Online users

Follower

Showing posts with label student life. Show all posts
Showing posts with label student life. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Graduation Day (Part 2)



The next day, we have a graduation parade. Haa..Ini yang special pasal Victoria ni. It has become a tradition where the graduands will be parading along the city street accompanied by the brass band. It's a celebration of joy for the graduands. Actually, aku plan nak pakai kebaya time parade ni tapi memikirkan kain kebaya tu sempit, nak parade macam susah. So, ulang pakai baju yang sama time dapat scroll. Kihkihkih


As we were busy taking photos,two ladies came and approached us. They asked for two volunteers to hold the Victoria banner. Laju je aku dan Elin angkat tangan. Hehehe. Sebab yang pegang banner akan duduk depan sekali. Right after the brass band. Ada chance la nak masuk dalam gambar banyak sikit. =P  Even the chancellors and lecturers were also lining up behind us. Nampak tak betapa pentingnya role kami? Hahahaha.Why they chose foreign students not the locals? Maybe because they wanted to show the diversity of students in Victoria. If I'm not mistaken, bilangan foreign students di Victoria agak banyak berbanding local people. Pernah jadi isu hangat kat paper bila dorang umumkan nak buka more offer to the foreigners instead of their own people.


When the brass band started marching, kitorang pun ikut la kat belakang. The person in charge told us not to follow too close, biar ada few gaps between them and us. There were times when I walked too fast and the lady in orange safety vest whispered to me, "Not too close darling.Slow down a bit" Hahahaha. I was nervous. Macam fashion show pun ada.There were so many people watching us, taking photos. I tried to smile as long as I can. Sampai kejang muka ni haa. The wind was so strong that sometimes the banner rolled up the pole. Time ni la rasa bersyukur sangat tak pakai kebaya. If tak, ada yang dapat tengok free show.Hihihi.


I had my limelight moment when my hood flew away from my head because of the strong wind. T______T It dropped right in front of the chancellor's feet. I was too shocked that I stopped walking and try to take it back. To my surprise, the chancellor bent down his body and took my stupid hood for me. Just when I got back my hood, Elin's hood pulak yang jatuh. The situation became chaotic out of sudden just because of our hoods. Huwa! What a shame! When the parade ended, the chancellor came and talked to us "This is the first time ever in Victorian history such thing happened. The wind must be too strong aye? " Rasa macam nak tutup muka dengan robe tu ja.Hahaha.Malu gila.Mujur la dia cool je tak marah ke apa. I did not know whether there's people yang rekod that moment. If ada, tolong la delete. If tak nak delete, simpan buat kenangan sendiri je lah nooo. Janganlah share kat mana mana. Buat malu kaum sejagat je. Jatuh saham I. Sobs.

Habis je parade, kitorang pun mula la berpeleseran kat Civic Square.Ambil gambar banyak banyak. Lighting  baik punya. 


 Pinjam mak Elin. Huhuhu. We are the "parent-less" graduands. Thank you to the girls sebab bagi bunga kat I. Huhu.Terharu.

 With some of my cohormates. It was a beautiful day. Shine bright like a diamond. 

Ikut tangga ketinggian.Yeay! Dah graduate! Sekarang menganggur T_______T

Tuesday, December 18, 2012

Alhamdulillah!

Finally, Bachelor of Education in Teaching English to Speakers of Other Languages.All praise to Allah!

More to come.

Friday, November 23, 2012

Bina Insan Guru: Berakit

Lepas water confident, moh le kita berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian nye pun. Hoho. Selepas water confident, tibalah masa yang dinanti nantikan oleh kami semua. Acara membuat rakit sendiri. Malam sebelum tu, kami dah pakat dalam kumpulan.Come up with design rakit macam mana yang kami nak. Kami hanya diberi tiga batang buluh dan 6 pelampung. So, terpulang kepada kreativiti masing masing macam mana nak bagi rakit tu stabil.

Dah macam teletubbies dah sorang sorang.Omey angat!


This is my first time inventing our own raft. So kinda excited. At the same time nervous sebab after siap, kami akan berlawan dayung siapa dapat sampai ke finish line dulu. Sebelum start buat rakit, aku apply la sunblock. Punya gelojoh sapu sampai termasuk dalam mata. Pedih yang amat. Tuhan saja yang tahu. Huhuhu. Sambil buat rakit, sambil menangis. Hahaha.Epic! Kami diberi masa tak sampai 30 minit pun untuk siapkan rakit. 


So, bayangkan je lah macam mana huru haranya keadaan. Dengan tak ada experience nya, dengan panasnya, dengan tali tak cukup panjang. Memang terpaksa go nature that time. Capai je benda apa yang nampak kat pantai tu. Amik batang pokok yang dah mati sebagai extra support untuk rakit. Rasa macam survivor sangat you'olls. Sambil buat tu, jeling jeling jugak la group lain punya rakit. Macam macam design ada. Bentuk triangle ada, bentuk square ada.

 Untuk cabaran kali ni, kami di regroup. Laki dan perempuan asing.Senang sikit nak bekerjasama. Nak belaga bontot pun tak segan. Ye dak?

We came out second. Bangga dengan team I. Kalah tipis dengan group lelaki. Tipis sangat. Rasa nak tercabut tangan mendayung. Terima kasih la kepada captain I, Lily sebab berkobar kobar bagi arahan. Right! Left! Stop! Haa..Macam macam lagi la command yang keluar. Aku berapa kali tergelongsor dari lubang rakit. Tenggelam separuh dalam air. Hilang sense of balance. Mujurlah teammate sempat sambut sebelum tenggelam sepenuhnya. Time ni la paling banyak terdedah kepada sinaran matahari. Member pakai handsock stripey black and white. Bila buka handsock, tangan dia berbelang. Kesian gila. Mujur la I pakai handsock hitam. Legam semuanya. Hahaha.

 Sesi undo rakit. Time nak undo kejap je. Nak buatnya, punya lama!

Lepas selesai semua, sesi refleksi diri pulak. Memang jadi final year student ni, buat apa pun mesti kena ada refleksi. Pung pang pung pang reflect, baru cool down. Dahsyat ooo cool down session kitorang. Tak pernah pernah seumur hidup aku cool down macam ni. 

 Macam sembah apa dah sekali tengok T_T

 Ni pulak? Macam dugong terdampar.

A new experience has been created. More to come.

Thursday, November 22, 2012

Bina Insan Guru : Water confident


Mari sambung cerita BIG. On the second day, kitorang buat water activity. This is the most awaiting activity for all of us. Tahan je diri tengok laut yang terdampar luas. Akhirnya, sudah tiba masa untuk merendamkan diri di dalam lautan masin.Hahaha. Sebelum tu, haruslah apply sunblock 2 inci kat muka dulu. Pakai baju dan seluar yang ringan. Seluar, make sure ada getah yang boleh ikat. Dikhuatiri akan terlondeh dalam laut nanti kalau pakai seluar yang loose.Untuk gegirl pulak, pakai la baju yang berwarna gelap. Faham faham sendiri la ye sebab apa.

Lepas tu kami pakai buoyancy aid pulak. Dr Fauziah cakap ni bukan life jacket tapi B.A. Singkatan untuk buoyancy aid. Penting ye anak anak sekalian untuk pakai B.A ni. Tambah tambah untuk yang tak reti berenang macam ahkak ni. T_T Sebelum kami dilepaskan untuk water activity, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk water confident. Kumpulan yang confident berenang, yang 50-50, dan yang tak confident langsung. Ahkak masuk dalam kumpulan yang tak confident ler. Memang ada masalah sikit bab swimming ni. Trauma dah lepas kes hampir lemas kat Lata Bayu past few years. Huhuhu.

Tak rasa down langsung bila kena masuk group tak reti berenang. Malahan, happy berlipat kali ganda. Peace!

Beratur untuk mendengar taklimat dari Dr Fauziah.

Untuk water confident activity, setiap group dapat sorang faci. Untuk group aku, Dr Fauziah yang ajar. Many thanks to her sebab dia la aku berani jugak pergi tengah laut. Dengan B.A la. Gila tak pakai B.A. Ada yang jadi arwah kang.Itu pun bila kaki tak cecah dasar, rasa cuak sangat sangat. Perasaan nervous tu tetap ada even kita pakai B.A. Tuhan saja yang tau perasaan aku time tu. Bila Dr Fauziah instruct pergi ke tengah laut lagi, dalam hati "Biar betul Dr ni! " Dari sesi water confident ni, aku dapat la ilmu baru. Macam mana nak   rileks dalam air, macam mana nak tolak badan ke tengah laut dan macam macam lagi. Terima kasih Dr. Fauziah!

Dalam duk syok syok berenang, sekali terasa tangan aku ni kena cucuk something. After few secs, terasa pedih yang amat sangat. Ditambah pulak dengan air laut yang masin, lagi la terasa sakit. Memang tak mampu nak buat apa time tu. After aku kena, dengar pulak Tina menjerit. Dia duduk beberapa meter je dari aku. Hah. Sah la kena gigit dengan jellyfish. Terus aku berenang ke tepi pantai. Mengadu kat Dr. Hahaha. Terasa macam budak kecik pulak mengadu ngadu ni. Dr suruh lumur dengan pasir. Bagi reda sikit rasa pedih tu. Dah tak pasai pasai jadi perhatian satu cohort. Mulanya tak nampak sangat bekas kena gigit tu. After few weeks, ini lah hasilnya.

Two spots. Kalau dikira kira, hampir sebulan dah pergi BIG. Doc cakap parut ni lambat sikit nak hilang.Ada la dia kasi krim untuk sapu.Nyut nyut pedih bila apply krim tu. Sabar je lah.Huhuhu.

When you are stung by jellyfish, there are few immediate things that you can do to heal the pain.
1) apply sand to it. DONE
2) apply lime and soy sauce. DONE
3) ask somebody to pee and apply it to the affected area. TAK BERANI BUAT

if it gets worst......Seek for doctor's help! DONE

Tuesday, November 20, 2012

Good news =)

Alhamdulillah. Three good news in a row. First, elaun tunggakan praktikum dah masuk. Second, dah dapat honours equivalence letter from VUW.  Tanpa segan silunya, I nak bagi tau yang I dapat 2(1) hons. Syukur alhamdulillah. Walaupun tak dapat 1 hons, itu pun rasa seronok sangat. Setimpal la dengan usaha yang diberikan. Untuk yang dapat 1 hons, tahniah diucapkan. Untunglah. Lepas ni nak sambung study pun senang je laluan. Aku ni, 50-50 lagi. Plan nak sambung belajar tu ada. Tapi sebab terikat dengan kontrak KPM, kena serve dengan dorang dulu for 3 or 5 years. Aku tak sure. Hurm. Dan la otak ni berkarat dulu ye tak? Last good news is interview SPP will not be conducted in December. Lega! Pasal Dec nanti I'll be flying off to NZ for graduation. Risau jugak duk sedap sedap vacay kat sana, tup tup dapat surat panggil interview. If tak pergi interview, lambat la nak kerja. Lambat jugak nak sah jawatan. Dan seniority pun terjejas sedikit.

Terima kasih Allah =)

Monday, November 19, 2012

Bina Insan Guru : Part 1

Mai tengok pengalaman I ber B.I.G bersama teman di Pulau Pangkor. BIG stands for Bina Insan Guru. Benda ni wajib untuk semua pelajar IPG. Kalau tak attend, tak boleh graduate. Untuk bertolak dari maktab, kami diwajibkan pakai track top dan topi maktab. Mano nak cariiiiii. Berkurun dah tak pakai benda alah tu. Aku dah buang kot topi maktab tu. Ended up I pinjam dari junior.Nasib baik junior baik hati. Hehehe.

Sebelum bertolak, kami dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu A,B,C,D,E dan F. Aku kumpulan F. Untuk BIG, tutor tak panggil nama tapi panggil kod rahsia.Ecewah. Rahsia la sangat. Contoh, macam aku no.4 dalam kumpulan F. So, my name is F4. Kelas gitu. F4. Kau ado? Bagi tag sebesaq alam.Ha.Belasah la. Mai BIG ni jangan harap la nak melawa. Tak ada masa okay. Time ni la semua orang jadi budak budak balik. Dengan baju sukan gelebeh sorang sorang, sooooo zaman foundation you'olls.


Perjalanan dari maktab ke Lumut mengambil masa 4 jam.Sepanjang perjalanan, aku tidur sebab telan ubat mabuk. Sedaq sedaq dah sampai Lumut. I'm so in love with travel sickness medicine.Hahaha. Tak elok sebenarnya tapi aku makan untuk precaution.Kang ada yang muntah monggek kat situ, naya ja.


Sampai, set up khemah. It's been ages since I last set up tent. Mujur la ada Kema. Dia kuat bercamping kat Welly dulu. So, memang pakar la bab memasang khemah ni. The weather is so nice. Tapi tetap pakai sunblock. Takut burn. Hahaha. Satu khemah 5 orang. Khemah pulak tak ada la besaq sangat. Dah khemah kitorang semuanya badan panjang. Yang kemetot si Kema dan Jaleha ja. Memang time nak tidur set rules dah.No golek golek. Tidur statik.


Malamnya, kitorang ada LDK. Makanan pulak, masak sendiri. Bergilir. Baru adil. Best ooo makan malam bertemankan angin pantai.Sejuk je. BIG ni bagus sebab dia pupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan. Bagus sebab dia campurkan kita dengan kawan yang kita tak berapa rapat dalam satu kumpulan. So, boleh kenal dengan lebih dekat. Makan sekali, exercise pun sekali.Semua la sekali. Cuma time mandi dan tidur je tak sekali. Hohoho.Walaupun 5 tahun dah bersama, percayalah, tak semua aku kenal dengan begitu rapatnya.Oh ye.Tag tu memang kena pakai setiap masa. Tu la pasal kalau korang tengok kat setiap gambar, mesti tergantung tag tu. Kalau hilang, siap la kena marah dengan tutor.Huhuhu.

Sunday, November 18, 2012

Sooo Kedah

Seumur hidupku menetap di Kedah, boleh bilang dengan jari berapa kali turun bendang. Setakat lalu tepi tu, memang berjuta kali dah tapi the real experience meniti atas batas bendang memang tak pernah. Makanya, bila Kobit ajak pergi photoshoot "Soooo Kedah" as our last moment together, aku tak banyak cakap dah. On je. Konvoi 9 kereta. Orang kampung heran tengok banyak bebenor kereta masuk area bendang. Asalnya nak shoot kat area SK Rantau Panjang tapi tak jumpa pulak batas bendang. Tali air ada la. Last last, masuk area depan sikit dari situ. Kereta Jaleha antara yang last masuk. Macam tak confident nak bawa masuk kereta sebab jalan tu memang muat muat untuk laluan satu kereta. Motor nak lalu celah kereta pun boleh goyang goyang. Huhuhu.Dah mula risau macam mana nak keluar dari situ. Mujur la ada jalan tembus kat depan. Tak perlu susah susah nak u-turn.

 Le' girls 

 Le' girls with motorcycle at the back.

Le' boys.

Jaleha, I, Wanie and Ain.

Dah dengan menatang terbang tu pun ter capture sekali dalan gambar. Depan I pulak tu. Ciss!

Banyak lagi gambar yang di ambil. Cukuplah beberapa keping untuk dikongsi dengan korang. Perasaan berada di tengah tengah sawah sangat best. Rasa tenang dan aman sangat. Bila mai menatang kecik terbang depan muka, hilang perasaan damai, datang perasaan nak mengamuk. Hahaha.

Saturday, November 17, 2012

TESL / TESOL Annual Dinner 2012

This event happened a month ago but today baru nak cerita. Halal la nooooh.


I don't know whether in your place there's a system that goes like this. If you have juniors and you happen to finish your degree this year, they will throw a farewell party for you. So, basically, kitorang paling tua kat maktab tu. Tua umur saja tau, tapi young at heart gitu. For TESLians, it has become a tradition that each cohort will take turn to organize an annual farewell party. So, this year, turn batch 2010 yang handle. I don't know what to call them. Huhu. Dah banyak sangat batch bawah kitorang, so macam blur sikit.

So, dinner took place in Cinta Sayang Golf and Resort Club.The theme was vintage. Memang idok ade baju ler teman nak pakai. I ended up wearing kebaya. Vintage jugak ler tu. Vintage cara orang melayu. Hahaha. Dah makin tua ni, jadi segan nak bergaya lebih lebih. The juniors semua cantik cantik dengan dress ala ala vintage. My fame has long ended. Ecewah. Tak semua budak batch aku yang pergi. Sebab dinner ni tak wajib pergi tapi digalakkan.Susah kan nak faham konsep ni. Yang tak pergi tu, kebanyakkannya ada masalah kewangan.Faham faham je la hujung tahun ni. Masing masing kering. Anyway, aku pergi. Support junior la kononnya.
Why did I wear blue scarf? Fesyen katenyee...


Medley performance by the juniors. 

King and Queen of the night.

The food was okay but not recommended for the picky ones. Huhuhu. We had so much fun that night. Singing together and cheering for B.O.B especially! Yep. Cheering for them is a must. Overall, good job juniors! Thank you for inviting us =)



-THE END-

Sunday, October 14, 2012

Random post

Minggu ni start presentation for post practicum. Spent RM 16 to do the poster.My turn will be on this Tuesday. Tak sabar rasanya nak habiskan baki sebulan lagi kat maktab. I want to be freeeeeeeeeeeeee....Dah lama tak tulis blog, jadi blur nak cerita apa. Dulu kalau pergi mana mana, mesti update kat sini.Huhu.Makan apa pun nak cerita.Siap ada gambar lagi.Sekarang ni, dah jadi malas nak snap gambar.

Ini pulak gambar baju yang aku tempah kat auntie Eae. I was introduced to her by my cousin. Puas hati jahit baju kat auntie ni pasal dia buat kemas. Harga kurung moden RM 60. Yup. Quite pricey tapi sedap pakai. Orang kata, standard kalau hantar kat auntie cina harga macam ni. Ni kain yang aku beli kat Bandung bulan 6 hari tu. Kembang kempis hidung patung pakai baju I. Tiba tiba rasa kurus macam patung.Eh! Hahaha. Kain macam ni I beli tak sampai 100k rupiah pun tau. Cer convert duit kita. Murah kan? Dah la sulam batu. Menyesal pulak tak angkut banyak banyak. Kekangan kewangan. Hangpa kalau pi Bandung jalan lupa borang kain pasang macam ni banyak banyak tau. Sebab sangat murah.Mana nak dapat kain pasang macam ni harga RM 30? Tengok yang jual online sampai RM 80. Banyak gila amik untung.Huhuhu.

Am planning to wear this baju kurung on my graduation day. Tak sabarnya =)

Thursday, October 11, 2012

Final year

Manusia ni sentiasa perlu didorong oleh sesuatu. Baru nak jalan kerja. Macam tu la jugak tulis blog. Didorong faktor duit. Hahaha. 

Aku ingat lepas praktikum, rileks la sikit. Tup tup makin bertimbun kerja ada la. Dengan critical reflection, poster, KISSM, SPP. Tak boleh nak kata apa la. Final year student. Beginilah keadaannya. Tak mau merungut banyak sangat. Setiap yang diberikan tu pasti ada hikmahnya. Fikir macam tu ja la. Bila kena buat poster, kena spend banyak duit pun, malas nak complaint banyak banyak. Fikir final year student ja. Final year. Ye.Final year. Inilah masanya nak berkorban duit dan masa. Lepas ni, dah tak ada dah macam ni. Masuk alam pekerjaan, lain pulak stress nya. Ye tak? Tak sampai sebulan pun lagi bakal menamatkan final year. Hopefully, everything falls in a right place. Dugaan, stress, emo tu semua biasa la kan. Tak emo, tak best la. Hahaha.

Ok.Nanti I tulis lagi ye kat sini. Bye bye!

Monday, June 25, 2012

New environment

Yuhuu! Lama kan aku menghilang. Nak menulis balik pun rasa kekok. Tulis sikit, backspace. T_T Ada berita gembira nak bagi tau ni. Rayuan permohonan nak stay kat Berapit diluluskan dan sekarang aku dah pun selamat berpindah ke sini. New environment, bigger bedroom, bigger house.Ada dapur, boleh masak. Duduk berempat ja. Actually rumah ni boleh muat 6 orang.Tapi disebabkan kitorang berempat ja yang dapat praktikum area sini, that's why la 4 ja. Lagi satu bilik tu jadi bilik stor.

Moving in is a very tiring process.Tambah pulak dapat rumah level paling atas sekali. Alahai. Tengok bangunan pun dah demotivated nak angkat barang. Bila pindah rumah baru, baru sedar sebenarnya barang sendiri adalah sangat banyak. Lepas satu, satu. Tak sudah sudah packing.Pffttt.Padahal baru masuk maktab awal tahun ni. Apa yang banyak sangat pun aku tak tahu.Kolopai kolopai yang banyak.Aku belajar word ni dari Kema.Kolopai tu bahasa nogori. Kolopai=benda benda kecik. Macam plastik baju busuk, plastik kasut, plastik makanan, etc. Haa..Benda benda tu la yang buat trip hantar barang jadi 3 kali. Naik turun tangga 5 tingkat sebanyak tiga kali untuk satu trip.Burnt calories banyak.Time tu je lah. Tunggu malam sikit, bantai makan macam dinosaur. Gain calories balik. Tak ada beza pun.Hohoho.

Selepas diubah suai, we decided to put the study table at the center of the hall. Study is the main priority isn't it? =P

Our tiny kitchen. Terus semangat nak mengangkut cooker dari rumah. This time la nak asah balik skill memasak yang dah lama tinggal. Nak dapur sendiri sangat kan? Haa..ambik hang. 

Master bedroom. Seperti biasa, berkongsi bilik dengan roomate sejatiku since zaman foundation, Jaleha. Ada toilet dalam bilik you. I like.

Mungkin akan letak tv di ruangan ini. 

Toilet 

 New housemates. Naia and Mufid.


Next week, dah start praktikum. Nervous. Tadi baru lepas meeting dengan cooperating teacher from that school. Very humble person. Rasa lega sikit la sebab dah tahu rupa cooperating teacher macam mana. Tak ada la terkejut sangat bila pergi sekolah nanti. 

p/s: Aku still hutang a few cerita Bandung dan Jakarta. Will try my best to get it done by this week.Next week maybe dah start busy dengan praktikum.

Wednesday, June 13, 2012

Indirect learning

Situasi 1: Ika tengah kira duit kutu.Some calls it duit kut. Whatever it is, korang tahu kan sistem duit kutu ni macam mana.

Aku: Berapa orang main duit kut ni?
Ika: 9 orang
Aku: Oh I see. Semua bayaq on time ka?
Ika: Tak jugak.Ada yang jenuh paksa baru nak bayaq.
Aku: Loh.Hampa tak buat agreement dulu ka before main?
Ika: *Silent*
Aku: Hang faham dak agreement tu apa?
Ika: *Sengih* Dak. Sebab tu Ika senyap ja.
Aku: T_T Agreement tu persetujuan la Ika oi.
Ika:Ooo..ya ka.

Situasi 2:

Ika: Akak, pi-yos tu apa?
Akak: You mean pai-years? P-I-O-U-S ke ejaan dia?
Ika: Haa..ya ya.
Akak: Bukan pi-yos la Ika.Sebutan dia pai-years.Itu maksud dia alim ulama.
Ika: *Sengih* Ooo..Ok ok.

This is called indirect learning.

p/s: I am unable to type it into phonetic symbols.So, hope the hyphen thingy works.Hohoho

Monday, May 21, 2012

House hunting begins.

House hunting sudah pun bermula. Minggu ni just busy waktu pagi je. Petang free. So, tadi pergi la riki riki taman yang dekat dengan sekolah. Too bad, there's none in Kota Kuala Muda district. Kecewa. Kitorang cari area Tikam Batu. Kebanyakan rumah yang kami dapat, semuanya homestay and they charge us on daily basis. Bila tanya boleh tak nak buat sewa for 4 months, semua reject. Ye lah. Dorang rugi la. Rumah dah cantik, fully furnished, siap aircond nak charge below RM 300. Memang tak dapat la kan. Penat jugak mencari rumah sewa ni. Time nak give up tu la baru jumpa rumah untuk disewa. Excited dial number. Sekali rumah tu dah ada orang book.Tau tak perasaan bila terlepas peluang tu? Nak lagi, bila dapat tau rumah tu di book semalam. Bukan minggu lepas, tapi semalam. Terlambat sehari ja pun.Rasa macam................why la why.....Mak cik tu siap cakap "Sorry la. Saya kat Penang. Tak sempat nak buang advertisement tu" Saja ja tau mak cik ni. Bagi harapan pelesu kat we'olls. Lepas tu nampak satu lagi homestay. Nampak cantik. Telefon la bercakap dengan Encik Adnan. Sopan santun orangnya. Dia cakap memang tak dapek la nak buat sewa sebab dorang tak balik modal. Dah la satu rumah pasang aircond. Ada hati nak bayar below RM 300. Tapi dia bagus. Try nak tolong kitorang carikan rumah sewa. Dia cakap around RM 200 pun boleh dapat dah kalau nak sewa.

Disebabkan tak nak mengharap pada yang satu, kitorang cari je rumah sewa lain. Pusing masuk Taman Pekula,   tak ada. Scary ok perumahan kat situ. Sorry to say la tapi aku tak favour housing area situ sebab sangat padat. Tak terjangkau dek akal fikiranku macam mana la dorang boleh tinggal dalam kawasan yang sangat sempit. Nak amik lap parking kereta dalam rumah pun tak ada. Memang menangis la aku kalau duduk area situ. Dah terbiasa laman besar kot.Huhuhu. Pergi Taman Jenaris pulak. Haa. Kat taman ni aku puas hati sikit. Nampak teratur rumah dia. Tak serabut macam Taman Pekula. Pun tak ada yang kosong. Sedih mak noks. 

Harapan terakhir, Taman Rhu. Ada 3 fasa. Fasa 1 dan 2 tak ada. Kat Fasa 3, banyak rumah kosong tapi tak ada notis nak sewa ke apa. Sabar je lah. Punya nak cerita banyak homestay yang dah kitorang call, sampai tak sedar ter call orang yang sama sampai dua kali. Punya desperate nak cari rumah la katakan. Orang tu siap cam lagi, "Ini yang cari rumah untuk praktikum tu eh?" Ok. Malu sekejap T_T Still, kena reject. Alahai. Pusing punya pusing, jumpa satu rumah ni. Kebetulan depan rumah tu, ada mak cik jual kuih. Dia bagitau tuan rumah tu  nak bagi sewa. Baru je beberapa hari lepas ada orang keluar.Rumah still bersih lagi la cuma tak ada perabot. Kira kalau masuk, memang rumah tu kosong. Nak bagi sewa RM170 ja. Haa.Tunggu lagi. Dah murah habis tu. Terus amik contact. Call dia tak dapat. Mak cik tu cakap akak tu polis. Maybe dia off phone sebab tengah handle kes ke apa. Harap harap dapat la rumah tu. At least, halfway perjalanan dah cover compared to duduk maktab.Almost an hour kot. Tak sanggup.Huhu.

Alang alang sekolah dah dekat dengan Pulau Sayak, pekena nasi goreng udang sedas. Ke-lia!

Oh. Terima kasih kepada yang bagi contact number sedara area situ. Saya dah contact that person dan sekarang still menunggu jawapan. Terima kasih banyak banyak =)

Tuesday, May 15, 2012

Ku sangka panas sampai ke petang...

Alhamdulillah.Exam is over and I can finally sit back and relax. Just for the time being la sebab next sem ada praktikum pulak selama 3 bulan. BIG lagi. Ah. Malas nak fikir lagi. Yang penting, sekarang sudah merdeka. Yeay yeay. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Apa betul ke peribahasa aku ni? Dah syok exam habis, tiba tiba dapat news yang permohonan kami nak pindah ke kolej kediaman Berapit ditolak. Simply because the new intake will be placed there and there is no space for us left. Huwa! Dah la kena praktikum kat area Pantai Merdeka nun haa. Ada la dekat sejam dari maktab. Terus susah hati. Balik bilik, terus google homestay area sana. Kot kot la ada kan. Nak cari rumah sewa, macam payah je pasal kitorang nak stay tak sampai 6 bulan. Ada ke orang nak sewakan? Kitorang fikir agak penat kalau nak berulang alik dari maktab ke sekolah setiap hari sebab perjalanan almost 45 minutes. Itu tak tolak traffic jam semua tu. It would be better if we stay near to the school so that badan pun tak penat, mengajar pun tak effect. Desperately need some help from you guys.  

I know this may sound stupid. Bajet satu Kedah baca blog ni. At this point, I hope so.To those who stay in Tikam Batu or Kampung Berapit area (near Pantai Merdeka route), would you mind to contact me through e-mail? Ada benda nak minta tolong sikit. Huhuhu. 

Thanks for reading...

Monday, May 14, 2012

Pray for my success

Gonna sit for my final exam tomorrow. After this, no more exam till I complete my Degree. Mixed feeling. Nervous, happy, anxious. What else? You tell me. Wish me all the best. Pray for my easiness in answering the question. Usaha sudah,sekarang tinggal tawakal je lah.

10.30 pagi esok, saya merdeka. Weehuu. Can't wait =)

Thursday, April 19, 2012

Siap!

Alhamdulillah. I manage to finish up the assignment on time. Sebenarnya boleh ja nak siapkan awal but then tahu je lah, dasar buat last minute. Selagi tak kena push, selagi tu la tak buat. Totally salah diri sendiri. Rasa lega sikit bila dah hantar assignment ni. May is approaching. How time flies! Highlight for May, exam and holidays. Weehuu.Tak sabar nak tunggu holiday. Seriously, I need a getaway. Memang ada getaway pun end of May. Bandung bandung.....Tak sabar weh.

Currently addicted to Hanafedora's blog. Jarang nak melekat kat blog orang lama lama ni. But then, hers was totally different. I kept clicking the older post. Check out her blog [here]. Suddenly she inspires me to continue my study to the next level. Macam best pulak tengok dia buat PhD kat UK nun haa. But then you really have to work hard la. No weekend for you. No more jimba jimba like I used to do now. Ada beran? Hahaha. Fikir nanti la. Nak complete degree ni pun duk terketaq ketaq lagi. Duh.

Tuesday, April 17, 2012

Negativity

Tired.
Exhausted.
Sleepy.
Unmotivated.

Negativity owns me tonight. I just don't feel like doing it anymore.

Ya Tuhan, berikan aku kekuatan untuk menempuhi semua ini.Terasa berat dugaan yang diberi. Istighfar banyak banyak Zafirah!

Positive!
Positive!
Positive!

You can do it...Yeeeessss! You can do it!

p/s: Ramblings about assignment. Seperti biasa. =,=

Sunday, April 1, 2012

Voucher buku

Tak sangka budak IPG pun dapat voucher buku jugak. So, pagi tadi pergi amik voucher kat HEP dan petangnya terus shopping seperti orang kaya di Popular. RM 200 sangat banyak bagi aku. Personally, aku tak ada banyak barang sangat pun nak beli. Just nak tambah barang ABM for my coming practicum dan novel ja. Novel kat rumah pun tak habis baca lagi. Hahaha. Tiba tiba teringat kat Ika. Dia PMR tahun ni. Baik spend kat buku dia dari aku beli benda mengarut macam sahibba, uno, etc. Terus call dia dan minta list buku apa yang dia tak ada lagi. Lepas dapat list, terus melilau cari buku.

Alahai...rindu pulak zaman high school dulu. Pantang outing ja, tempat first tuju, kedai buku. Ye. Nampak sangat nerd. Tapi tu la budak boarding school. Tanya pi la sapa pun...mesti outing tuju kedai buku. Aku suka beli buku latihan banyak banyak. Rasa sangat berilmu. Tak dinafikan dulu aku ni kaki study jugak.Koi besaq, koi pemalas. Tak tau pasai pa.Hohoho. Sekarang literature text pun dah lain eh. "The Railway Children". Erm.Menarik. Sekarang ni still belajar lagi ke short story "The pencil", "How Dalat got its name" semua tu? Pergh. Terus teringat drama presentation based on short story ni. Hahaha. Kelas aku kena buat "The Potato People". Siap dapat best drama lagi oi. Jangan main main.

Aku punya la grab buku banyak banyak, but still tak lepas RM 100. Yang dekat dengan kaunter is rak pen. Maka dengan itu, Wan Z tolong grab any pen untuk cukupkan RM 100. Heaven kan? Hahaha. Siap terlebih 30 sen pulak lepas tu. Tak pa. 30 sen ja pun.Hahaha. Tak pernah dalam hidup aku ada sebatang pen dakwat cair metalik dengan harga RM 5.90. Tapi sebab voucher ni, aku berjaya memilik sebatang pen RM 5.90. *Kembang hidung* Terus rasa nak buat buku biodata T_T

Terima kasih gomen. Tahun depan bagi lagi. Tapi untuk cikgu pulak la eh (sebab tahun depan aku dah start mengajar) *puppy eyes* Ada lagi RM100 voucher. Nak beli apa lagi eh?

Wednesday, March 28, 2012

Posting

Yeay! Done with the assignment. Borang posting dah keluar. Tengah consider nak minta negeri mana. Kalau ada satu pilihan, of course I would choose Kedah. Tapi kalau diberi sampai 3 pilihan, haru jugak nak pilih. Penang? Tak favour sangat tambah tambah kalau dapat belah pulau nun haa. Sesak weh. Perlis? Maybe. Tapi risau jugak kalau dihantar sampai ke pedalaman. Kalau boleh, nak minta area utara jugak. Senang sikit. Kos hidup rendah. Bukannya aku ni pro utara ke apa tapi mungkin aku dah terlalu selesa berada di tempat sendiri. Yo lah. Start dari tadika sampai la ke maktab sekarang ni, Kedah je memanjang. Except pergi NZ la kan. Tu yang cakap pekat kedah tak ingat tu. Pernah jugak terfikir kalau dapat belah Kelantan ke Negeri Sembilan ke, jenuh konflik bahasa aku dibuatnya. Sorang cakap kedah, sorang cakap kelantan. Tak tau la macam mana nak adapt. Hopefully, dapat Kedah =P Isi borang pun tak lagi, dah berangan posting kat Kedah. Paling tak tahan, duk bayang dapat sekolah seberang rumah. Heaven gila kalau dapat sekolah tu. Pergi sekolah jalan kaki ja. Jimat duit minyak. Sewa rumah pun tak payah bayar pasal duduk dengan tok.Hehehehe.

Monday, March 26, 2012

School for practicum

Dah dapat sekolah untuk praktikal next sem. You know what...Our school is the farthest among all. Amik hang! Memang dah expect dapat jauh pasal kitorang tak minta preference district waktu apply dulu. Memang pasrah ja dapat mana pun. Sekali hang, 3 km lagi nak sampai Pantai Merdeka. =,=' Waktu dapat tau sekolah tu, usaha la google map dan yang syoknya, google map tak recognize tempat tu. Not much input we got from the internet. Nak tak nak kena pergi tengok sendiri lah sekolah tu kat mana. Nasib baik jugak la ada sorang kawan mat arep yang duduk area sana. Dia cakap dari main road, dekat 30 min jugak nak sampai sekolah. Main road dekat tikam batu oi. Bukan dari maktab. Tsk. So, total perjalanan, almost one hour jugak la.Plan nak apply duduk hostel kat Berapit. Dekat sikit. Dari situ ke sekolah dalam 20 minit ja. Dah tengok hostel tu. Cun seeeeh. Apartment besor. Hopefully, dapat la duduk situ. Senang sikit nak bergerak ke sekolah. Jimat masa dan petrol =P

Berdebor nak tengok sekolah tu. Tak tau nak expect macam mana sebab langsung tak pernah dengar nama Bukit Kechil sebelum ni. Bila tengok, rasa excited sebab sekolah kecik. Sekolah kampung kan.Hopefully, cikgu dan anak murid semuanya ok la. Sekolah ni betul betul kat simpang nak masuk Pulau Sayak. Ala, tempat yang famous dengan mee udang tu. Dah nampak dah masa depan 3 bulan berpraktikal kat sini. Kerja mengadap mee udang la jawabnya.Hohoho.Waktu pergi tengok sekolah ni, ada cikgu laki kat dalam sekolah, pandang pelik pasal kitorang berhenti lama depan gate. Amik gambar punya pasal. Nak letak dalam blog. Hmmmphhh. Ikutkan hati, nak keluar dari kereta, amik gambar. Tapi sebab segan kat cikgu laki tu, curi curi snap dalam kereta ja. Muehehe.

Kolej Kediaman Berapit. Pun amik dari dalam kereta. Malas nak keluar. Panas. Hohoho.

p/s : Berdebor pulok pikior nak praktikal ni.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger