Online users

Follower

Showing posts with label RWC 2011. Show all posts
Showing posts with label RWC 2011. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

All Blacks parade in Wellington


Seperti yang dijanjikan, story pasal All Blacks Parade semalam. Start pukul 12.15 tengahari. Straight lepas hantar assignment, terus pergi town. Umat manusia, masya-Allah. Ramai. Tak pernah Welly seramai ni. Cari port best sikit kemudian menunggulah team All Blacks untuk keluar. Unfortunately, the weather was not really nice, it was raining. Maka, terpaksa la pakai bubble jacket berhoodie untuk cover diri. Takut demam. Kang susah.

Budak sekolah pun datang tengok. Pengetua bagi pelepasan kot. Hohoho.

Elok keluar ja truck All Blacks ni, semua jadi histeria.Menjerit, bertepuk tangan semua. Banyaklah laungan yang keluar. Dan banner dan sepanduk semua naik. The excitement was increasing. This is the first time in my life experiencing this kind of situation. People were extremely crazy yelling and pushing each other to get closer to the players. Ada yang pass bola, cap, baju. Nak minta sign punya pasal. To be frank, aku ni dulu bukanlah minat sangat ragbi ni tapi lepas dorang menang RWC, terus menjadi jadi minatnya. Terus hafal nama player.Yang macho dan cool je lah aku ingat. Yang lain tak ingat. Favouritism.

Ma'a Nonu. Ini legend nih. Tackle dia terbaik.

Aku berjaya pergi dekat dengan truck dorang tapi sayangnya aku tak bawa marker untuk minta dorang sign. Buku apa pun tak bawak. Memang set dalam kepala otak nak ambil gambar ja. Duh. Rasa rugi pulak kan. Tapi tak apa. Dapat merasa pegang web ellis cup tu for 5 secs.Wohoo.5 secs yang sangat berharga. Ada sorang awek Jepun ni, duk gila kat Mc Caw. Sikit sikit "Richie, richie, I'm Japanese! I'm Japanese!" Motip?? =.= Mc Caw ni ada darah Jepun ke? Hahaha.Lawak.

All Blacks' captain, Richie Mc Caw. Korang ingat lagi tak pasal entry ni? Now I know what's the connection. Rupanya banner tu tuju kat mamat ni. Sampai sekarang banner tu duk terpasang elok lagi kat rumah tu. Nampak sangat kan aku tak amik tahu pasal ragbi. Hahaha.

Dekat Parlimen. Tengah tunggu All Blacks sampai. Ini final stop dorang. Kat sini la dorang bagi speech dan buat haka live. Sayangnya, aku tak tunggu sampai habis sebab orang ramai sangat.Mula mula aku dengan Wan & Nik. Lepas tu masing masing hilang 'ditelan' dek ribuan orang. Lepas tu jumpa Dayah. Jalan dengan dia. Last last dia pun hilang. Kejap ja terlepas pandang. Huhuhu. So, malas nak berhimpit bersesak sesak. Blah awal awal siap.

Video pun ada.Nanti aku upload. Terima kasih Tuhan atas nikmat yang kau berikan ini. Tak semua orang ada peluang nak datang tengok All Blacks. Aku pulak senang senang dapat jumpa depan mata.Syukur. =)

p/s: Gambar guna kamera hp ja.So, tak ada la lawa sangat gambarnya.Huhu.

Wednesday, October 26, 2011

Wohoo!!

Extremely happy today! All Blacks Parade's story coming your waaaay =)

Tuesday, October 25, 2011

Cool habis

Cilok dari twitter Tajul.

Ini sangat cool. Keluar lepas All Blacks menang RWC. Limited edition. Kalau sebelum ni, just ada 1987 je. Ditambah jahitan 2011 pulak. Harga pun boleh tahan mahal jugak la. Adult 220 dollars, Youth 160 dollars. Tapi ini sangat coool!!!

Sunday, October 23, 2011

NZ champion RWC 2011!

So, seperti yang korang sedia maklum, New Zealand menang RWC 2011. Kemenangan yang sipi sipi. 8-7 to France. Wohoo! Clap clap. Personally, aku rasa New Zealand cemerkap sikit untuk final ni. Mungkin dorang nervous sangat kot. Ye lah. Final, plus dah kemaruk nak menang after 24 years. So game tadi agak terabur. France pulak bukanlah calang calang team untuk dibelasah. Mulanya, aku ingat France ni team 'lengai' ja. Sekali bila main atas padang, boleh tahan hebat jugak serangan dorang. Style menyondol selagi boleh. Defence pun not bad. Tapi tak boleh lawan defence dan tackle NZ lagi. All Blacks memang power. 111 tackles were made during the finals. Itu je lah yang NZ lebih. Serangan banyak dari France. It was a fair game I guess. Kalaulah NZ boleh tambah skor tadi, barulah menang bergaya.

Highlight untuk game kali ni sudah semestinya kepada Stephen Donald. Mamat ni tak famous sangat sebelum ni. Tapi rasa rasanya lepas ni, nama dia maybe akan naik sebab free kick dia menjadi. Muka bangga ja cik abang tu bila tendang masuk. Terus market naik. Piri Weepu dua kali dapat chance free kick tapi tak masuk. Duh. Kecewa sikit dengan Weepu. But it's ok. NZ tetap juara. Proud to say "I was in NZ when they won the RWC 2011" Bangga sih! Even tak dapat pergi stadium tengok depan mata, I was contented.

To Nonu, hebat hang tackle tadi. Dari jauh boleh tahu tu Nonu sebab kasut dia paling striking dari orang lain. Hohoho.

To Cruden, get well soon. Baru ku tahu dia ni ada testicular cancer but until now, he survived. Bravo man. Still young, 22.

To Mc Caw, keep up the good work. You're the man. Tak sia sia jadi kapten ganti Dan Carter. =)

To SBW, masuk 5 minit pun jadilah yok. Dari tak masuk langsung kan. Kau tetap menjadi pujaan hatiku.

"The lowest scoring final in history, but what a game" - Commentator of final RWC 2011

p/s : Jangan haraplah jersey All Blacks nak turun harga. Hohoho.

Thursday, October 20, 2011

All Blacks


Cerita ni jadi last Sunday. Ramai ramai pergi Fanzone sebab ada match All Blacks vs Wallabies. Semi final. Memang duk tunggu game ni sebab NZ dengan Aussie ibarat Malaysia dengan Indon.Faham faham sendiri la. Hehehe. So, saja nak merasa tengok rugby dekat open space macam ni. Satu benda yang pelik tentang orang NZ ni. Time kat fanzone tu, dorang berdiri mengadap skrin besar. Berdiri sampai habis game. Memang tak reti lenguh kaki agaknya dorang ni. Bila semua pakat berdiri, orang yang duduk kat belakang, sah sah la tak nampak skrin tu. Kesian. Kitorang ni mujur la dapat menyelit celah celah manusia dan ternampak satu bench kosong. Apa lagi. Terus berdiri atas bench la. Puas hati noks. Nampak semua.

80 minit berdiri rasa macam sekejap ja (walaupun time tu dah rasa macam tulang kaki tunggu masa nak tercabut) Tak sia sia berdiri, menjerit macam nak gila sebab All Blacks menang dengan sangat bergaya. Terus jadi big fan of Piri Weepu. Oh. Tak lupa jugak kepada Sony Bill Williams. Ganteng bangat itu cowok. Tapi sayangnya, dia sempat masuk 3 minit, lepas tu kena kad kuning sebab siku player Wallabies. Huhuhu.Hope dia main untuk final nanti.

Aku rasa mamat ni perasan aku duk snap gambar dia tapi dia belagak macho. Buat buat macam tak perasan. Pigidah. Nak ambil gambar sticker All Blacks kat muka je pun.

Final nanti akan menyaksikan pertembungan antara New Zealand dan France. Ada harapan All Blacks nak jadi champion tahun ni.Dah terbayang public holiday. Hahaha. Tapi tak heran pun public holiday sebab memang tengah holiday pun. =P

Sunday, October 9, 2011

Rugby Fanzone

Cuaca hari ini sangat cantik. Put on my shades and I'm ready to go. Teman Wan cari benda untuk cohort. Kebetulan ada Fanzone kat Courtenay Place. Main road tutup semata mata sebab fanzone.So tadi jalan dengan sesuka hatinya tanpa perlu tunggu traffic light. FYI, fanzone ni macam tempat orang kumpul untuk sama sama meriahkan RWC. Ada juga big screen untuk tengok match rugby. Kalau kat Malaysia tu fanzone ni ibarat macam kedai mamak nashmir tu la. Orang lepak semata mata nak tengok bola live.

Jenuh ligan nak tangkap gambar dengan benda alah ni. Struggle je aku tengok dorang ni berjalan.Angin kuat, mahu kalau tak reti imbang, boleh tumbang dengan bergayanya.

One of the pub in Courtenay Place. Untung dorang ni musim rugby.Kedai penuh orang setiap masa.

Holloh holloh holloh. Cute la tu.Tak pasti ni sokong apa.

Macam macam ragam.

South Africa supporters. Kebetulan petang tadi South Africa VS Australia.Memang ramai benor le supporter dua negara ni. Dah la warna dorang lebih kurang sama. Hijau kuning. Duh. Tiba tiba teringat Kedah.

Drumline. Smart seeeeeh!

Australia supporters. Adik abang dua dua cute.

Sempoi kan geng pak cik ni? Macam macam style ada.

In front of Chocolate bus. Nyummeh! Tapi tak masuk pun.Hahaha.

Cukuplah berjalan. Selasa test oi!

Tuesday, September 13, 2011

Demam RWC 2011

Sejujurnya, aku tak amik tahu sangat pasal Rugby World Cup yang sedang berlangsung kat NZ ni. Orang lain excited pergi tengok opening, show bunga api, aku pulak langsung tak ada excitement tu. Tak tahu la pasal apa. Maybe sebab dah pernah tengok orang main ragbi kat Westpac Stadium, so bila ada match lagi rasa macam errmmm..tak pa la.Dah pernah tengok live. Ok la tu. Cuma yang sebelum ni tengok match Hurricanes (Wellington punya team). Tak pernah lagi tengok All Blacks beraksi atas padang. Oh. All Blacks team NZ ye tawan tawan. Yang aku tahu pun, first match All Blacks menang lawan dengan Fiji. That's all. Dah musim ragbi ni, memang tak digalakkan untuk keluar town malam malam.Apatah lagi sorang. Bahaya takut kena kacau. Isu ni dah keluar kat paper. Dorang seru kepada perempuan terutamanya janganlah duduk sorang sorang kat town tengah malam.Takut ada sexual harassment. Worst, takut kena rogol. Ye lah. Bila RWC ni, ramai outsiders kat Welly ni. Mungkin yang buat tu bukan orang sini, mungkin jugak ya. Wallahualam. So far, tak ada lagi dengar kes rogol sebab RWC. Hopefully, tak ada la.Kalau tak, boleh cetus moral panic oh.

Normal la kan.Bila kita ada kat sini, langsung tak excited bila ada RWC. Cuba kalau aku ada kat Malaysia sekarang ni, mesti merungut...

"Wah.Bestnya kalau duduk NZ. Boleh tengok All Blacks live.Teringinnnyaaa."

Puih! Hahaha.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger