Hei orang kampung.Mari dengar Cik Zack punya cerita.Pasal zaman sekolah dia.Sekarang pun still sekolah lagi,tapi dah up sikit.Maktab Perguruan.Walaupun sistem belajar lebih kurang sama, ada assembly dan kalau langgar Akta 174, masuk buku 555.Eyh.Tak main la buku 555, masuk Jemaah Disiplin Maktab terus.
Bila nak start ni.Mukadimah panjang bagai.Kau pernah tak alami situasi bila mana kawan-kawan kau beli hadiah nak kasi kat cikgu on Teacher's Day, tapi kau pula tak ada apa-apa nak bagi? Aku ingat lagi waktu aku sekolah rendah, time Hari Guru la semua kawan-kawan aku pakat berlumba kasi hadiah kat cikgu.Makin besar dan berat hadiah tu, kira kau johan la dalam kelas tu.Duit banyak dan kaki bodek cikgu la ni.Hahaha.

Curi gambar ni dari friendster siapa ntah.Sebab ada muka aku.Haha.Sila-sila tengok muka saya zaman meletup dulu.
Teringat kawan aku, Afifah.Dia tak pernah miss bagi hadiah kat cikgu.Bagi bukan sebarangan hadiah.Tahun ni bagi set gelas.Tahun depan set pinggan mangkuk pula.Dah macam kenduri kahwin noks.Lagi satu assumption bodoh pernah aku buat, lagi kau tak bagi hadiah kat cikgu, lagi tu la kau tak pandai.Tak boleh skor dalam kelas.Gila huduh pemikiran aku dulu.Budak-budak ok.
Maka, sehari sebelum Hari Guru, aku minta mama belikan set pinggan mangkuk untuk cikgu kelas aku.Mama macam terkejut benor dengar aku minta pinggan mangkuk.Tak mahu kalah weyh.Hehehe.Mama buat bodo je.Buat derk je.Aku menangis kelupur-kelupur kat lantai pun dia buat slumber je.Tak makan saman dengan aksi ganas aku hentak-hentak kaki segala.Huhuhu. Merajuk dengan mama.Semalaman tak mahu bercakap dengan mama.Aku kaki angin kecil-kecil dulu.Sekarang tak dah ok.

Waktu form 4. Jadi BWP woo.Cari aku.Cari aku.
Esoknya tu, sebelum mama pergi sekolah,
dia kasi aku pen kilometrico.Dia siap balut dah.Dia hulur kat aku.Suruh kasi kat cikgu.Aku tak nak ambil.Mana main bagi pen.Dah la kecil, ringan pula tu.Cikgu mesti tak value hadiah aku tu kan.Mesti dia tengok hadiah si Afifah tu je.Mesti dia sayang Afifah lebih.Ha,Amik kau.Aku fikir macam tu nyah.
Tapi sebab dah tak ada benda nak bagi, aku pun ambil juga la pen kilometrico tu.Mama pesan
" Kakak, hadiah kecik ka, besaq ka, tak penting.Yang penting kakak kena ikhlas.Biaq pi la orang nak cakap apa pun, cikgu kakak tak kan tolak hadiah kakak.Pen pun hadiah juga kan"Ok.Aku tak cakap banyak.Terus kayuh basikal laju-laju.Excited nak kasi hadiah kat cikgu.Hati gembira sebab sebelum ni aku tak pernah bagi hadiah.Just pernah buat kad bodo-bodo je.Selalu kan Hari Guru sambut dalam kelas, ada jamuan.Belon keliling kelas, kerusi susun tepi-tepi,meja penuh makanan! Hehehe.Ada meehon,air sirap,jajan,kek dan sumi.Lepas tu, ada corner letak hadiah.

Berjaya korek gambar time aku kecil.Hihihi.Weyh.Bukan yang depan.Yang belakang tu.
Mula-mula aku segan nak letak hadiah aku.Tapi, bila ingat balik pesan mama,aku terus semangat tayang hadiah kat kawan dulu before pergi letak kat corner tu.Hahaha. Perangai.. huduh..
Bila cikgu sampai je, konfirm excited kan.Mata tengok kat meja hadiah dulu.Hahaha.Bila time cikgu tanya hadiah pen tu siapa yang bagi, aku pun angkat tangan slow-slow.Duk rasa malu lagi tuh.Haish.Terus cikgu panggil pergi depan.Aku dah cuak dah.Huhuhu.Dia nak buat apa ni.Rupa-rupanya dia kasi aku hug ketat-ketat.Waa..Suka-suka. =) Terus aku pandang si Afifah tu.Nak kasi dia jeles.Hahaha.

Kenangan di MRSM PDRM Kulim.Graduation Day '09.
Ouh ya.
Selamat Hari Guru untuk yang berkenaan! Yang kerja engineer jangan nak menyibuk. Tak lupa juga kepada bakal-bakal guru di IPGM seluruh pelusuk Malaysia.Moga kita menjadi pelapis guru yang berwibawa dan berintegriti.
p/s : Semua classmate aku dapat hug ketat-ketat.Tak jadi nak kasi Afifah jeles.Huu (
T T)p/s/s :Hadiah tak penting.Yang penting keikhlasan kita meraikan cikgu kita tu. =P
p/s/s/s: Erk.Jap-jap.Musykil.Macam mana aku tahu tu pen kilometrico ek.Padahal mama dah siap balut.Hurm..