Kemaafan adalah yang terbaik.Tak guna kita marah-marah baling periuk belanga semua hanya untuk melepaskan geram. Tak guna maki hamun segala sebab semuanya dah terjadi. Memang akan sakit hati jika orang mungkir janji. Tapi, sampai bila kita nak menghukum dia hanya kerana kekhilafan sekecil zarah? Manusia tak sempurna.
Aku dah lama kenal dia.Dia lelaki yang riang ria macam budak kecik walaupun hakikatnya umur dah 21. Handsome.Kuat berjenaka.Senang cakap, dia tak pernah serius dengan aku. Bagi dia, buat apa nak serius-serius. Bikin stress saja. Betul. Tapi, bila dia mungkir janji, aku jadi panas. Sebab apa? Sebab dia mungkir janji la ngeng. Siapa yang suka orang mungkir janji kan.
Semalaman aku tunggu message dia. Tapi, haram tak ada pun. Ah. Malas nak fikir. Bukan pakwe aku pun. Cuba untuk sedapkan hati sendiri. But at the same time marah sebab janji tak ditepati. Lagi satu, dia membisu macam tu saja. Macam tak bersalah langsung.Petang tadi baru dia YM dan explain everything. Pergh. Aku tak dapat terima alasannya. Rasa macam nak gigit hidung mancung dia sampai luruh. Terus rasa nak merajuk sampai 2 tahun. Huh.
Tapi, lama mana pun aku kecil hati dengan dia, he's still my friend. Manusia tak sempurna.So, aku maafkan kau.Tak jadi nak merajuk 2 tahun dengan kau.Kemaafan adalah lebih penting dari terus bermasam muka kan. Sejauh mana pun ego kita, kita tak akan kemana. Hanya menambah nanah kebencian saja dalam hati. Busuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
29 comments:
"sejauh mana pn ego kita, kita x akan kemana"
huhuhu~~makin menguatkan hati nak mintak maap kat kawan yg tetibe je jauh dr sy.mungkin salah sy kowt..
xsalah kan mintak maap???
heheheeeee~~
Rose_Violete..
mintak maaf lebih bgus dari terus ego.betul.
btul2...maaf jer la dia...nk buat mcm mana...kdg2 manusia ni dia x perasan dia dh buat org sakit hati...
black_mel..
dan menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan dia.. =)
ehem...ehem...ada apa2 ke ngan si dia tu..
sampai wujud rasa merajuk :P
angah iza..
no no no..kawan saja ok. =P
kemaafan satu tindakan bijak zack..
cayolah;)
Zuewairy..
hoho..thanks =) i bet u wud do the same if you were in my shoes
biarlah kita mengalah..kang semua nak menang xtahu jadi apa plak t.mkin besar masalah..
maafkan aje beliaw...
mgkin 1 hari nanti die akan mencari anda kembali
mana tahun kan.....
erk888.blogspot.com
dizisgude.blogspot.com
saypOOL rafthello..
yup..betul..mngalah bukan bermaksud kita lemah..cewah
deusXmachina..
dah maafkan da..
>_<
aku hasut..
zack.. nape xnk kekalkan ego ko? dia mungkir janji tu.. mcm tu je ko maapkan dia? ko tgu punya la lama..
hahahaha *devil laugh..
AsaDa RyutaRo..
setan lah ko..
hahaha
isy xyah la maaf. hahaha! :P
Ilham Liyana..
ni lagi sekoq setan.hahaha
zack, good news..sy dah berjaya maafkan org hahaha
Tu la psal,
aku pun rasa cm menyesl klu gado,.
x nak mintak maaf,
then klu nak baik lg,
mesti ada je ego..
hehe., pakwe ke zack??
Att Ashburn..
ye ke? hehe..baguih2.. =)
PinQib..
hoh..pakwe apa nya..kawan baik..
komen dariku, " apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya "
ada entri mengenai kemaafan di blog saya. kalau sudi bolehlah menjengok.
http://hamiasraff.blogspot.com/2009/09/kemaafan.html
zack u dah kena demam larh.. hee >.<
cayalah zack!hehe
kalu dok marah pon xsampai ke mana kan..betul3
hm... sakit tu ttp sakit wpn kdg2 kite dh maafkan.... errkkk.. mcm off topik je.. hehe
aku paling pantang org mungkir janji..one of my hot button..
kalu aku geram..aku gigit jek..
ngee~~
kemaafan dendam yg terindah ohh ;)
memang.. kalau org mungkin janji.. hati memang sgt2 sakitkann..
apa yg z@ck buat tu bagus.. maybe I can share this quote with you..
"Apologizing does not mean that u are wrong and the other one is right.. it simply means that WE VALUE THE RELATIONSHIP more than anything else..."
yee...
'kemaafan dendam yg trindah...' cewah! hehe
mcm tu ler gadis comel
auwww
lama betul ko nak merajuk tu wei 2 tahun...ko spare jer la maaf byk2 kat dia..mana tau dia buat lagi..senang ckit ko nak maafkan dia lagi hahahaahha aku ngarut :p
Post a Comment