Showing posts with label gift. Show all posts
Showing posts with label gift. Show all posts
Wednesday, November 30, 2011
Souvenir
Geledah punya geledah kotak bawah rumah, rupanya masih ada lagi baki souvenir yang aku bawa balik last summer. Heh. Keychain ada sepuluh. Fridge magnet pulak ada la dalam 5 ketul lagi. Haa.Elok sangat la tu. Boleh buat umpan untuk bakal anak murid aku nanti. Siapa dapat jawab soalan teacher, dapat keychain New Zealand.Hohohoho.
Wednesday, March 23, 2011
Thursday, March 17, 2011
Another surprise
Tengah online.Sekali dengar ada orang ketuk pintu rumah.Hah.Sapa pula yang mai pagi pagi ni.Bila buka pintu, posmen bagi parcel. Ok. Mula gelabah sebab setahu aku, aku tak pernah beli benda online.
Ni haa rupa parcel tu. First thing comes to my mind, hanger bilik ayaq kot.Hahaha.Sebab panjang.Mulalah fikir orang nak prank aku ke ni. Goncang berkali kali juga la sebelum nak buka tu.Nak kata hari jadi saya, lambat lagi kot.Benda apakah ini???? Siap label fragile lagi oh.

Hohoho.Terus mengalir ayaq mata cek.Memang senang terharu sikit bab macam ni.No wonder la beria sangat suruh duduk rumah hari ini.Jangan pergi mana mana.Kononnya nak aku berehat betul betul. Ada udang di sebalik batu rupanya.Hahaha.Sumpah sampai sekarang aku duk senyum kambing sorang sorang.

Bunga Ros rupanya.Tapi siapa yang kasi? Mula mula bajet secret admirer la bagi kan.Ceh.Bajet hoooot! Bila baca kad tu, sah la dia yang bagi.Macam mana boleh bagi? Dia komplot dengan housemate saya la! Pandai noooo..Patutlah dua tiga hari ni ada rasa macam tak kena ja.
Sayang nak makan ceklat tu.Simpan buat kenangan sampai ke tua la jawabnya.Hohoho.
Sekarang dah tercapai hajat nak bunga ros.Ada kemajuan nampaknya kesayangan saya ni.Dulu bagi bunga teh ja.Sekarang dah pandai bagi ros. Thank you so much sayang.Terharu teruk. =')
Wednesday, February 16, 2011
A gift from a sincere heart.
Sempena one year
Kami celebrate one year simple simple je.Kebetulan pula time tu mengidam nak makan kek, elok sangatlah ke Secret Recipe.Duk buat macam orang kaya boleh.Order kek sorang sepinggan ja.Kami try chocolate lava.Waktu kek ni sampai, rasa macam tak berbaloi pula bayar sampai RM 9.50 untuk sepinggan kek sebegini rupa.Orang kata, lekat celah gigi ja.Tapi, bila makan, sumpah awai awai sedap.Bila mai tang hujung hujung, terus muak.Nak habiskan satu kek ni pun makan masa lama.Memang patut la serve dalam saiz macam tu.Mungkin bagi yang gila kek coklat, boleh habiskan dalam masa sekejap ja.
Kalau tak letak topping ais krim, RM 7 sahaja.(If I'm not mistaken.Correct me if I'm wrong readers.Ingat ingat lupa sebenarnya.Huhuhu.)
Pengutip durian sengih tengok muka sendiri dalam album.Malu katanya.Podah!
Dah kenyang makan, lepak tasik.Tasik lagi.Hahaha.Bermulalah sesi pemberian hadiah.Aku bagi album gambar kami je sebab dia pernah cakap nak semua gambar kami dalam simpanan aku.Yo lah.Ke hulur ke hilir aku dengan Rose, asal dating ja, aku snap gambar.Bila dikumpul, jadi banyak.Dan aku terfikir nak buat album ni instead of bagi gambar dalam pendrive.Duk buat kerja menempek gambar dalam album tu dari awal tahun lagi.Bajet sweet la kan.Ceh.
Apa dia bagi kat aku? Hah.Next entry.
Tuesday, January 25, 2011
Syukran jazeelan!
Actually dah terdetik di hati nak beli telekung baru since telekung lama tu lepas basuh lekat tompok tompok hitam.Dah macam macam cara aku guna untuk hilangkan kesan tompok tu.Dah rendam dalam clorox sampai sehari suntuk, tak juga hilang.Give up kejap.Lepas tu rendam dalam nila pula.Kot kot la boleh cover tompok hitam tu.Tapi, tak berhasil pun.
Bukan satu tompok, tapi bertompok tompok.Macam lembu new zealand!
Mak Nun pun takut aku tak sampai rumah dengan selamat.Tu pasai dia sanggup tolong suluh aku setiap kali balik tusyein.Hehehe.Lawak pula bila fikir balik.Syukran jazeelan mak cik!Tak terbalas jasa mak cik kat saya. Sobs sobs.Tiba tiba tacing.
To Nun, aku tau hang skodeng blog aku setiap kali hang masuk kerja.Kirim salam sayang aku kat mak hang.Lagi satu, aku terlupa nama mak hang.Tu pasai aku address 'mak Nun' dalam entry ni.Hehehe.
Tuesday, December 28, 2010
Hunting for gift.
So, pusing la satu Teow Soon Huat mencari hadiah yang sesuai.Wan came up with her idea to buy fresh flowers or cake.Tapi rasa tak applicable pula sebab tak melekat di ingatan.Cewah.Last last kami decide belikan frame.Yeah yeah.Bunyi macam lame kan.Tapi disebabkan pengantin memang suka ambil gambar, sesuai sangatlah bagi frame.Boleh abadikan kenangan bersama disitu.
Minta salesgirl situ balutkan.Atee...mana bawa alatan membalut der.Kata vacation.Tak vogue la bawa gunting dan salotape.
Dah siap balut =)
Labels:
darlings,
gift,
jalan-jalan,
langkawi,
shopping
Wednesday, December 1, 2010
Gantung accessories
Kahwin nanti, nak beli satu la.Mesti banyak cincin, gelang, rantai, bla bla bla.Kan sayang kan? Hahaha.Dasarrrrr....
Labels:
accessories,
gift,
Kedah,
personal
Tuesday, September 7, 2010
Relaunch Raya Sakan Contest by Insan Tinggi

Klik [sini] untuk baca syarat contest.
Disebabkan semua sibuk buat persiapan nak raya, aku pun nak relaunch balik contest kat blog aku ni. For those yang dah letakkan link tapi belum join lagi, aku dah delete link tu.Adoyai.Ingat. Link kat entry contest tu untuk orang yang dah join.Berkobar-kobar aku nak tengok satu-satu tapi non ado lagi yang join.Apa kes.Huhu.
Jangan lupa join naa...Aku tengah bermurah hati nak bagi souvenir dengan coklat Whittakers ni.Tak nak ke? Hehehe.
Labels:
contest,
gift,
Raya Sakan Contest
Saturday, June 26, 2010
Dapat kad dan feeling hot.
Time tengah bersembang dengan Lily, tiba-tiba Minah(bukan nama sebenar) tarik baju aku.Bila aku toleh, dia kasi ini.

Kantoi double chin.Hahaha.
Olololoo.So sweet ok.Rasa macam hot pula tiba-tiba.Tahu tak apa yang dia tulis dalam tu?
To Zack
Thank you for comeing and helping our class.
From Room 6 *smiley face*
Kan aku dah cakap, mat saleh pun buat mistake dalam spelling.Memang sesuai untuk menggambarkan pepatah mat saleh ini : Nobody's perfect.Ohoo.
By the way, thanks Minah!
Saturday, June 5, 2010
Dedication lagi.
Again, dapat coklat. Akak memang nak saya gemuk ek. Huhu. Sayang akak juga. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)


