Online users

Follower

Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Pure Marine Collagen (PMC)

Sekarang ni aku dah mula pakai PMC. Untuk yang tak tahu PMC tu apa, its Pure Marine Collagen.Tak dinafikan aku ni senang terpengaruh dengan produk kecantikan yang ada di pasaran.Terpengaruh nak pakai tapi tengok poket jugak la.Kalau macam Beautskin tu, memang aku tak mampu la nak beli sampai beratus ratus nak labur sebulan.PMC ni murah je.RM 15 tahan sebulan. Yang recommend pakai ni, Wan la. Dia cakap tengok member dia pakai, hilang habis parut jerawat.Makanya, aku pun nak try la. Mana tau, kot kot lepas ni naik seri sampai orang pandang pun terjelepok.

Masuk hari ni, baru 5 hari aku ambil PMC ni.Kalau ikut orang yang promote ni, dia cakap 2 minggu pun dah nampak kesan.So far, kalau ada jerawat, pakai PMC ni cepat bebenor kecutnya.Itu effect yang aku nampak paling obvious kat muka aku. Part naik seri tu, tak boleh nak cakap lagi la sebab pakai pun tak sampai seminggu lagi.Dia ada dua cara nak ambil PMC ni. Either telan sebelum tidur dan selepas bangun tidur or jadikan masker muka. Aku buat dua dua.Tamak nak hasil cepat.Hahaha.Waktu first day sapu PMC ni, aku tak sangka pulak dia nak mengeras sampai tahap tak boleh nak regang langsung muka.ni. Memang awkward  at first tapi day by day dah get used to it. Malahan, rasa syok sebab after basuh, rasa kulit lembut ja.

Don't worry.Aku ada ambil gambar before aku pakai PMC. After 2 weeks nanti, aku akan compare dan tengok whether ada perubahan drastik ke tak kat muka aku. Aku dah stop amik VCO sekarang.Bukan sebab ubat tu tak bagus tapi sebab kewangan. VCO sebulan RM 39, PMC RM 15.Dah tentu la aku pilih PMC.Dari segi khasiat dua produk ni, lebih kurang sama ja. Dua dua diperbuat dari bahan semulajadi dan tak ada chemical effect.I kan mengganggur sekarang.Tak mampu nak labur duit banyak banyak sangat. Hehehe.

Oh.Aku tak sempat snap pun gambar PMC ni.Korang search je la kat google eh.Confirm ada! =)

Tuesday, June 12, 2012

Testimoni Virgin Coconut Oil (VCO)


Masuk bulan ni, dah tiga bulan aku amik Virgin Coconut Oil (VCO) ni. Yang membuatkan aku tertarik nak beli sebab tengok testimoni ramai yang cakap berkesan untuk kurangkan jerawat. Ada juga yang lose weight bila makan benda alah ni. So, aku pun try la beli satu botol dulu. Target aku bila ambil ubat VCO ni, nak kurangkan  jerawat, black head kat muka ni. Sebab muka aku style yang asal period ja, naik dua tiga ketul. Kalau tak period pun, naik jugak. Alhamdulillah, bulan pertama menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Bila jerawat naik, esoknya dah start kecut. Itu yang paling ketara sekali la. Kalau sebelum ni, dekat seminggu jugak la nak kecut jerawat tu. Aku ada parut jerawat kat atas hidung. Ini gara gara suka 'ronaih' jerawat la ni. Even sampai sekarang parut jerawat tu still ada tapi dah makin kurang. Ye lah. Aku pun tak mengharap sangat parut tu akan terus hilang sebab aku malas sikit nak sapu minyak capsule tu kat muka. Selalu telan ja. Kalau selalu sapu, mungkin kesannya akan lebih cepat.

Kiri (Februari). Kanan (Jun)

So,hari ni tergerak hati nak tengok balik gambar yang diambil pada bulan Februari. It was before I took VCO.Aku start ambil bulan 3. Time tu memang ada kesan jerawat yang kekal kat batang hidung.Dan ada a few jerawat kat dahi. Terkejut jugak tengok perubahan kat muka.Parut jerawat kat hidung dah makin pudar.Weehuu.Dulu aku rasa demotivated sangat dengan parut jerawat ni.Rasa tak cantik.Sekarang dah rasa cantik kembali. Hahaha. Kalau naik jerawat, dua tiga hari dah kecut. Tu yang paling syok tu.Sekarang memang tak risau dah kalau naik jerawat sebab bila telan VCO, konfirm jerawat  kecut. One more thing yang aku suka pasal VCO ni, aku makin kuat berak. Bila kuat lawas, perut sentiasa kempis.Hahaha. Sebelum ni, sehari sekali.Tapi lepas makan VCO, dua kali sehari! Yeay!

So, kepada yang susah nak lawas dan nak kulit cantik, boleh la try VCO. Murah pun murah. RM 39.90 sebotol. Ada 60 kapsul. Sehari telan dua biji selepas makan. Kalau nak sapu minyak tu kat muka pun boleh.Aku ni malas sikit nak sapu sapu ni.Telan je.Senang.

Effect VCO mungkin berlainan bagi setiap orang.Depends on how you take care of your skin as well.

p/s: Banyakkan minum air kosong.Good for your skin.

Wednesday, June 1, 2011

Dulu dan sekarang

Toksah peduli expression muka aku. Tengok tang jerawat kat pipi tu naa.

Hari tu ada la sembang sembang dengan Juwe dan Bubu. Tengok iklan pasal Proactiv Solution, keluarlah cerita pasal kulit muka. Direct ja depa ni cakap, muka aku dulu banyak jerawat berbanding sekarang.Memang pun.Hahaha.Aku pun mulalah godek balik gambar dulu.Tahun 2009. Memang terang lagi bersuluh satu muka ada jerawat.Kalau bukan jerawat pun, bintik hitam dan parut campak. Kulit aku ni style berminyak sakan. Pantang datang bulan ja, ada la dua tiga biji jerawat keluar.Sampai satu tahap tu aku malas dah nak jaga muka.Pakai semua pencuci muka, tak juga berkesan.

Ini lagi obvious.

Sehinggalah suatu hari...ceh.Macam cerita hantu pula kan. Ada agen Rees'skin mai promote kat maktab. Dia bagi promo price untuk first trial RM50. Time tu desire nak dapat kulit cantik sangat tinggi. So, pergilah try kat Rees'skin. First time dia scan muka aku, nahaaaaii...aku pun takut tengok. Sangatlah teruk. Puncanya sebab kurang rehat dan tak jaga bab makan.Atee, memang suka makan benda berminyak dan berlemak.Actually tak elok untuk kulit.Well, I guess semua pun tahu benda asas macam tu kan.

Banyak jugalah aku berhabis kat Rees'skin. Alhamdulillah la muka aku sesuai dengan produk Rees'skin ni. Thanks to Giny, my beauty consultant sebab bersusah payah picit segala jerawat kat muka aku ni, belai aku macam anak sendiri.Hehehe.Sakit tu, toksah duk cakap la.Memang sakit pasal dia picit ja semua jerawat hang.Tak kisah la masak ke tak masak ke, asal nampak je di mata Giny tu, dia picit. Menangis sorang sorang atas katil. Huhuhu. Effect dia bukan serta merta.Yang penting kena sabar. Kalau nak terus hilang lepas buat treatment, memang tak la. Makan pun kena jaga.Minum air kosong banyak banyak. Kalau boleh, rehat kena cukup.

Latest. Dah hilang dah segala jerawat kat pipi. More fairer.Kekeke.

Ada banyak lagi produk yang aku cuba lepas Rees'skin (tak mampu nak selalu pergi buat treatment.Gua student der. Bukan anak dato'!). Nanti aku cerita lagi naa.

Monday, May 23, 2011

Borong make up.


Aku pernah cakap kat entry yang lepas lepas aku ni bukanlah yang jenis suka make up. Untung time ada event besaq sikit baru nak berwarna muka aku ni. Baru baru ni ada buat sale perfume and cosmetic. Ok. Hajat di hati nak tengok perfume. Kalau bagi pilihan antara perfume dan make up, I would go for perfume. Tapi entah macam mana entah. Kali ini kaki ni ringan ja pi belah make up. Memang tak pandang dah perfume. Mungkin untuk yang first timer, tengok perfume syok la. Sebabnya setiap tahun perfume yang sale jenis yang sama ja. Aku target nak beli Escada Marine Groove tapi non ado. Kecewa.

Untuk mengubati kekecewaan, beralih arah ke bahagian make up. Sangat banyak. Naik juling mata cek. Kalau nak sebut satu satu, takkan habis. Brand bukan calang calang beb.Loreal, Maybelline, Revlon, CK. Bak kata Wan, kalau kat Malaysia, nak beli maskara pun jenuh menabung. Sekali masuk Watson, satu benda ja boleh grab.Tu pun terketaq ketaq nak bayaq. Dekat sini, depa lungguk brand tu macam kat pasar malam. Sebatang 10 dollar. Convert duit Malaysia? Ada dalam RM20 lebih. Still consider murah la.

Main lungguk macam pasar malam je kan?

Mentor kami hari tu tak lain tak bukan Wan. Nak beli make up kena ada mentor untuk dibuat rujukan. Memang fail kalau beli sendiri. Just tau yang asas ja. Knowledge pasal make up bertambah sikit time ASIAN Night Market . Tahu jugak la turutan nak pakai apa dulu. Tapi bab nak cari foundation yang sama dengan warna kulit, cek surrender. Tak tahu mana satu yang sesuai.Colour palette pulak bukan sikit. Kalau medium tu, ada skala dari 1-3. Haa. Susah tau.

Perfume.

Dan perfume lagi.

Berjanggut tunggu mak cik gebu ni cari foundation. Kulit putih sangat pun susah, gelap pun susah.Huhuhu.

Dua kali pi, dua kali jugak la aku borong. Huhuhu.Banyak mana melayang? Ada la dalam 100 dollar. Huhuhu. Tobat tak mau beli dah lepas ni. Tak pa. Untuk jangka masa panjang. Setahun pun belum tentu habis semua make up tu. Hahaha.

p/s: Beli last week, make up tu tak sentuh pun lagi.Duk kata nak main make up, tak main main pun sampai sekarang.

Friday, April 22, 2011

Pretty is subjective.

Sekarang baru autumn tapi setiap malam dah start tidur dengan sweater.Memang tak pernah buka.Mandi pulak, kadang kadang dua hari sekali.Rahsia kekal cantik macam ni la.Hahaha.Tahun ni flatting luar, elektrik kena jimat. Memang tak pernah buka heater lagi.Heater makan elektrik banyak.That's why semua lebih sanggup pakai berlapis lapis dalam rumah rather than buka heater. Nak tengok sejauh mana kitorang boleh tahan without heater.

Bab mandi, tobat la nak mandi dengan air sejuk.Selalu pusing ke warna merah.End up kulit mengelupas dan gatal gatal.Actually boleh ja nak mandi dengan air sejuk tapi saja tak nak.Aku pula jenis yang jarang nak pamper diri sendiri dengan lotion segala benda.Kalau kering tu, biaq sampai ke sudah macam tu. Memang tak pernah nak jaga.Ikut mood juga.Kalau rasa nak pakai, pakai.Kalau tak nak, tak pakai.Tak konsisten.

Muka ni pula kalau tumbuh jerawat, baru kelam kabut cuci. Hahaha.See, aku memang malas nak jaga. Mekap lagi la tak pernah pakai. Tunggu event besar baru nak menyondol kat housemate tolong mekap kan. Aku tak kisah la orang nak cakap aku ni selebet ke apa ke. Yang penting, hati mau bersih. =)

Girls, don't try too hard to look pretty. Tak perlu mekap tebal tebal pergi kelas, dress up macam nak pergi anugerah juara lagu. You are all beautiful in your own way. =)

Main mekap mekap di kala kebosanan boleh dikira exception untuk kes ni kot naa.

Friday, February 18, 2011

Simply Siti

Heh.Dah nama pun tester.Memang sakan la mencalit dua anak dara ini.Aku tak pandai sangat nak pakai eye shadow, blusher semua ni.Reti tonyoh mulut dengan lip gloss saja.Hahaha.Teringat pula iklan testimoni produk SimplySiti (SS) ni.Ada yang cakap kulit jadi cerah, mulus selepas pakai foundation SS.Harga memang tak beragak la kan.Sampai 50 hengget satu item.Mana nak cekau duit der.Tapi kalau kualiti tip top, hasil memuaskan, worth it la dijual dengan harga mahal.

"It used to be my secret.Now, it's yours!" Wah Dato Ct.Tagline terbaik woh!

p/s : Bila entah nak ada kesedaran belajar pasal make up ni.Adeh.

Wednesday, December 1, 2010

Simply Siti


Boleh tahan juga ye harga produk Simply Siti ni. Kitorang saja masuk Watson.Dah nama pun window shopping.Semua kedai kami tuju.Aku memang fail bab mekap ni.Just tahu basic ja.Barang mekap yang aku ada just foundation, eyeliner dan lip gloss.Jarang sangat aku nak mekap ni melainkan ada big event macam dinner or whatsoever.Bagi aku produk Simply Siti ni mahal.Allergik kalau tengok angka RM 49.90 ke atas untuk single item.Ku rasa macam tak berbaloi.Hahaha.Maybe sebab aku bukanlah pengguna tegar mekap.That's why rasa mahal.Maybe bagi yang selalu pakai mekap, dorang dah imun dah harga macam tu.Harga standard mungkin.

Kak Fanah rajin bertanya.Nasib baik salesgirl tu tak kerek.Layankan saja.

Dan mungkin juga mahal sebab barang berkualiti.Ada starter kit untuk yang nak cuba produk Simply Siti ni.Harga RM 19.90.Haa..Kalau harga macam ni, eden suka.Murah.Hohohoho.Siapa yang pernah try produk Simply Siti? Macam mana? Ok ke tak?
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger