 hours. Waktu kat KLIA tu, teragak agak nak isi perut ke tak sebab nanti kat Singapore nak makan lagi. Tapi memikirkan duit Singapore mahal, jamah sikit la makanan kat KLIA tu. Huhuhu.


The newly weds, Adawiah and Arif. 

Perjalanan dari KL to Singapore memakan masa selama sejam je.Kitorang agak kelam kabut jugak check in pasal tak sedar masa berjalan dengan pantasnya. Duk sibuk pi tukaq duit la, pi toilet la, menjamu selera la. Sekali dah panggil boarding dah. Kelam kabut hang naik aerotrain pergi terminal.

Sampai kat Singapore, tuju toilet dulu.Hahaha.Airport Singapore sangatlah besar.Kagum aku. Jalan punya jalan, tak jugak ketemu penghujungnya. Punya nak habaq kata besaq baq hang. Memandangkan transit lama, kitorang pusing pusing je lah dalam airport. Malas nak jalan kat town. Dalam airport pun rasa macam dalam shopping mall. No wonder la Changi airport dapat "The world's Best International Transit Airport". Tak bosan dan kebetulan time kami pergi tu tengah nak Krismas, makanya banyak la pokok Krismas. 

Eating the leftovers that we bought at KLIA. Asalnya cuak nak bawa masuk, takut tak lepas kat kastam but alhamdulillah lepas. Hehehe.

Orang pemalas je yang naik benda alah ni. =P

Korang kalau datang Changi Airport, jangan risaulah pasal nak solat. Sebab ada disediakan surau. Besaq punya. Puas hati. Lengkap semuanya. Cuma satu je lah. Surau ada kat departure je. Arrival tak ada.Huhuhu. Anyway, nak cerita pasal surau kat Changi Airport. Tip top! Ada tempat amik wudhu' for both gender. Letak kat tempat lelaki solat. Sah sah la I yang gegirl ni segan nak pi situ. Sebab dia open. But don't you worry, toilet ada. 
Selesa kan?

Ni haa tempat amik wudhu. Ada sorang mak cik ni tegur Adawiah amik wudhu kat toilet.Katanya ada tempat khas untuk berwudhu' sebelah surau lelaki. Tapi kalau dah open macam ni, terima kasih je lah mak cik oii. Kami berhijab.

Cakap ja multi-religion but semua yang aku nampak time tu orang Islam ja. 

 Tengah meditate mungkin. Hahaha.


After solat, tetiba lapar balik. Mana taknya.Berjalan dalam airport tak ingat dunia. Masa pun banyak lagi, maka mencari makanan la kita yuk. Ada orang cakap kat Singapore nak cari makanan halal susah. Tapi tak pun sebenarnya. Tambah pulak kat airport.Of course la dia akan sediakan yang halal halal saja kan? Kalau tak, dorang yang rugi.Kekeke. 

 Inilah rupa food court dia. Dekat level 1 departure terminal. Many choices to choose from.Subway pun ada.

Our food.

Kasi close up sikit. Always and forever ayam penyet. SGD 7.20. Sedap weh.


Eating partner. Kalau bergambar dengan food, always sebelah dia. We love food.


Sek fan!
 Ada free access to internet jugak. Tapi 15 minit je lah.Melampau la lama lama kan.

Kitorang, kalau dah jumpa internet, kerja nak check in kat FB ja la.Hahaha. Dasar.

Ada yang experience kena tengking dengan custom officer.Alhamdulillah, it never happened to me. Semuanya berjalan dengan sangat lancar. Off we went to Auckland. Okay, next post kita jumpa kat Auckland pulak nooooh.

Monday, May 21, 2012

Kelebihan bulan Rejab

Salam. Just nak share kelebihan bulan Rejab. Aku pun tak sedar dah masuk bulan Rejab, Tengok kawan update status kat FB, baru sedar. Semakin menghampiri bulan Ramadhan. Ganti puasa tak habis lagi. Moh le kita berpuasa di bulan Rejab ni. Banyak kelebihannya. Antaranya :


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab, akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.
So, tunggu apa lagi? Marilah rebut peluang pahala berlipat ganda ni. Ikutkan sekarang ni, aku dah full moon tapi tak pun. Nak puasa sementara boleh.Kang dah full moon kang, susah.Hehehe.

Friday, February 3, 2012

KSSR?

Ada yang bertanya KSSR tu apa. Untuk yang kerja bawah sektor pendidikan konfirm aware dengan KSSR ni. KSSR= Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan menggantikan KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah). In fact, sekarang ni pun dah start implement dekat budak darjah 1 dan 2. Waktu zaman aku dulu, guna KBSR. So, apa yang bezanya KSSR dan KBSR ni? Major thing yang berubah ialah budak darjah 1 dan 2 tak belajar grammar. Only when they enter darjah 3 baru start ajar grammar. One more thing, KSSR berpegang pada prinsip back to basic and fun learning through nursery rhymes, songs and poems. Aku cuba recall macam mana aku belajar English waktu darjah satu dulu. Malangnya aku gagal. Short term memory betul. Huhu. Syok la budak sekarang. Tak perlu susah hati belajar English. Selalunya budak sekolah ni paling allergik bila cikgu BI masuk kelas. Hahaha. Another thing is the reinforcement of penmanship. Pasal ada kes budak darjah 6 tak boleh menulis dengan betul lagi. Parah parah. Kita tak nak la kan bila dah besor gajah still tak boleh tulis. Effect budak tu nak belajar dalam kelas nanti. So, sangat penting untuk ajar budak tu menulis dengan betul.

KSSR jugak lebih kepada on-going assessment. Less exam oriented. Baguslah. Tak ada la dorang stress belajar. I can see our education system is approaching towards better education for all. Banyak ceduk dari oversea punya system which is very good. Yang mana baik, kita amik. Yang mana buruk, kita buang. Ye tak?

Tuesday, December 13, 2011

Tinted kereta

Kan aku cakap aku datang BM sebab ada misi yang perlu diselesaikan kan? Inilah misinya. Tinted cermin kereta. Al-kisahnya hari tu kat Groupon ada buat promo tinted ni. Bayar just RM 150 instead of RM 780 untuk tinted the whole cermin kereta. Warranty 5 tahun. JPJ compliant. Aku tak ada kereta sendiri tapi bila teringatkan mat arep pernah menyuarakan kehendak nak tinted kereta, aku bagitau dia. Aku tak pernah nak amik tau pasal keta ni. Tanya jugak la, RM150 tu kira murah ke standard harga ja. Takut takut la dorang saja letak harga tinggi ke apa ke kan. Dia cakap murah la. Lagipun mak dia duk complaint panas. Al maklumlah, Kedah sekarang ni makin panas. Buka aircond high pun belum tentu boleh cool down.

Servis kedai ni sangatlah tip top. Cermat betul dorang ni buat kerja. Proses tinted ni amik masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Mati kutu jugak kami kat situ. Tak tau nak buat apa. Duk ingatkan sekejap ja. Hahaha. Ada satu plastik tinted tu, nala punya hitam tapi murah. Rasanya yang tu tak lepas JPJ.

So, kepada yang nak duk area BM, nak tinted kereta, boleh la try servis kat sini. Normal price around RM780. Kalau nak yang lagi sejuk, around RM1100. Yang tu dari US punya. Memang sejuk.Langsung tak rasa panas.

QZ & UV Solar Protection,
No. 130, Jalan Tembikai,
Taman Mutiara,
11400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
(012-4920052)

Wednesday, November 30, 2011

Khuf

Gambar diambil semasa winter trip. Kami tak jumpa 'R n R'. Maka, dekat parking lot pun jadi la. Dengan hanya berlapikkan puffer Khai, kami solat. Dekat sana, selalu tahan diri dari kentut sebab nak ambil wudhu' sangat sejuk. Tambah tambah time winter.Lagi la sejuk.Kalau boleh, zohor, asar, maghrib sekali berwudhu saja. Tambahan kalau pergi trip macam ni, jarak antara satu public toilet dengan yang lain agak jauh dan route yang kami guna selalunya melibatkan jalan kampung. Nak tak nak, kena tahan diri dari terbatal wudhu'. Perempuan ni remeh sikit kalau nak berwudhu'. Ye tak?

Terima kasih kepada akak Jenny sebab ajar pasal khuf. Khuf ni merupakan satu keringanan daripada Allah untuk kita berwudhu. Sangat sesuai diaplikasikan oleh orang yang bermusafir selama atau lebih dari 3 hari 3 malam. Khuf ni membolehkan kita tak perlu buka kasut time wudhu'. Kita boleh sapukan air terus ke atas kasut atau stoking kita. Waktu di Wellington, toilet mat saleh ni sentiasa kering. Dorang tak suka basah basah ni. Pernah kami kena sound pasal basahkan sink dan lantai toilet i-site. Time tu tak tahu lagi pasal khuf ni. Ni bila dah tahu, kurang la sikit basah lantai tu pasal dah tak perlu susah susah nak sua kaki dalam sink untuk berwudhu'. Just sapukan air je atas kasut atau stoking. Memadai dengan satu sapuan.

Solat tu tak susah.Allah dah permudahkan segalanya bagi kita. Jangan bagi alasan macam macam noh. Even hang duk ceruk hutan mana pun, solat tetap solat =) Ini peringatan untuk diri aku jugak.

Monday, November 28, 2011

Halal food in Auckland

Semalam Mak Long Ina call tanya pasal New Zealand. Dia nak pergi vacation sana hari ini. So antara benda yang dia tanya pasal makanan halal dan tempat shopping. Bab makanan aku memang boleh tolong tapi bab shopping, tak banyak sangat info aku bagi pasal aku shopping barang murah murah ja. Mak long pulak ada 'class' dia yang tersendiri. Rasa kerdil pulak kalau nak suruh pergi shopping kat 2 dollar shop. Hahaha.

So aku nak kongsi sikit la tempat makanan halal kat New Zealand ni. Kita mulakan dengan Auckland since Auckland ni bandar besar dan kebanyakkan pelancong tuju Auckland walaupun hakikatnya Wellington adalah capital city of NZ. Duh.

1) Mamak Tapas. Terletak di 50 Kitchener St, Chancery, Auckland. Basically serve Malaysian food ala mamak style. Ada roti tisu, roti canai, mee goreng, nasi lemak,seafood laksa etc. Harga pulak range between 10-20 dollars. Kuih muih pun ada. Yang uniknya,taukeh kedai orang Cina tapi buka restoran ala mamak. Satu malaysia meh! Ambience yang sangat menarik. Siap ada unggun api lagi. Kasi panas sikit.

2) Ayutthaya Thai Restaurant. Terletak di 184 Karangahape Road, Auckland. Aku tak sempat nak merasa makanan kat sini tapi berdasarkan review dari member yang study kat Auckland, makanan kat kedai ni sedap.Pure mai dari Thailand. Yang penting halalan toyyiba. =) Kedai ni agak tersorok sebab dia dalam bangunan Lim Chhour Supermarket. Macam dalam food court. Kalau korang pakai GPS, tak ada masalah kot nak mencari.

3) Thai & Malay Food Restaurant. Terletak di dalam Empire building kat Whittaker Place. Puas jugak aku google alamat nak tempek sini tapi tak ketemu. Sokseksoksek dekat budak Auckland, dorang rekemen makan kat sini sebab katanya sangat sedap. Dua kali pergi Auckland, dua kali jugak la kami tuju kedai ni. Sumpah sedap. Portion yang banyak dan rasa yang sangat authentic. Kalau mintak extra hot, memang dia kasi yang super pedas punya. Memang puas hati. Oh my. Tatkala menaip entry ni, terbayang pulak makanan kat Empire. Huhuhu. Harga range between 10-20 dollars. Korang kena cuba makan kat sini tau!

4) Kalau nak makan fast food pulak, boleh la try Oporto, Nandos, Kebabs on Queen, Burgerfuel. Actually, ada banyak lagi halal food kat Auckland. Senang cakap kalau pergi sana, tak gaduh fikir nak masak la. Kat sepanjang Queen St. tu, berlungguk kedai halal. Sangat heaven. So untuk yang nak pergi Auckland, usah risau pasal makanan. Believe me. Just perlu keluar duit je lah =)

Next, Wellington =)

p/s : Untunglah korang. Sekarang dah ada Air Asia pergi NZ. Murah

Monday, November 7, 2011

Baldwin Street, Dunedin : Steepest street in the world.

Fun fact. Do you know that Baldwin Street, Dunedin is reputed by Guinness Book of Records as being the steepest street in the world? Hulamok. Dah macam trivia apa lagi kan. So, here it is. The steepest street in the world. Wan tak berani nak drive sampai ke atas. Dah la kereta sewa. So, kitorang just berhenti kat bawah dan jalan naik ke atas. Ada je kereta yang berjaya sampai ke atas. Tapi bunyi enjin memang menderu la kan. Tak boleh lepas minyak langsung. Hang kena teruskan tekan sampai hang naik atas. Kalau tak, kebarangkalian untuk kereta menggelongsor ke belakang adalah sangat tinggi. Hohoho.

Mengah dah ni =.=

Nak memanjat jalan ni sangatlah mencabar sebab condong. Extre effort sikit lah nak sampai kat atas. Yang menariknya, kiri kanan ada ja rumah orang. I wonder how they survive everyday having to drive their cars up to the top. Kereta consider ok lagi. Yang naik basikal dan moto macam mana pulak? Terkedek kedek nak sampai atas.Nak turun seronok la. Laju je menggelongsor.Hohoho.

Yes! Berjaya sampai jugak akhirnya.

If I'm not mistaken, terjadinya steepest street ni adalah secara tak sengaja. Dorang susun grid jalan tanpa amik kira faktor bentuk muka bumi kat NZ yang berbukit bukau. So, bila dorang letak grid tu kat sini, terjadilah steepest street ni. Gitu le ceritenye.

p/s: Bayangkanlah kalau naik basikal turun jalan ni. If tak dapat control, ada yang menyembah bumi jugak nanti. Skate apatah lagi =.=

Friday, October 7, 2011

dRBook nak challenge Facebook?

Tahukah anda akan kewujudan laman social baru yang dinamakan dRBook? Ala ala macam Facebook jugak cuma pengasas dia orang Malaysia. Tak lain tak bukan ialah...Agak agak korang sapa? Bila cakap Dr. korang terbayang siapa? Hehehe. Dr Rozmey weh! Yaaaaa.Dr Rozmey! Nampaknya dia ni tak pernah kenal erti putus asa. Dulu kecoh kes filem 2 Alam dia yang tak laku tu. Sekarang dia cuba nasib dengan dRBook pulak. Heh.Nak tergelak pun ado. Kalau ikutkan keadaan sekarang, agak susah untuk dia tarik orang ramai untuk sign up sebagai member dRBook.Orang lebih prefer FB sebab FB is way more convenient and interactive.So far baru ada 800 members. Boleh tahan ramai juga yang sign up. Apa la yang dorang fikir waktu sign up ni. Interface dRBook more or less sama macam FB cuma less privacy. Even aku yang tak sign up ni pun boleh view profile orang lain dengan senang lenangnya. Dr Rozmey should work on that.

[Klik gambar untuk tumbesaran]
Status yang diupdate 3 minit lalu. Katanya 12 Nov nanti dia akan keluar NLKO. Nak promote dRBook. Siap minta Kosmo promote lagi.Apa pulak janji dia kali ni? Boleh capai target member 2 juta? 8 juta? Hahaha.

[Klik gambar untuk tumbesaran]
Ini yang aku cakap tadi tu.Aku tak sign up.Tapi boleh view 'what's new'. Malah bila klik nama orang kat news feed, dengan senangnya aku boleh view profile orang lain.Mungkin dorang tak private kan or mungkin juga Dr Rozmey still dalam process untuk menyiapkan setting dRBook ni. Dengar cerita, dRBook baru beroperasi 4 hari. Not bad. 4 hari=800 members.

[Klik gambar untuk tumbesaran]
Saja je klik kat photos, sekali keluar semua album orang yang jadi member dRBook.Ini sangat berlainan dengan FB. Senang gila nak stalk orang kalau macam ni.Hahaha.

Dr Rozmey mungkin ada penyokongnya tersendiri. All the best Dr Rozmey. Untuk masa sekarang, aku masih belum terbuka untuk sign up dRBook ni. Cukuplah dengan akaun FB yang satu ni.Tu pun tak larat nak hadap.Inikan pulak kalau ada 'book' lain. Heh.

Sila ke http://www.drbook.biz/ untuk lihat dengan mata kepala anda sendiri =)

p/s: Btw, I got this info from pengutip durian.Dia tu 'peminat' setia Dr Rozmey.Hehehe.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger