Online users

Follower

Showing posts with label grand lexis. Show all posts
Showing posts with label grand lexis. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Breakfast at Grand Lexis


Waktu kat Grand Lexis, gilir gilir pergi breakfast and dinner. Satu bilik terhad untuk dua orang je kan. So, last day sebelum check out, turn aku dan Malia. Selalu kalau breakfast kat hotel ni, sosej memang konfirm ada. Aku tak pandang dah sosej tu. Dah selalu makan. Hohoho. Amik benda lain. Permulaan kita makan yang ringan ringan dulu. Hashbrown, nugget, scramble egg,beef bacon, chicken ham. Oh ya. Kalau kat Welly, aku memang takut bila dengar bacon dan ham pasal sah sah la tak halal kat sana. Kalau kat Welly, aku diajar dengan konsep bacon tu slice daging babi. Tapi bila balik Malaysia, terjumpa pulak menu ni. Jadi was was nak amik ke tak. Pasal terbawa bawa 'ideologi' waktu kat Welly dulu. Bacon= daging babi. Tapi sebab aku fikir mungkin bacon tu pada nama sahaja dan ada mak cik melayu ni sakan ja cedok, jadi aku konfiden untuk amik jugak. Malah siap tambah berulang kali. Lagi satu, aku fikir kalau tak halal, konfirm orang hotel dah warning siap siap kan.

Ini hanyalah permulaan ye kawan kawan.

Penuh pinggan. Ijat penggemar pancake. Satu pinggan pancake sahaja. Good boy. Membesar dengan sihat!

Antara meja hidangan. Gambar jadi oren pasal lampu dalam dining room oren =.=

Untuk round yang kedua, aku makan bihun goreng dan moi sup.Told ya I'm a monsteeeer!

Friday, January 6, 2012

We're the archers!

Penat melangut dalam bilik hotel, petang second day kat situ kitorang decide untuk main archery. Terpaksa cancel plan nak pergi Teluk Kemang pasal tengah hujan. Takut air pasang. Petang sikit, ujan dah renyai. Ini first time aku main archery ni. Sebelum ni just tengok kat tv. Macam senang tapi sebenarnya tak. Bagi aku, tangan sapa kuat, bonus la untuk dia. Pasal boleh tarik anak panah tu sejauh yang mungkin. Lagi panjang tarik, lagi laju dan kuat dia pergi. Bayar RM 12 untuk 10 anak panah. If I'm not mistaken la. Around that figure.

Sebelum main, kena isi borang dulu. Lepas tu pakai benda alah ni for safety. Takut melecet.

We're ready to hit the board. 5 orang ja yang main. Yang lain just jadi tukang ambil gambar. Nervous mak noks.

Agak struggle jugak lah untuk first shot. Noob habis. Nisah yang kat sebelah dah dua tiga das, aku duk terkial kial kat first shot lagi.Hahaha.

Tengok tu. Still duk mencari punca. Muka habis kerut dah. Last last panggil instructor untuk tunjuk cara pegang etc. Tu la. Awal awal depa tanya dah biasa main ke tak. Belagak angguk kepala. Dah biasa main dah. Puih. Punya ego tak mau orang tolong sangat kaaaaaaannnnn...

Finally! Muahahaha.First shot, ke laut. Anak panah menyembah bumi!

Motip berat ke kiri? Aku pun tak faham.Hahaha.

10 panah tak cukup. Rasa syok pulak bila dah dapat rentak. Nanti ada peluang lagi, nak try lagi. Apa orang kata...bullseye eh? Bagi dapat bullseye pulak. Hehehe.

Wednesday, January 4, 2012

Sekitar Grand Lexis

Meh anje bawa korang tengok tengok Grand Lexis ni.

Inilah bilik yang lantai boleh nampak air laut tu.

Tempat main beach ball. Actually, hotel ni memang dekat laut tapi dah ditambak. So, memang tak dapek nak merasa mandi laut. Ada pasir tengah tengah hotel pun jadi la. =P

Ada segway. Benda yang roda dua satu handle tu. Jenuh aku google nama benda alah ni. Segway rupanya.Hahaha.


Public pool. Nak mandi sini, kena pakai bikini, tight or swimsuit. Baju t-shirt biasa, tak lepas. Memang patut mandi dalam bilik je lah. Hohoho.

Sesuai untuk kanak kanak pasal pool ni sejengkal je airnya.Hahaha.

Holloh.Bang cik gedik nak guna pelampung.Hohoho.Dayung jangan tak dayung!


Banyak betul singaporean yang mai Grand Lexis ni. Berderet plat Singapore. Dorang datang Malaysia tak ada hal sangat lah. Duit dorang besar. Kereta pulak tak ada yang cikai cikai. Semua Honda, Toyota ja.

Tuesday, January 3, 2012

Check in hotel Grand Lexis

Sambungan cerita PD. Once dah check in, kami menuju ke bilik masing masing. Book dua rumah. Family Pak Ndak satu, family Pak Su , kami dan tok satu rumah. Teruja nak tengok pool ja. Pasal dalam website nampak sangat ekslusif. Buka ja pintu bilik, terus melopong mulut. Wah wah wah. Pakat tak keluar bilik la jawabnya. Ada private pool. Hohoho. Senang sikit. Nak free hair pun tak ada orang lain tengok. Saiz pool tak ada la luas sangat. Tapi cukup lah untuk berenang back and forth.

Siap bagi pelampung. Tingginya 4 kaki sajork! Hahaha. Pool betul betul sebelah sliding door bilik. Bangun pagi, buka sliding door, mengeliat dua tiga das, terjun pool. Best! Untuk yang nak baru kahwin, nak honeymoon, boleh la mai try tidur semalam kat Grand Lexis ni. Tobat tak mau keluar bilik weh. Lagipun bayaq mahai. Kena la 'latam' bilik sepuas puasnya.Hahaha.

Satu bilik, 2 king bedsize. Muat untuk 6 orang tidur. Tok tidur antara katil. Punya sayang kat anak cucu, tidur bawah pun tak pa. Siap dah bawa toto sendiri. Mana tak penuh kereta kan. Huhuhu.

Tok mula dah buka bekal makanan. Ada lauk sambal ayam, pajeri nenas, ikan merah goreng dll. Berkelah tepi kolam you'olls.

Bath robe. Gedik gila weh.Lepas mandi pakai bath robe. Siap dry rambut depan cermin.Pergh.Gaya hidup mewah.

Yang paling penting, wifi free. Laju pulak tu. Zul siap boleh download few movies sepanjang kami stay sini. Best best.

To be continued...

Monday, January 2, 2012

Family trip : Port Dickson

Ohoiii...sudah lama ku tangguh cerita PD. Tak boleh tangguh ni. Meh nak cerita. Bertolak pukul 9 pagi dari Puchong. Sebelum tu, dengar briefing dari Pak Ndak selaku ketua rombongan.Bagitau la sikit pasal perjalanan macam mana. Berapa lama. Nanti check in kat mana semua. Konvoi tiga kereta. Perjalanan dari Puchong ke PD mengambil masa 2 jam saja. Kalau dah pergi konvoi family macam ni, bonet memang tak sah kalau tak penuh. Tok pulak style suka bawa bekal. Habis segala periuk, pinggan mangkuk tingkat semua dia nak bawa. =.= Tak boleh nak kata apa la. Adjust jugak barang supaya boleh muat bonet.

Sebelum bertolak. Cousin aku tinggal kat Puchong. Puchong Permai kot if tak silap.

With my second lil bro, Bang cik

With my lil sis, Ika. Jangan percaya dengan ketinggian dia. Dia pakai kasut tapak tinggi! =.=

Sepanjang perjalanan ke PD, aku adalah tidur pasal telan ubat mabuk. Hahaha. Tak berdaya nak celik mata. Mujur bukan co-driver. Hohoho.If tak, kesian kat driver sebelah. Tak berteman. Elok sampai tol PD, terus celik. Sampai around 11 pagi. Nak check in tak boleh lagi. So, berlegar legar dulu la kat luar hotel. Nampak hotel ni dari luaran, sangat biasa. Tapi mahal nak mampus, semalam harga bilik boleh mencapai RM 800! Mana nak cekau duit woih kalau nak mai sendiri. Kitorang pergi on weekdays. So, hotel tak ramai sangat orang. Tapi banyak muka cino kat sini.

Depan Grand Lexis.Actually ada dua jenis hotel kat sini. Satu Lexis, satu lagi Grand Lexis. Aku tak sure apa bezanya. Tapi hotel dorang sebelah sebelah je lah. Lobi asing.

Sambung lagi nanti noh.

Wednesday, December 21, 2011

Live update from Grand Lexis

Assalamualaikum semua.Dah sampai PD. Check in kat Grand Lexis. Hari pertama yang so so saja pasal tak pergi mana pun.Just rehat kat bilik dan terjun pool. Sangat impressed dengan Grand Lexis ni pasal bilik ada private pool. Hohoho. Tak perlu nak pakai tudung pasal mandi dalam bilik sendiri. Syok weh. Nanti aku upload gambar. Kebetulan Wawan pun ada sini jugak. Check in hari ni jugak. Langsung tak sangka dalam banyak banyak tempat, kat sini berjumpa. Plan nak lepak sekali malam ni tapi tiba tiba family wawan nak melawat sedara kat area sini, tangguh ke esok la jawabnya.

Tak semua bilik ada private pool. Certain bilik ja. Ada jugak bilik yang ada lantai boleh nampak laut. Itu lagi mahal kot. Tera' bilik yang kami duduk ni pun semalam dekat RM600. Aku ni, kalau bukan datang dengan family, memang tak jejak la ke Grand Lexis ni. Mana mampu. Tunggu dah naik pangkat jadi Pengarah Pendidikan boleh la nak mai tempat ni.Hahaha. Ok lah. Nanti aku update lain naa. Sekali dengan gambar.

Take care semua!
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger