Online users

Follower

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Will be in KL and PD

Assalamualaikum semua. Just nak bagitau yang blog ni akan kurang update starting from tomorrow until 22/12/2011 pasal aku nak pergi bercuti. Esok dah nak bertolak ke KL. Eh eh. Bukan pi bercuti kat KL tapi PD. Singgah KL dulu pasal nak tunggu family Pak Ndak. Kiranya macam konvoi ramai ramai dari KL la. First time nak pergi PD. Kinda excited. Doakan semoga perjalanan kami semua selamat. Insya-Allah, akan kembali aktif pada 23 aribulan. Hohoho.

p/s: Ada readers dari PD tak? =P

Tuesday, November 22, 2011

Ibu segala emas milik kita.


Credits to google

Sepanjang aku hidup, semalam rasanya first time aku nervous tarak hingat tengok match bola. Indon sumbat gol dulu.Time tu speechless la jugak pasal tak dan apa apa, dah sumbat satu gol. Frust kot sekejap.Tapi tak apa. Itu turning point untuk pasukan Malaysia untuk lebih bersemangat mencari gol penyamaan. Gawang gol Indon diasak bertubi tubi oleh pasukan kita. Tak pernah putus asa untuk sumbat gol dan alhamdulillah, minit ke 33 Malaysia masuk gol satu. Gol yang tak diagak agak tapi sangat nice. Bila terikat 1-1, baru rasa kurang nervous sikit. Cuma aku tak faham offside tu apa. Aku fikir offside tu kalau bola keluar dari line padang tapi padahal bukan.

Cerita sikit offside tu apa

Offside ialah keadaan apabila penyerang berada di hadapan melebihi pihak pertahanan pihak lawan semasa bola dilorongkan kepada penyerang tersebut.Paham dak?

Ooo..gitu.Hehehe (Masih tak faham sebenarnya)

Paham dak ni?

Paham paham.Ingatkan sebab terkeluaq dari line

Line mana ni =.=

Line mana mana la.

Credits to google

Ye.Aku sangat noob pasal bola sepak ni. Tapi bagus jugak bila jadi macam ni.At least boleh tahu jugak sikit rules pasal bola. Tambah ilmu gitu. Cuma sampai sekarang aku tak dapat nak bayang keadaan offside.Semalam waktu Indon kena offside banyak kali pun aku still tak boleh detect keadaan tu.Cekap ref. Dah nama pun ref kan. LOL.

Tahniah Malaysia atas kejayaan semalam.Tak semena mena aku jadi fan Baddrol Bakhtiar.Persetankan pasal Fakri, mari kita beri tumpuan pada hero sejati Harimau Muda yang lain seperti KFCM, Fandi, Muslim dan Mahali. (Itu je yang aku ingat.Hohoho)

Pujian harus diberikan kepada pasukan Indonesia juga sebab begitu berbisa sampai meleret ke set penalti.Tabik spring kepada Titus Bonai sebab sangat professional atas padang.Bak kata pengulas, pemain dah professional tapi tidak penyokong mereka. Sangat fanatik sampaikan dah hilang tatasusila dan nilai hormat kepada negara lain.

Credits to google

p/s: Mujur Malaysia menang, kalau tak menang, konfirm orang salahkan Fakri. Alahai, nasib kau la Fakri oi.

p/s/s: Takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal semalam akibat kesesakan di Stadium Bong Karno. Fanatik sangat pun tak bagus sebenarnya. =(

Monday, November 21, 2011

All the best Harimau Muda!

Aku semangat menyarungkan jersi Malaysia untuk perlawanan akhir bola sepak SEA Games malam ni. Sebelum ni tak pernah sefanatik ini. Mungkin jadi fanatik sebab lawan dengan Indon. Kalau lawan dengan negara lain, rasanya tak ada la sesemangat ini. Hohoho. All the best Harimau Muda! Patahkan sayap Garuda malam ini. Usah peduli pada penyokong Indon yang kuat psycho.Satu je lah aku mintak kat dorang.Hormati lagu kebangsaan negara kita. Kata serumpun.Heh.By the way, rasanya ramai yang dah tengok video "Satu Sidji" yang menceritakan pasal Malaysia dan Indonesia. Untuk yang tak tengok lagi, silalah tengok. No offense ya untuk orang Indonesia.Kami memang panggil korang 'budak indon'. Kat tempat dorang 'budak' tu macam hamba dan 'indon' pulak kasta terendah orang sana. Sebab tu dorang angin sangat bila kita panggil dorang budak indon. See. Walaupun kita guna bahasa yang lebih kurang sama dengan dorang, tapi ada jugak certain word yang membawa maksud yang sangat berlainan.Dorang interpret macam lain. Mengharapkan malam ini fair play.Tak mahu pengadil berat sebelah. Kami sentiasa di belakang anda Harimau Muda! Go go go!

Wednesday, November 9, 2011

Half-way done

Lega. Wardrobe dah kosong. =) Dua hari ja lagi woi!

Tuesday, November 8, 2011

Malaysia, here I come!

Yeay! Extremely over the moon right now. Thank you KPM =)

p/s : Sekarang baru la boleh telefon tok habaq nak balik Malaysia. Sudah ada hitam putih.

Saturday, October 29, 2011

Packing barang

Half way through. Banyak lagi yang tak setel. Aku ambil servis Seven Seas for shipping. Kongsi dengan few coursemates yang duduk belah utara. Jimat sikit kos nya. Baru kelam kabut nak packing sebab Dya dah nak call orang tu untuk ambil kotak kotak ni. Kalau hantar cepat, cepatlah sampai ke Malaysia. Lambat hantar, jawabnya tahun depan la baru sampai.

Book box. Kecik ja pun. Kalau tea chest, tinggi tapi tak lebar. KPM bagi peruntukan 756 dollars for shipping. Kalau barang tak banyak, duit shipping tu boleh jadi duit poket. Sebab tu aku share ramai ramai dengan member lain. So that boleh jimat sikit kos shipping.Otak mau cerdik sikit bab bab macam ni.

Jangan haraplah nak bawa balik semua kot tu. Akan dijual pada minggu terakhir disini.Kalau tak ada yang nak beli, wa kasi donate saja.Senang kerja.

p/s : Sampai ke hari ni tak dapat tahu lagi exact date balik ke Malaysia. Duh. KPM, cepatlah bagitau.Huhuhu.

Friday, July 29, 2011

Reaksi penyokong Harimau Malaya di FB.

Noooh.Semua pakat duk bercakap pasal bola. Buka ja FB, berderet news feed pasal bola. See, tak perlu tengok live pun dah dapat agak apa yang jadi kat Stadium Bukit Jalil tu. Tak sampai 5 minit, ada ja yang update pasal bola. So, Malaysia kalah. Adat permainan.Kalau ada yang menang, ada juga la yang kalah.Cuma kali ini rezeki bukan di pihak kita.Nak buat macam mana. Aku tak tengok live, tapi berdasarkan pemerhatian di Facebook, ini antara status yang keluar:

1) If I was a director, I would hire a whole Singaporean team as my cast
2) Tahniah Singapore, good match like a drama King
3) Memulakan hari dengan emosi kerana kepura-puraan singa. Apek, walaupun cintamu beralih arah, harap tanganmu akan terus kebal menjaga gawang negara
4) Aku ingat Van de Sar cekap giler, tapi ternyata Apek cekap lagi. Gua tabik lu apek.
5) Bodoh la sapa yang duk suluh laser tu. Buat malu ja.
6) Singapura-PURA! Aaaah!
7) Main mantap, keeper slek, keeper mantap, main pulak slek.Tak pe la Malaysia.Kita tengok Terengganu menang piala Malaysia pula kekgi.
8) Don't blame Singapore to slow down the game, blame Malaysia for not playing good enough.
9) Good job Harimau Malaya.100% Malaysian lawan dengan Singapore foreigner.
10) Sepertinya perasaan yang ada sekarang ni lagi dahsyat dari perasaan after clash.No matter what, harimau malaya tetap terbaik.They play like a real man.

Haa.Kalau nak senarai, banyak lagi la status emo yang keluar pagi ini. Kadang kadang nak gelak pun ada.Ada yang menyindir, ada yang bagi sokongan.Biasalah tu. Siap ada community page lagi yang keluar pagi ni.

KALAH ATAU MENANG, KAMI TETAP SOKONG HARIMAU MALAYA!!

Haa..pi like cepat. =)

Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM :Tahniah semua!

Salam,

Nak ucapkan tahniah kepada semua yang dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Untuk yang kurang bernasib baik, tak pa.Jangan sedih, jangan koyak slip tu sebab itu takkan merubah apa apa.Sentiasa beringat ini bukanlah penghujung untuk segala galanya.Jadikan result tu sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha dan berjaya pada masa akan datang.Masih ada lagi ruang untuk anda berjaya.Dekat uni nanti sistem dah lain.Dah tak sama macam kat high school.Time ni budak paling corot kat sekolah la jadi yang paling bright sekali kat uni.Trust me.Dah ada pengalaman menyaksikan kawan sendiri excel kat matrik, asyik 4 flat padahal kat sekolah dulu sangatlah nakal dan buas.

All the best to all! =)

p/s : Struggle siapkan assignment.

Wednesday, March 16, 2011

Kecik besar der.

Salam,

Tiba tiba rasa macam nak raise this issue. So far, sepanjang aku study kat oversea ni, tak pernah aku jumpa tulisan mat saleh yang halus halus. Semuanya besaq gedabak.Kalau nak dibandingkan dengan tulisan orang Malaysia, macam gajah dan semut. Adakah benda ni ada kaitan dengan budaya atau genetik? Wah wah wah. Aku dah lama perhati benda ni.Tadi dalam kelas EPSY (3 jam ok!),bila dah bosan dan mengantuk, aku usha orang depan.Belah kiri mat saleh dan belah kanan orang Malaysia. Kebetulan masing masing tengah ligat salin nota. Huge difference! Orang kita ni, kalau selagi boleh, nak jimat space dalam buku tu.Orang kedah kata, haluih meghenit. Jenuh jegi' mata nak baca nota tu.Kalau mat saleh pula, satu line tu ada kot sepuluh perkataan ja boleh muat.Mungkin dorang dah di ajar dari kecik lagi kot. Tapi, kalau nak kata kita orang Malaysia ni tak diajar dari kecik, tipu la.Cikgu darjah satu ajar menulis penuh juga pa satu line tu.Tapi makin meningkat dewasa, makin kecik tulisan.Heh.

Saja rasa macam nak tahu kenapa tulisan mat saleh besaq dan tulisan orang kita ni kebanyakkannya kecik.Sila salurkan pendapat anda.Jangan cakap "Suka hati la nak tulisan kecik ka besaq" Itu tak kritis ok. =.=

Thursday, February 10, 2011

Tahniah Harimau Malaya.

[Sumber dari Harian Metro online]

Tak terlewat lagi kot untuk ucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara atas kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong dalam friendly match semalam.Semoga ini menjadi titik tolak kebangkitan skuad negara selepas kemenangan yang diraih dalam Piala Suzuki AFF. Malaysia boleh! Aku tak sempat nak tengok match tu.Eh, lepas ni Safee Sali tak main untuk team Malaysia dah la kan? Huhuhu.All the best Harimau Malaya!

Wednesday, February 2, 2011

Kepok kepok.

Kan tok pergi holiday sampai 2 minggu baru baru ni.Memang selalu kalau pergi rumah Pak Ndak kat Paka tu, mesti dia akan bawa balik keropok lekor.Bau sebelum goreng, toksah duk cakap la.'Semerbak' satu rumah.Bila dah digoreng, cicah pula dengan sos yang dia bagi, pergh...terbaik woh! Isi dia lembut je.Mai makan mai! =)

Minyak oh minyak.

Tok minta carikan minyak masak cap buruh. Dia nak yang 5 kilo punya.Yang 2 kilo dia tak mau sebab mahal balik kalau beli macam tu.Alang alang beli 5 kilo..Sehari suntuk kami pusing satu Alor Setar.Masuk Pacific, TSB semua tak ada cap buruh.Cap lain banyak la.Tok ni tak berapa berkenan cap lain.Nak cap buruh juga.Pengutip durian tolong cari area Jitra pun tak ada cap buruh 5 kilo.Psst...beli 5 kilo lagi murah dari beli yang 2 kilo.

Memandangkan dah tak ada sangat yang 5 kilo, tok pasrah jelah suruh aku ambil yang 2 kilo punya.Ambil bukan 1,bukan 2.Tapi 4 botol! Hahaha.Tok cakap, ada ura ura minyak nak naik harga lagi.Tak tahulah sahih ke tak benda tu.Tak cukup dengan tu, tok suruh cari minyak dalam kampit plastik pula.Ini untuk bekalan untuk masak acar dia.Inilah yang paling mencabar.

Hampir semua kedai runcit kat Jitra kami masuk.Kebanyakannya cakap tak ada.Eleh,aku tahu minyak ada tapi dorang sorok.Saja tak nak jual.Tak faham betullah peniaga sekarang ni.Orang nak bagi untung, dorang tak mau.Dalam tak ada tu, ada juga yang cakap ada tapi limit 1 kampit ja boleh beli untuk sorang pembeli.Mulalah nak buat kerja gila.Pengutip durian dah masuk kedai cina tu.Waktu tu aku kat kedai lain.Lepas dia dah beli, dia suruh aku pula pergi kedai cina tu.

Aku : Apek, minyak ada ka?
Apek : Ada.
Aku : Saya mau dua kampit boleh?
Apek : Eh.Bukan tadi kawan awak dah mai beli ka?
Aku : (Terus cuak der) Eh.Kawan? Kawan mana pula ni?
Apek : Ada tadi tu.Baru ja keluar.Awak bukan datang sama dengan dia ka?
Aku : (Masih cuak tapi pura pura tak faham sambil kerut kening) Haa? Kawan? Heh.Mana ada apek.Saya tak mai dengan kawan tu.Saya mai dengan kawan lain.
Apek : (Tengok muka aku lama gila.Pandang mata aku pula tu.Damn!)
Aku : (Berdoa jelah dalam hati supaya tak kantoi)
Apek : Ok lah.
Aku : (Lega gila!)

Aku tak tahu macam mana dia boleh agak trick aku dengan pengutip durian ni.Mungkin dia ternampak kami kat luar kedai kot.Sumpah cuak gila.Tak pernah takut macam ni.Beli minyak je pun tapi kena soal macam orang buat jenayah besar!

Thursday, January 6, 2011

Harga minyak masak takkan naik.

Berita semalam dah bagitahu harga minyak takkan naik sebelum CNY.So, para ibu semua, jangan risau.Minyak masak jadi shot sebab ada satu kilang minyak berhentikan operasi pasal apa entah.That's why stok minyak tiba tiba kurang.Dua tiga hari lagi ok la tu.

Tok boleh senyum gembira la lepas ni.Hahaha.

Tuesday, January 4, 2011

Penangan minyak masak

Haru! Haru! Haru!

Ku ingat tak kronik sangat masalah kekurangan minyak masak ni.Tapi bila Pak Su pun cakap kat TESCO dah habis minyak masak cap buruh tu, memang dahsyat la kan.Tinggal minyak zaitun dan minyak jagung ja.Tok kat rumah dah bising bising stok minyak masak dah nak habis.Kelam kabut call kedai runcit dekat rumah tanya ada stok tak lagi.Malangnya, jawapan yang diterima, TAK ADA! Tak tahulah sama ada tak ada atau sengaja di tidak adakan.Ada yang komen, time krisis harga minyak macam ni la peniaga ambil kesempatan sorok minyak.Nak tunggu harga minyak naik baru nak jual.Wallahualam.Ku pun tak tahu betul ke tidak.

Penangan minyak masak sampai bawa ke dalam FB!

Erk.Bab acar tu, memang tok saya duk ambil upah.Maybe tok risau juga perniagaan acar dia terjejas kalau minyak masak tak ada.Mana tahu kan?

No komen.

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia! 4-2.

Awal game, aku macam nak maki hamun supporters Indon sebab terang tang tang nampak laser hijau kat muka Khairul Fahmi.Tapi terus cool down balik bila tengok Fahmi langsung tak endahkan pasal laser tu.Game still diteruskan.Tabik la dengan sikap Fahmi yang tak gelabah macam team yang lagi satu tu.

Bila Safee bubuh satu goal, aku tergamam sebab tak ada langsung defender dari Indon kat situ.Just ada pak cik Markus ja.Biaq betul Indon boleh terlupa nak guard Safee? Hahaha.Apa-apa pun nice shot Safee!

Tak pernah aku bersemangat macam ni.For the first time, update status kat FB selang 5 minit.Hohoho.Pulun sorang sorang.Tapi worth it sebab Malaysia menang aggregat 4-2.Cayalah Harimau Malaya! Tahniah Malaysia and Indonesia for the good game.Supporter Indon, tolonglah jangan fanatik sangat sampai menjejaskan kesejahteraan kedua dua negara ye.Cool dude.Diharapkan media Indon tak keluarkan spekulasi pelik lagi lepas ni.Cukup cukup la dengan kenyataan Kunalan pemain import, Malaysia jampi padang sampai goalkeeper Indon gatal gatal time main.What the fish.Hahahaha.Stop playing dirty media!

p/s : Berkenan dengan Muslim.Ooopss! =)

Tuesday, December 21, 2010

Parcel sent.

Dah hantar dah parcel.Aku tak reti bajet berapa ratus kena bayar sebab ini first time nak shipping.So, bawa keluar sampai 3 ratus.Sekali kau, kena RM 67 ja.Murah! Tapi sebulan lebih la baru sampai parcel ni.Harapan saya, barang dalam kotak ini tak dirampas.Serik dah kotak asyik kena buka dengan MAF.Huhuhu.

To Att, maybe dalam pertengahan bulan 2 parcel ni sampai.Thanks!

Monday, December 20, 2010

Bakar sama dia!

Sebulan sekali Pak Cik Rauf akan datang mesin rumput.Bukan nak kata la.Rumput rumah tok ni galak sungguh kadar pertumbuhannya.Cepat sangat tumbuh! Kalau rambut ana macam ni la kan, bahagia hidup.Ok.Back to story.After semua rumput dah dipotong, menjadi tanggungjawab cucu la kiranya untuk membakar segala rumput kering.Tok memang surrender awal awal lagi dah.Penat juga weh.Sebab jarak dari tempat nak bakar sampah dengan longgokan rumput kering jauh.(Bunyi macam 1000 m je kan.Padahal 20 langkah je pun). Kena la usung dekat 10 round sebelum semua rumput habis dibakar.Ini namanya exercise secara indirect.

Spot bakar baik punya.Tepi jalan.Nasib baik asap tak pergi ke tengah jalan.Kang tak pasal pasal semua kereta accident tak nampak jalan.Hohoho.Pak Su memang tak berapa bagi bakar sampah kat situ tapi kami ketegaq nak buat juga.So, sendiri bakar, sendiri tanggung la der.

Satu satunya pokok nyioq yang masih lagi hidup.Kesian aku tengok.Separuh bogel dah hang pokok nyioq.Huhuhu.

Halaman belakang rumah.Rasa nak golek golek pun ado.Rata ja.Hehehe.

p/s : Rindu suasana kampung yang betul betul kampung.Rumah tok dah half modernized dah.

Thursday, December 16, 2010

Pameran dinosaur di Pusat Sains Negara.

Ada pameran Dinosaur kat Pusat Sains Negara.Jom pi tengok! Ada lebih kurang 32 jenis replika dinosaur yang dipamerkan.Yang lagi best, replika tu bergerak you'olls.Nak bagi feel macam dalam Jurassic Park.Pameran akan berlangsung sampai Mei 2011.Sangat sesuai untuk family yang ada anak kecil ni.Sekurang kurangnya masa cuti dorang terluang dengan aktiviti berfaedah.Disamping tengok dinosaur, ada juga info menarik pasal dinosaur.Eden dapat tahu dari MHI.Hehehe.

Pergi jangan tak pergi!

Friday, December 10, 2010

Cari pasal lagi.

Hai you'olls.Bertemu lagi kita dalam episod cari pasal.

Bihun sup dari dapur tok aji.Sup yang sangat marvellous sebab ada daging dan tulang lembu.Tak kira dah pasal kolesterol semua ni.Hentam makan punya banyak.

Satay.Kawan kawan di Welly, silalah jealous.Saya tahu satay kat sana mahal.

Friday, November 26, 2010

Hunting for job

Aku perlukan kerja sekarang.Bapak bosan duduk rumah.Tiap-tiap hari buat benda yang sama.So, sesiapa yang perlukan assistant atau ada job kosong sekitar Alor Setar / Jitra, tolong la offer kat aku.Aku serius ni.Huhuhu.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger