Online users

Follower

Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

Move

Fuh. Dah selamat pindah bilik. Nak dijadikan cerita, rumah ni ada satu bilik kosong yang mana lebih kondusif. Ada sistem pengudaraan yang proper dan toilet sendiri. So, akak housemate suggest la pindah bilik situ since in two days ada orang nak masuk menyewa bilik yang kosong kat rumah ni. Mula mula pikir malas nak pindah bilik. Malas nak mengangkut barang, malas nak kemas bilik dan malas. Kunci utama, malas. Tapi bila difikirkan balik, rugi kalau tak pindah bilik tu. Sebab bilik tu macam lagi 'superior' dari bilik aku. Mana aci housemate baru naik takhta terus. Ye dak? Dasar busuk hati betul. Kahkahkah. So, pindah jugakla ke bilik baru. Thanks to akak housemate sebab tolong angkat katil dan meja study. Kalau aku sorang, memang tidak berdaya I tell you.


 So, in two days time, we'll get a new housemate. Hopefully, we will be able to get along well. Hidup menyewa sama sama ni tak selalunya indah. Cewah. lain orang, lain caranya. Kalau dapat hat style baguih, tak berkira bil api ayaq, ke-lia. Kalau dapat hat gila berkira, tu yang tak berapa nak syok tu. She will be posted in my school. Umur 25, so that makes me adik to her. Still the youngest in that school. Hahaha.

By the way, One Stop Superstore buat sale. Barang semua buy 1 free 1. If beli satu, half price. Gila tak membuntang mata aku masuk kedai tu. Kedai dia macam DIY jugak. Banyak benda comel dan obviously, way cheaper than the other store. Tuan blog tak pi kedai hat mahai mahai. Kita sedaq kita sapa. Hidup makan gaji tak senang tegha' mana pun. Kekekeke. Plush toy dia jual RM 2 ja. Semalam aku dah tengok. Ingat nak beli satu letak dalam kereta. Tapi letak balik sebab rasa membazir. Even it is RM 2. Tak mahal mana pun. Balik rumah, terbayang bayang pulak plush toy tu. Haish. Umuq 24 pun still gila plush toy.

Rasa rasanya, macam nak kena pergi lagi je kedai ni. Muehehehe.

Tuesday, September 10, 2013

Living with the married.

Aku nampak kacang hijau terendam dalam tupperware kat dapur dari semalam. Ku sangkakan housemate nak buat bubur kacang.

A: Akak, kacang hijau tu akak rendam dari semalam nak buat bubur ka?
H: *ketawa kecil* Eh, tak da la. Ada la hal sikit.
A: *masih lagi blur*
H: *blushing*

After a few seconds,

A: Oh..ok ok. Faham. Hal rumah tangga eh.
H: Hehehe. Nak cuba petua orang tua. 

Aku lupa status housemateku yang sudah berlaki. 3 tahun sudah berkahwin masih lagi tak dikurniakan cahaya mata. So, kacang hijau ni antara alternatif lain untuk bagi lekat kot. Entah. Aku pun malas nak tanya lebih lebih. Sebab housemate pun macam malu malu nak cerita. Sebelum ni dia makan ubat apa entah, aku tanya jugak "Makan ubat apa tu kak?". Dengan niat nak concern la. Kot kot housemate tak sihat ka apa. Respons dia sama jugak la macam kat atas ni. Ketawa kecil lepas tu macam nak tak nak ja jawab. So, aku faham faham sendiri la.

Tak sampai masa aku lagi nak amik tahu hal laki bini ni. So, if dia tak nak bercerita pun, aku faham la. Mesti dia segan nak kongsi dengan orang single.

Thursday, August 15, 2013

Menjelang Syawal

Disclaimer: Entry ni supposed to be posted before raya. Ada some technical error yang membuatkan entry ni tak ter publish. So, layan ja la noh

Assalamualaikum semua. Fuh. Lama tak menaip kat sini. Tup tup tup esok dah nak raya. How time flies. Rasa kejap pulak Ramadhan kali ni. And I am finally in Kedah. Selamat sampai petang Ahad. Dan paling best sekali, dari Segamat ke Alor Setar hanya 8 jam.Mana taknya, Mat arep speed 140. Selepas dihitung kos perjalanan dari Segamat ke Alor Setar, kos minyak campur tol RM 200. Untuk satu hala perjalanan. Itu maintain speed 130-140. Tapi ada jugak kadang kadang bawa 100 ja. Lepas ni kalau kena saman tu, tahu dah la sebab apa. Hahaha.

So hari ni almost semua adik beradik dah ada kat rumah tok. Makanya, bermulalah sesi kerahan tenaga untuk masak besar besaran malam dan pagi esok. We got chicken,lamb,meat and duck. See...semua jenis mamalia ada. Hahaha. Memang menjadi tradisi kat rumah tok ni untuk masak lauk macam kenduri just untuk pagi raya. Malam ni nak grill lamb. My favourite! Tak sabar nak tunggu berbuka kejap lagi.

Dikesempatan ni aku nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri.Maaf jika aku ada terkasar bahasa dalam blog ni sekaligus buat antara korang offended ke apa. Semoga hari raya ni lebih baik dari sebelum ni. Makan makan jugak tapi jangan overload pulak tau. Hehe.

Kat bawah ni ada a few gambar yang diambil sekitar Ramadhan ni. Sorry, tak tau macam mana nak adjust dia in the middle of entry.Huhu.


I am now active in instagram. So for those yang ada insta, boleh la follow aku at zack9610 

Monday, March 4, 2013

Berbudi kepada tanah.


Rutin setiap kali Pak Su balik ke kampung. Ada paip rumah sapa entah pecah. So, dari biar air tu mengalir tanpa arah tuju, pak su buat saliran air ke tanaman nenas ni. So, tak perlulah susah susah nak mengangkut air siram setiap hari. Nenas yang dah tumbuh besar tu dari pokok rumah mat arep.Nenas rumah dia semua manis manis. Ada suatu ketika dahulu, time nenas berbuah dengan banyaknya, dia selalu bagi sebiji dua kat tok. Tok pulak tak larat nak makan sorang sorang.Jenuh ulang buat pajeri nenas. Aku tak berapa favour sangat.So, dia hulur la kat pak su yang sememangnya hantu nenas. Tak sabar nak tengok hasilnya nanti. Tunggu hujung tahun ni la kot baru nak berbuah.

Friday, February 8, 2013

Mini zoo in here

Ada ular menjalar kat luar rumah tadi.Tapi disebabkan sorang pun tak berani nak katok ular tu, we let it go macam tu saja.Huhuhu. We're kind of expecting it to happen pasal last few weeks, Pak su discover ada kulit ular tertanggal kat pokok nyioq depan rumah. Before that, dia bersalin kat atas bumbung garaj kereta. So memang dah aware ada ular tapi tak expect pulak dia still ada lagi kat kawasan rumah tok. We thought it just salin kulit here then off it went to other places. How I wish there was a man in this house.Semua gegirl je.Tak berani nak katok, takut ular tu melawan balik. Tok kata tu ular air.Tapi aku suspicious sikit pasal bila tengok jarak dekat, ada pattern kaler coklat dan hitam atas kepala dia.Oh myyyyyyyyyy, I am shivering right now.Meremang bulu roma bila fikir balik pasal ular tu.

Lepas tok acah acah, dia menjalar masuk longkang pulak. Kemudian pintu rumah jiran sebelah terbuka.Ada kucing dalam tu. Aku perhati je ular tu nak pergi mana. Penat aku menjerit kat orang sebelah.Dorang tak dengar sikit pun. Nak contact dorang, tak ada nombor.Panggil langsung tak menyut. Pekak ke apa dorang ni. Aku tak boleh nak pergi dekat pintu yang terbuka tu pasal ular tu betul betul kat situ. Luckily, it did not enter the house.

We suddenly locked all doors and windows, afraid it might come again. Tak tahu la macam mana nak handle kalau ular tu masuk rumah.Semua pakat tak berani nak katok. Our neighbourhood ni lelaki tak ramai.If ada pun, jauh dari rumah. Tok's house is like a mini zoo. Katak puru, ular,tikus, musang semua ada.Haish.

Katak tu, boleh lagi la nak cedok buang guna penyodok.Tapi kadang kadang susah jugak sebab dia melompat. How I wish Zul was here. Time dia cuti hari tu, the frog appeared under the sink. I asked him whether he's brave enough to catch it and throw it away. To my surprise, laju je dia capai plastik dan buang katak tu kat dalam semak. I was surprised sebab dulu dia penakut sikit. I think he has grown up and masculine enough to deal with sort of things.

Kes dulu ada tikus mondok dalam bilik. Dia menjerit macam apa lagi. He tried to be hero by putting on Bang Cik's school shoes and used long stick to hit that rat. Bila ada sudden movement made by it, dia menjerit ,kuat gila.Geli mungkin. Tapi kalau ingat balik, memang gelak sorang sorang. Itu satu hal. Time ular masuk rumah tok dulu pun dia jadi pak lawak jugak. Naik atas sinki terus. Hahahaha!

p/s: Baru lepas google image ular air. Hurm.Betul kot tu ular air.Argh...Meremang bulu roma sekali lagi!

Tuesday, February 5, 2013

Little gardener

Presenting Akim as a cute little gardener in the house. Dah jadi kebiasaan waktu petang aku akan siram pokok. So, dia pun akan join sekaki.Kadang kadang pukul 5 petang dah datang rumah "Along, jom ih kok" dalam bahasa normalnya, "Along, jom jiruh pokok". Haa. Dia ni seronok nak main air je sebenarnya. Tapi budak ni bagus.Kalau kita minta tolong ambilkan timba air, dia pergi ambil. Senang nak buli ini budak.Hohoho.So, semalam dia datang bawa topi berkebun bapak dia sekali ke rumah.He looks so cute in that big hat.He loves camera very much.Bila suruh senyum, automatik tayang gigi halus dia. Tak cukup satu shot, dia suruh ambil lagi dan lagi.Amboi!

His favourite plant is pokok pelam and nanas. Everyday kalau nak start siram pokok, mesti dia akan tanya "Nak ih kok lam ka long?" Macam tak ada pokok lain je nak jiruih."Dak aih.Kita jiruih pokok kat belakang dulu.Nanti kita jiruih pokok pelam pulak.Okay?"

"Adik dah ih kok lam ngan kok naih dah long" 
"Habis tu, pokok lain tak jiruih ka?"
"Tamauuuuu..Along ih la.Adik gan (segan)"

T______T Fine akim fine! Buat kerja sekerat jalan. 

Monday, January 21, 2013

Caregiver

Assalamualaikum. Hari ni start jadi nurse untuk tok.Al-kisahnya tok undergo operation mata untuk buang katarak. Sebelum ni dia dah pernah buat mata belah kanan. Kali ni belah kiri pulak.Cepat gila proses nak operate mata ni. Tak sampai seminggu, dah boleh buat. Klinik swasta. Asalkan ada duit, cepat je proses dia. So, semalam, aku mengekor la tok pergi cuci mata kat klinik sebab nanti kat rumah, aku yang nak kena buat.Tunggu doc punya la berjam.Nak cuci mata tak sampai 15 minit pun.Hangin je aku satu badan.

Tok tengah tunggu doc.Sampai dan lena seround la punya lama tunggu doc.

Jumpa geng kat klinik. Luaskan network untuk business acar buah Hajah Saudah. Nak tergelak pun ada bila tengok depa bersembang.Macam conference lanun sedunia.Hihihihi.

Mata tok kena titik ubat 4 kali sehari. Makanya, aku selalu kena aware dengan time.Pergh.Baru sehari dah rasa penat.Baru faham perasaan surirumah tangga sepenuh masa ni macam mana. Sebelum ni, masak semua tok yang buat.Sekarang dah tok mata pun bertempek, memang kerja dia baring je la.Yang masak, aku. Haaa.Aku masak okay.Sat sat pergi dapur.Sat sat check tok. Multitask sungguh.

Selalu aku lepak kat atas rumah.Hari ni, all the time aku kat bawah. Time ni je aku naik atas rumah pasal service aku sebagai nurse tamat pukul 8 malam. Tu last time untuk titik ubat.Berdebor jugak la nak cuci mata tok pasal doc tu demo laju bebenor. Tak sempat nak process dalam otak.Mujur sekarang zaman dah maju. Boleh rekod through phone. Aku yang paling muda pergi tengok demo tu. Yang lain, semua dah pangkat mak cik dah. Semalam punya balutan kat mata, fail! Ke bawah sangat eye patch tok tu. Rasa kelakar pulak tengok hasil kerja sendiri.Hari ni, dah makin kemas. Dah dapat rentak.Ewah.

Akim punya la takut tengok tok jadi 'lanun' sampai tak berani datang rumah hari ni. Asal nampak tok ja, dia cakap "Long Dah jadi hantu" Hahaha. Kesian tok.

Wednesday, November 21, 2012

Cik ti

Al kisahnya semenjak aku balik raya haji, hidup aku sentiasa tak tenang. Selalu ja terganggu oleh cik ti. Dari mana dia datang, mungkin dari sawah depan rumah or mungkin juga dia dah lama bermaharajalela kat rumah ni. Cuma kitorang ja yang tak perasan. Baru baru ni aku kemas bilik, nak la simpan beg dalam almari. Almari rumah ni semuanya ancient. Zaman tok badan slim lagi dah ada. Aku kemas dan re-use balik. Ada la certain part dah reput tapi still okay lagi untuk dipakai. Aku jarang buka pintu almari letak bag tu. Level bawah sekali. Disebabkan malas nak mencangkung, aku rodok beg tu masuk sambil bongkok ja. Rodok punya rodok, cik ti keluar mengejut. Berlari atas kaki aku dan keluar bilik. Aku macam orang histeria. Menjerit sampai nak putus urat kentut. Agaknya dia ingat aku nak cari dia kot padahal aku nak simpan bag. Dah tak semena mena aku tahu tikus buat sarang dalam bilik aku.

Since that day hidup aku tak tenang. Nak masuk bilik sendiri pun dah macam penyangak. Terhendap hendap. Takut terjumpa cik ti. Satu malam tu, aku dengar bunyi plastik bergerak. Sekali teringat aku ada letak makanan kat dalam bilik aku. Level bawah sekali. Memang tepat sangkaan aku. Habis plastik keropok  ikan I dia gigit. Plastik yang keras tu. Punya kuat la gigi cik ti ni. Dapur tu, jangan la tinggal makanan tak bertutup. Konfirm dia akan selongkar punya. Sinki tu pun jangan dibiarkan ada sisa makanan. Cik ti tunggu masa ja nak serbu.

Since that day la aku berdendam dengan cik ti. Dendam kesumat tapi tak cakap kuat kuat. Sebab orang tua tua cakap tak elok berdendam dengan cik ti ni. Keluarkan perkataan yang tak elok pasal dia lagi la tak boleh. Nanti dia angkut geng dia mai tebuk lubang kat baju kita. So, aku berdendam dalam hati ja la. Kalau fizikal pun, habis kuat I hentak hentak kaki mengerang macam orang sakit nak beranak ja. Hahaha.Punya geram habaq hang. Dulu tok pernah pasang perangkap 3 malam. 3 ekor dapat. Besar besar. Macam tikus mondok. So, aku propose kat tok untuk pasang perangkap lagi.


So, malam dua hari lepas, pasang perangkap depan toilet atas. Umpan ikan goreng. First time aku handle perangkap tikus ni. New experience. Susah jugak nak bagi benda tu tak bidas sebelum waktunya. Sebab cangkuk perangkap tu sangat fragile. Hang tersentuh sikit, piap! Bidas la jawabnya. So, lepas setel pasang perangkap, tutup lampu. Memang aku konfirm kat situ port dia. Pasang perangkap pukul 9.30 malam. Dalam pukul 11 macam tu, aku terdengar perangkap tu bidas. Tapi tak berani pi tengok. Takut jugak sebenarnya aku ni. Hahaha. Tidur pun sampai mimpi pasang perangkap tikus la.Hahaha.


Esoknya, tengok. Hah! Perangkap I mengena! Senyap ja cik ti dalam tu. Elok pulak dia duduk hujung pintu perangkap. Try nak keluar tapi tak lepas lettewww.Dah satu hal pulak nak mengangkat perangkap tu. Aku geli tengok cik ti tu. Tok dah bising bising dah suruh angkat letak kat belakang rumah. Agaknya dia rimas tengok cucu dia lambat sangat bertindak, dia ambil kain buruk buat lapik dan angkat terus sampai ke bawah rumah. Sambil angkat, sambil membebel. Duh. Letih dengar.

Plan asal, nak ambil kucing jiran sebelah then bagi cik ti kat dia. Aku menentang keras idea tok nak simbah air panas. Kesian kot kat cik ti tu. Walaupun dia dah membuat kekecohan kat rumah ni, aku still ada perasaan kasihan jugak tau. It deserve to die in a proper way. Tok bantah cadangan aku sebab dia pernah buat cara aku, ended up tikus sempat lari sebelum kucing ngap dia. That's why dia suruh tuang air panas je terus. Tok pun macam berdendam jugak dengan cik ti ni.Tengok gaya pun tau. Hahaha.

 Tok sangat extreme. Aku agak teragak agak nak tuang air panas. Tak sampai hati. Serius. Huhuhu. Tok seperti biasa, rimas tengok aku lembap sangat bertindak. Dia tak cakap banyak. Ambil ja air, tuang atas perangkap. Cik ti tu menggelupur sambil menjerit. Dengar la bunyi "cit cit cit" macam selalu aku dengar atas rumah tu. Huhuhu.Poor you cik ti. Lambat jugak dia nak kiok. Kesian dia. Terseksa sebelum mati. Dah tuang air panas, pergi jemur pulak kat tengah hangat. Huwa! Sedih pulak aku tengok. Tengahari sikit baru dia betul betul dah arwah. Kesian.Huhuhuhu =(  Tok suruh lempar ja kat longgok sampah. Tapi aku tak sampai hati. Aku korek tanah, buat kubur untuk dia. At least, cara dia disimpan tu elok. Dari dibuang macam tu ja kat longgok sampah. Nak tanam tu pun, berabad tau tak. Aku geli tengok dia. Walaupun tau dia dah mati, tangan ni macam tak ada tulang. Pegang perangkap pun asyik jatuh ke tanah ja. Huhuhu. Nak keluarkan cik ti pun satu hal. Tapi alhamdulillah, berjaya kebumikan dia.

Tidurku hari ini sangat indah. Tiada lagi bunyi cit cit cit.

Saturday, November 10, 2012

Kampung Tanpa Wayar

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Sekarang dah ada kat rumah. Officially, my holiday begins. Weehuu! Tamat sudah pengajian selama 5 tahun setengah di maktab. Disaat ini, bermulalah episod mengganggurku. Dengar khabar, lambat posting. Matilah. Bela perut je la jawabnya kat rumah. Hopefully khabar angin tu tak betul la. Huhuhu.

Pagi ni online guna wifi. Jangan tak percaya, kampung I sekarang dah ada wifi. Projek SKMM baru lancar kat sini kot. Tetiba laptop aku detect wifi "Kampung Tanpa Wayar Anak Bukit". Tunggu lagi wifi free. Haruslah daftar akaun. Hohoho. 

Tok tak ada kat rumah. Pergi KL. Makan angin. Makanya, tinggallah aku berdua dengan Ika. Waktu Ika kecik dulu, selalu je mengekor tok pergi berjalan. Dah makin besar ni, dia dah jadi malas nak ikut. Terperap je kat rumah. Bila duduk berdua ja ni, jadi malas nak buat kerja. Hahaha. Rasa macam tak cukup lagi rehat. Lauk, tok ada masak simpan siap siap dah. Tinggal nak perangat ja. Dasar malas nak masak kan. Mood tak mai lagi. Habis lauk tok, nak tak nak kena masak jugak la. Ala, perut sendiri. Apa susah. Masak maggi pun dah cukup 

Dah cuti ni, ditambah pulak ada wifi, diharapkan saya mampu la untuk update blog setiap hari. Hehe. Banyak benda nak cerita, tapi tak jugak diceritakan lagi. Ok lah. Selamat berhujung minggu semuanya =)




Saturday, August 25, 2012

Raya

Yuhuu! Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua =)





Seminggu cuti raya, tak cukup.Nak cuti lagi! Huhuhuhu.

Friday, August 3, 2012

Brand new

Berseri seri rumah tok aji.Semangat nak raya barangkali.Sudah kasi cat baru.Siling pun baru. Kalau sebelum ni, berongga sebab siling kayu.Sekarang sudah upgrade jadi siling kapur. Melayang 8k. 

 Dulu batu larik colour maroon, kali ni hentam oren pulak.Belasah la.

 Luar rumah dah ada kipas.Ruang ni selalu digunakan bila ada tetamu datang. Molek sangatlah pasang kipas.Tiada lagi peluh di ketiak. 

Pak Su cakap, "Tengok rumah pun dah tahu tok sokong parti apa". Kahkahkah.

p/s: Love the smell of paint. Sampai sekarang pun still bau lagi. Errrmm...haruuuuum =D

Monday, June 25, 2012

New environment

Yuhuu! Lama kan aku menghilang. Nak menulis balik pun rasa kekok. Tulis sikit, backspace. T_T Ada berita gembira nak bagi tau ni. Rayuan permohonan nak stay kat Berapit diluluskan dan sekarang aku dah pun selamat berpindah ke sini. New environment, bigger bedroom, bigger house.Ada dapur, boleh masak. Duduk berempat ja. Actually rumah ni boleh muat 6 orang.Tapi disebabkan kitorang berempat ja yang dapat praktikum area sini, that's why la 4 ja. Lagi satu bilik tu jadi bilik stor.

Moving in is a very tiring process.Tambah pulak dapat rumah level paling atas sekali. Alahai. Tengok bangunan pun dah demotivated nak angkat barang. Bila pindah rumah baru, baru sedar sebenarnya barang sendiri adalah sangat banyak. Lepas satu, satu. Tak sudah sudah packing.Pffttt.Padahal baru masuk maktab awal tahun ni. Apa yang banyak sangat pun aku tak tahu.Kolopai kolopai yang banyak.Aku belajar word ni dari Kema.Kolopai tu bahasa nogori. Kolopai=benda benda kecik. Macam plastik baju busuk, plastik kasut, plastik makanan, etc. Haa..Benda benda tu la yang buat trip hantar barang jadi 3 kali. Naik turun tangga 5 tingkat sebanyak tiga kali untuk satu trip.Burnt calories banyak.Time tu je lah. Tunggu malam sikit, bantai makan macam dinosaur. Gain calories balik. Tak ada beza pun.Hohoho.

Selepas diubah suai, we decided to put the study table at the center of the hall. Study is the main priority isn't it? =P

Our tiny kitchen. Terus semangat nak mengangkut cooker dari rumah. This time la nak asah balik skill memasak yang dah lama tinggal. Nak dapur sendiri sangat kan? Haa..ambik hang. 

Master bedroom. Seperti biasa, berkongsi bilik dengan roomate sejatiku since zaman foundation, Jaleha. Ada toilet dalam bilik you. I like.

Mungkin akan letak tv di ruangan ini. 

Toilet 

 New housemates. Naia and Mufid.


Next week, dah start praktikum. Nervous. Tadi baru lepas meeting dengan cooperating teacher from that school. Very humble person. Rasa lega sikit la sebab dah tahu rupa cooperating teacher macam mana. Tak ada la terkejut sangat bila pergi sekolah nanti. 

p/s: Aku still hutang a few cerita Bandung dan Jakarta. Will try my best to get it done by this week.Next week maybe dah start busy dengan praktikum.

Friday, March 9, 2012

First day of holiday

Tahu tak apa perasaan bila dah balik rumah sendiri? Heaven ooooohhh. Aku minta tolong mat arep hantarkan aku balik. Sampai time maghrib. Tok aji duk kupas asam kat luar rumah. Mujur dia tak bising. Selalunya kalau balik senja senja ni, memang trigger dia untuk berleter. Hari ini pergi pasar malam. Mula mula mengidam satay. Lepas tu teringin murtabak pulak. Pergi pasar malam, satay tak beli pun. Nasi kerabu lagi menarik perhatian aku. Aku belajar makan nasi kerabu ni kat Wellington. Balik Malaysia, bila makan, kecewa. Sebab aku rasa yang Ah buat lagi sedap. Memang hebat la penangan junior aku masak. Sedap oh. Lagi satu, air tebu. Pergh. Puas hati la minum air tebu kali ni pasal tebu tu boleh rasa manisnya. Sesetengah orang jual, ais ja yang lebih. Rasa tebu non ado. Tapi kali ni, memang puas hati. Sekarang ni teringin satay pulak. Haish. Tak tahu la apa yang tak kena dengan perut ni. Asal balik kampung ja, nafsu makan macam dinosaur. Setiap masa nak mengunyah.Haru jugak la.

Semalam tidur, selimut satu badan. Tiba tiba teringat cerita Bang cik pasal jiran sebelah dengar langsuir mengilai. Seram sejuk dibuatnya. Dah la dua ketoi ja atas rumah tu. Alhamdulillah. Nothing happened. Yang penting, sebelum tidur, baca ayat kursi dan doa tidur dulu noh.

Heeeeheeeheeeheeeeeeeee....!!! (Mengilai macam langsuir) =P

Sunday, January 22, 2012

What did I do today

Seharian aku tak duduk senang. Kejap duduk atas, kejap turun bawah. Kipas buka 5 pun aku still rasa panas dan berkuap. Rumah kayu memang macam ni. Kalau siang, atas rumah tu bahang bukan main. Buka la kipas sampai 5 pun, angin dia tak rasa sangat pun. So, selalunya siang aku lebih suka lepak kat bawah. Ada lantai marmar. Sejuk sikit. Tapi, satu je lah tak best. TV bawah tak ada astro. Hahaha. Kalau malam, duduk atas memang best. Sejuk. Kalau tidur tak tarik selimut tak sah la.

Petang tadi, tok suruh jolok pokok asam. Tok ni selagi boleh nak jimat. Tak ada maknanya dia nak beli kat kedai. Mahal katanya. Pokok asam tu buah dia boleh buat asam jawa (Perlu ke bagitau? Rasanya semua orang pun tahu.LOL) So, mak su gigih la cantum beberapa batang kayu untuk dibuat galah. Memang panjang betul galah tu pasal pokok asam sangat tinggi. Dah pasang elok, bila diangkat, lembik. Kayu yang support cangkuk tak berapa nak 'tough'. Hasilnya, bila try tegakkan galah, meliuk lentok galah tu. Tak nak straight. Mendukacitakan betul! Tapi, kami try jugak nak jolok. Melekat jugak la kat pokok tapi bila ditarik buah asam tu, yang jatuh berguguran hanyalah segugus. Sadis betul.

Waktu nak jolok pokok asam ni, dengar mak su minta izin kat 'tuan tanah'. "Anak cucu nak minta izin jolok pokok asam" Scary gila. Pasal depan pokok asam ni ada rumah kosong yang dah tak berpenghuni. Rumah tu ala ala rumah tok tapi lagi teruk la condition pasal dah terbiar. Dari luar boleh nampak sofa dan beberapa perabot still ada dalam rumah tu. So far aku tak pernah dengar lagi la benda pelik jadi kat rumah tu. Tapi orang putih ada cakap 'prevention is better than cure'. Minta pi la izin. Kot satgi pakai amik harta benda 'orang lain', dia mengamuk tak pasal dikacaunya kita anak cucu. Eeee! Minta simpang la!

Thursday, December 8, 2011

Buah nangka.


Buah nangka oi! Lama gila tak makan. Kebetulan pokok Mak Ngah berbuah. Dihulurnya sebijik. Puas hati la dapat makan. Nyum nyum.

Hati hati dengan getah nangka ni. Kena kat baju, memang tak hilang sampai ke sudah la jawabnya.

p/s : Entry express. Hahaha.

Wednesday, December 7, 2011

Peminta derma dan sikap prejudis

Petang tadi, tengah syok baring bawah kipas, ada orang datang minta derma. Seperti biasa, tok cepat cepat masuk bilik. Pretend macam tak ada orang dalam rumah. Aku tak sampai hati dengar orang tu duk bagi salam tak berhenti.So, aku buka pintu dan sambut salam mak cik tu. Dia senyum dan mula bercerita pasal derma yang dia kutip. Ada sekali untuk derma wakaf tanah. Yang ni aku tak faham sangat macam mana dia berfungsi. Tapi basically, nak mai minta derma la. Mak cik tu pun tunjuk la segala bukti dokumen, kalendar gambar maahad tu dan tunjuk muka pengasas maahad tu. Orang yang terkenal jugak dalam industri hiburan. Pernah jadi finalis Imam Muda. So, aku agak confident sikit nak menderma. Mak cik tu pun muka nampak macam ikhlas dan bukan berlakon. Bila dah setel semua, mak cik tu pun dah blah, tok datang tanya.

Dia mai buat apa tu?
Mai minta derma buat maahad.
Hang duk bagi buat apa? Bukan boleh percaya sangat depa ni bla bla bla....
*Terus naik atas. Malas nak dengar*

I don't blame her for being prejudice because there are some of them who are pretending to ask for money for charity but end up using it for something else. So, bila ada yang datang minta derma, tok akan jadi macam tu la. Sembunyi senyap dalam bilik. Macam budak budak. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.Habis semua peminta derma kena cop songlap duit. Janganlah kita mudah nak menilai dorang ni selagi tak ada bukti. Sebab tu aku keluar jugak hadap mak cik tu. Nak tengok sikit dari mana dia datang. Aku pun bukanlah bodoh sangat nak bagi duit sesuka hati aku. Bila rasa macam confident betul, baru hulur. Yang penting, niat kita ikhlas nak tolong orang yang memerlukan. Bab songlap duit tu, urusan dia dengan Tuhan.

p/s: Dah siap check dalam JAKIM. Memang ada nama maahad tu =)

Tak perlu masak dah.

Tok dah balik rumah. Lega. Tak gaduh fikir nak masak apa untuk lunch dah. Hohoho.Dasar pemalas kan. Aku bukan apa. Kalau bahan mentah ada, tak apa jugak. Ini tok tak tinggal lauk apa melainkan ayam. Duk ulang makan ayam setiap hari. Bosan oh. Hari first buat sambal telur dengan ayam goreng. Second day, buat ayam masak kicap. Third day, buat sambal sardin dengan ayam goreng. Memang kalau aku yang masuk dapur, makanannya simple macam tu je la. Tak masak kicap, sambal. Bukan dapur sendiri. So, malas. Kalau dapur sendiri, bahan mentah cukup, hari hari aku masak sedap. Hahaha. Lagi satu, tok ni tradisional. Orang lama kan. Ada jugak hari tu terfikir nak buat gulai ayam. Tapi memikirkan santan segera tak ada, cancel terus. Nyioq yang dah dikukur tu ada tapi aku tak reti nak guna. Selalu tok blend dengan air kemudian perah untuk dapatkan santan. Air pulak tak boleh pakai main tuang ja. Takut tercair. Aaaahhh..senang cakap, aku memang tak reti perah santan. Modern la katakan. Beli yang siap dalam tin sudeh.


Hari ini tok masak asam pedas ikan pari. Wah. Heaven. Lama mana dah tak makan ikan pari. Sambal belacan tok kali ni sangat pedas. Gua yang tahan pedas pun boleh menjelir lidah. Pedas teruk tapi sedap. Pecah peluh eden haa. Effect drastik lepas makan, terus ke toilet. =.= Syabas tok, syabas!

Tuesday, December 6, 2011

Inai/Henna

Terasa macam nak pakai inai. Hari tu dapat dari orang yang baru balik haji. Mujur dah siap dalam bentuk serbuk. Tinggal nak bancuh je lah. Kuku aku ni dah la kuku cawan. Kecik pulak tu. Cukup susah nak letak inai pasal ruang kuku kecik. Hahaha. Seksa la hai. Dah lama tak pakai inai. Last pakai time sekolah rendah kot. Pakai tak sampai 3 jam, dah buka. Pasal rimas nak kena kejung tangan, pedo tak bagi inai terkeluar. Cepat bosan.Hohoho. Hasil after tak pulak snap gambarnya. Tapi tak merah sangat pun.

p/s: Tok sound pakai inai time siang. Bila pakai inai, tak boleh la nak buat kerja lain kan. Duk tunggu depan tv, goyang kaki. Tu yang dia hingaq tu. Selalunya orang pakai malam sebab time tu dah tak banyak benda nak buat.Just rehat rehat dan tidur ja.

Monday, December 5, 2011

Kebakaran dan kemalangan


Benda dah jadi dekat seminggu yang lepas tapi baru nak blog kan. Hohoho. Korang ada baca tak berita pasal kebakaran kat Wang Tepus? Ala, gudang tayar terpakai tu. Cuba baca keratan akhbar online dari Bernama ni.

Klik untuk tumbesaran

Petang kejadian, kami ingat kepulan asap tu pokok hujan. Tapi makin lama makin gelap dan tak hujan hujan pun. Mesti ada something yang terbakar ni. Kalau tengok dari kepulan asap ni, nampak macam dekat airport yang terbakar. Pak Ngah curious nak tahu. Siap call sedara kat Kepala Batas. Tanya tahu ke tak apa yang terbakar. Tak pernah asap setebal ni. Sampai ke sudah kami tak dapat jawapan.

Esoknya tengok berita, rupanya ada kebakaran gudang tayar kat Wang Tepus. Untuk makluman korang, jarak antara Wang Tepus dengan rumah aku sejauh 50km ye. Bayangkan la, asap sangat tebal sampai kat kawasan rumah aku pun boleh nampak dengan jelas. What makes things worse, asap tu dah kotorkan halaman rumah semua orang kat kampung sini. Habis lantai berdebu hitam. Sudahnya, kena la sental lantai rumah. Dahsyat tak dahsyat la kebakaran ni.

Dua tiga hari lepas kejadian kebakaran tu, berlaku kemalangan pulak depan rumah tok. Bukan nak reka cerita, tapi boleh dikatakan jalan area rumah tok ni macam ada benda sikit. Selalu sangat accident nya. Setiap tahun ada je kes. Setakat aku balik sini, dah ada dua accident. Tak tahu la kenapa kerap sangat jadi depan rumah tok. Ada penunggu kot. Hahahaha.

Pulut durian

Tok sangat pantang dengan durian.Pantang nampak,mesti beli. Tambah pulak anak cucu penuh rumah.Terus hilang sakit urat. Aktif ja pergi pasar malam.Banyak biji jugak durian yang dibeli hari tu. Habis satu rumah berbau. Mujurlah tak ada yang alergik dengan bau durian ni. Balik je dari pasar malam,Mak Su dan Mak Ngah terus prepare pulut dengan santan. Nak makan dengan durian. Oh. Heaven. Cuma durian ni tak menyengat sangat. By the way, lepas jugak kempunan nak makan pulut durian.Nyum nyum nyum.

Cakap pasal durian, mesti korang teringat kat pengutip durian kan? Hahaha. Pernah dia hantar durian dari kebun dia kat tok. Bukan main syok la tok. Dapat durian free.Hohoho.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger