Online users

Follower

Showing posts with label Wong Solo. Show all posts
Showing posts with label Wong Solo. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Wong Solo lagi


Bear in mind, ini cerita hari Jumaat lepas.Hajat di hati, nak la tengok Ombak Rindu.Alang alang, bawa sekali bang cik dan ika. Kesian jugak kat dorang. Asyik terperuk ja dalam rumah, tak ke mana. Punya lah semangat pergi Jitra Mall nak beli tiket. Sekali hang, sold out. Maka,membawa hati yang lara serta perut yang kosong ke Wong Solo. Here I come again babeh. Lepas Wong Solo ni buka kat Alor Setar, pantang orang tanya nak makan kat mana. Laju je menjawab Wong Solo. Tak pernah jemu. So far makan ayam penyet ja. Tak pernah try lele dia lagi. Tak pa. Nanti try lele pulak. Bang cik dan ika first time makan sini. Dorang pun cakap sedap. Time kat Wong Solo ni, boleh pulak terjumpa member lama, Azer. Dia study kat Unimap sekarang. Sembang tak lama mana pun pasal dia datang dengan kawan kawan dia. Say hi, tanya khabar sikit then terus masing masing dengan hal sendiri.

Setel makan, pergi tengok kat Alor Star Mall pulak. Pun sold out. Memang kecewa la habaq hang. Tak ada rezeki nak belanja adik adik aku wayang. Lepas pada tu, merayau la kat AS Mall tu. Tengok baju semua. Tak ada yang menarik perhatianku.

Ayam penyet

Kembar tapi tak serupa. Hohohoho.

Wednesday, November 23, 2011

Ayam penyet Wong Solo


Banyak rupanya entry tertunggak. Ini cerita last week. Time aku keluar dengan Nunun & Pa'in. Nunun dah panas bontot duduk rumah. Dia nak apply kerja part time. Lepas tu nak ajak aku keluar ronda ronda tanpa arah tujuan.Disebabkan aku pun bosan tak tahu nak buat apa kat rumah, so aku on je lah. Dalam tengahari macam tu, dorang datang amik aku. Off we go to Wong Solo. Oh yeah! Sekarang dah jadi favourite place aku untuk makan. Nasi dia sedap lain macam. Berselera aku makan. Kan sebelum ni aku ada cakap aku kempunan ayam penyet.Alhamdulillah dapat jugak makan. Dekat pulak tu kedai ni dengan rumah aku. Kat Jalan Mergong.

Satu set RM 6.90. Yang best nya dia bagi sup.So non ado la tercekik makan nasi putih saja.

Sampai time lunch hour.Maka ramailah orang office dekat situ. Bersebelahan dengan Wong Solo pulak ialah Tat Nasi Ayam. Compete la dua kedai ni tapi aku tengok ada masa Wong Solo penuh orang, ada masa Tat kosong dan sebaliknya.Fair enough.Masing masing ada peminat sendiri. Nun cakap pete belado dia pedas. Nanti nak try pete belado dia pulak.Oh ya. Pete tu petai dong.

Lama tak jumpa macam ni la.Banyak benda nak sembang sampai aku snap gambaq pun boleh duk sembang lagi.

p/s : Pi la try Wong Solo. Sedap weh.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger