Online users

Follower

Friday, May 15, 2009

Picit bukan pakai tangan ye adik-adik

A step to be beautiful is painful.

Semalam pergi buat 2nd treatment dekat Res'Sskin. Beauty consultant aku, nama dia Giny Wong.Ouh.Aku suka dia.Sangat lemah lembut dan berbudi pekerti.Walaupun kadang-kadang dia ni sebut perkataan tak berapa nak betul sangat, ratus jadi ratuih.Comel tak? Hihihi.

Dulu time ber'couple' , jenuh la si dia suruh aku buat treatment segala.Tapi, aku tak pergi buat pun.Bukan tak nak.Bukan niat di hati tak nak jaga kulit.Cuma time tu busy.Sekarang ni pun busy.Nak exam.Curi juga sikit masa untuk buat benda alah ni.Sebab dah start buat, tak boleh tinggal-tinggal.Mungkin dah sampai seru nak transform kot.Whatever la Zack.

Pipi kanan yang agak ok sikit.

Disebabkan muka aku banyak yang congested, treatment aku agak lama.Merujuk pada Giny, kulit muka aku kering.Tak sesuai pakai facial foam.Sekarang aku pakai Safi.Itu pun after dia cakap tak sesuai, aku dah kurangkan basuh muka pakai Safi.Guna air sajork.

Part paling menyeksakan is time dia picit white head+black head+jerawat .Haduih la.Sakit wooh.Lagi tak keluar, lagi tu la dia picit.Picit bukan pakai tangan ye adik-adik.Pakai satu alat ala-ala forsep gitu.Ha.Amik kau.Kau bayangkan je la besi forsep tu menyucuk-nyucuk muka aku.Menggelupur aku atas katil tu.Sungguh ni.Aku tak tipu.Bukan aku nak takutkan kau, tapi itu lah realiti nya kalau kau punya muka macam aku.Segala macam hidupan nak tumbuh atas muka ni ha.Paling azab bila dia picit kat dahi.Bila besi cucuk kat kawasan yang terasa tulang je, apa kau rasa?Menangis aku.Tunggu je bila nak habis session tu.

Pipi kiri.Lepas kena picit.

Itu la the worst part for me.Session lain ok je.Itu la kau Zack.Dulu orang dah pesan dah,jangan makan benda berminyak, kau gegeh gak nak makan kan.Belacan tu lagi tak penuh pinggan, lagi tu la kau tuang.Sekarang, segala benda tersumbat dalam kulit kau.Terpaksa guna kekerasan untuk cungkil sisa-sisa 'toksik' dalam muka tu.

Walaupun sakit, worth it la.Aku puas hati.Sebab aku boleh nampak sikit perbezaan muka aku sebelum dan selepas treatment tu.

Giny : Sakit tak?
Aku : Sakiiiiiitt..(sambil cebek mulut kat dia)
Giny : You tahan sikit aa.Sikit lagi.

Walaupun tak rela, relakan juga hati ni tahan sakitnya.Ni baru sakit cungkil white head.Belum sakit beranak lagi kan.Hehehe.

Giny : Lepas ni, U nak pergi mana-mana tak ?
Aku : Tak pergi mana kot. Kenapa?(Aii..apasal tanya aku pelik-pelik ni)
Giny : Ouh.Muka U akan merah-merah sikit after treatment ni.Sebab tu I tanya U.
Aku : It's ok.

Merah sikit kau kata.Banyak ok.Huwa!

Dahi.Nampak kan merah-merah tu.Ni semua lepas dia picit dahi aku.

p/s: Lepas ni, ada lagi treatment.Tengok apa lagi nak jadi kat muka aku ni.

To awak, saya dah buat treatment muka macam yang awak suruh dulu. =)

Thursday, May 14, 2009

kau graduan tak berkualiti

Bagus ke if kau jawab exam dengan mendapat bantuan daripada orang lain? Setahu aku, kerajaan tak bayar kau untuk belajar meniru.Sayang duit kerajaan weyh.Betul tak? Kalau kau setakat melawa datang kuliah,nota pun tak salin, then on exam day, kau just bulat je jawapan yang orang lain bagi sambil tersengeh-sengeh gembira, kau graduan tak berkualiti. Harap muka lawa, tapi Graduate Attribute zero tak guna juga.Aku sure bila kau pergi mengajar kat sekolah nanti, kau pun spoilkan anak murid kau kan.Pantang exam dah dekat sikit, kau suap jawapan kat anak murid kau.Bagus sangat la tu.

Cun minah ni time stress.

Annoying gila bila aku dengar orang duk bercakap tentang spot question dari maktab lain. Duk kecoh satu maktab apa kes.Aku suka if aku dah betul-betul expert dalam subjek tu.Masalahnya, aku ni so-so je.Bila dapat tahu soalan spot, kadang-kadang lagi stress dan meletakkan aku dalam situasi dilemma.Nak baca ke tak tajuk tu?Lecturer tak suruh baca pun.Konfirm masuk ke soalan spot? Ha.Jadi serba salah nak fokus dekat mana.Kalau tak baca certain-certain part, if masuk macam mana? Dah lah content untuk satu subjek banyak.Bukan sikit ok.Aku pula style last minute.

Wooh..sexxxy..

Maka, aku tak suka orang duk mai mencanang budak maktab ini cakap ini masuk, maktab itu cakap yang lain pula masuk on last minute! Ha.Kan dah confius.Jadi, nak tak nak, kau kena baca semuanya.Tak rugi pun kan.*padahal rugi masa dan tenaga stay up tengah malam* (T T).Nak buat macam mana.Ini lah tanggungjawab sebagai student.Absorb ilmu, curah waktu exam.Normal lah tu.Enjoy every moment as a student ok.Kalau kau nak cakap juga, jangan datang dekat dengan aku.Tendency untuk aku meletup tinggi.

Jangan asyik nak bergantung pada orang saja. Tak developing la weyh.

Wednesday, May 13, 2009

Aku tak sedar diri weyh.

Aku tak sedar diri weyh.Tak mampu menahan hawa nafsu berblogging.Sekarang tengah mencari member-member lama di facebook.Kepada kawan-kawanku yang disayangi, if u happen to read this, add aku ye. Aku tak main la letak nama samaran.Just type:

Zafirah Binti Mahdzir

Tak ada orang lain melainkan aku la tu.Siap binti-binti segala.Jangan lupa add aku ye.Tak mahu lost contact dengan kamu dan kamu.

Ouh ye.Kepada semua pembaca blogku, anda dialu-alukan untuk add aku di facebook juga ya.

Tak lupa juga kepada silent readerku yang rata-rata budak maktab.Rasa terkejut bila ditanya bila nak update blog lagi.Wah! Terima kasih ya. Dapat support dari kamu semua.Aku tak tahu kau silent reader aku sebab kau tak leave comment kat sini or kat shoutbox.Jadi, aku tak dapat nak acknowledge kau kat blog aku ni.

-Gambar sekadar hiasan-

Tinggal komen weyh wahai silent readerku!

3 hari lagi

Kawan-kawan, lagi 3 hari.

3 hari lagi kawan-kawan.

Lagi 3 hari kawan-kawan.

Kawan, lagi 3 hari kawan.

Ini bukan piece of lyrics ye.Ada beza ke ayat-ayat kat atas ni? Dari segi semantiknya, sama.Tetapi, syntaktiknya tak sama.Crap.Ni semua gara-gara exam yang bakal kunjung tiba 18 Mei ni.Terlalu banyak input.Sampai tulis blog pun ada unsur-unsur Linguistics.Woho.Nampak la macam educated sikit kan.

3 hari lagi aku akan sambut hari aku.Bukan birthday aku la.Tapi, Hari Guru.Wah.Belum jadi cikgu dah ada feel cikgu gitu.Semangat ok.Jadi, kepada teman-teman seperjuangan, aku buat pre-wish la kat korang ek.Takut aku tak sempat pos on 16th May nanti.Selamat Hari Guru.Walaupun kau tak graduate jadi cikgu lagi, but still, kau dah pegang title "Teacher Trainee".Ha.Ada juga bunyi teacher kan.

Jangan dilupakan kepada cikgu-cikgu kau yang banyak berjasa.Aku bagi reminder awal-awal kat kau.Jangan lupa set alarm tau.Tepat je pukul 12 malam, kau message cikgu kau.Mesti dia bangga gila dapat anak murid macam kau.Or dia akan rasa annoying gila sebab kau kacau dia tengah nyenyak tidur. =)

Aku sempat google tadi pasal sambutan Hari Guru 2009. Maka, ini yang aku jumpa.

Lokasi sambutan : Dewan Utama Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu

Tema : Guru Pembina Negara Bangsa

Acara-acara yang akan dianjurkan sempena dengan majlis pelancaran ialah:
  • Pameran Pendidikan pada 13 – 17 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre
  • Bahas Guru pada 15 Mei 2009 (jam 0900) di Institut Perguruan Dato’ Razali Ismail
  • Forum Pendidikan pada 15 Mei 2009 (jam1500) di Wisma Darul Iman
Tahun ini, sambutan buat kat Terengganu.Macam gempak je.Tak tahu la sebenarnya macam mana.Kita tunggu je la ye.

p/s :Is it necessary for us to give present to our teachers as a token of appreciation? What say u?

Monday, May 11, 2009

They were here in D219


Ok.Aku tahu ini bukan masa yang sesuai untuk aku post entry.Dan mesti ramai yang tak hit blog aku.Tengah perang exam kan.Tapi, dicelah kesibukan nak menghadapi exam ini, maktab aku sempat lagi anjurkan Open Block.Kau mesti tahu kan apa itu Open Block.Lelaki boleh masuk asrama perempuan dan sebaliknya.Huh.Time ni la semua bilik transform into bilik yang kemas,cantik dan bersinar-sinar.Bukti? Ha..kau tengok gambar ni.

Sebelum

Selepas

See.Aku sendiri yang sebelum ni malas gila nak hias-hias bilik, jadi rajin.Mana tak rajin.Budak-budak aras aku semuanya major PSV.Rasa tertekan gila bilik huduh.Huu..Jadi, dengan bakat yang ada,aku gagah juga hias bilik.Ni lah hasilnya.


Simple je.Itu pun, dekat 2 jam juga aku duk peroseh sorang-sorang.Dengan bantuan roomate, Wan maka terhasillah masterpiece ini.Hahaha.

Tepat je jam 5.15 petang, budak lelaki pun datang la melawat bilik budak perempuan.Selalu dorang tengok bilik awek dorang je.Maka, aku fikir aku selamatlah.Ye lahAku mana ada stok pakwe dalam maktab kan.Tapi, tanggapan aku silap.

Tiba-tiba, segerombolan lelaki dari hulu mana entah dengan tak semena-mena terpa masuk bilik aku.Terasa macam nak kena rogol je.Diambilnya bear aku sekor-sekor, diduduknya katil aku yang empuk, dan suara mereka..gegar satu blok.Bilik aku telah dinodai.Ouh, no!

Nilah mamat-mamat yang tak tahu malu masuk bilik aku.They were here in D219.

Dari kiri : Wawan pegang bear, Afiq pegang Spongebob,Tajul,Bob pegang Hakim pegang gitar
Bawah : Syamel pejam mata, Hashrul baring meniarap.

Tak cukup dengan itu, diorang tinggal jejak kat bilik aku.Dipijaknya katil aku.Lagaknya macam budak kecil yang tak pernah jumpa katil.Huwa! Korang memang la.Fikir aku sayang korang je aku tak sound.Ececeh.If tak, dah lama dah aku halau keluar.

Kau tengok tu. Habis katil gue!!

Mangsa seterusnya, Kema.Hahaha.

Aku rasa bagus gak diorang buat open block ni.So that, dapatlah kitorang bergaul dengan budak-budak course lain.Selalu agak segan-segan, sekarang dah tak segan dah.Lagi satu, bilik yang tak pernah dibuat sawang, akhirnya di buang juga hari ini.Hahaha.At least, aku boleh tahu juga budak-budak lelaki ni punye style kat bilik.Overall, ok la.

Vicky, tahun depan buat lagi.Hehe. =)

Friday, May 8, 2009

Do you shave?

huntin4beaver: Hello Zack
--ZaCk--: hello
huntin4beaver: How are you?
--ZaCk--: i'm fine ..
--ZaCk--: thanks
huntin4beaver: What do you do?
--ZaCk--: juz have a talk with my friends
huntin4beaver: Are you a student?
--ZaCk--: yes i am
huntin4beaver: Are you sexually active?
--ZaCk--: nop
huntin4beaver: You are a virgin?
--ZaCk--: yes i am
huntin4beaver: Ok huntin4beaver: I am sexually astive. huntin4beaver: active.
--ZaCk--: i'm a muslim
huntin4beaver: Ok. huntin4beaver: I understand.
--ZaCk--: thanks
huntin4beaver: Do you know what my skype name means.
--ZaCk--: guess so
huntin4beaver: Only guess?
--ZaCk--: yup
huntin4beaver: What do you think it is?
--ZaCk--: you're hunting 4 woman?
huntin4beaver: Yes, but a particular type of woman
--ZaCk--: wut do u mean?
huntin4beaver: Do you shave?

I'm done.Aku terus block 'huntin4beaver' ni.Totally freak out dengan this mat salleh yang pantang perempuan layan sikit, dah mula tanya yang bukan-bukan.Aku jenis yang main approve je siapa-siapa yang add aku.Bahaya juga skype ni.Kita tak tahu siapa orang tu.

But now, i learn a lesson. After this, aku kena lebih aware dengan orang-orang dalam Skype ni.Especially geng-geng belah-belah sana tu.Malas nak mention.Kau faham-faham sendiri la. Ini bukan 1st time aku kena.Sebelum ni dah pernah kena juga.Cuma tak adalah teruk sampai cam ni sekali.Haish.Kau sangap sangat ke jantan? Geli.


Aku dah dapat tangkap maksud skype name dia.Kau dapat?Kalau betul, aku belanja kau.Cepat sebelum terlambat.

Thursday, May 7, 2009

Minah-minah cun D219 menjerit

Ouh no...Aku memang fobia dengan cicak.Kau percaya tak lagi takut kita kepada suatu benda, lagi selalu dia muncul dalam hidup kita? Ha..macam tulah juga kisah cicak dengan aku.Kami tak dapat dipisahkan.Biarpun aku meluat betul dengan cicak,dia selalu je kacau hidup aku.Serius.Aku tak berapa takut dengan lipas.Tapi, if kau bagi cicak kat aku, aku akan menjerit tak ingat dunia.Try me.

Cicak D219.Badan dia belang-belang.Saiz pula besar.Ya ampun.Geli ok.

Kisah 1:

Beberapa minit yang lepas, aku tengah ralit baca blog, Wan pula pun leka main internet.Sekali,

"Pappp" (Bunyi benda jatuh)

"Aaaaaaaaaaa!!" (suara minah-minah cun D219 menjerit)

Aku terus merengkot atas katil.Tutup muka as if nampak hantu je.Segala bulu roma meremang.Geli.Ye.Ada cicak terjatuh kat lantai.Mungkin grip cicak tu tak kuat menyebabkan dia jatuh terhempas dari siling.Padan muka kau!

Mata cicak tu terbuntang.Mungkin terkejut dengar aku dan Wan menjerit.Hahaha.Mungkin dalam hati cicak tu, dia cakap:

'O, o, silap landing la pulak' . Terus cicak tu lari masuk bawah katil Wan tanpa rasa bersalah.Eeeeeeeeeeee.Geli, geli.

Kisah 2:

Benda ni jadi waktu aku Form 5 kat MRSM Kulim.Hidup kat asrama mestilah bangun awal kan.Aku duk mamai sorang-sorang sambil jalan pergi sinki.Nak basuh muka.Elok je aku buka paip sinki tu, tiba-tiba aku rasa ada something jatuh dan melekat dalam baju aku.Ouh.Lupa nak mention, aku pakai baju kelawar time tu. At first, aku buat bodo je.Sekali bila aku bergerak, zuuuup dia lari keluar dari baju aku.Mak ai!! Nala punya besaq.Bodoh punya cicak.Boleh pula dia melekat kat badan aku.Huwa.Start dari situ la aku fobia dengan binatang bernama cicak ni.

Kisah 3:

Cicak selalu berak kat atas katil aku.Yang peliknya roomate aku punya katil bersih je.Kenapa katil aku juga yang jadi mangsa.Berak bukan sikit.Kaw-kaw punya dia bagi.Blueek..Dia tahu kot aku tak suka dia.Lagi dia nak buat aku menyampah kat dia.'Dia' me refer kepada cicak ye.Bukan roomate aku.

Jadi, moral of the story kita hari ni is 'semakin benci, semakin dekat'. Jadi, kalau kau ada crush kat siapa-siapa, cepat-cepat benci dia.Nanti, lagi dekat dia datang kat kau.Lagi selalu kau bump into dia. =)

p/s : Dulu kecil-kecil rasa amused bila nampak cicak still hidup even ekor dia kena potong.Macam magic woo.

Wednesday, May 6, 2009

Nama dia Ahmad Najib

Aku dah janji nak cerita pasal mamat nombor 5 kan.Walaupun terasa malas nak cerita pasal dia, tapi sebab dah janji dengan mamat tu untuk promote dia kat blog aku, (tak malu!) layankan je lah ye cerita kat bawah ni.

Ni waktu dia datang maktab.Jemputan 4x100m.

Nama dia Ahmad Najib.Dulu kecil-kecil kami satu sekolah.Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin.Tip top la kat area Jitra.Rumah kami pula tak ada lah jauh sangat.Taman sebelah-sebelah je.Dekat sekolah memasing ada crush.Aku ada crush dekat Faizal.Nama samaran dia Koje.Ye.Aku tahu bunyi nama dia agak lucah.Aku pun geli nak sebut.Terbayang benda lain.Hahaha.Kalau aku jumpa je dia kat kantin, rasa seronok gila.Senyum seorang-seorang macam orang tak betul.

Dulu, aku suka ejek Najib capang.Memang capang telinga dia.Bila kena ejek, muka dia suddenly akan jadi merah padam.Lepas tu, timbul segala urat-urat kat tengkuk dia.Aku memang kaki mengusik orang.Mulut hingaq.Aku,Nun dan Pit satu taman.Petang-petang kami selalu lepak dekat bawah pokok nyior rendang kat depan umah pak cik Pit.Lepas tu, si Najib pula memang akan lalu jalan situ setiap kali balik dari main bola.Dah tak ada jalan lain dah nak lalu.Dia cukup takut nak lalu jalan tu if nampak kami.Sebab dia tau mesti dia kena bahan punya la.Memang pun.Hehehe.Bukan main laju lagi dia kayuh basikal.

Pit dan Nun.

Dia kena kenen dengan Ina.One of my besties gak ni.Kat mana-mana ja kalau jumpa Najib,mesti kena ejek.Dan dia akan tersipu-sipu malu.Ada one time dia sampai menangis! Hahaha.Lihatlah betapa kejamnya aku.

Wuih.Semangat nya muka.Match dengan budak IPSAH.

Bapa dia cikgu Kemahiran Hidup.Cikgu Azmi.Garang woo..Selalu luku kepala student guna cincin batu besar kat jari dia tu.Dengan misai tebal dia, fuh memang gerun.So far, aku tak pernah kena luku la dengan dia.Kadang-kadang risau gak duk mengusik Najib sakan sangat.Takut dia report kat bapa dia.Konfirm kitorang kena balik kan.Depan cikgu Azmi kami tak kata la dekat Najib, belakang..memang kena la.Kesian juga kat Najib, jadi mangsa buli kami.Hoohoohoo.Dia pula tak melawan.Itu yang syok menyakat dia. =)

Sekarang Najib dah lain dah.Dah tinggi dari aku.Lari cam Watson Nyambek.Menang macam-macam acara.Dulu pasif sekarang aktif bukan main lagi.Dah pandai ada awek.Itu yang penting.Tapi bukan dengan Ina, dengan orang lain. Kalau dulu aku yang selalu usik dia, now dia pula duk buat lawak bodoh dengan aku.Selalu je terkena dengan dia.Betul la orang cakap, what you did, you get back.

Tengok.Gambar perasan macho.Hahaha

He's now studying in IP Perlis.Kos Pendidikan Jasmani.Sangatlah aktif.Kalau kitorang skype, tak pernah rasanya dia miss hantar gambar dia pakai baju senaman.Ouh.Bosan la Najib woii.Cuba lah ang antaq gambaq ang posing-posing dengan awek ang ka.Ok gak.Ni duk syok sendiri plak.Hehehe.

Tapi, aku simpan gambaq-gambaq yang ang send.Aku kawan yang baik tau.Pandai hargai pemberian orang.Apakah?? Agak ang buat dajai kat aku, aku mandrem ang.Padan muka ang.

To Najib: Thanks for being such a wonderful friend.Even aku selalu kacau ang dulu-dulu, aku melawak ja tau.Harap ang tak ambil hati ok.Aku tahu ang silent reader aku.And also, thanks for cheering me up with ur silly jokes.Friends forever ya! Janji untuk promote ang sudah ditunaikan.Mana upah?

p/s: He's not my boyfriend! He's taken.

p/s/s:Luku tu ala-ala ketuk.

Tuesday, May 5, 2009

Bf baru?

Aku dah jemu pakai layout lama.Terasa nak adjust-adjust sikit blog ni.Maka, dengan tak sedar dirinya, dengan exam yang bakal kunjung tiba tak lama lagi, aku peroseh la sorang-sorang blog aku ni.Gagah juga nak buat.Pembaziran masa menghadap blog satu malam.Ni lah hasilnya.Dengan bantuan tutorial 3 column dr ceera, ni la rupanya.Tak faham 3 column? Ni ha, kalau kau teropong betul-betul blog aku, ada 3 sections kan.Kiri,tengah,kanan.Aku suggest kepada blogger-blogger yang banyak letak widget untuk buat page kau macam ni.

Bagi aku, lagi kemas dan tersusun.Walaupun kau nampak banyak benar link-link kiri kanan kau, at least, balance lah sikit page kau kan.Kalau layout dulu,tak ada 3 column.So,suma widget sumbat dekat satu side je.Dah terlalu crowded aku tengok.Sebab tu aku buat 3 column.Agak kau jemu tengok kiri, kau tengok belah kanan pula.Gitu? Hehehe.Nanti aku tempek muka aku banyak-banyak kat dalam ni ok.Kasi kau muntah darah.Hahaha.

Promo..promo..promo..

Ni belum siap sepenuhnya.Aku still tak puas hati dengan certain part.Yup.Aku cerewet sikit.Kalau kau perasan side kiri, header untuk setiap widget, font dia gedabak sangat.Pastu, ala-ala tak center sangat.Colour hitam pula tu.Nak colour Orange tapi tak tahu nak buat macam mana.Hadoi.Penat duk adjust.Laz-laz aku give up.Nanti tanya idola aku macam mana nak ubah.Hihihi.

Another widget yang aku tambah is linkwithin.Kat bawah setiap entry aku akan ada post-post terpilih yang lepas-lepas.Kalau kau terlepas baca, bolehlah jenguk balik.Hehehe.( Bajet ramai peminat la pula).Kalau kau nak letak kat page kau, just klik kat linkwithin tu je.Nanti akan keluar satu page lain.Bertindak mengikut arahan.

Ok lah.Mata dah mengantuk.Nak tidur.Esok tak ada kelas.Heaven ok.Ouh.Btw, aku rasa kau tahu dari mana aku ambil layout ni kan, juz klik kat sini. Dan sila klik sini untuk belajar buat 3 column.Untuk siapa-siapa yang rajin dan sabar je boleh try.Hehehe.Nasib aku baik sebab once i tried, terus jadi.

Apa kena mengena aku dengan mamat num 5 ni? Bukan main seronok aku tempek.Bf baru? Nanti aku cerita.Promo dulu. =)

Monday, May 4, 2009

Taste kita tak sama.Senang cakap

Lumrah manusia suka tengok barang cantik dan sempurna.Kalau boleh, kita nak semua nya nampak cantik.Betul tak? Macam tu lah juga kalau pasangan bercinta.Kau tipu lah if kau kata,

" Paras rupa tak penting, yang penting adalah hati.Hati mahu bersih."

Memang ada betulnya ungkapan di atas.Tetapi, lelaki mana yang tak suka kecantikan? Bagi tahu sikit.Semuanya pantang nampak perempuan cantik sikit, mula lah bersiul.Tak pun buka warung kopi dengan member-member lain.Mata pula tak lepas pandang si perempuan tadi.Ada sesetengah tu, buat-buat tak nampak, tak hairan la kan. Tapi masuk je dalam kereta, terus buka topik awek tadi.

"Body mantap siot! Tapi muka tak cun sangat."
"Comel nya minah tu.Chubby."
"Gebu la kulit awek tu.Rasa cam nak cubit-cubit je"

Ha.Itu sebagai contoh je lah.Jangan ada sesiapa yang terasa pula ok.

Kalau perempuan pula.Memang jual mahal.Aku mengaku.Tak mainlah menggedik-gedik depan lelaki kan.Muka kena sombong.Hahaha.

A: Weyh, nampak tak mamat tadi.Hensemnyaaaaa.
B: Tapi aku rasa mamat sebelah dia tu lagi hensem.Jambu.
A: Ye ke? Ah.Tak kira.Mamat tadi lagi hensem.
B: Taste kita tak sama.Senang cakap. (dah malas nak argue)

Not everybody's perfect.Kita kena terima pasangan kita seadanya.Jangan sebab dia berisi sikit, kau dah mula nak cari yang lain.Nak yang body cun la pe la.Jangan sebab dia kulit tak lawa, kau dah mula nak suruh dia pergi buat treatment sana sini.

Tapi, si perempuan pun kena la ada usaha untuk menjaga diri masing-masing ye.Attitude kena maintain ok.Maksud aku, jangan la pula bila kau dah dapat mamat hensem, kau tak kisah pakai baju tak ber iron pergi dating, makan tak ingat dunia.Dengan alasan, ala, bf aku sayang aku.Dia takkan cari yang lain punya.Jangan fikir macam tu! Lelaki juga ada keinginan melihat gf nya maintain cantik sepanjang zaman.Wah!

Pada lelaki pula, setialah pada yang satu.Jangan menduakan gf anda ok! Tak baik tau!

p/s: Untuk pembaca lelaki : Jangan jadi buaya darat.

p/s :Untuk pembaca perempuan : Maintain body, attitude dan rupa supaya bf tak lari ok. =)
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger