Online users

Follower

Tuesday, November 30, 2010

Rapunzel best

Tak mau cakap banyak.Just nak bagitau Rapunzel best.'Ralit' tengok animasi yang sangat comel.Gambar dalam tu pun cantik.Terasa macam kembali ke alam budak budak pula.Hehehe.Ku suka watak Maximus (kuda istana). Ekspresi muka dia kelakar tak ingat kot.Yang lain pun comel.Rasa macam nak masuk dalam cerita ni.Ada setengah scene nampak macam real.

Wajib tonton!

Cari pasal ooiii

Yeah.Bertemu lagi kita dalam episod cari pasal.Hahaha.Saja nak update makanan apa lagi yang aku dah telan since aku balik sini.Yang lebih penting, tak ada kat New Zealand.Wohohoho.Memang cari pasal noks! Ini kalau kawan kat Welly baca ni, makan hati ni.Hahaha.

Chocolate Waffle.Pergh.Nikmat gila bila coklat tu meleleh leleh keluar dari dalam kerak tu.(Memang sengaja cari pasal)

Ais kacang.Cuaca panas sekarang.Elok sangatlah makan ais kacang ni.Cool down balik badan tu.

Mee hotplate Pacific.Memang all time favourite ni.Kalau singgah Pacific dengan member Jitra, ini yang dituju dulu.Tak pandang benda lain dah.

3 cukup la naa.Bubuh banyak banyak satgi ada yang marah.Hahaha.

Rapunzel

Rapunzel dah keluar kat Alor Setar.Mahu tengok.Mahu tengok.Cis.Ini semua sebab pengaruh VP la ni.Tengok dia review movie ni baik punya.Cek kalau kartun kureng sikit nak tengok.So budak budak.Hahaha.Tapi dah sebab ramai yang puji movie ni best, haruslah tengok.Lagipun banyak sangat masa terluang ni.Tak tahu nak spend kot mana.

Kepada yang belum tengok lagi Rapunzel, jom pi tengok!

Monday, November 29, 2010

Arcade game

Al-kisahnya lepas jumpa Aisumi,aku bosan tak tahu nak buat apa kat City Plaza tu.Maka call la dia suruh datang situ.Heh.Rumah dekat bolehlah kan suka suki nak panggil mai.Lunch sekali and then dah tak tahu nak pi mana.Nak tengok wayang, ada movie Ngangkung dan 2 Alam ja.Tobat aku takkan tengok 2 Alam.Masuk boling, semua lelaki yang tengah main.Segan pula nak main.Last-last masuk game arcade.Noooh.Tak menahan hang masuk situ.Dah lama kot tak masuk tempat tu.Takut nak masuk sebab ramai budak tak berjenis dalam tu.I kan takut kena ngorat.(Bajet hot gilaaa minah ni).Tapi sebab ada dia, aku tak risau sangat.If anything happen, dia boleh protect.Ngehehehe.

Acik kayo!

Pusing punya pusing jumpa satu game boling.Ini ada keluar tiket untuk redeem hadiah.Tuah pengutip durian.Dia buat macam mana entah boling tu, kena kat lubang 'mystery'.Ting ting ting bunyi tiket keluar.Banyak pula tu.Non-stop habaq hang! Sampaikan budak kat sebelah pun usha kami.Tak pasai pasai jadi tontonan umum sekejap.Hahaha.Dapat la 160 tiket.Pi redeem.Hang nak tau kami dapat apa? Sila skroll bawah.

Akak kaunter tengah mengira tiket.


















Pemadam stabilo dan pensel picit.Cait! Aku bagi kat adik dia ja benda tu.Buat bekal nak pi sekolah tahun depan.Hahaha.Nak dapat bear sampai berpuluh ribu tiket.

Jumpa blogger lagi.

Dua hari lepas sempat ketemu sama Aisumi Chan, gadis atas awan.Kebetulan dia datang Kedah.Ada kenduri nak kena attend.Kebetulan lagi aku ada benda nak pass kat dia.So, kitorang set nak jumpa kat Star Walk.Seriously, aku memang tak ingat muka dia macam mana.Terlupa nak stalk gambar dia kat FB sebelum keluar rumah.Sampai kat McD,tunggu dia.After 5 mins, nampak dia senyum dari jauh, lambai-lambai gitu.Jumpa pun tak lama sebab dia nak pergi Yan pula lepas tu.So, sempat borak kejap je la.Mujur Aisumi ni peramah juga orangnya.Tak kekok bersembang.I kan pemalu.Hihihi.

Next time boleh ketemu lagi ya Aisumi.=)

Mission accomplished.

Alhamdulillah.Berjaya capai target untuk improve grade for this sem.Syok tak sangga.Even though just dapat grade B+ untuk subjek ALIN, I would consider myself as an excellent achiever.Merangkak slow slow naik atas. Kalau nak dibandingkan dengan coursemate yang lain, dorang lagi hebat.Direct dapat A.Tiada yang manis melainkan dapat improve day by day.Lagi manis bila setiap kali assignment, grade makin naik.Bukan turun!Hehehe.

Kita ni kalau nak letakkan target, kena tengok kemampuan diri sendiri juga.Aku tak berani nak letakkan target tinggi.Takut aku sendiri yang patah hati at the end.Biar target tu sedang sedang dengan kemampuan.Aku yakin aku boleh dapat better result.Yang penting kena rajin dan berdoa selalu.Solat jangan tinggal.

Hoping that next semester would be just sweet as this one and even better. =)

Tunang dah?

Morning you'olls.Wah.Ceria pula aku hari ini.Sekarang style bangun tidur terus mandi.Kalau dulu, cukup baloq liat nak mandi awal.Lagi tak pukul 12 tengahari, lagi tu la duk busuk.Tadi mimpi extreme gila.Aku bertunang yaw.Nampak sangat gatai nak kahwin dah kan.Part paling tak boleh blah, siap ubah status kat facebook tu jadi 'engaged'. Bapak la.Kuasa mimpi dahsyat betul.Bangun-bangun tengok jari ada ka tak cincin belah rotan.Hahahaha.

Realitinya, aku lambat lagi nak tukar status single tu.Umur 28 baru kahwin kot.Hohoho.

Sunday, November 28, 2010

Hadiah sudah hantar.

Akhirnya berhantar juga hadiah untuk pemenang Raya Sakan Contest.Duk tangguh berapa lama dah.Hahaha.Kepada yang berkenaan, harap bungkusan tu sampai ke tangan anda dalam keadaan yang elok.Risau juga wrapper terbuka.Maaflah tulisan buruk.Eceh.Macam tulis biodata pula.Hohoho.

McD

Nooh.Puas hati hamba minggu ini.Tiga kali bantai McD.Hohohoho.Tadi makan dengan geng Jitra pula.Depa ni pun kebuluq McD juga.Nak kena mai cari sampai ke Alor Setar sebab kat Jitra tak ada.Patutnya depa buka satu cawangan McD kat Jitra.Mudah la sikit orang nak beli.Aku addict gila kat fries dorang ni.Rasa sedap lagu mana entah.Tapi aku perasan fries makin kuruih.Haluih.

Apple Pie.Sekarang ni jenis tak berkira sangat pasal makan.Rasa lapaq, jom pi beli.Tak ada nak fikir 2 3 kali dah.Hahaha.Tu yang suka hati betoi tu bila balik Malaysia.

Keluaq dengan mereka. Nun dan Mat.Pulun makan serupa setahun tak jumpa McD habaq hang!

Ni pun 2x5 juga la.Tapi sungguh.Dah 9 bulan berpisah dengan McD ooo.Hehehe.

Mc Chicken..Mc Chicken..tender and juicy (teringat lagu dalam iklan)

Neelofa, si bunga biru.

Credit to google.

Tergerak hati untuk menulis tentang Neelofa.Berdasarkan hit nuffnang, ramai betul yang google Neelofa.Baru-baru ini dunia blog dikejutkan dengan entry berkaitan dengan Neelofa, salah seorang finalis Dewi Remaja yang kononnya bergambar dengan wine.

Bukan nak side Lofa apatah lagi nak hentam dia.Cuma aku sedikit terkilan dengan komen-komen yang diberikan.Kebanyakkannya mengutuk dan menghentam Lofa.Alahai.Kawan tu baru nak naik dah kena hentam.Well.Dunia hiburan memang macam ni.Orang akan cari setiap kesalahan kita demi kepentingan peribadi.Kesian.Personally, aku kenal Lofa since form 1 dan dia merupakan seorang gadis yang baik dan tak sombong.Most importantly, down to earth even dia ni bapak kaya.Jenis tak lupa kawan.

Ada juga yang cakap dia ni seksi tak padan dengan orang Kelantan.Hahaha.Itu memang diakui betul.Biarlah.Dah itu cara dia.Kita tak boleh nak halang.Senang cakap itu urusan dia dengan Tuhan.Tak perlulah kita nak komen dan kutuk dia.Tambah dosa ja yop.Sebaliknya kita tengok dulu diri kita before nak komen pasal orang lain.Sama-sama beringat.

To Lofa, this is your dream.Chase it and don't ever look back.Mungkin ada betulnya apa yang orang kata.Take it as a positive thing and try to improve yourself.Kita takkan rugi se sen pun, malahan kita untung banyak sebab ramai orang yang 'care' pasal kita.All the best to you!

Keluar tak berhenti.

Baru semalam mengadu dengan dia yang aku bosan duduk rumah.Tak tahu nak buat apa.Sekali kau, bertubi-tubi pula orang nak jumpa.Boleh dikatakan setiap hari aku keluar.For this week la.Tak pernah nak melekat kat rumah.Tok pun merata ceruk kenduri dia attend.Dia tak bising pula aku asyik keluar.Agaknya dia pun dah mula faham kot cara hidup aku.Style yang tak boleh duduk diam kat rumah.Kerja nak merayap ja.Hahaha.

Hari ini keluar dengan geng Jitra pula.Destinasi favourite ialah Pacific.Can't wait to see them.Lama gila kot tak lepak sama sama.Harapnya tok tak bising la aku nak keluar lagi hari ini.Hohoho.

Pictures of the day.

Pictures of the day.

Found this at Jitra.Mesej penting disampaikan melalui vandalisme.

Had this on our date.Nasi goreng special.Siap ada baked beans lagi tu.Tapi macam tak berapa kena makan nasi dengan benda alah tu.Selalu orang cicah dengan roti.

Saturday, November 27, 2010

Hairan.

Dia : You tau tak waktu I balik tadi, kereta ada depan rumah.Ada jiran I duk tengok kat tempat yang kemek tu.
Aku : Ya ka? Habis tu macam mana? Mak you dapat agak tak kena langgar?
Dia : Tak.Depa duk heran kenapa kemek tapi tak bercalar.Bapak I duk tanya macam macam.Parking sebelah apa, ada orang langgar ka?
Aku : Habis tu you jawab apa?
Dia : I cakap la I tak tau.Lagipun dah tengah malam kan.Lega gila you!
Aku : Hahaha.Tahniah.
Dia : Tak pa.Sorry abah.Sorry mak.Raya tahun depan ada lagi.I bagitau next raya la.
Aku : Hahahaha!

Kadang kadang terpaksa tipu sunat demi menyelamatkan diri sendiri.Hohoho.

Minor accident

On the way ke rumahku, pengutip durian minor accident.Hah.Asyik accident je mamat tu.Tapi kali ni tak ada la sampai luka-luka.Just kereta kena langgar lari dengan 4WD.Ada few scratches kat bahagian tayar depan dan pintu passanger.Gelisah toksah duk kata la.Orang utara cakap peluh bercerau!Aku pun jadi cuak juga sebab aku yang ajak dia keluar.

Nak tak nak kena fix juga kemek tu.Mati weyh kalau mak dia tahu.Kena berleter satu, dan mungkin lesen kereta 'kena tarik' dengan mak sendiri.Dalam erti kata lain, nak guna kereta lepas ni susah la.Fikir punya fikir, kitorang pergi kedai pomen dengan harapan apek boleh tolong ketuk balik kemek tu within short time.Sekali apek tu cakap makan masa 1 hari juga nak siapkan.Sudah...


Keadaan sebelum

Try cari next solution.Ah-ha! Pergi car wash kasi sental itu kereta dan try request untuk polish lebih sikit kat tempat kemek.Rasa macam bahagia sangat bila tengok segala calar balar tu hilang bila di polish.Rasa lega sikit.Just kemek ja tak dapat nak fix.Tapi at least tak la nampak teruk sangat kecacatan tu.Hebat la pencuci kereta sekalian.Terima kasih kerana menyelamatkan kami.Lepas tu baru boleh nampak dia senyum.Kalau tak muka ketat ja.


Keadaan selepas disental.

p/s : Sampai sekarang mak dia masih tak perasan kereta tu accident.Bila aku tanya dia nak jawab apa kalau mak tanya, dia nak buat terkejut.Buat innocent.Good luck! Hahaha.

Friday, November 26, 2010

Hunting for job

Aku perlukan kerja sekarang.Bapak bosan duduk rumah.Tiap-tiap hari buat benda yang sama.So, sesiapa yang perlukan assistant atau ada job kosong sekitar Alor Setar / Jitra, tolong la offer kat aku.Aku serius ni.Huhuhu.

ASB

Menabung menjamin kesejahteraan hidup.Aku ni boleh dikatakan big spender juga.Tapi itu dulu la.Since duduk oversea, dah belajar sayangkan duit.Tambah pula bila dah kerja.Rasa sayang sangat nak spend duit tu ke arah yang lagho' seperti menambah koleksi baju.Hahaha.Baru rasa macam mana penatnya mak bapak cari duit nak bagi kita makan.Bukan senang weyh.

Aku memang fail sikit bab bank mana yang bagus.Akaun apa yang patut kita buka bla bla bla.Tapi since mama dan abah meninggal, aku register dengan Amanah Raya Berhad. Aku tak pasti sama ada duit yang aku dapat duit pencen atau apa.Tapi once umur dah cukup 18 tahun, kita dah boleh pegang duit tu.Maksudnya dah boleh keluarkan.See...aku memang fail bab skim,akaun semua ni.

Bak kata Pak Lang, simpan dalam ARB duit pun beranak tapi 5% ja.Bubuh dalam ASB beranak 10%.Hah.Gitu la ghopenye.So, mari kita menabung.Sikit sikit lama lama jadi bukit yo!

Pasar malam

Nikmatnya duduk Malaysia.Hari hari makan sedap.Extra sedap bila adanya pasar malam.Lagi heaven.Rasa macam dunia ini ana yang punya.Dekat sini pasar malam hari Isnin.Berkesempatan pergi dengan Mak Su.Ini kira nasib baik Mak Su ada kat rumah.Kalau tak, kempunan la nak pergi pasar malam.Sebab tak ada transport.Nak harap kat bas, malam memang susah nak dapat sikit.

Bantai beli yong tau foo sampai 6 ringgit.Noohh.Jenuh sumbat sorang sorang hang! Time beli nafsu makan tinggi sebab tengah lapaq.Bila halfway makan, tak larat nak pi dah.Muak.Tapi gagah juga telan bagi habis.Sayang weyh.Part paling aku suka kangkung,sosej dan benda yang putih lembik lembik tu.Panggil apa haa?

Ini lagi satu.Tau foo fah.Pergh! Dah lama kempunan der.Dapat juga makan.Sedap toksah duk kata la.Memang ho liau!

Lepas ni nak makan satay pula la!

Thursday, November 25, 2010

Ngangkung

Baru lepas tengok movie Ngangkung.Overall, ok la.Nama pun komedi seram.So memang lawak habislah.Nak kata seram tu tak sangat.Just terkejut sebab tiba-tiba kamera tunjuk hantu ja.Part pendeta paling best rasanya sebab Lan Pet Pet yang bawa watak tu.Dengan loghat kedahnya memang buat ampa gelak sakan la.Kena pi tengok ok.Menceritakan tiga sekawan yang kuat ngangkung sampaikan memakan diri family sendiri.Bagus untuk bagi pengajaran kat orang kat luar sana yang kaki main nombor ekor ni.

Part paling aku suka bila Pendeta 'hambat' hantu balik.Sempat lagi tangkap gambar bini Tasnim yang tengah pengsan.Katanya nak post dalam facebook.Hahahaha.Entah apa-apa tapi aku suka.Tahu sajalah gaya Lan Pet Pet macam mana.Bersahaja.

Kepada yang belum tengok Ngangkung, sila terjah wayang dan tengok ye.

Gelombang kedua

Cuak.Mak Su bagitau tadi air kat Kepala Batas dah naik.Gelombang kedua mungkin terjadi.Sungguh tak senang hati.Harapnya tak ada la banjir lagi.Tak larat dah nak berangkut barang naik turun tangga.Kalau sungguh la banjir, aku je lah satu-satunya cucu yang ada dekat dalam rumah ni.Bang Cik dan Ika pergi Terengganu.

Ya Tuhan, kau lindungilah kami sekeluarga dari segala bencana alam.Amin.

Wednesday, November 24, 2010

BIsnes shawl.

Cukup cukuplah tu borong shawl.Boleh bankrupt juga aku ni kalau asyik duk buka shawl online.Tak menahan tengok design sekarang ni.Cantik cantik semuanya.Ini namanya kes balas dendam.Duduk kat Welly dulu asyik kempunan tengok orang pakai shawl cantik.Sekarang time cek pula nak borong.Hohoho.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba aku buka bisnes shawl kat Welly.Ngahahaha.

Mau datang Welly.

One thing for sure, next year balik Welly, harus interview kawan-kawan yang parents dah datang Welly.My uncle is planning to go there as well.Haa...Kena planning cantik-cantik ni.Soalnya kalau anak muda, boleh la ajak main roller blade tepi harbour.Ini golongan veteran.Tak ada maknanya dorang nak main roller blade.Makan ais krim mungkin boleh diterima akal.Lagi satu bab accomodation pun kena start tanya dah kat member.Kalau boleh memang nak sumbat dalam rumah sendiri tapi bila memikirkan keselesaan, tak jadi la.Lagipun konfirm my uncle segan dengan housemate ku.

Cuak pula nak jadi tourist guide.Diri sendiri pun still fail lagi jalan kat Welly ni.Hahaha.GPS sudeh.

Misteri

Cukup susah untuk menilai seseorang berdasarkan entry di blog.Satu entry tak cukup untuk menggambarkan keseluruhan personaliti.Lagipun tak semua benda diceritakan kat blog.Hanya suku dari chapter hidup diluahkan kat sini.Blog kadang-kadang boleh bawa harm juga.Mana tahu ada stalker terhebat tengah aim korang ke.Kalau boleh, jangan la dedahkan rahsia sulit kat blog ni.Kalau nak dedah pun, jangan expose muka korang.Biar misteri sikit.Haa...gitu.

Sekian,terima kasih.

Intai intai

Al-kisahnya hari tu pergi tengok wayang kat Jitra.Waktu tunggu bas nak balik Alor Setar, ada la sorang budak perempuan ni tak berhenti-henti intai aku dan pengutip durian.Aku dah mula naik rimas.Rasa tak selesa dia duk jenguk-jenguk tengok kami.Oh.Lupa nak mention.Kerusi tempat kami duduk tu terlindung sikit dari orang ramai.Konon nak privacy.Konon jelah.

Aku : Ish.Awat budak tu asyik tengok kita haa? Tak selesa sungguh la.
Dia : Entah.Biaq pi la kat dia.

5 minit kemudian...dia jenguk lagi.

Dia : Eh you..dia tengok you lagi la.I rasa dia kenal you kot.
Aku : Ek? I tak kenal dia pun la.
Dia : Entah entah dia baca blog you.
Aku : Haa? Sudaaahhhh...

Ok.Itu lawak.Bajet macam artis pula kan.Kalau betul la dia baca blog aku, rezeki dia la dapat tengok pengutip durian secara live.Hahaha.

Tersepit.

Ditelan mati bapak, diluah mati emak.

Cukup tak suka berada dalam situasi diatas.Rasa tersepit.Kiri tak boleh, kanan tak boleh.Aku ni jenis tak sampai hati nak tolak permintaan orang.Apatah lagi bila kita dah termakan budi dengan orang tu.Lagi satu kalau dah terjanji tapi tak dapat nak tunaikan diatas sebab-sebab tertentu.Lagi payah kalau orang yang request tu style pushy.Oh my.Rasa bersalah nak tolak tapi at the same time ada kekangan lain yang buatkan aku tak dapat nak penuhi permintaan orang tu.

Apa-apapun kena berfikir secara waras.Kena fikir consequences yang akan terjadi.Biar kedua dua belah pihak puas hati.And I'm happy with my decision.

Tuesday, November 23, 2010

Rindu nak blogwalking.

Dah lama rasanya tak blogwalking.Rindu zaman blogwalking sampai pukul 2 3 pagi.Time tu boleh dikatakan ramai blogger baru yang aku kenal.Sekarang ni mimpilah nak dapat BW sampai ke pagi.Soalnya mata ni cepat sangat mengantuk.Mood blogging pula suam suam kuku.Paseipa entah.Lagi satu nak jaga hati tok sama.Dia pantang sikit tengok aku mengadap laptop 24/7. Mesti cek kena beletiaq punya.Takat buka 3 4 jam boleh la.Satgi mesti keluar ayat ni "Ish laaa...duk keja main benda tu dari tadi sampai tak menguit mana!" Payah sikit duduk dengan orang tua ni.Dia bukan faham zaman teknologi canggih macam kita sekarang ni.Ngahaha.

Malam ini nak cuba blogwalking balik.Alahai.Rindunya nak tinggal komen kat blog korang.Sorry la kalau aku jarang balas komen korang.Aku baca tapi tak sempat nak reply.Will try my best to reply all tonight.

Tudiaa..mood blogwalking dah mai dah niiiii..Tunggu cek mai blog ampa naaa!

2 Alam

Nah.Filem 2 Alam punya iklan sampai makan 2 page.Promo kemain lagi Dr Rozmey.Cuma satu ja aku tak faham.Kenapa dekat poster filem kena ada muka dia juga haa? Siap pakai suit putih angkat thumbs up.Hohoho.Itulah orang cakap.Jangan terlalu optimistik sangat.Nak capai 40 juta? Errr...Tinggi sangat kot cita-cita tu doktor oii..Mana tak kena hentam dengan orang ramai.Cakap tak serupa bikin.

Press main peranan penting dalam melariskan sesebuah filem.Lepas tengok review dari press, terus tak jadi nak tengok.Sebab semua cakap tak best.

Monday, November 22, 2010

Sakit.

Pelik.Waktu kat NZ, jarang benar nak jatuh sakit.Nak selesema lagi lah tak pernah.Maybe persekitaran sana yang bersih.Balik rumah, tiap-tiap malam asyik tenyeh mata.Gatal.Resdung menjadi-jadi.Bangun pagi asyik seh hinguih ja.Adeh.Rimas la.Ku akui sini persekitaran tak berapa bersih.Habuk merata-rata.Tambah pula rumah tok tepi jalan besar.Pintu rumah asyik terbuka.Habuk pun masuk dengan senang hati.

Dulu lagi kronik, setiap bulan mesti selesema.Aku ni kalau bersin mana reti pelan pelan.Bersih tahap gegaq satu rumah.Baru puas hati!

Dah besar.


Dah besar dah Firzanah.Dulu waktu aku feature dia kat blog ni, dia baru lahir.How time flies.Sekarang ni dah boleh berjalan.Dah besaq! Dah dapat adik lelaki dah pun.Hihihi.

Gigi pun baru tumbuh berapa batang.Ngahaha.Comel aih!

Budak ni alert oh dengan kamera.Elok ja dia posing waktu aku snap gambar ni.Dari buas terus jadi nice girl.Hehe.

Rapat

Walaupun kami banyak complaint, tak suka buat kenduri, tak suka penat bla bla bla, tapi kenduri la yang menyatukan kami balik.Kalau tak ada kenduri, kami takkan dapat berkumpul ramai-ramai.Kalau tak ada kenduri, aku memang takkan kenal dengan sedara jauh.Segala mak sedara, tok lang pak lang semua.Senang cakap kenduri kunci tali persaudaraan.Ecewah.

Anak dara hot.Setelah lama tidak bersua muka, akhirnya jumpa juga kita naa! Thanks for coming.

Antara tetamu yang hadir.Bersepah.

Golongan separa emas.

Golongan emas.

Teringat zaman kenduri khatan sepupu.Itu antara kenduri yang paling besar dianjurkan.Siap pasang khemas, sewa kerusi dan meja.Peluh bercerau habaq hang mengangkut dulang lauk.

Cerita kenduri


Cerita kenduri hari tu.Ingat tak aku cakap tok berkeras nak buat style hidang? Akhirnya tok kalah juga apabila kami anak cucu insist nak buat buffet.Dia tak boleh nak kata apa sebab Pak Ndak dah bawa balik segala pinggan mangkuk untuk buffet style.Dia dengar sikit cakap Pak Ndak tu.Hahaha.Yes! First time ever dalam sejarah kenduri tok buat buffet.Rasa puas hati macam mana entah bila tok terpaksa akur pada anak cucu.Lauk still kami yang masak cuma serving ja buat buffet.

Ayam masak merah in making.Pak Ndak serupa nak turun bendang dah aih dengan boot dia.

Ma'am besar.Jadi supervisor sajork.

Pak Ndak dan Pak Su tengah kerjakan daging korban.


Nasi jagung pak sedara cek sedap sungguh la!

Sunday, November 21, 2010

Banyak comel.

Budak ni namanya Ridhwan Hakim.Banyak comel.Suka menjerit tak kira masa dan tempat.Kalau suka, menjerit.Kalau marah pun menjerit.Suka sebut 'mamamamamam!'.Aku suka budak ni sebab dia comel.Ngahahaha.

Terkejut flash.Hahaha.Comel la hang Hakim ooooiii.

Ihihihi.He's sooooo adorable.

Dan suka menjelir lidah.Belajaq mana entah.

Selepas banjir

Ada yang bertanya pasal keadaan rumah tok sekarang ni after banjir.Alhamdulillah, rumah tok ok.Tak banyak barang yang rosak.Tapi tak menahan tok claim 3 ribu duit ganti rugi dari kerajaan.Padahal barang dia bukan banyak pun yang rosak.Ahahaha.Mengarut la tok.

Karpet lenjun kena air bah.Busuk tarak hingat der.

Waktu aku sampai, banyak yang dah clear.Lumpur semua dah habis dah Pak Ngah dan Pak Su sental.Tinggal nak kemas barang dan mop lantai for second time pula.Agak serabut juga la barang lintang pukang kat atas rumah tapi kira bernasib baik juga la rumah dua tingkat.Ada juga space nak letak barang.Kalau rumah setingkat, haru nak bawa lari barang ke mana kan.

Jiran sebelah rumah.Kesian.Barang banyak rosak sebab rumah setingkat.

Hero tengah clear kan verandah.

Tangga verandah dah retak akibat lama sangat terendam dalam air.

Kusyen ancient tok dah rosak.Dump site baik punya depan rumah.Hahaha.

Mujur anak cucu tok balik tolong bersihkan.Kalau nak harap kat tok sorang, memang tak menang tangan nak bersihkan semua.

Saturday, November 20, 2010

Blackout.

Al-kisahnya hari tu blackout.Kena pula tengah malam.Gelap tak kira la rumah tok.Telefon orang TNB bagitau situation kat rumah.Elektrik bidas.Bila betulkan balik, dia still bidas.Orang TNB jawab dorang tak boleh nak fix kan masalah ni.Kena panggil wireman luar.What the? Aku tak faham.Padahal benda ni sepatutnya orang TNB kena tahu.Takkan tak boleh fix kot? Habis tu, apa fungsi TNB sebenarnya? Just kutip duit elektrik ka? Hadoi la.Menyumpah juga aku bila dorang bagi jawapan macam tu.Nasib baik Man ni geliga juga otak dia.Dia main suis macam mana entah, boleh buka suis tv dan kipas stand ja.Lampu tak boleh.Pasang lilin la jawabnya.

Tok sebut lilin 'lilian'. Hohoho.

Pekena burger Alor Senjaya pun dalam gelap.Romantik bukan main.Makan keliling lilin.Ini baru betoi candlelight dinner.Hahaha.

All time favourite. Hot dog special.Terangkat wa cakap lu.Filling dalam terlalu banyak sampaikan nak makan kena asing satu satu.Tak boleh 'polok' semua sekali.Makan roti dulu baru makan isi.Kalau tak, berterabur!

Sedap oh.

Ini yang paling aku suka kalau balik rumah.Makan mewah sungguh.Lauk banyak mata.Ayam, daging,sayur dan sambal belacan.Pergh.Truly kampung-ians.Tunggu sebulan lagi, rasanya 60 kilo juga aku ni.Hohoho.

Friday, November 19, 2010

Tolong jangan menyibuk.

Tolong jangan menyibuk hal peribadi aku.Aku kurang selesa.Stop complaining about me.Aku bukan budak kecik lagi nak kena tegur bab tu.Aku dah faham sendiri.Aku tahu apa yang aku buat dan aku tak pernah kacau pun hidup kau.So, tolong jangan menyibuk hal aku.I know myself better than you.Fullstop.

Isu kahwin

Bila dah berkumpul ramai-ramai ni,mulalah keluar isu kahwin.Tok dah mula mengomel lama tak merasa kenduri kahwin cucu sendiri.Asyik duk pi makan kenduri orang ja.Hoh.Sudah.So, diri ini tak lepas dari diajukan soalan cepu emas. Elok ja Mak Ndak tanya "Hang tadak boipren lagi ka?", aku balas "Status pending lagi Mak Ndak." Malas nak panjang cerita.Bukan niat nak berahsia cuma this isn't a right time to introduce him.Dia masih belum stabil.Tak ada apa lagi.Aku fikir kesian kat dia balik nanti.Apa dia nak jawab kalau tok tanya mengaji mana? Apa dia nak jawab kalau tok tanya buat apa sekarang? Susah.Bukan niat aku nak perlekeh dia.Langsung tak.Tapi itulah, pergi mana pun orang akan pandang education.Itu prioriti utama.

Dia dah buat macam-macam.Apply sana sini tapi tak juga melekat even satu pun.Mungkin bukan rezeki dia lagi kot.Harapnya lepas ni ada la rezeki dia.Tak putus berdoa ni.

Thursday, November 18, 2010

Sakan sungguh!

Nooh..Sakan tak sakan aku balik cuti ni sampai tak terupdate blog macam selalu.Dulu paling kurang sampai 5 entry aku bantai sehari, sekarang ni satu sajork.Tak menyempat weyh nak update.Duk kejap tok panggil buat kerja kat dapur.Memang tak kasi chance aku leisure leisure-an.

Esok kenduri.Rumah tok dah mula sesak.Semua pakat balik berkumpul ramai-ramai.Kak Bah dan anak-anak pun ada.Buas tarak hingat anak dia yang kecik tu.Kerja nak pukul orang ja.Jadi rimas pula aku tengok kelaku dia.Huhuhu.Ni aku curi tulang update blog sekejap.Hehehe.

Nanti aku update cerita time kenduri pula naa.Yang pasti 20 ekor ayam selamat dikorbankan hari ini.Siapa yang duduk area Alor Setar, jemput mai naa kenduri aku.Wah.Macam menikah pula kasi jemputan 'kenduri aku'. Ngahahaha.

Wednesday, November 17, 2010

Terhibur di hari raya haji

Hari ini Hari Raya Korban.Tak ada yang menarik sangat pun.Gambar sekeping pun tak ada.Agenda paling utama ialah makan.Nasi jagung Pak Su sedap. Berselera acik makan.Lauk pun sedap.Sambal ayam dan rendang daging. Ketupat, lemang dan serunding ikan pun sedap.Semua sedap la.Perfect combination la wa cakap lu.

Tengahari tunggu Kak Yon datang rumah.Mai beraya.Lepas tu ikut dia pi beraya rumah Kak Linda pulak.Melantak laksa pula.Lepas tu pergi Alor Setar Mall beli tiket Harry Potter.Frankly speaking, aku memang tak minat movie tu tapi disebabkan Kak Yon nak sangat tengok, aku layankan je lah.Aku dah nampak future aku nanti dalam wayang tu.Mesti tidoq punya.

Dalam wayang, sungguh aku tidoq! Hahaha.Burn 10 ringgit macam tu ja.Apa-apa pun aku terhibur hari ini.Err..Bukan aku, tapi perut aku.Hohohoho.

Tuesday, November 16, 2010

Hujan lagi.

Hujan turun dengan lebatnya.Dah mula risau balik takut bah. Air dalam parit dah melimpah ruah.Jiran sebelah buat parit alirkan ke rumah kitorang.Amboi.Banyak cantik.Bertambah-tambah la air kat keliling rumah tok ni.Dulu ada parit antara rumah tok dan rumah sebelah tapi parit tu dah ditimbun dengan tanah.Kejap kejap mesti aku tengok luar.Risau takut air naik lagi.Bila hujan dah renyai, rasa lega sikit.Bila lebat balik, risau balik.Adeh la.Tak suka bermain dengan perasaan sendiri.

Rumah kampung ni sistem perparitan dia lain macam sikit.Tak terancang.So, memang senang la air nak melimpah ruah dari bibir longkang.Selut dalam longkang dari banjir minggu lepas tak habis buang lagi.So air tak dapat nak jalan sangat.Sebab tu melimpah ruah.Tak terbuat weyh semua kerja.Banyak sangat.Ini kalau tok bagi upah sejam 15 hengget, memang aku dah lama buat.Hahaha.Tudia, kerja tak ikhlas.Aiyook.

p/s : By the time habis tulis entry ni, hujan dah mula renyai.Tapi ada series of thunder lagi.

Seroh bukan serah.

Ngahahaha.Ok.Fine.Aku salah.Selama ni aku cakap 'serah' untuk merujuk kepada keadaan badan yang makin susut.Tapi rupanya bukan serah.Tapi 'seroh'.Noohh..Secara tidak langsung telah memberi ajaran sesat kepada semua orang.Hohohoho.Sorry sorry.Patut la dengaq tok cakap 'seroh'.Aku ingat dia exaggerate perkataan tu.Rupanya memang sebut 'seroh' pun.

Sorry weyh.It's 'seroh'.Not 'serah'.

Serah.


Mak Su cakap aku putih sikit dari dulu.Badan makin serah."Serah" tu maksudnya susut.Hohoho.Tapi, part paha tak serah pun Mak Su oii..Duk kembang semangkuk juga.


 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger