Online users

Follower

Wednesday, July 22, 2009

Kami juga perlukan hiburan

Di kala menyiapkan active log, kami juga perlukan hiburan. Maka, laptop HP Wan menjadi sasaran.Mari lihat apa yang kami buat sebelum recording..

Oh..Untuk gambar ini menjadi, 4 shots terpaksa di ambil ekoran Wan terkena parkinson gelakkan aku.Comel kan.

Ingat mee je kerinting??

Tulun...! Cek tak mau balik! Nak duk sini!

Erk.Ini bukan dress up kami di bilik ya.Langsung tak glamour.Tsk (T_T)

Sejurus selepas itu, kami diserang sakit usus dan pankreas. Kami berjaya siapkan recording CRM. Yahoo!

Tuesday, July 21, 2009

Happy working!


I got SK Convent Father Barre for my School Based Experience. Hope everything will be fine.The programme will begin next week, 26th July till 6th August. Sungguh bertuah kerana mendapat roomate sendiri,Wan dan Ky sebagai teammates.

A bit nervous coz sekolah yang kitorang dapat ni dilihat secara kasarnya memang bagus akademiknya.Lagi satu, selalu bila cakap sekolah Convent, mesti speaking cekang punya.Iyo.Memang la saya cikgu BI, kadang-kadang lidah gue pun tersasul juga.Takut tiba-tiba terkuar cakap kedah...mau mati digelak student kat situ.

One more thing is..I'm quite afraid of how the teachers would treat us..Hope cikgu cikgi di sana semuanya dapat beri kerjasama kepada kami bertiga.Kami budak baru belajar.Happy working!

Pesanan khidmat masyarakat daripada kami bertiga :

Kat sekolah, jangan main gitar, jangan mengamuk dan jangan tidur!

Monday, July 20, 2009

Kegilaan aku

Bila tensen, harus pergi karok.Bila nak celebrate birthday and konon nak buat surprise, also karok.Bila gembira pn pergi karok juga.Senang cakap karok ni bagi satu kepuasan pada diri aku.Even suara aku sumbang sih, tu la tujuan ada pusat karaoke.Untuk memenuhi kehendak kami-kami yang tak ada chance nak jadi penyanyi dan buat live show kat konsert Jom Heboh.Hahaha.

Karok adalah menjadi kegilaan aku since aku masuk maktab.Memang kemaruk nak menyanyi sampaikan setiap minggu mesti brush up skill nyanyi kat pusat karok kat CS.Before ni karok jamban je kat tingkat atas sekali tu.Tapi, sekarang ada buka satu lagi karaoke box kat aras 4 CS.Harga satu lagu RM 1.50.Puas hati la coz tempat dia ok.Mic pn ok.Siap ada dua lagi.

Semalam aku bantai nyanyi 4 lagu.Pilihan lagu semua yang tangkap leleh dan high note seperti lagu Francisca Peter dan Fauziah Latiff.Maka terjadi lah adegan menarik-narik wire mic, suara terkucil di tengah-tengah lagu,kaki terkangkang dan ter 'bend-bend' akibat menarik suara terlalu tinggi dan menari bagai dunia ini aku yang punya.

Oh. Ini gambar dalam karok jamban.Gambar semalam belum ambil lagi kat Kema.

It was fun. =)

AVAILABLE

Entry kali ini tiada gambar aku yang cun.Harap bersabar bila baca entry yang di post pagi-pagi buta ini ok noks.Berchatting dengan macam-macam orang di I-Mesh, aku sedar yang kalau kau letak gambar cun dekat situ and status kau available, kaler hijau, maka berpusu-pusu la orang datang chat dengan kau.Lagi satu, kalau kau letak country KL, lagi market kau tinggi.Aku bukan nak kutuk ke pe, cuma market minah KL kat internet sangat la laku.Tak kisah la kau pakai tudung ke tidak, asal gambar kau tu ala-ala fotogedik sikit, kau mampu dapat kawan seramai 20 orang at a time kau letak status kau AVAILABLE.Aku dah pernah test letak asal KL, memang ramai yang add.Dah berapa ramai tertipu dengan asal aku.Hakhakhak.Suka-suka.

Ada kawan yang ok, ada juga yang saja-saja try nak masuk line.Tambah collection bagai.Bongok betul.Baru kenal sejam yang lepas dah pandai-pandai nak masuk line.Nampak sangat kau desperate.Minta number telefon segala.Wahahaha.Tak koser aku nak melayan.Terus aku block.Haha.Kijam kan saya.Aku buka I-Mesh pun sebab nak download lagu.Bukan sebab nak chat dengan manusia-manusia di dalam network I-Mesh ye.Sama sekali tidak.Aku kadang-kadang mai time aku bosan, aku tukar la status aku dari invi ke available.Hoh.Tak terlayan akaaaakkk..Sat yang tu, sat yang ni.Haish.

So far, yang betul-betul keep in touch sampai sekarang hasil daripada perkenalan di dunia I-Mesh hanyalah seorang saja.

Sambil-sambil chat, sempat lagi kasi url suruh diorang buka blog I.Hahahaha.Tambah hit weyh..

Subjek hari ini ialah cun ye murid-murid.

Toodles. =)

Saturday, July 18, 2009

TERminat MJ after he died

Here's the thing.Tak rasa pelik ke bila budak-budak umur 12 tahun boleh hafal all songs of Micheal Jackson sedangkan dorang membesar dengan lagu-lagu dari Justin Timberlake, Usher,Britney Spears dan Mawi?? And the great thing about these kids is that dorang baru TERminat MJ after he died. Rasanya tak sampai sebulan MJ meninggal dunia, memory dorang dah boleh store all songs like Beat it, You're not alone, Thriller, The way you make me feel and Billie Jean.Rasanya dorang lagi ingat lirik lagu dari format surat rasmi untuk karangan Penulisan UPSR.Pergh..memang respect la kat dorang.Even kita yang dah umur 20 tahun ni pun, nak hafal satu lagu makan masa 2 3 minggu.Haha.Kira kita ni golongan short memory span kot.Tsk.(T_T)

Ini lah yang terjadi kepada cousin aku.Cuti 2 hari ini aku stay kat rumah dia and all the time he kept playing and repeating MJ's songs on his phone.Balik tusyein, pergi TESCO, nak makan pun boleh lagi lalok dengar lagu MJ.Huh.Seems like MJ ada X-factor yang buat semua orang terpukau.Haha.Me too.Bila tengok dia perform on stage, melopong mulut aihh...Tak kelip mata dah tengok dance move dia and his famous 'moonwalk'. And my cousin pun tahu buat step yang angkat-angkat cawat tuh.Hahaha.

Ni lah budak yang tiba-tiba minat MJ.

"Aii..ang ni Afif.MJ dah jadi arwah baru ang nak dengar lagu dia.Sebelum ni MJ pun tak kenai"

That was quoted from his father.Siap minta belikan CD MJ lagi u olls.Aku sempat tengok video MJ bawa anak-anak dia pergi shopping.Memang kena kawal ketat dengan guard.Langsung tak syok jadi popular nih.Pergi mana-mana tak ada kebebasan.Paparazzi langsung tak bagi ruang privacy untuk artis-artis Hollywood kan.

What makes thing worst is that his kids are wearing mask.Terpaksa sembunyi identiti takut anak kena culik ke apa ke.Kesian.

SPONTAN

Korang pernah tengok SPONTAN tak? Serius lawak gila.Kalau korang yang mana ada problem dengan couple korang ke, or stress study ke, apa kata korang tune to channel 132 Astro Warna, pukul 1o malam setiap Isnin.Ha.konfirm hilang stress woo tengok benda alah ni.Kalau yang mana tak ada astro tu, kat Youtube pun boleh tengok.

Hos program ni Sharifah Syahira, the mengandung girl tu. And main player dalam cerita ini terdiri daripada Afdlin Shauki, Din Beramboi,Douglas Lim, Zizan and satu lagi artis jemputan setiap minggu.Ha..kenapa aku cakap player? Kau tengok lah sendiri.Hehehe.

Setiap episod ada segmen-segmen yang berbeza.Basically, dorang kena buat task yang dibagi secara spontan.No script-script ok.Lantak kau la nak cakap lucah ke apa ke..yang penting haruslah spontan dan lawak ok.Tak rugi lah kau tunggu tengok cerita ini.Sebab memang lawak nak mampus.Bak kata Wan lawak sampai terkentut-kentut.Pruuuuuuutttttt! Kahkahkah.

Aku minat lawak-lawak Afdlin and Zizan ni.Dorang buat la lawak sengal tera mana pun, aku boleh gelak guling-guling atas katil.Kira SPONTAN ni pilih the right person la untuk jadi player dalam program ni.

Aku dapat tahu pasal program ni pun dari cousin aku.Kebetulan sekarang aku ada kat rumah kan.Ceh..nak bagi tahu gak aku balik rumah.Hahaha.Lepas ni, konfirm aku buka youtube di waktu lapang setiap hari..semuanya kerana SPONTAN.Hehehe.

p/s :Laughter is the best medicine! =P

Friday, July 17, 2009

Jiwa kosong

Aku tak faham kenapa mesti ada juga spesies lelaki yang suka berdrama ek.Cakap putar belit, kona sana, kona sini.Bila kantoi, mula lah create story lain pulak.Kalau ye pun nak balas dendam or kecik hati dengan aku, tak payah lah sampai macam tu sekali.

Kepada yang bercouple di luar sana, jujurlah dengan pasangan anda.Even bagi yang belum bercouple pun, berkawan biar ikhlas ye.

Jiwa kosong.Chow.

Reesskin

Ok.Hari ini hari mulia.Hari Jumaat.Banyakkan melakukan ibadah sunat seperti bersedekah ye.Bersiaran secara langsung dari Laguna dengan kekuatan broadband yang amat memuaskan, maka aku pun taip laju dan perut pun belum di isi lagi.Bau nasi lemak Mak Su betul-betul menggoda aku untuk turun makan.

Sudah hampir sebulan aku tak jumpa dengan Giny Wong.Semalam aku pergi Reesskin untuk selesaikan treatment yang masih berbaki 3 sesi.Hati berdebar wooo sebab tahu konfirm dia akan bertindak ganas kat muka aku.Aku memang ada skin problem yang agak teruk la.After campak tahun lepas, muka makin jadi teruk. After jumpa Giny, dia banyak bagi nasihat untuk jaga muka bermasalah ni.

Rawatan stim muka best woo..Pecah peluh.

1) Jangan tidur lewat-lewat sangat.Oh no.Tidak..Nehi..Setiap kali aku pergi buat treatment, mesti dia tanya aku tidur lewat ke tak.Dia tahu woo kalau kau tidur lewat ,kulit muka akan jadi kering dan banyak naik biji-biji putih tu.Ala..orang panggil jerawat nasi tu.Aku kaki tidur lewat weyh.Paling awal tidur pukul 12.Paling lewat pukul 4.Tak elok tau tidur lewat-lewat.

2) Baru datang period ke? Ha..ini memang tak dapat nak tolong la.Asal period je, naik berketul-ketul jerawat ni haa..tak tahu nak buat macam mana dah.Redha je dia keluar.Tsk.(T_T)

3) You ada pakai mask tak? Huu...cek mana pakai benda tu.Tak ada masa nak menempek mask tiap-tiap malam.Sebenarnya elok pakai mask selalu.Tambah-tambah untuk yang ada dry skin.Kot satgi bila pakai mask, keluar bilik ada yang menjerit malam-malam kot.Dah rupa hantu dah.Hikhikhik.

Malam keliwon aku menjelma.Hee....heee...hee!

Baki sesi ada lagi 2.Bila entah nak pergi buat.

Gambar aku tak ada.Muka masih merah-merah lagi.Huuu...tak sesuai untuk tontonan umum.

Thursday, July 16, 2009

Model iklan tv

Lately, aku banyak contact member-member lama through skype, ym and facebook.Social networking seperti FB dah menemukan aku kepada kawan-kawan lama aku.Sudah lama rasanya aku tak contact dorang.Bila dapat contact through FB ni, sempat juga la bertukar nombor.Bagi aku, penting untuk keep in touch dengan kawan-kawan lama ni.Macam aku, i was in boarding school, maka kawan bersepah kat semua negeri.Dari Perlis sampai ke Sabah Sarawak aku ada network.So, senang nanti kalau nak pergi jalan-jalan ke, boleh la contact mereka-mereka ini untuk tolong tunjuk jalan ke,tumpang duk rumah ke.Sep bajet sikit.Hahaha.

Photoshoot untuk Utusan Malaysia

Bila jumpa balik dorang ni, banyak benda yang aku ter miss.Ada yang dah fly, ada yang tak dapat fly,orang ni dah couple dengan orang tu, orang ni dah break up berkurun dengan orang tu.Yang ironinya pusing-pusing couple dengan classmate juga.Rasa macam lost gila.Huhu.Ye lah.Aku style tak ambil tahu sangat pasal hal-hal ini.Cewah.Mind my own business la konon.Ada juga yang dah jadi model iklan tv.

Photoshoot

Ha.Ni yang nak story ni.Aku bukan nak mengangkat ke pe.Tapi, dari dulu lagi aku memang rapat dengan Neelofa ni.Dia memang cantik dan pandai.Memang jadi kegilaan senior kat Langkawi la.Yang paling aku respek kat dia, dia jenis yang tak sombong.Even dia kaya harta pun, dia tak kedekut ilmu dan mix around dengan semua orang. Aku pernah sekelas dengan dia.Awal-awal tu ramai macam hentam dia coz dia selalu pakai perfume yang bau semerbak dalam kelas.Dari jauh dah tahu yang tu bau dia.Konon dia ni cik wi la, yang suka mekap segala.Tapi, lama-lama bila kenal, she's really nice person.

Iklan Celcom

Sekarang ni dia further study in accountancy kat KDU. Mak dia pula ada buka butik Lamees kat TTDI.So, pada siapa-siapa yang duduk area-area sana nak beli baju kurung untuk raya ni, boleh lah singgah kat butik Lamees tu.Tak sangka betul yang dia akan muncul dalam mag Seventeen, Remaja, and tv.Tapi, aku tak la terkejut sangat sebab dia memang gorgeous noks.. =)

Gadis Peugeot

To Neelofa, semoga sukses selalu. With her boyfriend.Model iklan vitagen tu.Hehehe.

p/s : Neelofa bermaksud bunga biru. Unik kan.Kalau bunga putih pulak nama pe ek.

p/s/s : Kalau nak tengok lagi gambar-gambar si cantik manis ni, add di facebook : Neelofa Mohd Noor.

p/s/s/s: Eyh Mak cik Lofa, jangan lupa contact aku hari ini.Aku dah remind kat FB. =)

Wednesday, July 15, 2009

Rabiatul Adawiah

Rabiatul Adawiah, ang ingat tak lagi waktu 1st time ang masuk mendaftar, aku tegur ang kat dalam kelas? Time tu ang macam malu-malu kucing lagi.Ye lah.Baru first time jumpa kawan baru kan.Aku pulak duk banyak mulut tanya macam-macam kat ang.Lepas dapat tau ang budak MRSM Pendang, terus bergosip pasal Zulpadli.Hehehe.Aku suka tengok ang punya bulu mata.Lentik dan panjang.Cantik! Jeles woo tak ada bulu mata panjang.

Lama-lama kita makin kamcing.Mula-mula aku ingat ang ni jenis yang lembut.Yang gelak sopan.Kuikuikui.Tapi..ang pun sama dengan aku..otak sama-sama gila, gelak tak ingat dunia.Rasa seronok la kawan dengan ang.Aku ingat lagi, ang menangis dalam kelas sebab tak mahu menari untuk reader's theatre waktu foundation dulu.Ang tak suka kena paksa kan.Kesian juga kat ang time tu.Kenangan semua tu.Aku tak sangka yang ang ni pun kaki karok juga.Boling pun hebat! Hehehe.Kira multitalented la.

Kita banyak spend time sama-sama.Ang yang jenis sayang kawan.Aku ingat lagi time aku keluar dinner dengan mamat 'Ferrari' tu, ang hantar message suruh jaga diri elok-elok.Baru lah aku sedar yang ang memang ambil berat pasai kawan-kawan ang.Ouh.Aku sungguh terharu time tu.Feel like crying, tapi control je depan mamat tu.Hahahaha.Ang memang sahabat yang baik.Kalau boleh tiap-tiap masa ang nak puaskan hati orang.Ang tak kisah kalau ang yang terluka.Kita share problem, gelak sama-sama, menangis pun sama-sama.Tsk.Ok.Paragraph ni agak touching sikit.Exagerate kemain lagi.

Kita share the same interest.Suka ushar orang.Hahaha.Banyak code name kita kasi kat orang.Rama-rama, stop and stare, anak umi, abang belacan, abang MF, dll..Hihihi...Lawak kan.Kita suka bergabung tenaga pekena Wan.Semangat orang kedah.Hahaha.

Sempena birthday ang yang ke-20 hari ini, aku buat special post untuk ang.Semoga cepat dapat pakwe.Always look forward ok.Benda yang lepas-lepas jangan di kenang.Buat serabut kepala otak je.Semoga ang dipanjangkan umur dan ukirlah senyuman di bibirmu kerna kamu cantik kalau sentiasa senyum tau tak. =p Ingat, kumbang bukan seekor.Harap persahabatan yang kita bina akan kekal sampai bila-bila. Aku saaaaayaaaang ang. Muah muah!

Kepada lelaki di luar sana, jangan jeles saya cium Ada ok.Hahaha.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger