Online users

Follower

Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Wednesday, May 1, 2013

Happy Labour Day!

Credits to Google Image.

As mentioned above, Happy Labour Day to all Malaysian workers. Tak kira la apa pun pekerjaan anda, you deserve to get this. So, what's your plan for Labour Day? Titew nak tengok Ironman 3. Hehehe. Have a nice one day off guys!Kenapalah Labour Day tak jatuh hari Khamis. If tak, boleh lajak cuti sampai PRU. Hehehe.

p/s: Nuffnang thinks I am cute enough in doing gwiyomi thingy. Hahaha.If you want to see me doing gwiyomi, simply click 'replay video' on the bottom Digi ads. 1,2,3,4,5,6 Gwiyomi! =D Jangan lupa sediakan plastik. Kot kot muntah lepas tengok gwiyomi versi Utara Mai.Kahkahkahkah.

Thursday, December 8, 2011

10 Awesome Years with Air Asia.

Air Asia tengah buat promo baik punya sekarang ni. Teringin nak pergi KK tapi duk try since tadi tak dapat dapat nak tembus ke booking page. Asyik kena duduk kat waiting room je.Huhuhu. Nampak sangat ramai yang tengah buka page Air Asia sekarang ni. Kasi chance la woi! Patutnya family aku pergi bercuti kat KK cuti sekolah ni tapi disebabkan tiket mahal nak mampus, cancel plan. Aku paling excited dan paling kecewa bila tak jadi pergi. Asyik terbayang seafood kat sana. Choi. Macam kat sini tak boleh dapat kan. Tapi feel dia lain kot. Teringin nak pergi Pasar Filipino. Dengar kata sana banyak barang murah. Sayur pulak fresh fresh. Kawan yang dah pernah pergi duk cucuk, kata sampai sana rambang mata tengok pearl. Mujur la aku ni jenis yang tak into pearl sangat. Ye ke? Tak tau la bila tengok dengan mata kepala sendiri. Entah entah aku yang over nanti. Hahaha.

Booking period : 8-11 Dec 2011
Travel period : 1 July- 27 October 2012

Cuti merdeka sehari je kan? Cuti yang panjang sikit bila eh? Aku try google jugak kalendar 2012 tapi mostly just bagitau cuti peristiwa. Kalendar cino tu tak ada la pulak kat rumah.Adeh.

Thursday, January 27, 2011

Sign buku rekod.

Bang Cik dan Ika ada sesi sign buku rekod hari ini.Dorang suruh aku pergi since aku ada kat rumah.Choooii.Tak mau la cek.Bukan tak support depa cuma aku rimas nak pergi jumpa cikgu, kena dengar penjelasan pasal pencapaian depa dan tunggu turn! Plus, tak ada transport.Malas nak naik teksi.Malas la senang cerita.Sebelum ni Pak Chaq yang selalu pergi sign buku rekod dorang.Tapi dorang ngada ngada la suruh aku pergi since aku ada kat sini.Sorrylah adik adikku.Not in the mood nak berhadapan dengan public.Eceh.Macam artis pula kan.Sekarang lebih suka memerap kat dalam rumah.Tengok tv, online dan tidur.I just love it! Sekarang baru rasa nak menghargai masa yang ada since tak sampai sebulan lagi nak menghabiskan sisa hidup kat Malaysia ni.Lepas tu nak balik Wellington dah! Huwa! Tak mau tak mau!

Berbalik pada sign buku rekod, aku suruh dorang bawa balik buku rekod tu.Kalau boleh la.Kalau tak boleh, tak pa la.Aku rasa macam terlalu awal untuk aku buat semua ni.Dah rasa macam mak mak dah weh.Sign buku rekod, sembang dengan mak student lain.Urgh.No no no!Tak bersedia lagi.Huhuhu.

Thursday, January 20, 2011

Selamat Hari Thaipusam!

Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu! Ada yang cuti, ada yang tak cuti hari ini.Sekolah adik aku tak cuti pun tapi sekolah kat Sungai Petani cuti.Rasanya cuti depends on sekolah dan bilangan pelajar India kot.Macam sekolah adik aku, tak ramai Indian kot.Kat belah Sungai Petani memang ramai Indian.Memang kena bagi cuti.Kang jadi isu pula kan.Seronok la orang Sungai Petani.Sekolah 3 hari ja minggu ni.

Bangun pagi tengok Pak Su dah ketuk ketuk pintu rumah.Hahaha.Kantoi bangun lewat.Dorang datang baru celapak masuk dapur buat breakfast!

p/s :Jari manis kena minyak panas.Berdenyut denyut sampai sekarang.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger