Online users

Follower

Showing posts with label FB. Show all posts
Showing posts with label FB. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Interesting quote

Found this quote in FB. Thought it would be good to share it with you guys.

"If your boyfriend wants you for your breast, thighs and legs, send him to KFC. You're a lady, not a cheap value meal"

=)

Friday, October 7, 2011

dRBook nak challenge Facebook?

Tahukah anda akan kewujudan laman social baru yang dinamakan dRBook? Ala ala macam Facebook jugak cuma pengasas dia orang Malaysia. Tak lain tak bukan ialah...Agak agak korang sapa? Bila cakap Dr. korang terbayang siapa? Hehehe. Dr Rozmey weh! Yaaaaa.Dr Rozmey! Nampaknya dia ni tak pernah kenal erti putus asa. Dulu kecoh kes filem 2 Alam dia yang tak laku tu. Sekarang dia cuba nasib dengan dRBook pulak. Heh.Nak tergelak pun ado. Kalau ikutkan keadaan sekarang, agak susah untuk dia tarik orang ramai untuk sign up sebagai member dRBook.Orang lebih prefer FB sebab FB is way more convenient and interactive.So far baru ada 800 members. Boleh tahan ramai juga yang sign up. Apa la yang dorang fikir waktu sign up ni. Interface dRBook more or less sama macam FB cuma less privacy. Even aku yang tak sign up ni pun boleh view profile orang lain dengan senang lenangnya. Dr Rozmey should work on that.

[Klik gambar untuk tumbesaran]
Status yang diupdate 3 minit lalu. Katanya 12 Nov nanti dia akan keluar NLKO. Nak promote dRBook. Siap minta Kosmo promote lagi.Apa pulak janji dia kali ni? Boleh capai target member 2 juta? 8 juta? Hahaha.

[Klik gambar untuk tumbesaran]
Ini yang aku cakap tadi tu.Aku tak sign up.Tapi boleh view 'what's new'. Malah bila klik nama orang kat news feed, dengan senangnya aku boleh view profile orang lain.Mungkin dorang tak private kan or mungkin juga Dr Rozmey still dalam process untuk menyiapkan setting dRBook ni. Dengar cerita, dRBook baru beroperasi 4 hari. Not bad. 4 hari=800 members.

[Klik gambar untuk tumbesaran]
Saja je klik kat photos, sekali keluar semua album orang yang jadi member dRBook.Ini sangat berlainan dengan FB. Senang gila nak stalk orang kalau macam ni.Hahaha.

Dr Rozmey mungkin ada penyokongnya tersendiri. All the best Dr Rozmey. Untuk masa sekarang, aku masih belum terbuka untuk sign up dRBook ni. Cukuplah dengan akaun FB yang satu ni.Tu pun tak larat nak hadap.Inikan pulak kalau ada 'book' lain. Heh.

Sila ke http://www.drbook.biz/ untuk lihat dengan mata kepala anda sendiri =)

p/s: Btw, I got this info from pengutip durian.Dia tu 'peminat' setia Dr Rozmey.Hehehe.

Saturday, July 30, 2011

Glee dan currency

I'm a morning person.Cukup 6 jam tidur, mesti terbangun dengan sendirinya.And I'm a facebooker too.Bangun pagi terus on laptop.Hahaha.Selalunya aku aktif time pagi.Komen,update status dan semua la. Mai malam, aku mandom.Just jadi pemerhati ja. Lebih suka layan Youtube. Pagi ini, ada dua benda menarik aku jumpa kat FB.

1. Glee 3D Movie is going to be released in NZ on 11th August 2011! Gosh! Aku bab Glee ni memang tak fikir panjang. Sanggup noks. Kat sini tiket 3D agak mahal tapi kalau dah minat, apa pun sanggup kan. Hopefully, ada la tayangan waktu siang. Nak pergi malam, macam kurang sesuai.Ye lah.Bulan puasa. =)

2. Currency Malaysia tengah tinggi sekarang ni. NZD 1= RM2.608. Pergh.Ini kalau tukar duit sekarang ni, kayo eden. Tak pernah pernah naik tinggi sampai macam ni sekali.Last paling tinggi pun RM 2.54 ja. Naik la tinggi lagi. Hehehe. Dah mula terbayang kalau tukar seribu dollar, dapat RM2600 lebih. Fuh.Syok aih. Nak tukar sekarang ke tak? Hurrrmmm

Tuesday, May 31, 2011

Facebook dan Friendster

Oh my. Sejak FB dah famous, FS ditinggalkan.Tadi tergerak hati nak buka balik since aku tak deactivate lagi akaun FS.Rasa epik gila FS ni suatu masa dahulu. Sekarang FB la juara.Hehehe.Last update 2009. Dekat dua tahun dah tak berusik FS tu. Gelak tengok profile sendiri sebab gambar memang tak boleh blah. Gambar syok sendiri. Tang info tu tulis KeJaP HuRuF BeSaR,KeJaP HuRuF KeCiK. Hahahahaha. Tak cukup dengan tu, ada satu album muka syok sendiri saja. Siap edit lagi. Oh my.....................Kenangan berharga tu.Memang tak boleh nak salahkan budak budak zaman sekarang suka taip besar kecik, tak boleh nak salahkan depa suka tangkap gambar syok sendiri sebab aku pernah lalui zaman tu. Ya. Zaman masih belum matang gitu. Orang cakap tengah dalam proses nak membesar.Memang cenggitu la rupanya. Once bila kita dah matang, slow slow kita berubah. Kalau nak dibanding dulu dengan sekarang, memang nampak besar sangat perbezaan dari segi cara menulis. Sekarang semakin behave.

Jangan nak tipulah gegirl semua. Mesti korang pernah kan tangkap gambar sorang sorang lepas tu upload kat FS? Hehehe.FS menjadi saksi.Kalau bukan FS pun, Myspace. Kan kan? Hahahaha.

Tuesday, January 11, 2011

Kalau FB tutup...

Sekarang dah kecoh satu dunia Facebook bakal ditamatkan operasinya pada bulan March ini.Dengar kata Mark dah tak larat nak handle FB ni.Dia nak kembali hidup normal.Sebelum ni hidup macam orang gila gamaknya.Ye lah.Terlalu banyak benda yang perlu diuruskan.Tak silap aku, dari awal kemunculan FB sampailah sekarang, dah banyak kali ia melalui transformasi.Mark tekanan perasaan kot asyik mengadap laptop improve FB.Hahaha.Tambah pula ada yang mengecam FB sebagai punca masalahdikalangan remaja.Mungkin menguatkan lagi niat Mark untuk tutup FB ni.

Aku tak terasa sangat kalau FB tutup sebab aku tak gila FB.Tapi mungkin akan sedikit terkesan di hati kalau tak ada FB sebab dah susah nak cari long lost friend.Tambah tambah kawan zaman sekolah rendah dulu.Dalam banyak keburukan, ada juga terselit kebaikan FB ni.Medium mencari kawan yang terpisah.Ecewah.

Kalau blogspot pun nak tutup, akulah orang yang paling sedih di atas muka bumi ini.Tak boleh hidup tanpa blog.Dah macam laki aku dah haa.Tempat meluahkan perasaan dan berkongsi cerita.Feel bercerita mulut dan tulis dalam blog lain der.I prefer blog.Hail to blogspot!

p/s :Kita tengok sajalah bulan March nanti.

Monday, December 13, 2010

Semak wall

Menyampah aih dengan rupa FB yang baru.Habis semua benda yang kita komen kat page or photo dia nak tempek kat wall.Sudah hilang sense of privacy.Damn.Semak wall! Erm.Agaknya hari ini hari aku bencikan FB kot.Habis semua benda aku nak komen, kutuk.Mark ...berg, tolonglah kembalikan FB ke rupa yang asal.Huhuhuhu.

Saya nak kawan dengan awak!!!!

Klik untuk tumbesaran.

OMG! Ganas gila kamu dik.Agresif ye budak zaman sekarang.Ni nak berkawan ke nak berlawan tumbuk ni? Takut aih.

To this person, kenapa saya tak accept friend request awak? Sebab awak from nowhere je tiba tiba add saya.Tak ada connection, so saya tak berani nak approve.Facebook sekarang dah makin hilang privacy.So, saya takut nak main approve orang yang tak ada kaitan dengan saya.Kalau awak baca blog saya ni, awak PM saya lagi sekali ye.At least saya tahu awak reader saya dan saya boleh approve awak. =)

Tuesday, October 5, 2010

Al-kisah internet

Memang habit sekarang ni suka main tukar profile pic FB.Tak sampai seminggu,tukar.Rasa cemuih tengok muka sendiri dengan gaya yang sama.Eceh.Belagak.Mentang mentang gambar cantik banyak.Ehem.Well, orang cantik.Bahahaha.Access to internet pula everyday.Lagi la gatal tangan nak perosah semua benda.

Cakap pasal internet, rumah gua data usage nearly sampai limit 20 GB untuk bulan ni.Gilo.Ini semua penangan sebab buka video banyak sangat la kot.Walaupun buka yang duration pendek, bila dikumpul sekali, jadi banyak terus. Yeah.Blame me for that.Kesian pula dekat housemate yang lain.Ada balance 3.6 gig lagi.Memang duk tahan guna la ni.Langsung tak berani nak buka video dah.Lagi satu bulan ni banyak download dan uploadkan video untuk aktiviti WMSO. Eyh.Upload pun kira byte juga kan?

Monday, October 4, 2010

Mak Lung buat apa?

PM diasak bertalu-talu dek RSVP untuk Annual Dinner dan Nando's stuff.Tapi dicelah-celah PM RSVP tu, terselit satu PM yang menarik perhatian aku.

"Assalamualaikum.Mak lung buat apa?"

Aku macam blur sikit.Selalu aku baca message dulu dari nama orang yang send.Ku tenung lama-lama nama tu.Ceh.Anak buah aku rupanya.Amboi.La ni semua pakat buat akaun FB.Yang umur 10 tahun pun dah pandai facebooking.Kalah zaman aku dulu.

Mak Lung busy buat assignment la sayang.Hehehe.Comel pula bunyi Mak Lung.

Sunday, August 29, 2010

FB dah tak selamat

Nak ole-ole dari New Zealand? Meh join Raya Sakan Contest.Klik [sini]

Bilangan kawan di FB semakin ramai.Bila makin ramai, kena la buat friend list.Senang nak kelaskan kawan tu dari mana.Ada yang dari sekolah rendah,MRSM,maktab,blog dan ada juga si anon yang entah dari mana kenal aku.Tengok mutual friend tak ada.Ini memang spesis bahaya sikit.Berlambak kot anon dalam friend list.Tunggu masa nak kena buang ja tu.Selagi tak ada masalah apa-apa, aku remain anon dalam FB.Kalau tiba-tiba aku kena pedajal, memang terus delete tanpa belas kasihan.

Almost everyday ada friend request. Aku check dulu before approve.Bukan demand cuma kena berhati-hati.Sekarang FB dah tak selamat. Banyak sangat orang duk buat taik.Sebab tu aku private FB. Walaupun tak kena kat batang hidung sendiri, aku ambil pengajaran atas apa yang berlaku pada orang lain.Tercalar maruah beb.Kita pun kena beringat sama.Jangan sesuka hati upload gambar, publish status merapu.Tak semua orang suka.

Burrp..alhamdulillah.Kenyang buka puasa.Hehehe.

Wednesday, August 25, 2010

Isu video 24 jam dosa di FB.

"Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat"

Bosan dengan sikap sesetengah manusia yang cepat melatah.Pantang nampak video pelik sikit, mulalah nak buat macam-macam spekulasi.Publish kat FB, minta share ramai-ramai. Baru-baru ni kes 24 jam dosa di FB. Aku faham niat tukang buat video tu baik.Nak berdakwah.Cuma cara kau salah la beb. Mana boleh kau nak aibkan orang sesuka hati dalam video kau. At least kalau kau nak tunjuk yang pakai short sleeve dan tudung tu tak menepati ciri-ciri muslimah sebenar, perlu ke kau ambil gambar perempuan bertudung dan bershort sleeve dari FB dan letak dalam video kau? Konon authentic material la kan. Mana boleh der.Itu mencabul hak asasi manusia namanya tu.

Ada banyak lagi cara nak berdakwah. Patutnya kau ganti gambar tu dengan karikatur comel-comel. Lukis la sendiri dengan paint ke apa.Barulah tak menyinggung mana-mana pihak.Bila kau buat video main tempek je muka perempuan yang belum pasti kau kenal sepenuhnya, itu menaikkan kemarahan orang sekeliling beb.Even kau censored kan kat bahagian muka, still orang boleh cam dari susuk badan dan cara pemakaian.Even muka aku tak ada, aku boleh faham perasaan individu yang teraniaya dalam tu.Kesian dorang weyh.Tak pasal-pasal kena terjah dengan kawan-kawan, 'Eh,muka hang ada la dalam video tu' dsb. Glamour sekejap. Ini sedikit sebanyak mengubah persepsi orang terhadap individu tu.Maybe dia jadi bahan bualan orang ramai, maybe orang pandang pelik dia lepas ni. Macam tu la.

Aku just melahirkan apa yang aku rasa. Video tu tak sepatutnya dikeluarkan tanpa permission individu yang terlibat. Niat kau memang baik der. Memang tak dapat dinafikan. Cuma cara kau agak kurang sesuai.Maybe lepas ni boleh consider dalam-dalam before nak publish video yang melibatkan orang lain. Ini juga peringatan buat gadis diluar sana supaya lebih berhati-hati dalam memilih gambar untuk di upload di FB. Elakkanlah publish gambar yang boleh bawa bahan kontroversi.

Serius pula entry aku this time. Huhuhu. Mana yang tak kena, bolehlah nak cakap rileks. Cuba kita letak diri kita dalam video tu. Apa yang korang rasa? Sakit kan?

Wednesday, August 18, 2010

Car town FB

Woih woih woih.Leka sungguh main Car Town sampai lupa nak update blog.Hihihi.

Disebabkan yang main semua coursemate, maka semangat untuk compete lebih tinggi.Setiap masa mesti nak kena tengok bengkel tu. Ini semua sebab Wawan la ni.Duk promote sakan.Aku pun dah terjebak.Hadoi la.Esok ada test.Boleh pula kan time ni nak bersengkang mata main car town sambil study.Mata asyik pandang buku, pandang skrin laptop.

Telinga pula sensitif dengan bunyi hon kereta.Ada costumer nak minta cuci kereta.Chow dulu.Hahaha.

Eh, mari la jadi friends saya.Boleh kita racing sama-sama.

Thursday, August 12, 2010

Comelnya dia...

Takut kan?

Tiba-tiba inbox diterjah oleh seorang yang tak dikenali.Komen pula pasal diri kita.Even benda positif, tapi jadi seram sebab aku memang tak kenal anon ni.Huhu.Aku tahu lah aku comel.Hahaha.Tapi tolonglah jangan direct sangat.Jangan gelojoh sangat boleh tak?

Kalau orang yang berkenaan terbaca post ni, saya minta maaf.Saya kurang selesa dengan cara awak approach saya.Rasanya kalau ikhlas berkawan, bukan ini caranya awak nak grab attention saya. Kan lebih manis kalau kenalkan diri awak tu dulu.

By the way, saya tahu saya comel.Bahahahahaa...

Thursday, August 5, 2010

We are developing

A friend of mine pernah mengadu dia tak puas hati kat kawan dia sebab bajet bagus sangat study kat oversea.Si polan terlalu membanggakan negara X sampaikan sanggup kondem kerajaan Malaysia.Keluarlah statement negara X lebih maju dan bagus dari Malaysia.Kawan aku ni pula memang kaki kerajaan.Statement dikeluarkan kat FB. Silap besar la bila kawan aku ni terbaca.Terus dia sound direct.Cakap yang hantar si polan ke oversea kerajaan juga.Si polan tu tak sedar kot dia makan duit kerajaan sampai beratus ribu.Ingat murah ke kos nak hantar si polan ke negara X.Yang nak kondem teruk-teruk sangat kenapa.

Purpose kerajaan hantar kita belajar ke oversea ni untuk cedok apa yang patut untuk digunakan kat Malaysia.Malaysia is developing country.Maybe negara X tu dah jadi developed country.So, janganlah dikutuk Malaysia seolah-olah Malaysia ni teruk sangat.Kalau teruk sangat, pindahlah duduk kat negara X.Cakap ja tak guna bai.

Aku rasa its ok to compare Malaysia dengan negara membangun lain cuma cara penulisan tu kena jaga sikit.Benda macam ni sensitif.Kang tak pasal-pasal disalahtafsir, jadi kes polis pula.So, dari terus-terusan mengutuk kerajaan, apa kata kau bagi suggestion kat Najib macam mana nak bangunkan Malaysia jadi macam negara X kau tu. Lagi bagus kan?

Tuesday, August 3, 2010

August

Kepada :

1) Nur Farieha Mohd Noor

2) Hafizah Hanum Shahrudin

3) Hasnun Adha Hassan

4) Misslily Lilo

5) Muhammad Muhaimin

Selamat Hari Jadi! Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki.Semoga berjaya dalam bidang masing-masing.Ini semua kawan FB yang sambut birthday hari ini. So far, hari ini mencatatkan bilangan birthday paling banyak.Tak tahulah kot-kot ada yang saja letak tarikh birthday kan.

Aku dah pernah tertipu dengan sindiket fake birthday ini.Kalau kawan rapat, maybe boleh ingat tarikh birthday.Kalau yang kenal kat blog tu, memang pakat tak ingat la.Sebab tu bila FB notify birthday, main wish ja.Tak tahu sahih ke tak.Huhuhu.

Tapi at least ada effort nak wish kan.Hohoho.

Tuesday, July 13, 2010

Dasar main add friend kat FB.

Ada sorang minah ni datang chat kat FB.Nama glamour macam artis.Profile pic pun menawan.Tapi aku ada sedikit keraguan dengan profile minah ni.Aku tak percaya dia guna gambar dia sendiri.Macam gambar ambil pakai main tempek kat FB ja.Dah lama kami jadi kawan kat FB tapi tak pernah tegur.Dia pernah banyak kali minta YM aku and I resist it.Rasa tak selesa pula dia asyik tanya pasal YM.Terus aku offline.Padahal perempuan ni.Aku fikir ke depan sangat kot.Aku takut dia hack YM aku or ajak webcam lepas tu tunjuk bukan-bukan ka.Mana nak tahu kan? Kena bersiap sedia even jantina kami sama.

Bila aku tanya dia siapa, dia tanya aku balik.Lepas tu aku umpan la dia cakap dia cantik.

Aku: Apasal awak tak upload gambar awak banyak sikit kat FB?Muka dah cun.

Minah: Tu la.Ramai sangat puji.Tak suka la.

Like...what the? Dasar pantang kena puji.Terus aku remove kau dari friend list aku.Entah apa-apa.Lagipun memang aku langsung tak kenal kau.Selalu muka yang aku tak kenal datang dari blog.I mean dorang add sebab terbaca blog aku dan dorang introduce diri.Bagus la macam tu.At least aku tahu nak listkan korang kat mana.Tapi kes ni lain sikit.Kalau kau baca blog aku, konfirm kau akan cakap "Saya add awak sebab saya baca blog awak" bukan cakap "Entah la...banyak sangat pending friend request dalam FB saya ni.Saya tak ingat dah kenapa saya add awak".

Dasar nak ramaikan friend list.Dasar pakai main add je kan.Lantak kau la I**** L******.

Sunday, June 20, 2010

Dear kawan-kawan,

Kalau ada silent reader yang add kat FB, sila PM saya ye. Dulu aku main approve ja orang yang add aku.FB semakin hari semakin bahaya.Sekarang ni kena tapis balik kawan.Kadang-kadang langsung tak kenal pun.But sometimes ada juga silent reader yang add.Selalu silent reader yang tak ada blog.Mutual friend memang tak ada.So, aku ignore ja.Hahaha.Kalau nampak mutual friend dengan kawan blogger yang lain, aku approve.So, please PM saya ya.Alaa...cakap ja saya baca blog awak.Ha.Itu pun dah cukup untuk aku ada reason kukuh untuk approve.

Mana yang tiba-tiba check friend list tak ada nama aku, itu maknanya aku dah remove korang sebab aku tak kenal dan tak pernah bertegur pun kat FB.Kejam? Agak la.Tapi, dari add tak bertegur sapa, buat apa kan?Sama ja kalau aku remove.Tak ada effect apa-apa pun.Stalker makin banyak.Aku takut kena sabotaj.

Harap mak long.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger