Online users

Follower

Showing posts with label Queensbay. Show all posts
Showing posts with label Queensbay. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Window shopping je lebih.


Mujurlah mood nak shopping tak ada time ni.Kalau tak, mau habis juga duit eden.Ini kat Forever 21 outlet Queensbay.Ada buat massive sale sempena CNY rasanya.Besaq nak mampuih outlet ni.Kalau bawa anak kecik, boleh main aci sembunyi.Hehehe.To be frank,baju tak ada la cantik sangat pun tapi mahal nak mam....Jual brand agaknya.

Lenguh juga la kaki ni pusing satu Queensbay.End up beli stocking ja weh.Hahaha.Jadi la tu.Tengah berjimat ni.Hehehe.

Sushi King

Antara sushi yang kami order ialah :

Salmon Mayo Maki.Adawiah gemar yang ini.

California Maki.

Salmon Skin Piri Piri.Sedap bagi aku tapi bukan bagi Wan dan Ada.End up pulun sorang sorang.Cicah wasabi macam cicah sambal belacan.Hahaha.

Ebi Fry.Ini paling aku suka sebab rangup dan isi dia lembut.

Chuka Iidako.It's a baby octopus! Scary kan nak makan? Hahaha.Rasanya liat sedikit tapi tetap sedap!

Ebikko.Telur ikan.Ada rasa crunchy crunchy sikit.

Tori Karaage.Favourite Wan sebab itu isi ayam.Dia memang suka makan ayam ni.Hehehe.

Yang ini menu baru if tak silap.Sumpah macam makan crab ball.Nothing special about it.

Hee.Senyum sebab dah lepas kempunan makan sushi.Harga dikira berdasarkan warna kat plate.Paling mahal colour ungu.Paling murah colour biru.Bil kami dekat RM 70! Hahaha.Puas hati.Ini makan sekali sekala boleh la.Kalau setiap minggu tuju Sushi King, mau botak juga kepala.Huhuhu.

p/s : Nama semuanya hasil carian google di Sushi King website.Silap haribulan, eden tukar profession jadi food blogger kang.Hahaha.

Sushi moment


Hari tu pergi Penang dengan Adawiah dan Wan.Actually plan nak pergi Bukit Merah tapi sebab masing masing ada hal dan masa dah semakin suntuk, lepak Penang sajork.Kempunan nak makan sushi, maka kami pun pergilah ke Queensbay.Sampai pun dah time lunch,perut pula dah berbunyi.Memang perfect timing la kan.Lalu kat Sakae Sushi.Member Wan pernah makan kat situ cuma kitorang ragu ragu nak masuk sebab tak nampak pun orang Melayu yang makan kat situ.Risau juga nak masuk kot kot satgi tak halal pula.Kat luar kedai just ada tulis 'Pork free'.Doesn't mean boleh redah masuk je weh.Tapi kalau dah ragu ragu, better jangan makan.So, kami pergi cari Sushi King je lah.

Masuk masuk kedai dah disambut dengan meriahnya oleh waiter waiter Sushi King.Aku dan Ada first time makan kat Sushi King ni.Duk ikut bontot Wan je lah sebab dia je yang biasa makan kat situ.Apa yang diorder, kami ikut ja.Tak tahu mana yang sedap sebab pilihannya sangatlah banyak.Ada dua tiga jenis yang tak boleh makan sebab contain alcohol.

Hygienic betul tukang buat sushi kat sini.Bagus!

With my eating partner, Adawiah.Asal kalau keluar dengan dia je, mesti duduk sebelah menyebelah.Hehehe.

So, nak tanya ni.Actually Sakae Sushi tu halal dimakan ke tak? Ke ikut cawangan juga?

Saturday, February 5, 2011

After 7 years...


Alang alang dah sampai Penang, terus contact Mira.Dah lama mak cik ni bising bila aku nak turun Penang.Nak tengok pengutip durian.Hohoho.Maka, berjumpalah kami kat J.Co.Sumpah aku tak tahu J.Co ni kedai donut.Ingatkan kedai baju.Hahaha.Nampak sangat jarang datang QB.Dah lama kami tak jumpa since masing masing tukar MRSM waktu form 4 dulu.Kira macam reunion balik la ni.Mira ni study kat USM.Dia ada bela ulaq weh.Cuba pi kat blog dia.Dia ada cerita pasal pet kesayangan dia tu.

Mira bersama Nickhun nya.Betoi ka aku eja nama balak hang ni weh? Hentam keromo ja.Dengaq bunyi lebih kurang kira ok la kan.Hihihi.

Jumpa pun tak lama sebab kami nak pergi tempat lain pula lepas tu.Lagipun, pengutip durian segan dengan Mira.Ya la.Dia tak kenal.First time aku bawa dia jumpa kawan aku.Ada juga dia buka mulut.Itupun bila Nickhun Mira tanya soalan.Kalau tak, bisu ja la.Hehehe.Bila dah duduk sekali ni, keluar habislah gosip.Tak boleh blah bila Mira tanya depan depan macam mana aku jumpa dengan pengutip durian.Jenuh segan.Hahaha.Aku tak jawab soalan tu.Pengutip durian ada sebelah kot.Malllluuuu...

To Mira, thanks for your time.Sorry tak dapat stay lama.Huhuhu.Nanti kita jumpa lagi naa.

Friday, February 4, 2011

Roll..roll..roller..rollerblade!


Actually, dah lama plan nak pergi Penang tapi selalu je tak jadi.Kali ini jadi.Tempat first singgah, tak lain dan tak bukan ialah Queensbay.Dah nama pun muda mudi remaja.Situ la tempat yang paling sesuai.Tak dak pasai nak pi belah Gelugor, Jelutong semua tu. Sampai sana around 11 pagi.Parking pun kosong lagi.Yang heran tu, cino pun ada kat QB.Tak reti raya ka depa ni?Masuk dalam QB, kedai banyak tutup.JUSCO buka pula.Tapi tak kisah sangat sebab itu bukan main reason nak mai QB.Tujuan utama jejak kaki kat QB sebab nak main rollerblade.Weehu.Last time datang dengan darlings.Time tu floor biru lagi.Sekarang ni dah warna warni.Mujur buka you'olls! Tapi harga mahai sikit during CNY. RM 20 per entry.Tapi sebab nak main juga, belasah ja bayaq.Kami orang first yang main untuk hari tu.Tengahari sikit, makin ramai orang.

My kerempeng chocolate man.

Geli hati tengok dia main roller blade.Ini kali pertama dia main so tak boleh nak expect terus hebat kan? Macam budak baru belajar berjalan.Jalan, jatuh.Jalan,jatuh.Hahaha.Ye.Aku memang kejam.Tengok dia jatuh bukan nak tolong bangunkan tapi gelakkan lagi ada la.Lepas tu sibuk tangkap gambaq dia jatuh bergolek sampaikan gambaq sendiri time main tak ada! Padan muko. Huhuhu.

Ecececeh.Salahkan kasut bila jatuh.Padahal...hahaha.

Berpeluh juga main roller blade ni.Sampai basah ketiak! Next time boleh mai lagi!
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger