Online users

Follower

Showing posts with label Mt Raupehu. Show all posts
Showing posts with label Mt Raupehu. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Gambar lagi.

More pictures during ski trip at Mt. Raupehu.

Bergosip ka mak cik oi?

Oh.I miss this moment.

Ada contest best candid ever tak? Macam sesuai je dengan gambar ni.Hohoho.

Heart this.

Texas baby.Ok.Aku tipu.

Next year boleh pergi lagi.Nak try ski pula la =)

Credits to Ky for the awesome shots.

Monday, July 12, 2010

Solat berlapikkan lantai salji.

Islam itu mudah.Boleh tunaikan solat dimana-mana asalkan tempat tu bersih.Ini aku quote dari Att.Hehe.Dalam duk syok bermain ski, baling salji kat kawan-kawan, solat jangan dilupa.Pengalaman yang tak dapat dilupakan.Kami bertayamum dengan ais.Saat nak sapukan ais ke muka, Ya Allah.Tuhan saja yang tahu macam mana sejuknya ais tu.Merelakan jelah mukaku disentuhi salji Mt. Raupehu.

Permukaan tempat kami solat tu tak berapa rata tapi terlindung dari orang ramai.Quite a distance from playing area.So, tak ada la episod mat saleh mai bertinggung tengok apa yang kami buat.Plus, ada budak kami yang duk jadi guard kat tepi tu.Kami just lapik muffler sebagai sejadah.Nak kata selesa tu, memang tak la.Dengan outfit yang tebal dan boot nya, memang agak sukar untuk kami nak rukuk dan sujud dengan betul.Tapi kami tetap meneruskan solat biarpun ada jugalah dua tiga kali aku macam nak tertungging ke depan sebab permukaan tu curam.

Satu pengalaman yang baru dan takkan aku lupakan.

Main salji sampai kebas tangan.


Dah sampai bawah, apa lagi.Jakun la sekejap kan.Tak pernah-pernah nak pegang salji.Macam kera dapat bunga habaq hang.Disebabkan ada kipas yang putarkan salji, terpaksa pakai shades as protection.Malas nak sewa goggle.Baju apa pun aku tak sewa.Hentam taram pakai jacket tu main salji.

Aku tak main ski.Mahai sangat.NZD 100.Aku ambil tobaggon ja.Ha.Nama canggih bukan main.Padahal fungsinya macam main tarik upih.Itu murah ja.NZD 20 for more than 2 hours.

First time slide, fail.Terbabas merata ceruk.Dah duduk pun tak betul.Patutnya kaki yang belakang tu menjulur keluar papan bukan masuk dalam papan.T_T

Semua benda nak buat.Baring atas salji.Sejuk der.Kebas habis tangan.Itu la.Ketegaq sangat.Orang suruh bawa glove tak nak.

Racing tobaggon.Berusaha yang belakang tu nak menolak.

Curi snowman orang claim yang kami punya.Hahaha.Nak buat snowman tapi tak ada waterproof glove.Gilo ekau nak kepul ais tak pakai glove? Kebas kot.

Nak lagi? Hahaha.

Snowy Mt. Raupehu

Syukran Ya Allah.

Rasa seronok sangat dapat pegang salji with my own bare hands.Sebelum ni macam berangan ja nak sampai tempat yang ada salji.Selalu pegang ais dalam fridge ja.Kali ni for real, dapat jejak kaki kat Mt. Raupehu, the snowy place in New Zealand.Sampai sekarang still rasa macam Ishh..betoi ka dah pegang salji ni? Hoho.Syok tak sangga aih.

As we arrive.Tak sabar tak sabar.

Free shuttle bus from car park to the hill.

Versi pemakaian yang berbeza.Belasah ja bai.

Dah sampai pun.Kiri kanan orang pakai boot besar.Pakat angkut ski pole.Bajet dorang ni yang dah expert main.Tak perlu sewa peralatan dah.

Ok.Gambar ni masuk dalam list nak buat salam perantauan nanti.Ihik.

Tudia salji.

Kena turun chairlift sebelum dapat pegang salji.Tak sabar tak sabar.

Apa jadi kat bawah? Haa.Next entry ok.

Sunday, July 11, 2010

Kasi teaser ski trip dulu la.


Ski trip yang dianjurkan oleh VicMuslim kali ini mostly melibatkan pelajar dari Malaysia dan beberapa lagi pelajar dari Arab.

Seperti biasa, kami dibahagikan kepada 5 van iaitu Syahadah, Zakat, Haji, Saum dan Solat. Ya.Rukun Islam ye kawan-kawan.Aku naik van Haji. Driver Pak Din dan Co-Driver Kak Sarah.Ironinya, van yang kami naik disewa dari Piggy Rental Car.VicMuslim dan Piggy. Uh.Tak masuk langsung.

Sesungguhnya muka di awal pagi memang la serabai.Dengan lalinya sebab telan ubat mabuk.Tunggu masa nak tumbang ja tu.

Driving rule kat NZ ni pelik sikit.Tak boleh nak slow sangat.Nanti pak polisi datang tahan.That's what happened to us during our journey.Kalau speed drive 100 km/j, maka 100 la kena bawa.Kalau bawa 70 pun mat saleh bising lambat.Oh.Sungguh berbeza dengan Malaysia.Lagi satu, kalau nak tag behind, jangan terlalu rapat.Kalau boleh, biar ada space untuk kereta lain take over.Silap kami juga pi tag behind dekat sangat.Takut hilang van depan sebab yang ada GPS satu kereta ja.Nasib baik polis tak saman.

Nampak tak apa yang kat depan tu? Hehehe.

Bersambung.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger