Ya Tuhan, kau lindungilah kami sekeluarga dari segala bencana alam.Amin.
Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts
Thursday, November 25, 2010
Gelombang kedua
Cuak.Mak Su bagitau tadi air kat Kepala Batas dah naik.Gelombang kedua mungkin terjadi.Sungguh tak senang hati.Harapnya tak ada la banjir lagi.Tak larat dah nak berangkut barang naik turun tangga.Kalau sungguh la banjir, aku je lah satu-satunya cucu yang ada dekat dalam rumah ni.Bang Cik dan Ika pergi Terengganu.
Sunday, November 21, 2010
Selepas banjir
Ada yang bertanya pasal keadaan rumah tok sekarang ni after banjir.Alhamdulillah, rumah tok ok.Tak banyak barang yang rosak.Tapi tak menahan tok claim 3 ribu duit ganti rugi dari kerajaan.Padahal barang dia bukan banyak pun yang rosak.Ahahaha.Mengarut la tok.
Karpet lenjun kena air bah.Busuk tarak hingat der.
Waktu aku sampai, banyak yang dah clear.Lumpur semua dah habis dah Pak Ngah dan Pak Su sental.Tinggal nak kemas barang dan mop lantai for second time pula.Agak serabut juga la barang lintang pukang kat atas rumah tapi kira bernasib baik juga la rumah dua tingkat.Ada juga space nak letak barang.Kalau rumah setingkat, haru nak bawa lari barang ke mana kan.
Jiran sebelah rumah.Kesian.Barang banyak rosak sebab rumah setingkat.
Hero tengah clear kan verandah.
Tangga verandah dah retak akibat lama sangat terendam dalam air.
Kusyen ancient tok dah rosak.Dump site baik punya depan rumah.Hahaha.
Mujur anak cucu tok balik tolong bersihkan.Kalau nak harap kat tok sorang, memang tak menang tangan nak bersihkan semua.
Tuesday, November 9, 2010
Somebody please help me.
Homaigod homaigod.Aku dah cuak ni.Dapat message dari Bang Cik.Dia cakap airport Kepala Batas maybe start operate balik on 13th Nov.Guwe punya tiket balik Alor Setar on 12th Nov weyh.Nak tanya kepada yang selalu naik Air Asia. Kalau flight delay, normally dorang bagitau on that day ke or bagi tau awal kat email? Al-maklumlah tak pernah experience flight delay ni.So tak tahu kekdahnya.Kalau flight cancel pula, dapat refund ke apa haa?
Jenuh la merempat sorang-sorang kat LCCT tu sampai dua hari.Oh my.Tolonglah operate on 12 Nov.Tolonglah.Huhuhuhu.Nak cepat sampai rumah =(
Sunday, November 7, 2010
Nak balik.
Rasa sayu pula tengok Nik dah nak balik.Tadi dia dah habis packing barang.Flight dia pukul 4 petang kejap lagi. Tinggallah kami bertiga dalam rumah ni.Lepas ni aku pula menyusul.Lagi 3 hari.Ish.Macam tak percaya.Ya ya.Mesti korang jemu aku asyik cakap macam tak percaya, macam tak percaya.Sungguh.Rasa kejap pula.Rasa macam baru semalam buat countdown.Tup tup dah nak balik.
Agenda paling utama bila sampai di Alor Setar ialah kemas rumah tok.Harapnya by the time aku balik nanti air banjir dah surut.Tak sabar pula nak balik tengok sisa yang tinggal.Semalam skype dengan Afif.Dia cakap sofa merah tok yang gedabak tu dah hancur.Tak sempat nak bawa naik atas sebab besar dan berat sangat.Aku try call Bang Cik banyak kali tapi tak dapat.Last-last give up.Risau tu memang risau sebab tak dapat bercakap dengan dorang.Aku text dorang tak reply.Mujur ada pengutip durian.Dia yang selalu update kat aku pasal info banjir kat rumah tok pasal rumah Wa dia pun kat situ.
Berdebar pula nak balik Malaysia.
Labels:
banjir,
family,
home sweet home,
Malaysia,
personal
Thursday, November 4, 2010
Kasi update sikit
Busy sikit hari ini.Baru lepas hantar barang kat rumah Kam.Lepas satu beban.Semalam aku try call Bang Cik dan Ika.Dua-dua tak angkat.Risau.Last-last call dia tanya macam mana keadaan banjir kat Jitra.Dia cakap hujan dah berhenti tapi air still tak surut.Harapnya hari ini air dah surut dah la.
Ok la you'olls.Tak boleh lama-lama sangat ni.Nak pergi tempat lain pula.Bye bye.
Ok la you'olls.Tak boleh lama-lama sangat ni.Nak pergi tempat lain pula.Bye bye.
Labels:
banjir
Wednesday, November 3, 2010
Lagi gambar banjir di Jitra.
Lagi gambar banjir sekitar Jitra. In courtesy of Ariff Ahmad dan Niesa Salvatore.














Teruk kan? Air kat rumah tok dah paras dada.Ukuran air berdasarkan ketinggian Bang Cik.Dia lagi tinggi dari aku.Nasib baik rumah tok dua tingkat.Air makin naik tapi hujan dah berhenti.Harapnya air akan surut cepat.Aku tak dapat nak tolong apa.Just mampu berdoa semuanya selamat.Dengar cerita airport pun dah tutup.Cuak.Will be back within 9 days.Hopefully by that time, semuanya kembali stabil.















Subscribe to:
Posts (Atom)