Online users

Follower

Tuesday, July 14, 2009

Bersyukurlah belajar di Malaysia

Hey people..Mr Jonathan asked us to choose our own house in Wellington nanti kan.Kalau korang refer balik kat kertas yang dia bagi semalam, there's a list of houses untuk kita sewa. So, aku kodek-kodek website Victoria tadi and found this.Take a look :

Single room Weir House = $275 equal to RM 620.34 per week

Single room Victoria House = $273 equal to RM 615.83 per week

Single room Wai-Te-Ata Apartment = $ 175 equal to RM 394.76 per week

Single room Cumberland House = $ 275 equal to RM 620.34

Nilai duit NZ sangat lah besar dimana RM 1 = 0.40 NZD. Kau tengok je lah sewa rumah seminggu sampai cecah 600 hengget.Seminggu ok..Bukan sebulan. Kalau kau tengok setiap bilik ni, lebih kurang je saiz dia.Cuma yang nak lain pun view dari bilik tu menghadap hutan ke,laut ke or jalan raya je..Lagi satu, kemudahan lain such as internet, makanan,room service, kos elektrik je yang membezakan harga setiap bilik ni.Ada setengah yang sekali dengan bil elektrik.Setengah kena bayar sendiri.Setengah include meal,tapi entah halal atau tidak tu aku tak berani cakap la.


Twin room Helen Lowry Hall = $ 170 equal to RM 383.48 per week

Single room Stafford House = $ 170 equal to RM 383.48 per week

Single room Te Puni Hall = $ 280 equal to RM 631.62 per week

Single room McKenzies Apartments = $ 210 equal to RM 473.71 per week

Patut la Mr Jonathan cakap ada student yang nak mandi pun punya la duk jimat air segala.Setiap titisan air itu ibarat duit yang sedang mengalir dari poket.Hahaha.Aku tak pasti sama ada penempatan kami akan ditentukan or not.Aku rasa lebih senang dorang yang tetapkan, tak la gaduh sangat nak pilih yang mana satu.Just bayar je.Ye la.Full scholarship kan. =)

If I were to choose, I'll pick Wai-Ter-Ata house. Besar dan murah.Hehehe..

Which one do you choose?

p/s :Bersyukurlah belajar di Malaysia.Harga rumah sewa murah.Tsk (T_T)

Monday, July 13, 2009

Offer letter dari VUW

Mode sekarang- sakit perut.Cek bantai makan pelam banyak sangat.Hukhukhuk.

Balik je dari kelas, terus buuumm atas katil.Rehat kejap coz pukul 2.30 petang ada perjumpaan dengan Mr.Jonathan merangkap partner dari New Zealand.Saya dating sama Pak Atan.Jangan jealous ye.Hahaha.Oh.Pak Atan tu nama melayu dia.

Actually, this is the 2nd time kitorang jumpa dia.Kali pertama waktu foundation tahun lepas.Erm.Dia tak berubah pape pun.Cuma maybe hidung makin mancung kot.Bak kata Kathy, boleh buat potong sayur.Tsk.(T_T) Comel tau Pak Atan ni.Tinggi dia sikit lagi nak cecah lampu makmal ilmu.Dia suka lari-lari dalam kelas.Soo cute..Hahaha.

Secara rasminya, kitorang sudah dapat offer letter dari VUW untuk memudahkan proses nak buat passport dan visa.Berkurun gila woi nak tunggu surat ni keluar.Hoh.Terasa bangga bila dapat pegang letter tu.Hati berdebar-debar gak nak fly coz takut tak reti nak handle diri kat tempat orang.BI aku pun duk tunggang terbalik lagi.

Visa pun tak tahu lagi exact amount berapa.Tapi, my friend kat IPDA cakap spare je RM 800 untuk visa.Passport konfirm dah RM 150.Bila aku tengok harga rumah sewa dekat NZ, boleh tahan juga harga dia.Ada satu apartment nama dia Wai-Te-Ata Apartments khas untuk international students, rate dia $175 per month.Itu untuk single room in apartment.Maksudnya ada possibility kau tinggal satu apartment dengan lain jantina coz kau sewa bilik.Bukan apartment.Haaa..Benda ni dah di warning oleh lecturer waktu kitorang foundation lagi.So, rilek sudeh..

Esok petang kitorang ada perjumpaan dengan former graduate dari VUW. Dia sekarang dah jadi posting dah pun.One of the best student juga la dia ni kot.Can't wait to see her.Nanti boleh juga tahu macam mana nak survive kat tempat orang kan.

Toddles. =)

Sunday, July 12, 2009

Haish

Bila kita ada masalah, kita cari kawan untuk luah perasaan kita.Selalu kalau perempuan ada masalah, dia cerita kat laki, macam tu jugak sebaliknya.Siapa suka ada prob? Buat serabut kepala otak je fikir kan.Tapi, kalau tak fikir pun serabut juga.Haish..Pening akak..

Bagi aku, aku suka simpan sensorang bila aku ada prob.Bukan aku tak suka share dengan orang, cuma aku rasa tak perlu kot nak canang kat orang.Buat orang lain serabut je kan.Dan aku gunakan medium blog sebagai tempat aku luah perasaan.Lepas tu, bila dah post, esok pergi kelas, akan ada yang bertanya kat aku.

"Zack, kenapa bla bla bla bla...??"

Ini menunjukkan dorang baca blog aku.Aku tak marah dorang tanya aku coz aku yang gedik bercerita kat blog dan blog memang untuk dibaca oleh semua kan.Kalau nak berahsia baik tulis kat dalam diari je.

Sekarang aku dirundung lagi satu masalah.Biarlah aku sorang je yang tahu.Semalam siapa yang on YM mesti tahu status aku apa kan.Haish.Bongoks betul la.

Yang pasti, kepercayaan aku pada dia dah makin pudar.Kau pujuk la macam mana pun, aku tak kan percaya kau dah.

The end.

p/s: To lalat, thanks for listening. =)

Saturday, July 11, 2009

Ronggeng la woii

Siaran langsung dari Old Town White Coffee, Lagenda Height.Hohoho.Wireless free dekat sini, maka jangan sia-siakan ajakan Kak Yon untuk teman dia online.Aku pun tumpang sekaki.

Apa aku buat cuti 2 hari ini? Ronggeng la woii..tunggu lagi.Tapi, aku berjaya meminimumkan pengeluaran duit dari bank dengan hanya tengok wayang dan beli kasut.Vangga..vangga..

Let the pics do the talking ok..Hari Khamis :

Hanging out with Fizi again.Tapi kali ni tambah member baru lak : Fathy, Capoi dan Pi'e. Makan dekat Jam Besar again.Napa aku cakap again? Korang yang ikut pos aku before ni tahu why again kan..hehehe

Wan dan Kema suruh aku ajak Fizi bawa jenjalan pergi Penang.Aku pun acah-acah le tanya.Sekali dia cakap alright.Line clear punya.Maka, hari Jumaat, tanpa rasa bersalah terhadap duit elaun, off we go to Jusco, Bandar Perda.Ni kira first time kitorang jejak kaki kat sana.Before ni just pergi Sunway je.Tempat dia...naaaalaaaaa punya besaq.

Kami berhimpit dalam Kelisa Fathy.Maklumlah, sensorang bontot besaq.

Tujuan asal pergi sana sebab nak tengok Ice Age 3.aku bermurah hati belanja Fizi dan Fathy.Ni kira macam give and take la.Kau bawa aku jenjalan, aku bayar tengok wayang.Haa..harus ada itu ya.Baru sempoi..Aku macam terkejut sikit masuk dalam Jusco tu.Memang besar.Lenguh kaki aih nak berjalan satu mall tu.Dorang pandai pergi letak ATM teller tu kat depan entrance mall.Ha..nampak sangat nak suruh belanja banyak-banyak kat situ kan.CIMB,RHB and MAYBANK ATM disediakan.So, jangan risau la kalau korang sengkek ke pe, ada backup kat situ.Kalau tak ada duit dalam bank, jangan gatai p cucuk.Memang tak keluar duit.Bongoks.

Movie start pukul 6.45 petang.So, by the time kitorang beli tiket tu still awal lagi.Kitorang pergi jenjalan masuk semua kedai dulu.Sale menggila hoih.Sabaq je lah.


Habis wayang dan shoping, kami pun nak try la makan something different.Waahh..Hidup hanya sekali.Aku style yang suka cuba benda baru.Aku ajak dorang makan kat Nando's.Kebetulan member aku kerja kat situ.So, senang sikit nak minta order.Alang-alang minta diskaun sekali.Huahuahua.Lagipun, orang jakun macam kami ni mana reti nak order-order kat Nando's ni.First time kan.

Member aku yang kerja kat Nando's,Epul.Dia buat part time je ni.Pagi study kat UITM Seberang Perai.Kerja sini sejam dia bayar RM 4.

Ni yang aku order.Aku amik extra hot.Ha.Rasain lo.Pedas menggelupuq.Hoh.Terlebey sudah.Serius sedap gila.Harga pun berpatutan la.Meal kitorang RM 14 per head.Ok la kan.Secret Recipe pun lagi mahal.Ni dah kira sekali dengan service charge dah.

Kenyang woo makan benda alah ni.Ayam dia sungguh la lembut.

Habis makan, blah la dari Jusco.Nak menyemak pe lagi kat situ.Hehehe.Kitorang 'terpaksa' balik memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam.Ikut hati tak mahu balik lagi.Nak tiduq dalam mall tu.Fathy takut tak sempat kejar time hantar kitorang balik.Kitorang tak kisah.Kalau lambat sampai maktab, tidur je lah rumah Fathy.Hahaha.Tapi kat parking lot je la katanya.Huhuhu..Sampai hati ang Fathy.

Fathy, aku dan Fizi. Thanks guys! =)

Total perbelanjaan hari ini : RM 14 makan, RM 30 wayang untuk 3 orang = RM 44 sajork.

p/s : Adam AF ada buat show untuk Power Root kat dataran Jusco.Tapi tak ramai yang tengok.Depa ingat tu bukan Adam AF kot.Huahuahua.

" Saya pun nak menang gheta juga! "( petikan iklan Power Root)

Friday, July 10, 2009

Orang kaya baru

Aku mesti ada masalah nak start cerita.Tak tahu nak mula dari mana.Huhu.Ok.Mula dari sini la ye.Semalam hajat di hati hanya nak pergi buat gambar passport dan beli sandal je but I ended up spending almost Rm120! Pergh.Tak boleh blah betul la.Bagi korang,maybe jumlah tu tak de lah banyak sangat.Tapi, bagi aku, satu pembaziran wang telah berlaku.Bongok la.Kenapa la ada Thai fair, kenapa lah KFC nak buat promo chessy chickaroni time ni.Huh.Kat situ dah beli satu seluar tidur dengan harga RM5 dan baju RM10.Tu tak masuk dalam list tu.( T_T )

Korang kena try ni.Cheesy Chickaroni kt KFC.Harga dia murah la.RM6.20.Sekali dengan tax dah tu.Aku bagi 3 star.

Aku dah aim dah sandal kat Studio.Sekali saiz pula tak ada.Patah hati chek.Huwa.Dah Vincci satu level dengan Studio, kaki ni ringan je nak masuk kedai tu.Aku suka Vincci ni sebab banyak kasut yang saiz besar yang memang sesuai sangat la dengan aku.Ye.Saya kaki besar.Saiz 9.Cuma design dia ala-ala mak cik sikit.Sebab tu Vincci ni last choice la kalau dah xda sangat kedai kasut yang ada saiz aku.Tapi semalam, mata gue bersinar-sinar tengok satu kasut ala-ala wedges ni.Sweet sangat.Harga dia tak boleh blah.RM49.Ada diskaun 20%.Ha.Korang kira lah berapa after diskaun.Aku lemah sikit bab kira-kira ni.Memang berbaloi beli sebab selesa.Ceh.Aku tahan je nafsu nak beli.Yeah.Aku berjaya disitu.

Nasib baik tak bawa Ky.Kalau tak, bertambah la lagi bengkak kat kaki dia tu.Ky injured time main futsal ari tu.Kitorang tawaf satu CS berkali-kali.Semua kedai aku masuk.Best woo.Rasa macam orang kaya baru.Huahuahua.

Masuk Converse, angkat satu bag pack dengan harga RM 29.90.Murah kan.Well..kena pandai cari kedai yang kualiti elok dengan harga yang elok.Aku last customer yang pick that bag.Vangga..vangga..Masuk kedai sebelah, angkut sandal Caspia.Aku malas nak pilih-pilih dah.Tengok sekali imbas ja, mana yang berkenan,sapu.Ala-ala scan barang je gamaknya.

Pekena koew teow tomyam dekat Jam Besar dengan watermelon juice.Masyuk....

Maka, tertunai sudah hajat sebenar pergi ke CS.Nasib baik gambar passport I cun.Hilang semua cela-cela dimuka dibuangnya.Hahaha.Kalau korang nak buat gambar passport, boleh pergi dekat hujung corner CS, ground floor, sebelah tu public toilet.Murah la.8pcs=RM 12.Sejam je dah siap.

Guess what? Aku keluar dengan member-member PDRM lagi.Hari ini plan pergi Sunway.Layan Ice Age 3.Nanti aku story ok.

p/s : Baju RM 10 tu elok-elok muat je dengan aku.Nampak perut buncit I.Oh no... (T_T)

Thursday, July 9, 2009

Pelik kan??

Pelik kan bila dalam dunia blogging kita seolah-olah kenal rapat dengan blogger yang lain.Boleh bergelak ketawa, komen bukan main sakan.Tapi, dalam dunia realiti nya, kita macam ala-ala segan nak tegur sesama sendiri.Aku akui kadang-kadang aku sendiri pun jadi 'tak keruan' bila bump into blogger yang lain dalam kampus aku ni.Aku tahu ramai budak maktab ni yang ada blog.Kalau yang satu course dengan aku, tak ada hal nak tegur.Tapi, bila dengan kos yang lain, jadi malu-malu kucing.Terus jadi orang tak betul.Nak pandang mana ni, kiri ke kanan.Mulalah terkial-kial main handphone.Tekan button lock dan unlock berulang kali, konon-konon tengah sibuk reply message.Kahkahkah.Kadang-kadang buat macam tak pernah kenal.Hahahaha.

Pelik kan??Kenapa ye jadi macam ni? Tak kurang juga yang macam gila berchatting dalam skype, tapi bila jumpa, ha..terus tunduk muka.Aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku.

Rasanya kalau malu, pakai topeng ni ok tak?

Sebagai contoh, senior aku.Selalu juga la mengomen kat blog aku and aku pun selalu komen blog dia.Pernah sekali kitorang terserempak tapi masing-masing buat-buat tak kenal.Hahaha.Sehinggalah satu time tu,kat kenduri kahwin Madam Haiyoon, orang bersesak-sesak nak tangkap gambar dengan pengantin, dan kebetulan dia pula duk terpacak elok je kat situ, terus je laju minta dia tolong tangkap gambar.Hahaha.Terkejut ko.Kira tu first time aku cakap dengan dia.Lepas tu aku rasa macam.....entah.Lega pun ada.Aku risau juga kalau orang panggil aku ni kerek kan.Dalam blog bukan main, tapi depan-depan jadi pussy cat doll.Hehehe.

Aku nak say sorry la pada mana-mana blogger maktab ni yang aku tak tegur or senyum kalau jumpa.Bukan sombong, cuma cek segan.Hahahaha.Yo yo o je segan.Tak pe-tak pe. Lepas ni, kalau terserempak dengan aku, kalau aku tak perasan, korang tegur la aku.Aku pun akan cuba jadi peramah lepas ni.

Dunia blogging dengan real life ni lain sikit.

p/s : Senior aku tu Mr Daha la woiii...Hahaha.

Wednesday, July 8, 2009

A good start

Him : Hai..morning..
Aku : Morning dear..

He's changing! Susah untuk percaya yang dia hantar message pagi-pagi buta.

I would say it is a good start for us.. =) Rindu oh kat dia.Hihihi.

It takes time for someone to change.Yup! Kalau kau sabar, kau akan dapat hasilnya.

Maka, bersabarlah kerana sesungguhnya Tuhan akan beri ganjaran yang setimpal dengan kesabaran kau. Terlebey sudah oh..

Tak nak cerita lebih-lebih.Sikit-sikit sudah.Hahahaha.

Happy oh!!!!

Tuesday, July 7, 2009

Petra, Jordan

Entrance Petra, Jordan

Entah kenapa tadi, aku excited nak google pasal 7 wonders of the world.Sekarang ni dorang pakai vote pula untuk tentukan 7 wonders tu.And the last selection is pada tahun 2007 kot if tak silap.Maka, tujuh yang terpilih ialah:

1) Taj Mahal, India.
2) Colosseum, Italy
3) Machu Picchu, Peru
4) Cichen Itza, Mexico
5) Petra, Jordan
6) Christ Redeemer, Brazil
7) Great Wall of China

Antara yang paling aku suka ialah Petra yang terletak kat Jordan.Lebih dikenali sebagai 'lost city', bangunan ni dah jadi satu tarikan pelancongan untuk Jordan.Kira siapa-siapa nak pergi melancong kat sini boleh la.

Waktu malam, dorang akan bakar 2000 lilin disepanjang jalan dalam Petra yang akan bawa korang ke bilik bawah tanah yang dipercayai ada harta karun.Fuuh..best tuh.Feeling macam dalam filem gitu.Aku tak tipu ni.Betul.Sila percaya.

Selain tu, dorang ada sediakan servis keldai dan unta untuk korang naik pusing-pusing sekitar Petra.Tak payah la korang susahkan diri nak jalan kaki kan.Buat penat badan ja.Dah lah panas.

Kalau nak best, korang disyorkan untuk pergi waktu tengahari rembang or lewat petang because pancaran matahari yang menyimbah bangunan ni mencantikkan view Petra.Sesuai sangat untuk orang yang ada DLSR, yang suka bergambar ni.Disebabkan kecantikan tempat ni, maka banyaklah producer-producer filem mai buat shooting kat sini, macam cerita Indiana Jones.

By the way, korang tak rasa ke tempat ni macam ada dalam scene Transformer 2? Time Sam Witwicky pergi cari Prime tomb tu? Cuba recall balik.Hehehe.Aku rasa entrance kat atas ni look similar dalam movie tu.Betul tak?

Nanti aku review 7 wonders yang lain pulak.Toodles.

Laicikang tanpa pewarna

"Berg-berg" tu double chin ya tuan-tuan dan puan-puan.Term yang aku belajar dari Faiz.

Disebabkan Wan kempunan nak makan yong tau fu dan sate, demi memenuhi kehendak nafsu puasa nya, kami pergi makan dekat Jam Besar.After maghrib, dalam pukul 7.50 malam,off we go.

Sampai je kat sana, aku recommend this one stall yang kedudukannya di tengah-tengah.Sate dan laicikang dia sedap.Number 1.Aku setakat order Nasi Goreng Ikan Masin, teh o ais dan 5 cucuk sate ayam.Tu pun tak larat nak habis.Senak perut chek.

Wan mencetuskan kekecohan apabila meminta laicikang tanpa pewarna kat mamat kedai tu.Aku macam pelik gak apasal dia request macam tu.Bukan laicikang memang tak taruk pewarna ke.Akibat request mengada-ngada dia, budak yang hantar laicikang perli Wan balik.

" Laicikang memang tak bubuh pewarna kak"

Amik ko.Kena sebijik.Tsk. (T T)

Yang dalam bulatan tu la laicikang tanpa pewarna Wan.

Mee Sup Ky terbaik punya.Licin dia sental.

Kema cerewet sikit bab makan-makan ni.Tak boleh tengok yang berlemak sikit, terus tak lalu.

Makan pun sempat senyum lagi.

Lepas makan, Wan dan Ada singgah klinik, nak check mata.Aku pula pergi withdraw money kat BSN dengan Kema dan Ky.Masuk Kamdar, rambang mata tengok kain.Oh..cantik ok.Fikir time sekarang dah dekat nak raya, tailor dah tak amik tempahan dah, so aku tak beli.Kalau tak, dah lama sebat.Kami pulang dengan hati yang girang dan perut yang memboyot.Hahaha.

p/s :Elaun banyak boleh la nak makan besar.Tunggu la bulan 10 nanti, konfirm makan sardin ja.

Monday, July 6, 2009

Mangsa entry kali ini

Disebabkan ketiduran yang agak lambat semalam pada pukul 3.30 pagi, (melepaskan rindu berblogging) maka effectnya hari ini aku menguap tak berhenti-henti dalam kelas.Tsk.Mata ku kuyu dan sayu. Cubaan untuk mencelikkan mata ketika kelas LTL tidak berjaya, lantas mencapai handphone dan main message.All time favourite.Hahaha.Aku teruskan lakonan dengan menunjukkan muka bersungguh-sungguh menyalin nota, padahal langsung tak masuk dalam kepala otak.Bila nak berubah pun aku tak tau.Sometimes things are best left remain.Tabiat sejak azali lagi.Aku cuba berubah tetapi masih seperti dulu. (T T)

Aktiviti semasa kuliah yang membosankan :

Tidur.Perempuan ni bantai tidur tak ingat dunia dah.

Bajet baca novel.Sekali novel baca dia.

Yang ni pulak picit jerawat.Ee..

Contohilah yang ini :Saya memang suka salin nota.

Kepada mangsa-mangsa entry kali ini, harap bersabar ye.Saja nak promote muka ampa kat blog aku.Hahaha.Gurau senda bawa bahagia.

p/s : Malam ni tak boleh tidur lewat dah.Hazab sakit kepala.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger