Online users

Follower

Monday, December 7, 2009

Hidup Berani Untuk Gagal

Kegagalan adalah pelengkap bagi suatu kejayaan. Bagi yang menganggap diri mereka total loser, mereka sebenarnya seorang yang berjaya. Bagi aku, kalau kita tak merasai kegagalan, kita tak akan pernah berusaha untuk memantapkan diri sendiri. Orang cakap berada di takuk yang lama.Kita selalu fikir this is the best for us dan aku la paling terbaik dalam dunia ini sedangkan the loser tadi sebenarnya lagi mantop dari kita.

Zaman persekolahan dulu, semua pakat sibuk nak tulis biodata. Setiap sorang mesti ada buku biodata kan. Exchange dengan kawan-kawan. Salah satu perkara yang akan ditulis ialah motto hidup. Aku berkobar-kobar menulis Gagal Sekali Tidak Bermakna Kita Akan Gagal Buat Selama-lamanya. Wah! Terbaik la wa cakap lu. Kira aku punya la paling hebat. Walhal itu hanyalah tercoret di kertas bukan di jiwa aku. Aku tak pernah ambil kisah pun pasal motto hidup. Itu pun just bagi cukup syarat saja nak bagi sama hebat dengan kawan yang lain. Mana boleh kau seorang je ada motto hidup. Aku pun nak juga. Ha. Lebih kurang macam tu lah.

Aku dikira bernasib baik juga sebab boleh dikategorikan sebagai budak otak geliga. UPSR dan PMR aku skor straight A. Kira cekang la ni. Bila tiba saja SPM, dah tak geliga dah.Maybe sebab diri dah terjebak dalam kancah percintaan, so pelajaran pun a bit terjejas. Ceh.Nak salahkan cinta pula. Result still boleh dibanggakan. Tak apa. Cuba lagi. Banyak lagi exam yang perlu aku tempuh. Bahkan lagi susah bila dah masuk U, semuanya kena depend dekat diri sendiri. Aku tak cepat melatah beb. Hidup berani untuk gagal. Kau ingat budak dapat 21A tu cerdik sangat ke?

Diri aku sendiri dah banyak kali mencuba nasib dalam bercinta. Setakat ini, dah lima kali aku bercinta. Semuanya gagal di tengah jalan. Serius aku cakap, bila diri sendiri yang kena dump dengan boyfriend, rasa perit sangat. Mulalah terfikir apa yang tak kena dengan diri aku ni, aku tak cantik ke, aku ni terlalu mengongkong ke segala mak nenek la kau fikir.Top up dah ribu riban habis bergayut dengan kau, last-last ini yang jadi. Tapi aku tak cepat melatah beb. Hidup berani untuk gagal. Cari boyfriend lain. Cuba adapt dengan cara dia. Kena dump lagi. Tak apa. Ini dugaan. Sampai satu tahap, aku fikir diri aku ni loser. Ye lah. Rasa macam kena curse bila bercinta ni. Ada saja yang tak kena. Dalam sedar tak sedar, aku jadi doktor cinta. Kawan-kawan sering datang mengadu padaku pasal masalah cinta mereka.Pelik kan. Diri sendiri gagal bercinta tetapi menjadi sumber rujukan pasangan lain yang tengah bercinta. Wah! Pada ketika ini baru aku sedar sebenarnya aku bukan loser. Aku masih berguna kepada masyarakat.Masih boleh berbakti kepada pasangan-pasangan cinta.

At this point, baru aku sedar sebenarnya aku berpegang pada prinsip hidup Gagal Sekali Tidak Bermakna Kau Gagal Untuk Selama-lamanya. Sebenarnya kegagalan itulah yang banyak mengimprove serta mematangkan diri aku. Aku belajar banyak benda dari kegagalan. Yang mana elok, aku amik dan telan bulat-bulat. Yang mana tak elok, aku humban ke dalam sungai belakang rumah tok dengan harapan ia akan pergi jauh dibawa arus. Hidup harus berani untuk gagal. Yang penting jangan cepat mengalah dan selalulah berfikiran positif.

Setakat ini, aku juga pernah gagal untuk menang contest yang dianjurkan oleh para blogger. Tapi, tak apa. Hidup berani untuk gagal. Aku tak patah semangat dan terus mencuba. Ini juga satu contest yang dianjurkan oleh Denaihati dan aku dapat tahu mengenai contest ini dari Dilot dan X-Po. Terasa ingin mencuba nasib. Mana tahu untung-untung aku jadi juara. Boleh belanja korang nasi lemak sorang sebungkus.Hahaha.

Hadiah sangat lumayan hasil sponsor dari DSGClicks,Berani Gagal Network,One Malaysia Blogshops,Anisha Online Mall dan Saudacare.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila klik sini.

21 comments:

Anonymous said...

aku slalu gagal kawal marah bila line lembab....

rsa cam nk hntuk pala kat dnding

Huda Luna said...

huhu..

zmn dulu ske sgt biodata tu..bile tgk blk rs nk tgelak je..

bagus gile semangat ko..smpai kan aku nak komen ape pun aku x tahu..aku suka semangat ko..serius..sampai buat aku speechless!

aku lak mesti rasa loser gile klu kne dump dgn bf..tetmbh klu ade pihak yg cube utk memporakperanda kan lg keadaan..

tp skrg aku cube bangkit..setapak2..sbb aku xnk jd loser..n xkn bia org dump aku ske2 hati..

gila pandai ko upsr n pmr straight A..!huu..nak komen setap perenggan..tp lupe ape nk ckp..haiyaaaa!

erk! aku rs mcm dh pjg je komen ni :P

[s][u][e][h][a][n][n] said...

ko la yang paling berjaya hingga menjadi dokter cinta :p

Kamsiah yusoff said...

mereka yg gagal adalah mereka yg tak pernah mencuba...mereka yg berjaya adalah mereka yg bankit kembali setelah gagal..

[z@ck] said...

arryani..
huish...rilek2..amik pil free-anger..hehehe

miszluna..
hehehe..ko nk komen pjg2 pn lagi dialu2kan..suka membaca komen org ni..bg semangat sebenarnya..

seuhann..
ehehehe..satu hari nnt ak pasti ketemu cinta =)

Kamsiah..
betul tu akk =)

eyriqazz said...

Good Luck zack...Saya mungkin tak join..busy skit..

Anonymous said...

wahhhhhh
mantap entri ko ni

pRincESs_N said...

bgs yunk..kuat smangat kamoo..

hans said...

aku nak join tapi aku tak faham syarat2 dia
kalau boleh add ym aku n story sikit macam mana syarat2 dia
rumit sangat lah

suezen said...

dare to fail:)

[z@ck] said...

eyriqazz..
take ur time..closing date x diumumkan lagi..still ad time untuk create entry.. =)

Fatt Chin Choy..
*mode hidung kembang kempis*

princess_N..
ouh..trimas.. =)

hans..
adess...kesian ko..nnt ak add..ak pn bkan reti sgt..ahahha

suezensuzanna..
yup..dare to fail

ada van de kamp said...

tp bila kegagalan itu berlaku berterusan, motivasi runtuh, dan berlaku lagi kegagalan yg seterusnya. (utk sesetengah org)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe~
tak siap2 lagi aku punya entri ni~

Judiene said...

entri yg penuh dgn pengalaman dan madah2 yg bebaur nasihat.
hehehe.
pasni kalo aku ada terjebak dlm cintan-cintun ni, aku cari ko.
hahaha.

"peace!

. boxerpolkadottt . said...

setuju dengan quote tu :).

teringat tulis biodata dulu dulu kan.
ahahaha.
haish.

Melz said...

pergh aku baca " terbaek dari ladang nie"

hans said...

oit zack
email aku hanis_narnia

dilot said...

setakat ni aku tak pernah menang mana2 contest yg aku join..sbb baru 3 contest aku join..hehe...

myQza said...

good luck zack!!

att said...

att xboleh gagal huhu

Anonymous said...

Bahwa dalam hidup ini tidak ada yang gagal, kita saja yang telah berhenti untuk mencoba sehingga terpuruk dan tidak menerima yang kita inginkan, meski mudah kalau lewat kata-kata, tapi kalau dijalani dengan sungguh-sungguh pasti akan mudah lebih mudah lagi.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger