Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts
Tuesday, January 4, 2011
Pantai Kok
Monday, January 3, 2011
Restoran Selera Simpang, Kedawang, Langkawi.
Err...ini entry pasal makanan lagi.Sabar jelah.Balik Malaysia ni, asyik blog pasal makanan je kan.Kali ini nak review pasal Restoran Selera Simpang pula.Dekat je dengan rumah Kak Jaja.Signifikannya nama restoran ni sebab lokasi dia memang kat simpang jalan.Lupa pula nak cakap, restoran ni kat Kedawang, Langkawi.Lepas lenjun kena air hujan kat cable car, kami decide untuk terus pergi makan.Baju still ada kesan air hujan lagi.Yang dalam toksah duk kira la.Lenjun habis dah.Order nasi goreng special.Tiba-tiba kepingin pula nak jamah sup tulang.Terus order.Bab makan tak berkira sangat nak keluar duit banyak.Asalkan perut kenyang.Hehehe.Harga makanan kat sini standard.Range nasi goreng between RM 3-RM 5.Memang berbaloi baloi.Sini pun ada servis pilih ikan sendiri untuk dimasak sama macam Restoran Lubuk Buaya.
Ku perasan satu benda la.Kalau tukang masak orang belah Siam sana, rasa sup dia sama ja.Pi la kedai mana pun, memang rasa lebih kurang.Sup tulang dia marvelous.
Jangan lupa singgah Restoran ni once dah jejak kat Kedawang ye. =)
Labels:
darlings,
food,
jalan-jalan,
Kedah,
langkawi
Nasi lemak Kak Jaja.
Kak Jaja ni buat berniaga nasi lemak setiap hari.Kalau tak silap aku, since aku Form 1 lagi dia dah start business ni.Lama dah.Dulu dia bungkus nasi lemak.Sekarang ni orang kedai ambil style 'borong' pula.Dah tak perlu nak balut satu satu.Style ambil nasi dalam tong tu terus hantar kedai.Laku weh.Kak Jaja cakap kalau pergi selepas pukul 8 malam, memang tak merasa la nasi lemak dia.Sold out gitu.
Nah.Kasi close up sikit lauk nasi lemak yang Kak Jaja sediakan.Kalau untuk jual, sambal udang tak ada.Ini untuk jamu kami ja.Hehehe.Pekat betul kan kuahnya? Sepanjang aku berkecimpung dalam pembuatan sambal, tak pernah sambal aku jadi colour macam ni.Ceroi ada la.Huhu.
To be frank, memang sedap nasi lemak Kak jaja ni.Tang sambal dan nasi memang tip top.No wonder la laku betul.Waktu kami ke Langkawi hari tu, sempat jugalah Wan dan Ada merasa nasi lemak Kak Jaja.Bukan setakat nasi lemak je dia jual, sekarang ni dia dah mula buat roti canai frozen pula.Haa.Rajin betul.Dia buat semua sendiri tau.Tak ada upah orang datang tolong.Cekal hati sungguh.
Kalau ada orang boleh tolong dan ada modal, aku rasa Kak Jaja mampu buat income banyak lagi dengan buka restoran Jaja Nasi Lemak.Haaa.Glamour satu pulau noks!Ada sesiapa yang berminat nak komersialkan nasi lemak Kak Jaja? Hehehe.
Labels:
darlings,
family,
food,
jalan-jalan,
langkawi
Sunday, January 2, 2011
Restoran Lubuk Buaya, Langkawi.
Kak Jaja promote makanan kat Restoran Lubuk Buaya sedap.Maka, kami pun try.Waktu sampai kat restoran tu, orang sangatlah ramai.Memang nampak meriah sungguh la.Elok ja kami duduk, orang datang hantar menu.Dah tu, dia cangak tunggu kami order.Laju sangat pun payah weh.Tercengang sekoq sekoq nak order apa.Dah la tak biasa makan kat situ.Dengan budimannya, kami 'halau' dia dulu.Kami decide nak makan besar malam tu.First time ever order siakap 3 rasa.Yang specialnya kedai ni,kita sendiri yang pilih ikan.Dia akan bawa kita ke satu table yang dorang dah letakkan segala seafood.Tinggal nak pilih dan timbang.100 gm RM 4.50 if tak silap.Agak malu juga la tak ketahuan ikan siakap yang mana satu sampaikan abang tu terpaksa tunjuk.Dah tu nak memilih yang segar pun susah.Tak tahu kriteria segar macam mana.Nasib baik Malia ada sikit pengetahuan pasal ikan segar ni.Pilih yang mata putih.Hohohoho.Tang situ nampak kami sedikit intelligent ye.Sikit je lah.Still tebai muka dengan brader tu.
Udang masak cili

Siakap 3 rasa

Sotong celup tepung
Servis memang laju.Itu yang buat orang tak putus putus datang kedai ni kot.Pekerja dorang efisien.Tabik la dekat tukang masak mampu handle order yang banyak.Kalau aku, tobat dah gelabah ayam.Overall, tip top makanan kat sini.Harga pun berpatutan.Bayangkan harga untuk 4 kepala makan lauk lauk di atas dan air baru RM77.Murah weh.Kami bajet RM100.
Malia dan Wan
So, kalau pergi Pantai Chenang, jangan lupa singgah Restoran Lubuk Buaya ni ye!
Labels:
darlings,
food,
jalan-jalan,
langkawi
Thursday, December 30, 2010
Cable Car, Langkawi.

Cemuih tunggu turn lama sangat.Camwhoring sat.
Nampak tak jambatan tergantung kat belakang aku tu? Haa.Yang tu la buat kami excited nak naik kat atas ni.Berdebar juga yop dalam cable car.Ini tak sama macam kat Genting.Ini lagi curam.Gayat tak sudah la.
Elok elok kami sampai kat atas, hujan turun dengan lebatnya der.Lagi masyuk sebab duduk atas puncak, air hujan turun memang kena kami dulu.Basah kuyup teruih.Damn.Tak boleh nak lari pi mana dah sebab hujan mai kiri kanan.Pasrah je lah tubuh dimamah air hujan.Sempat ambil kotak konon nak protect dari kena air hujan but still, kena juga.Baju boleh perah buat minum!See see.Nasib tudung maintain.Hahaha.
Terus hilang mood nak jalan jalan.Lagipun lepas hujan tu, semua pakat nak turun bawah.Jambatan tergantung pun tutup sebab cuaca tak elok.Tak ada rezeki kami nak merasa jalan kat situ.Risau juga takut terperangkap kat atas.Takut system down ke apa.Tapi mujur tak jadi apa apa.Cable car still bergerak dengan megahnya.Walaupun basah, tetap mampu memberikan pose terbaik untuk anda semua.Hihihi.Ya.Tahu tahu.Dah koi tembam. T_T
Labels:
darlings,
experience,
jalan-jalan,
langkawi
Telaga.
Dah lama tak menggali air dari telaga.Found this one big well at Pulau Beras Basah.After dah berendam dalam air laut yang masin, molek la kiranya basahkan badan dengan air telaga pula kan?Tak ada la bergetah sangat badan time naik bot nanti.Rasa segan nak mandi over over tepi telaga tu sebab ramai yang duk tunggu turn.Rasa macam buat free show pula.Hehehe.Jirus sekali je lah.Lagipun air telaga tu dah nak habis.Tak boleh penting diri sendiri.Kena ingat sama orang belakang.
Cedok jangan tak cedok ayaq tu akak ooii.
Dalam kan? Kalau terjatuh, agak agak life guard boleh bantu tak? Hehehe.
Labels:
darlings,
experience,
jalan-jalan,
langkawi
Mula mempercayai kuasa life jacket.
Last time pergi Tasik Dayang Bunting, aku tak mandi pun.This time, aku decide nak turun dalam tasik tu juga.Sewa life jacket RM 5 sejam.Bila dah pakai life jacket, aku dan Wan ambil masa juga nak turun kat bawah tu.Takut weh. 30 kaki.Dalam tu! Tak percaya dengan kebolehan life jacket untuk terapung.Tak boleh blah Wan la.Dia tahu berenang tapi dia pun cuak nak turun.Aku lagi la cuak.Sampaikan pak cik sebelah tangga tu tengok semacam je kat kami.Last last turun juga.Tapi kan, tengok je lah gambar bawah ni.
Nooh.Berpaut tak lepas der! Takut! Kaki tak pandai nak kayuh dalam air.Huhuhu.
Still berpaut kat tepi tebing tu.Time ni rasa macam telur di hujung tanduk.Depa suruh aku lepas slow slow tapi aku tak berani.Muka cuak tapi at the same time rasa nak gelak pun ada.Rasa macam useless nak mampoih.
Akhirnya, lepas juga dari berpaut kat tebing tu.Hihihihi.I dah pandai kayuh kaki dalam air you'olls.Syok syok.Ku mula mempercayai kuasa life jacket untuk mengapungkan pemakainya.Hehehe.
Labels:
darlings,
experience,
jalan-jalan,
langkawi,
personal
Wednesday, December 29, 2010
Chalet.
Inilah rupa 'chalet' yang kami sewa.Actually, ini rumah bapa mertua Kak Jaja tapi dorang buat sewa untuk orang yang bercuti kat Langkawi.So, dah jadi ala ala hotel tambang murah gitu.Sebuah ni ja yang disewakan.Yang sebuah lagi still under construction.Dorang buat rumah ni sendiri tau.Selesa la untuk 4 orang duduk.Lengkap dengan toilet, tv dan sofa.Kira puas hati la menginap kat sini.Tak cukup dengan itu, dapat package makan free pula.Hahaha.Package adik beradik la der.Kalau orang luaq, errr..maaflah.Tak ada sponsor makan.Satu malam = RM 50. Ok la tu. =)
Labels:
darlings,
duit oh duit,
jalan-jalan,
langkawi
Shopping ikan bilis dan coklat.
Demimu belacan.
Kalau datang Langkawi ni tak sah kalau orang rumah tak pesan belacan.Tok selalu borong belacan.Dia kata belacan pulau sedap.Tak rugi beli banyak pun sebab dia tahan lama.Letak la dalam peti sejuk tu, setahun pun boleh tahan! Noh.Waktu pergi awal bulan 12 hari tu,dia dah beli banyak.Ini nak pesan lagi 2 kilo.Nak tak nak, kena pergi beli juga la kan.Satgi merajuk pula orang tua tu.

Tengah tunggu mak cik tu timbang belacan.Yang special pasal belacan ni, tesktur dia lembut sangat.Colour pula nak macam pink pink sikit.
Kena pula yang menjual tu direct dari rumah.Kira macam rumah kedai la.Payah juga nak cari rumah dia sebab first time nak pergi dan arah jalan berpandu pada petua dari Mak Su ja.Dua tiga kali juga la call Mak Su tanya rupa rumah dia macam mana.Colour pink ka? Ada bangsal buruk ka? Ada signboard tak?Sampai Mak Su jadi panik la habaq hang.Hehehe.Last last jumpa juga.
For those yang nak beli belacan kat Langkawi, aku recommend beli kat sorang mak cik ni kat Ayer Hangat.Rumah dia betul betul sebelah Bird Paradise.Sekilo RM 9.Aku beli sekilo buat habuan bagi kat "mummy".Hehehe.Ambil hati habaq hang.
Kalau jumpa signboard ni, memang betul la rumah ni yang menjual belacan.Hihihi.Rasanya pak cik tu kena ubah la signboard ni. "Berniaga Barang-Barang Lusuh dan Belacan". Baru la orang tak susah nak cari rumah pak cik. =)
Pantai Pasir Hitam
Balik dari kenduri, terus jalan jalan.Hentam sajalah pakai baju kurung.Nampak ayu sikit noh.Off we went to Pantai Pasir Hitam.
"Kandungan tourmalin dan ilmenit yang banyak di dalam batuan granit Gunung Raya ini telah menyebabkan kawasan pantai ini berwarna kehitaman." Copy direct dari info board.Hehehe.Ku ingat terbentuk dari sulfur sebab ada bau macam sulfur sikit kat pantai ni.
Wewiitt...adik manis, kasi ngorat sikit boleh tak?
Baru ku perasan, tempat menarik kat Langkawi ni kebanyakkannya sikit je tarikannya.I mean, kalau pergi Pantai Pasir Hitam, dah tinggal sikit je tempat yang ada pasir hitam.Kalau kat Beras Terbakar pun sama juga.Satu spot ja yang tinggal.
Moral of the story, peliharalah tempat bersejarah.
Labels:
darlings,
jalan-jalan,
langkawi,
moral of the story
Tuesday, December 28, 2010
Kenduri kahwin Kak Lily.
Kompang dipaluuu..pengantin baruuu...!Haa.First time datang rumah Kak Lily.Dari Kedawang nak ke Ayer Hangat mengambil masa 30 minit ja.Tak jauh mana pun.Kami sampai dalam pukul 12.30 tengahari.Mujur time sampai orang tak berapa ramai.Makan pula style buffet.Perut pula dah lapaq.Laju ja serbu nasi.Hohoho.
Modern and trendy.First time jumpa banner kahwin macam ni.Ada mak cik yang lalu kat banner ni cakap "Depa tak pakai baju kahwin pun.Orang muda la ni, pakai besa besa ja naa" Hahaha.Mak cik, sekali sekala kena buat pembaharuan.
Modern and trendy.First time jumpa banner kahwin macam ni.Ada mak cik yang lalu kat banner ni cakap "Depa tak pakai baju kahwin pun.Orang muda la ni, pakai besa besa ja naa" Hahaha.Mak cik, sekali sekala kena buat pembaharuan.
Makanan tip top.Semua lauk sedap.Boleh minta no. katering kot naa.Eceh.Mana nak tahu kenduri aku nanti, boleh pertimbang guna katering ni.I loike sebab ada lauk ikan masin.Sedap!
Dataran Lang

Susah benar nak dapatkan view terbaik sebab orang sentiasa lalu lalang.Berebut nak naik kat atas signboard tu.Kami tak naik atas pun.Lepak bawah ja.Rose fail sikit kalau night mode ni.Mesti gambar jadi kabur dan tak cantik.Nasib baik ada SLR Adawiah.Merasa juga la gambar cantik time malam.Hehehe.
Tepat pukul 12 malam, lampu disekeliling Dataran Lang ni akan auto off.Panas hati juga weh.Baru ingat nak lepak lama sikit.Dah kena halau.Tapi bagus juga dia buat macam tu.Save elektrik sekaligus halau orang balik rumah.Tidoq la weh.Hehehe.
Labels:
darlings,
jalan-jalan,
langkawi
Hunting for gift.
So, pusing la satu Teow Soon Huat mencari hadiah yang sesuai.Wan came up with her idea to buy fresh flowers or cake.Tapi rasa tak applicable pula sebab tak melekat di ingatan.Cewah.Last last kami decide belikan frame.Yeah yeah.Bunyi macam lame kan.Tapi disebabkan pengantin memang suka ambil gambar, sesuai sangatlah bagi frame.Boleh abadikan kenangan bersama disitu.
Minta salesgirl situ balutkan.Atee...mana bawa alatan membalut der.Kata vacation.Tak vogue la bawa gunting dan salotape.
Dah siap balut =)
Labels:
darlings,
gift,
jalan-jalan,
langkawi,
shopping
Pantai Cenang II
Tak naik pun banana boat ni.Tangkap gambar sudeh.
Ada tengah fikir tu nak buat ke tak parasailing.Dia teringin benar nak naik.Asyik usha orang lain naik ja.Last last dia naik juga.
Labels:
darlings,
jalan-jalan,
langkawi
Monday, December 27, 2010
Beras Terbakar.
After sampai kat Langkawi, kitorang terus check-in kat chalet sebelah rumah Kak Jaja.Satu malam RM 50 sajork.Then after settle down, kitorang decide nak jalan jalan kat kawasan situ.Prinsip kami, jumpa tempat menarik harus berhenti.Dasar bercuti kan.Redah saja.
Antara souvenir yang ada.Harga serendah RM 1.
Rupanya kawasan beras terbakar tu kecil ja.Dah tak banyak yang tinggal.But still dapat tengok lagi kesan yang ada.Walaupun sedikit, tetap bermakna.Memang betullah kata orang.Warisan dan sejarah Melayu harus dikekalkan dan dipelihara.Penting untuk generasi yang akan datang.
Tapak beras terbakar.
Habis pusing, moh le kita ke destinasi lain pulak.
Labels:
darlings,
jalan-jalan,
langkawi
Subscribe to:
Posts (Atom)



