If you can see far away, that's one of the casino hotel available in Macau. The building has become the trademark of Macau. Many keychains and fridge magnets are printed with the image of the building. Nama, cheq dah tak ingat. Sila google. Hahaha.
Saturday, March 7, 2015
Hong Kong Trip : Macau (Part 3)
If you can see far away, that's one of the casino hotel available in Macau. The building has become the trademark of Macau. Many keychains and fridge magnets are printed with the image of the building. Nama, cheq dah tak ingat. Sila google. Hahaha.
Tuesday, March 3, 2015
Mangkut tingkat
Sunday, March 1, 2015
What a day...
By the way, mood kembali ceria bila garment steamer yang aku order daripada Lazada dah selamat sampai ke tangan aku pagi tadi. Weehuu. Dah lama aim nak beli garment steamer tapi yang jumpa semuanya mahal and above RM200. This one is only RM99. Terus grab tanpa fikir panjang. Tadi test guna steamer tu on baju kain cotton yang sangat degil kedutannya ditambah pulak dengan bunga timbul. Tak puas hati betul aku. Even guna steamer pun kain dia tak hilang semua kedut. Hurm. Ayaq sampai refill pun kesan dia tetap sama. Sebelum ni pun kalau guna iron biasa, lagi dahsyat kedutnya macam tak iron langsung. Tapi okay la. Lepas ni try kat kain licin pulak. Cepat tak effect dia. Hehehe.
Minggu ni bertugas kat sekolah. Again, it is going to be a restless week for me. Budak ada dekat 300 orang, 2 cikgu saja yang bertugas setiap minggu. Budak pulak banyak ragam. Sabar je lah.
Mata dah mengantuk. Nak tidoq dah. Bye-bye.
Friday, February 27, 2015
Hong Kong Trip : Macau (Part 2)
Makanan dia, terbaiiiiik! Macam biasa la, menu ayam penyet dan seangkatan dengannya. Aku tamak. Ayam amik, ikan pun amik. Sambal dia yang da boom sangat. Puas hati. Dua hari tak jumpa nasi. Perut masuk angin. Kerja kentut di tempat awam saja. Pfftttt..
This is Macau street. Full of people. Most of the store jual daging ba alif ba ya. Smoked, honey, fried semua ada.Surprisingly bau dia sangat wangi dan kuat. Alih-alih ba alif ba ya. Cancel teruih.
Sampai pun kat St. Paul's Ruin ni. One of the attractions in Macau. Tinggalan bangunan yang dahulunya adalah gereja. Uniknya, hanya bahagian depan sahaja yang tinggal. Belakang tu tak dak apa. Sebab tu kot jadi tumpuan ramai. Nak sampai atas tu, macam panjat tangga Batu Caves.
Sambung nanti noh...
Thursday, February 26, 2015
Ups and downs
Assalamualaikum. Tenggelam timbul aku kat sini. Menghilang sekejap dek cuti raya cina balik kampung langsung tak usik laptop. Tab ni pun tak peduli. Bila balik Segamat, terus sibuk dengan kerja sekolah. Nak mesyuarat PIBG Ahad ni. Macam lipas kudung aku hari ini. Ke sana ke mari. Buat surat, jemputan, buku program. Dalam hati keja menyumpah ja. Geram kat siapa tak tau la. Tapi memang mulut ringan bebenor nak menyumpah.
Pernah rasa what the heck tak bila someone ask you to find a speech script from the internet? Sedangkan benda tu hang sendiri boleh buat. Boleh google. Nak jugak kulikan aku. Urut dada aku bila fikir balik perangai orang macam ni. Banyak lagi benda aku nak buat dari mengadap cari text hang.
Sekarang ni mengajar jatuh tangga last sekali. Meanwhile clerical job comes first. Dah tu kalau orang yang sepatutnya buat kerja tu pun macam ngok ngek, cakap ja pandai tapi bila buat, tak tegha mana. Dah tu last last cikgu jugak kena tuju. Kena buat sendiri. Depa tak pernah fikir kot cikgu ni hari2 main dengan emosi dan tenaga. Otak penat nak bagi budak faham, mulut penat membebel, emosi terus tak stabil. Habis kelas, terus mengadap benda yang bukan core bussiness. Nak reflect apa yang ajar tadi pun tak sempat. Masa berlalu sekejap saja bila berada di sekolah.
So how are we supposed to give the best to the pupils if we ourselves are burdened with the filing system, reports, pamphlets, official letters, unending school programmes that sometimes take away our holidays, disrupted online system and so many more? It does affect the teachers' mood to teach in the class. Cause all we think of is bila nak siap keja sekian sekian? Lambat nanti nama naik kat bos. Fokus dah ke lain. Tolonglah kurangkan benda2 merapu dalam pendidikan ni. Please fokus pada perkembangan secara menyeluruh budak2 ni. Kesian depa. Sometimes they do not get what they supposed to get from the teachers cause the teachers are so busy with other things yang secara dasarnya hanya utk manfaat pihak lain bukannya pelajar. Sedangkan tugas hakiki kita ialah mengajar. I love teaching but I hate doing reports, project paper and etc.
Mampu ke aku nak bertahan lagi berpuluh tahun ni...
Tuesday, February 17, 2015
Hong Kong trip : Macau
Monday, February 16, 2015
Turnip vs Radish
Saturday, February 14, 2015
Hong Kong Trip : Accomodation
Kami menginap di Canada Hotel. Dalam bayanganku, hotel tu gah la. I mean, hotel ada bangunan sendiri. Sekali bila sampai...jangkaan meleset. Canada Hotel tu dalam bangunan ni. Chungking Mansions. Dalam bangunan ni, rupa rupanya ada banyak hotel. Setiap floor hotel lain lain. Bayangkan la weh. Nama ja hotel tapi bilik dia...ya ampun. Kecik sangat-sangat. Memang budget betoi la habaq hang. Elok la dengan bayaq RM 150 untuk 3 nights. Ada banyak wing. Kena tengok betul betul alamat hotel tu. Nak tunggu lif pun satu hal.Kena beratur. Ada dua lif setiap wing. Satu untuk tingkat even numbers dan satu lagi untuk odd numbers.Mungkin sebab terlalu banyak penghuni dalam bangunan ni they have to come up with that system. Siap ada guard jaga lif you'olls.
Mujur ada Bob, our abang sado. Sebab sangat banyak warga asing kulit gelap kat kawasan ni dan dorang ni tengok kami atas bawah atas bawah. Serious scary. Wuwuwu. Clinging to Bob every time we passed through the shops in the building. Malam tu tak buat apa dah. Masing masing dah penat. Landing atas katil ja sampai esok pagi.
Gambar bilik hotel tak amik la pulak. Tapi serius kecik gila. Nak solat pun terpaksa solat atas katil. Tak dak ruang langsung. Nak jalan antara katil pun lepas sorang ja. T_T Toilet dia pulak, Hurm. Nak pusing badan, kena hati-hati takut terlanggaq mangkuk jamban. Tanya Bob bilik dia macam mana.Sama jugak la. Masuk-masuk teruih nampak pintu toilet.Katil betul-betul tepi toilet.No wonder la boleh kongsi building dengan hotel lain.Lawak pulak bila ingat balik. Mangkuk jamban tu kalau nak guna terpaksa duduk mengiring ke tepi sebab takdak ruang kat depan. Hahahahaha. Kenangan mengusik jiwa betul. Nasib badan la. Tapi kami okay ja. Padan dengan bayaq murah.
Next day, we planned to go to Macau. Macau ni negeri lain. Macam Kedah dengan Penang. Nak kena naik feri untuk sampai sana. Macau is well known of its gambling. Selalunya kalau orang pergi Hong Kong, combo pergi Macau sekali. So, kami tiru ja la apa yang traveller sebelum ni buat. Hehehe. Tapi kami tak gambling tau. Pi cuci mata ja. Our hotel receptionist said this was the first time he heard people coming to Hong Kong for sightseeing. Normally people come here for shopping. Tengok sajalah butik butik barang berjenama, Bersepah sepah tepi jalan. Yang sebenarnya datang Hong Kong sebab tiket flight murah. Hahaha.
You can reach the terminal by walking je. Ikut signboard ke Victoria Harbour. Confirm sampai ke terminal. Terminal dia ni lain macam sikit. Dalam building 1st floor. Ask the people who can speak English or any front desk. Depa ni bangsa yang memang kebanyakkannya reject English. They are so proud of their language. Kalau nak jumpa tengah jalan yang baik hati dan tahu cakap English tu, a few ja la. Tak tau la kami ja ka yang rasa macam tu or its just not our luck. Feri dia macam feri nak pi Langkawi. Harga tiket tak ingat. Lost memory dah. Huhu. Sorry.
Okay. Stop sini dulu. Sambung nanti pulak.







