Online users

Follower

Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Sooo Kedah

Seumur hidupku menetap di Kedah, boleh bilang dengan jari berapa kali turun bendang. Setakat lalu tepi tu, memang berjuta kali dah tapi the real experience meniti atas batas bendang memang tak pernah. Makanya, bila Kobit ajak pergi photoshoot "Soooo Kedah" as our last moment together, aku tak banyak cakap dah. On je. Konvoi 9 kereta. Orang kampung heran tengok banyak bebenor kereta masuk area bendang. Asalnya nak shoot kat area SK Rantau Panjang tapi tak jumpa pulak batas bendang. Tali air ada la. Last last, masuk area depan sikit dari situ. Kereta Jaleha antara yang last masuk. Macam tak confident nak bawa masuk kereta sebab jalan tu memang muat muat untuk laluan satu kereta. Motor nak lalu celah kereta pun boleh goyang goyang. Huhuhu.Dah mula risau macam mana nak keluar dari situ. Mujur la ada jalan tembus kat depan. Tak perlu susah susah nak u-turn.

 Le' girls 

 Le' girls with motorcycle at the back.

Le' boys.

Jaleha, I, Wanie and Ain.

Dah dengan menatang terbang tu pun ter capture sekali dalan gambar. Depan I pulak tu. Ciss!

Banyak lagi gambar yang di ambil. Cukuplah beberapa keping untuk dikongsi dengan korang. Perasaan berada di tengah tengah sawah sangat best. Rasa tenang dan aman sangat. Bila mai menatang kecik terbang depan muka, hilang perasaan damai, datang perasaan nak mengamuk. Hahaha.

Saturday, April 21, 2012

Of blogs and accent

I'm still wide awake and currently typing this entry at 2.34 am! Memang buat tebiat. Jarang la nak update time macam ni. Mungkin ini effect marathon movie sorang sorang. Badan dah penat, tapi mata tak nak tutup *sigh* Sejak dua menjak ni, menjadi kegilaan aku untuk khatam blog orang. Once dah terbuka blog best, it will lead to another blog and then another one and the list goes down. Siap bookmark.

Writing blog is fun. We write our own plots and styles. Kena gaya, your followers will increase everyday. Tak kena gaya, boleh trauma nak tulis blog lagi lepas ni. Hahaha. For some reasons, I love reading personal blog rather than serious blog. Politik apatah lagi. Memang awal awal dah close tab. Tak kuasa ahkak. Personally, aku menulis untuk hiburkan hati aku sendiri. Dan mungkin orang lain jugak? Entah...Tapi yang pasti, aku di dalam blog dan di luar agak berbeza sedikit karakter nya. Dalam blog nampak macam hu ha hu ha tapi kat luar, aku agak senyap. Tak banyak bercakap (Ye ke? Hohohoho) Lagi lagi kalau baru kenal, agak lambat nak panas enjin. Tapi, kalau jumpa yang sekepala, insya-Allah enjin panas cepat.Hahaha.

Kalau bercakap, just bear with my utara accent. Sometimes, it can be too 'pekat'. Aku tak pandai nak cover cakap ni. Some people regard my speech as kasar but that's how northern people speak. Bila aku bahasakan diri as 'aku' dan awak as 'hang', itu adalah normal untuk orang utara. Tak kisah la aku kena campak belah KL ka Kelantan ka, my speech will be totally the same. Mungkin akan control sikit kadar kepekatan bahasa tu, but still tak ada maknanya nak cakap Key-el.

Teringat pulak waktu member belah Selatan datang tidur rumah tok. Tok ni pantang diajak bersembang, memang dia suka. Cakap la hang dari tengahari sampai ke petang, dia takkan stop. Tok punya semangat cerita pung pang pung pang, tangan naik sana sini, aku nampak Katty kat sebelah menyiku Wan. Tak faham certain part pasal ada vocab Kedah yang dia tak familiar. Hahaha. Lawak. Tapi dorang bagus. Layan je lah tok cakap apa pun. Angguk angguk.

Instead of sweet sour, tok sebut 'sweat sa-wa' =,=' Comel kan? Hohohoho.

Introducing my only tok. Ma'am besar Saudah.

Monday, March 26, 2012

School for practicum

Dah dapat sekolah untuk praktikal next sem. You know what...Our school is the farthest among all. Amik hang! Memang dah expect dapat jauh pasal kitorang tak minta preference district waktu apply dulu. Memang pasrah ja dapat mana pun. Sekali hang, 3 km lagi nak sampai Pantai Merdeka. =,=' Waktu dapat tau sekolah tu, usaha la google map dan yang syoknya, google map tak recognize tempat tu. Not much input we got from the internet. Nak tak nak kena pergi tengok sendiri lah sekolah tu kat mana. Nasib baik jugak la ada sorang kawan mat arep yang duduk area sana. Dia cakap dari main road, dekat 30 min jugak nak sampai sekolah. Main road dekat tikam batu oi. Bukan dari maktab. Tsk. So, total perjalanan, almost one hour jugak la.Plan nak apply duduk hostel kat Berapit. Dekat sikit. Dari situ ke sekolah dalam 20 minit ja. Dah tengok hostel tu. Cun seeeeh. Apartment besor. Hopefully, dapat la duduk situ. Senang sikit nak bergerak ke sekolah. Jimat masa dan petrol =P

Berdebor nak tengok sekolah tu. Tak tau nak expect macam mana sebab langsung tak pernah dengar nama Bukit Kechil sebelum ni. Bila tengok, rasa excited sebab sekolah kecik. Sekolah kampung kan.Hopefully, cikgu dan anak murid semuanya ok la. Sekolah ni betul betul kat simpang nak masuk Pulau Sayak. Ala, tempat yang famous dengan mee udang tu. Dah nampak dah masa depan 3 bulan berpraktikal kat sini. Kerja mengadap mee udang la jawabnya.Hohoho.Waktu pergi tengok sekolah ni, ada cikgu laki kat dalam sekolah, pandang pelik pasal kitorang berhenti lama depan gate. Amik gambar punya pasal. Nak letak dalam blog. Hmmmphhh. Ikutkan hati, nak keluar dari kereta, amik gambar. Tapi sebab segan kat cikgu laki tu, curi curi snap dalam kereta ja. Muehehe.

Kolej Kediaman Berapit. Pun amik dari dalam kereta. Malas nak keluar. Panas. Hohoho.

p/s : Berdebor pulok pikior nak praktikal ni.

Thursday, January 5, 2012

Panas la woi

Bukan nak kata la weh tapi Sungai Petani is freakin hot! Tobat lagi panas daripada rumah papan tok. Duduk dalam bilik, ibarat tengah masak dalam oven. Bahang sangat. Rasa tak selesa. Tambahan pulak bilik aku tingkat paling atas sekali. Hujung sekali pulak tu. Blok pulak mengadap matahari. Memang terbaik la. Buka kipas volume paling tinggi sekali pun tak dapat nak sejukkan badan ni haa. Baru 5 hari kat sini, dah rasa tak tahan. Tak dapat bayang hari yang akan mendatang. Tolonglah hujan. At least boleh cool down sikit. Even lepas mandi pun, tak dapat nak cool down badan ni haa.

By the way, tadi kelas kat makmal ilmu. Unfortunately, the aircond was not working. Sabar je lah.Memasing pakat kipas guna kertas. Even the lecturers were doing the same. Ini bukan kes lupa daratan ke apa. Tapi cuba bayang kalau 56 orang duduk dalam bilik yang kecik dan tak ada sistem pengudaraan yang bagus. Masak la dalam tu.Dengar cerita next Tuesday, ada gangguan bekalan elektrik kat maktab ni. Tobat aku lari keluar maktab. Cari tempat yang ada aircond. Hahaha.

Monday, November 28, 2011

Pekan Rabu

Oh. Aku ni nama ja duduk Alor Setar. Nama ja duk ulang pi Pekan Rabu tetapi percayalah aku tak pernah explore Pekan Rabu secara menyeluruh. Setakat pergi beli serunding ada la. Itupun baru ja masuk Pekan Rabu, nampak kat kedai first ada jual serunding, terus beli dan pulang ke rumah. Malas nak pusing jauh jauh. So dikesempatan yang ada, aku tawaf satu Pekan Rabu hari tu. Benda ni jadi lepas aku pi makan Wong Solo dengan Nun & Pa'in last two weeks. Memang aku suka peram cerita lama lama. Dah jadi tabiat dah =.=

Kebetulan Pa'in nak cari benda garu belakang badan tu. Apa ke benda entah namanya.Tapi macam kayu bentuk garfu besar. Kat rumah ni ada satu. Tok duk buat garu belakang badan dia. Nampak macam sedap bebenor garu pakai benda tu. Tapi aku tak pernah try la. Duk tengok tok ja duk guna.

Dah bila sorang start cari barang, yang sorang lagi pun dengan tiba tibanya grab jugak alat garu belakang tu. Memang senang terpengaruh. What to do. Haa. Lepas tu mulalah tengok benda lain. Loyang kuih la, rehal Quran, kasut refleksologi etc. Cepat cepat jalan keluar Pekan Rabu. Takut duit melayang lagi. Hahaha.

Sambal paru Mak Ku

Yeah! Aku memang hantu sambal paru. Pantang jumpa dekat kedai, harus angkut penuh satu pinggan.Lauk lain dah tak pandang dah. Al kisah nya pergi breakfast kat Jitra. Nak ubah angin la katakan. Dah bosan mengadap nasi lemak Chot Titi Gajah. So mat arep bawa la aku makan kat satu kedai ni. Nama nya 'Mak Ku'. Kedai ni tepi jalan ja pun. Mula mula nampak macam tak convincing tempat ni. Tapi sebab nampak sambal paru, terus pujuk mat arep makan situ. Hahaha. Mujur nasi lemak Mak Ku pun sedap. Sambal pun sedap. Semua sedap la senang cerita. Ada nasi lemak yang dah dibungkus dengan daun pisang. Ada jugak yang self service. Kitorang amik yang self service je. Panas sikit.

Sambal paru Mak Ku tak sampai standard yang aku nak. Tapi still sedap. Dah dasar suka makan paru kan. Buat la masak macam mana pun, telan jugak! Yang tak boleh tahannya, siap bungkus bawa balik.Hahaha. Tok selalu buat masak kurma. Tak pernah rasanya dia buat sambal paru. Balik rumah, terus sambung meratah.Dasar kaaaaaan.

p/s: Untuk yang duduk area Jitra dan Alor Setar, if korang tahu kat mana ada jual sambal paru, gitau aku eh. Nak jugak terjah. Demimu sambal paru.Nak buat sendiri boleh ja tapi saya sangat MALAS.

Sunday, November 27, 2011

Burger Alor Senjaya

Dah lama kempunan nak makan burger Alor Senjaya ni. Setiap kali pergi, mesti tutup. Time tak kempunan, bukak pulak. One thing yang buat burger ni sedap sebab sos dia melimpah ruah. Kalau hang makan hot dog special, lagi la meleleh. Puas hati la makan burger ni. Roti pun tebal. Sayur pun banyak. Aku ni memang suka mengupload gambar makanan kat FB dan blog. Hahaha.Hobi mungkin. So, nasib la korang menghadap entry makanan je lepas ni.

p/s : Teringin sambal petai la pulek.

Saturday, November 26, 2011

Dengaq kata....

Today is Saturday. Weekend macam ni memang malas sikit nak update blog. Traffic time weekend memang merudum teruk. Hohoho. Padahal aku free je pun tapi terikut ikut pulak orang yang bekerja. Ni rajinkan jugak diri update. Nak cakap sikit pasal pembangunan. Negara kita ni sedang pesat membangun. Tak kira la dari segi ekonomi, politik ataupun infrastruktur. Semuanya seiring. (Pergh.Macam nak buat esei SPM laaaa) Kalau diikutkan, tak sampai setahun aku tinggalkan hometown aku. Balik baru ni, dah macam macam bangunan naik. Antaranya TESCO Stargate. Ini memang cepat betul naiknya. Dah siap ada few blocks of building around it. Aku rasa TESCO kat mana mana pun cepat je naiknya kan. Tup tup dah beroperasi. Memang cepat!
Credits to google

Itu satu. Ada lagi, Pasaraya Titi Gajah! Ok. Ini memang aku tak expect. Balik summer hari tu,tak nampak pun tanda tanda pasaraya ni akan wujud. Tup tup ada. Bagus jugak la. Titi Gajah ni pekan kecik. So, kedai tak banyak. Aku yakin pasaraya ni boleh buat untung. At the same time memudahkan orang kampung untuk beli barang rumah

Credits to google

Kat Tanah Merah, ada Pasaraya Nasman. Mat arep cakap itu pasaraya bawah Nashmir. Ala.Kedai mamak tu. Tak pasti la sahih ke tak benda ni. Tapi kalau betul, memang tabik spring la. Dah untung kat gerai makan, dia buka pulak kedai barang. Good good.

Yang under construction sekarang ni is Pusat Futsal. Ini kat Titi Gajah. Soon will be claimed as the biggest futsal centre in Kedah. Or maybe Malaysia? Tak tahu lah. Ini pun dengar dari mulut orang. Mulut orang kadang kadang tak boleh pakai. Ye dak? Hahaha. Lepas ni bolehlah nak pi try main futsal dengan sepupu sepapat. Lagi satu, Kompleks Tabung Haji pun katanya nak dibangunkan kat Titi Gajah jugak. Ini betul betul dekat dengan airport Kepala Batas. Makin lama makin hilang rupa sawah padi kat Titi Gajah ni haa. Kat Jitra pulak, katanya nak dibangunkan lagi satu TESCO. Hah. Told ya. TESCO ni merata ceruk ada. Nak naik kejap je haa. Makin banyak pasaraya, makin botak pala rakyat.Hahaha.

Bak kata tok, kalau tapak sawah padi tok ada orang nak beli, "Aku jadi kaya la pasai satu kaki RM15" HAHAHA.

Thursday, November 24, 2011

Truly kampung

Sekali sekala masuk kampung best jugak kan? I mean kampung yang betul betul kampung.Yang ada ayam,lembu, sawah padi, paya, pokok nyioq, tanah merah, telaga dan jauh dari kawasan bandar. Berkesempatan melawat Kak Bah di rumahnya yang terletak di Kampung Bemban. Oh.Bukan Melaka ya. Kat Jitra. Mak su dah lama teringin nak jumpa Kak Bah. Dia penah janji nak datang rumah Kak Bah.So ada masa free ni, tumpang kereta duk ada, boleh la nak pergi melawat.
Dengan Kak Bah

Dengan Nadia, anak sulung Kak Bah. Makin membesar dengan jayanya.Hehehe.

Nabil, anak bongsu Kak Bah

Breathtaking view

Dah lama aku tak datang sini. Dekat 7 tahun. Jalan pun dah lupa.Mujur ada Bang Cik.Dia still ingat jalan ke rumah Kak Bah.Semua depends on dia la.Ternyata banyak yang dah berubah. Kalau dulu assess ke rumah Kak Bah ada dua jalan.Sekarang tinggal satu jalan ja. Telaga depan rumah pun dah terabai. Dah tak digunakan since sekarang mandi pakai air paip. Penghuni rumah pun dah berkurang. Ayah Kak Bah dah meninggal. Mak Kak Bah pulak dah pindah duduk rumah akak Kak Bah. Kalau dulu ada akuarium besor, ikan pun besor. Sekarang dah tak ada.Ikan pun dah mampuih. Rindunya zaman kanak kanak.Banyak memori aku kat sini. Mandi air telaga. Meniti jalan atas sawah padi. Rindunya la hai !!! Paling epik cicah biskut mayat dengan air teh o panas. Pergh.Memori ok.


Depan rumah Kak Bah

Kerbau sedang meragut rumput. Eh. Ke lembu? Aku memang fail bab nak cam lembu atau kerbau ni.Huhuhu.

Anak sedara Kak Bah, Syamil dan kak cik. Yang kak cik tu umur baru 5 tahun weh tapi tengok la saiz dia.Geram gila.

p/s: Aku dilahirkan di Jitra tapi membesar di dua buah daerah iaitu Jitra dan Alor Setar. So aku sayang kedua dua tempat. Masing masing ada keistimewaannya yang tersendiri =)

Wednesday, November 23, 2011

Ayam penyet Wong Solo


Banyak rupanya entry tertunggak. Ini cerita last week. Time aku keluar dengan Nunun & Pa'in. Nunun dah panas bontot duduk rumah. Dia nak apply kerja part time. Lepas tu nak ajak aku keluar ronda ronda tanpa arah tujuan.Disebabkan aku pun bosan tak tahu nak buat apa kat rumah, so aku on je lah. Dalam tengahari macam tu, dorang datang amik aku. Off we go to Wong Solo. Oh yeah! Sekarang dah jadi favourite place aku untuk makan. Nasi dia sedap lain macam. Berselera aku makan. Kan sebelum ni aku ada cakap aku kempunan ayam penyet.Alhamdulillah dapat jugak makan. Dekat pulak tu kedai ni dengan rumah aku. Kat Jalan Mergong.

Satu set RM 6.90. Yang best nya dia bagi sup.So non ado la tercekik makan nasi putih saja.

Sampai time lunch hour.Maka ramailah orang office dekat situ. Bersebelahan dengan Wong Solo pulak ialah Tat Nasi Ayam. Compete la dua kedai ni tapi aku tengok ada masa Wong Solo penuh orang, ada masa Tat kosong dan sebaliknya.Fair enough.Masing masing ada peminat sendiri. Nun cakap pete belado dia pedas. Nanti nak try pete belado dia pulak.Oh ya. Pete tu petai dong.

Lama tak jumpa macam ni la.Banyak benda nak sembang sampai aku snap gambaq pun boleh duk sembang lagi.

p/s : Pi la try Wong Solo. Sedap weh.

Thursday, July 21, 2011

SASBAND Natcomp 2011 Final Champion!



Terbaiklah SASBAND! Salute habis! Nice formation, nice selection of song.Kostum yang pegang flag tu cantik!

p/s : I'm not from Sultanah Asma School, but I really adore their performance. Setiap tahun mesti follow kat youtube. Wish that I can see them perfoming live one day. Live=depan mata. Bukan kat youtube. =)

Thursday, February 24, 2011

Departing moment.


Terima kasih kepada Kamil, Nunun dan Ariff sebab sudi datang airport untuk hantar aku balik Welly.Terharu teruk weh.Sanggup depa ni bangun awai pagi semata mata nak hantaq I. Flight pukul 8.55 pagi.Walaupun hanya di domestic airport, I tetap happy.At least ada juga kawan yang ingat kat aku ni.Ampa semua sweet teruk!

Terima kasih juga kepada ahli keluarga cek yang sanggup tunggu cek nak boarding dekat 2 jam.Ingatkan tak penuh la plane tu.Baru ingat nak duduk suka hati (Belajaq time naik Air Asia dari KL ke AS sebab seat banyak yang kosong maka ambil kesempatan free seating.Hahaha) Tok jumpa member kat airport, teruih tak peduli kat cucu dia yang nak fly ni.Hehehe.Thanks thanks thanks!

Kesayangan =)


Friday, February 18, 2011

i-City Alor Setar.


Hang ingat Shah Alam ja ka ada i-City? Aloq Setaq pun ada! Hahaha.Dapat pass keluar malam sebab bawa Ika dan Bang Cik. Alang alang dah boleh keluar malam, shoot terus depan Masjid Zahir.Hahaha.Ramai gila orang.Mai pula malam Jumaat, time weekend.Lagi la ramai umat manusia.Jealous gila tengok muda mudi usung DSLR.Urgh.Geram geram.Rose ni kalau shoot gambar lampu, jam sikit.Tak berapa nak cantik.Tak pa cek.One day bebeh.One day akan dapat juga DSLR.

Ika pilih purple.Baju aku tu! Hahaha.

Dah jadi tempat beriadah la pula kat sini.Family mai bawa anak kecik pakai baju tidur, beli cekak lip lap lip lap, main bola kelip kelip.Bahagia ja cek tengok.Ada juga yang busking.Bab keselamatan, jangan risau sebab ada polis peronda memantau.Dengan adanya so called i-City Alor Setar ni, dah jadi macam satu attraction pula kat sini.Ada lagi satu kat depan Istana tapi tak banyak sangat pokok berlampu but still ada yang berhenti ambil gambar especially the tourist.Cek ni dah cemuih duk lalu selalu depan Istana.Tak pernah berhenti pun.Lalalala.Biasalah.Benda depan mata buat bodo ja, benda jauh dari mata duk terkinja kinja nak pi.Heh.

I pilih merah.

Zuhair si badang pilih hijau.Hohoho.

Eh eh.

Char Koew Teow Iman.


First time pekena char koew teow Iman ni.Satu ja nak komen, kalau kasi tambah lagi sikit koew teow kan bagus.Rasa tak kenyang makan satu pinggan.Huhuhu.Nak order dua, nampak macam pelahap sangat la pula kan.

Ada macam macam jenis char koew teow dengan harga berbeza.Kalau letak telur mata harga lain, letak udang extra harga lain.Biasa la.Living cost dah naik.Huhuhu.

Wednesday, February 16, 2011

Lepak tasik siri kedua.

Gigih ni nak update.Sila tepuk tangan tanda sokongan moral anda kepada saya.Kisah tasik lagi.Kisah tayang gambar lagi.Hmppphh.

Nak habaq mai kalau ikut peraturan naik caddy ni, mana boleh berhenti suka hati tepi jalan.Tapi sebab nak tangkap gambar berlatar belakangkan tasik,batu dan pokok getah, kami redah juga turun.Siap parking caddy tepi jalan.Inilah hasilnya.

Batu pun jadi prop.

Pak Supir dan anak anaknya.Hehehe.


Memang mereka gigih melompat dan aku pula gigih berguling atas rumput demi menghasilkan shot yang tak seberapa ini.
Paseipa kaki suka bengkok lagu ni pula? T_T

Hat tengah ja available lagi.Kiri kanan dah kena sambaq.

Buat dah senget manja dia.Hmpph.

Akhir kata, aku syok!

Saturday, February 12, 2011

Lepak Tasik.

Mood malas nak update datang balik.Tayang gambar lepak kat tasik je lah ye.

With Dilla.

First time naik caddy ni.RM 12 satu pusingan tasik.Duk ingat laju la.Sekali hang, slow gila.Orang jogging tepi lagi laju.Hahaha.

Excited jadi penumpang.

4 of us.Produk Tajuddin.

Seronok dapat lepak dengan member sekolah lama.Kena pula yang senang ngam.Memang tak boleh berhenti gelak.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger