6.12a.m, I got a phone call from him...
Dia: Sayang, Chelsea menang. Chelsea menang. Yeay yeay!
Aku: Ooo ya ka? Tahniah.
Dia: Hehehe. Ok la yang. Gi sambung tidur ea.
That's how I know Chelsea won the Champions League Final. I am not a fan of football club. Aku 'minat' Chelsea ni pun sebab mat arep yang minat. Apa pun, Harimau Malaya tetap di hati. Cewah.
Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts
Sunday, May 20, 2012
Tuesday, November 22, 2011
Ibu segala emas milik kita.

Credits to google
Sepanjang aku hidup, semalam rasanya first time aku nervous tarak hingat tengok match bola. Indon sumbat gol dulu.Time tu speechless la jugak pasal tak dan apa apa, dah sumbat satu gol. Frust kot sekejap.Tapi tak apa. Itu turning point untuk pasukan Malaysia untuk lebih bersemangat mencari gol penyamaan. Gawang gol Indon diasak bertubi tubi oleh pasukan kita. Tak pernah putus asa untuk sumbat gol dan alhamdulillah, minit ke 33 Malaysia masuk gol satu. Gol yang tak diagak agak tapi sangat nice. Bila terikat 1-1, baru rasa kurang nervous sikit. Cuma aku tak faham offside tu apa. Aku fikir offside tu kalau bola keluar dari line padang tapi padahal bukan.
Cerita sikit offside tu apa
Offside ialah keadaan apabila penyerang berada di hadapan melebihi pihak pertahanan pihak lawan semasa bola dilorongkan kepada penyerang tersebut.Paham dak?
Ooo..gitu.Hehehe (Masih tak faham sebenarnya)
Paham dak ni?
Paham paham.Ingatkan sebab terkeluaq dari line
Line mana ni =.=
Line mana mana la.

Credits to google
Ye.Aku sangat noob pasal bola sepak ni. Tapi bagus jugak bila jadi macam ni.At least boleh tahu jugak sikit rules pasal bola. Tambah ilmu gitu. Cuma sampai sekarang aku tak dapat nak bayang keadaan offside.Semalam waktu Indon kena offside banyak kali pun aku still tak boleh detect keadaan tu.Cekap ref. Dah nama pun ref kan. LOL.
Tahniah Malaysia atas kejayaan semalam.Tak semena mena aku jadi fan Baddrol Bakhtiar.Persetankan pasal Fakri, mari kita beri tumpuan pada hero sejati Harimau Muda yang lain seperti KFCM, Fandi, Muslim dan Mahali. (Itu je yang aku ingat.Hohoho)
Pujian harus diberikan kepada pasukan Indonesia juga sebab begitu berbisa sampai meleret ke set penalti.Tabik spring kepada Titus Bonai sebab sangat professional atas padang.Bak kata pengulas, pemain dah professional tapi tidak penyokong mereka. Sangat fanatik sampaikan dah hilang tatasusila dan nilai hormat kepada negara lain.

Credits to google
p/s: Mujur Malaysia menang, kalau tak menang, konfirm orang salahkan Fakri. Alahai, nasib kau la Fakri oi.
p/s/s: Takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal semalam akibat kesesakan di Stadium Bong Karno. Fanatik sangat pun tak bagus sebenarnya. =(
Labels:
bola,
harimau muda,
Malaysia,
SEA Games 2011
Monday, November 21, 2011
All the best Harimau Muda!
Aku semangat menyarungkan jersi Malaysia untuk perlawanan akhir bola sepak SEA Games malam ni. Sebelum ni tak pernah sefanatik ini. Mungkin jadi fanatik sebab lawan dengan Indon. Kalau lawan dengan negara lain, rasanya tak ada la sesemangat ini. Hohoho. All the best Harimau Muda! Patahkan sayap Garuda malam ini. Usah peduli pada penyokong Indon yang kuat psycho.Satu je lah aku mintak kat dorang.Hormati lagu kebangsaan negara kita. Kata serumpun.Heh.By the way, rasanya ramai yang dah tengok video "Satu Sidji" yang menceritakan pasal Malaysia dan Indonesia. Untuk yang tak tengok lagi, silalah tengok. No offense ya untuk orang Indonesia.Kami memang panggil korang 'budak indon'. Kat tempat dorang 'budak' tu macam hamba dan 'indon' pulak kasta terendah orang sana. Sebab tu dorang angin sangat bila kita panggil dorang budak indon. See. Walaupun kita guna bahasa yang lebih kurang sama dengan dorang, tapi ada jugak certain word yang membawa maksud yang sangat berlainan.Dorang interpret macam lain. Mengharapkan malam ini fair play.Tak mahu pengadil berat sebelah. Kami sentiasa di belakang anda Harimau Muda! Go go go!
Labels:
bola,
indonesia,
Malaysia,
SEA Games 2011
Thursday, November 17, 2011
Tahniah Harimau Muda.
Sekarang nak jadi pengulas sukan pulak. Tahniah Malaysia atas kejayaan 1-0 terhadap Indonesia.Walaupun ni baru kelayakan ke separuh akhir, tapi rasa puas dapat tundukkan Indonesia.Musuh ketat tu.Apatah lagi Malaysia berhadapan dengan ribuan penyokong Indonesia.Beraksi di padang Indon. Syabas Malaysia. Ternyata ribuan penonton tak dapat nak padamkan semangat player kita yang berkobar kobar. Gol yang sangat cantik dari player kita. Tergamam sekejap penyokong Indon.Patutnya time tu kamera close up sikit muka penyokong Indon.Nak tengok sikit macam mana rupanya.Haa. Mesti kecewa kan.Hahaha. Cuma aku tak faham kenapa tiba tiba coach Malaysia yang cino tu kena halau dari padang bola? Adakah ini satu yang normal? Pasal aku pun bukan tau sangat pasal rules bola ni. Memang nampak kecewa jugak la coach kita. Tapi tetap semangat communicate dengan co-coach kat bawah padang guna walkie talkie. Syabas team Malaysia!
p/s: They should learn to respect other's national song. Agak kurang ajar bila lagu Negaraku dimainkan, dorang sibuk tiup trumpet segala bagai. Sampai tenggelam haa lagu Negaraku. Dengar sipi sipi ja.Have some respect guys. Kot ye pun nak psycho player kita. Haish.
Friday, July 29, 2011
Reaksi penyokong Harimau Malaya di FB.
Noooh.Semua pakat duk bercakap pasal bola. Buka ja FB, berderet news feed pasal bola. See, tak perlu tengok live pun dah dapat agak apa yang jadi kat Stadium Bukit Jalil tu. Tak sampai 5 minit, ada ja yang update pasal bola. So, Malaysia kalah. Adat permainan.Kalau ada yang menang, ada juga la yang kalah.Cuma kali ini rezeki bukan di pihak kita.Nak buat macam mana. Aku tak tengok live, tapi berdasarkan pemerhatian di Facebook, ini antara status yang keluar:
1) If I was a director, I would hire a whole Singaporean team as my cast
2) Tahniah Singapore, good match like a drama King
3) Memulakan hari dengan emosi kerana kepura-puraan singa. Apek, walaupun cintamu beralih arah, harap tanganmu akan terus kebal menjaga gawang negara
4) Aku ingat Van de Sar cekap giler, tapi ternyata Apek cekap lagi. Gua tabik lu apek.
5) Bodoh la sapa yang duk suluh laser tu. Buat malu ja.
6) Singapura-PURA! Aaaah!
7) Main mantap, keeper slek, keeper mantap, main pulak slek.Tak pe la Malaysia.Kita tengok Terengganu menang piala Malaysia pula kekgi.
8) Don't blame Singapore to slow down the game, blame Malaysia for not playing good enough.
9) Good job Harimau Malaya.100% Malaysian lawan dengan Singapore foreigner.
10) Sepertinya perasaan yang ada sekarang ni lagi dahsyat dari perasaan after clash.No matter what, harimau malaya tetap terbaik.They play like a real man.
Haa.Kalau nak senarai, banyak lagi la status emo yang keluar pagi ini. Kadang kadang nak gelak pun ada.Ada yang menyindir, ada yang bagi sokongan.Biasalah tu. Siap ada community page lagi yang keluar pagi ni.
KALAH ATAU MENANG, KAMI TETAP SOKONG HARIMAU MALAYA!!
Haa..pi like cepat. =)
Thursday, February 10, 2011
Tahniah Harimau Malaya.

[Sumber dari Harian Metro online]
Subscribe to:
Posts (Atom)

