Online users

Follower

Friday, April 30, 2010

Aminul Rashid ditembak polis.

Dulu kecoh pasal Rafiqin Darwisy. Kali ini nama Aminul Rashid pula tengah naik. Tapi, ini lain sikit ceritanya. Arwah meninggal selepas ditembak oleh anggota polis. Innalillah.

Aku copy paste laporan polis yang dibuat rakan arwah untuk korang nilai sendiri ok.Credit to best1of4's blog.

"Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang…

Sumber: perisik-rakyat / Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

Dalam kes ini, fair justice sangat diperlukan. Kalau diselidik satu persatu, dua-dua salah. Adalah menjadi satu kesalahan untuk seorang remaja di bawah umur untuk memandu di jalan raya tanpa lesen yang sah. Part tembak menembak tu, hellooooo. Kenapa harus tembak? Tak boleh ka ligan ja kereta budak tu sampai dapat? Kenapa harus tembak? Kenapa?

Satu je pesan mak arwah kepada polis, tolonglah jalankan siasatan dengan TELUS. Jatuhkan hukuman kepada yang berkenaan.

Dunia oh dunia. Tinggalkan pendapat anda.

p/s : Pagi-pagi dah bagi post berat macam ni. Al-Fatihah buat arwah. Moga tenang di sana. Moga keluarga arwah tabah hadapi dugaan yang diberikan ini.

29 comments:

azzam said...

salam ukhwah,
sedih betuii...al fatihah untuk beliau..
adiooss...~!

rhapsody LiN said...

mmg dua2 salah but then perlu ke tembak semata2 budak tu x bwk lesen.. dh nama pun budak. klu dia tkut mmg dia akan bertindak x pk pnjg.. but the idea of shooting the boy is irrelevant. atleast they have to identify who is the target first. of course the policeman know the consequences if they shoot the wrong person.

Si Sejuk said...

isu ni mmg hangat sekarang. Bagi pandangan aku pulak, sbgai insan yang dah lama join badan kepolisan ni, bg aku... kes ni adalah salah satu risiko kerja polis la.

Polis tembak tu bukan tak relevan dan tak patut sebab pemanduan tu berbahaya dan lari dari polis. Pada pukul 2 pagi,bawa laju dan lari dari polis boleh dikatakan pesalah telah melakukan jenayah la. Mungkin kes ni sebab budak tu tak terlibat jenayah.

Tapi kalau kes lain, pada pkul 2 pagi, ada org lari dari polis dan polis tembak mati. dan didapati dia mmg penjenayah. Orang lain akan diam je. Perbuatan polis tu boleh dikatakan tak salah. Sebab jam macam tu ialah waktu penjenayah keluar cari makan. Dan tak sangka itu hanya budak remaja.

Tak boleh blame polis tak teliti buat kerja. Sebarang kemungkinan dan anggapan boleh berlaku kalau kita berada tempat polis tu.

And 1 more thing, polis siang malam pertaruh nyawa untuk keselamatan rakyat. Ramai yang terkorban. Dan hanya 1 kesilapan atau ketidaksengajaan kes ini, semua nak salahkan polis. Tak adilnye..

oshinz said...

ajal dan maut di tangan Tuhan. kejadian tersebut cuma menjadi penyebab ke atas kematiannya. GOD knows everything!

tayar soton said...

hmm....perkara ni xspatot ny berlaku...pihak polis xleh sewenang2ny nk tembak org wlupon dorg ada kuasa nk tembak org..

AcanCapik said...

patutnya, bagi tembakan amaran, bukan tembak kat budak tu. aku tak tau la nak cakap apa pasal polis sekarang ni. media pun satu, bagi keterangan putar belit, bila dah kantoi tuka pulak cerita lain. sekarang ni sapa ada duit je dia la yg berkuasa. orang dah tak nampak kebenaran bila mata kelabu dengan harta. sedih...

Whoopz said...

Al fatihah wat aminul rashid..

BULLET said...

takziah untuk keluarge arwah...
mmg 2 2 salah la...pemilik kenderaan pun salah jugak...bagi budak xde lesen bawak kete...patutnye pemilik kenderaan yang dipandu arwah pun disoal siasat...kalau ikutkan, byk kesalahan yang arwah buat...langgar kete orang, langgar motor, pandu kete xde lesen...lumrah manusia, bile panik je, mmg akan buat bende2 yang mengarut...dan mungkin arwah terlalu takut memikirkan mungkin dia akan ditangkap dan disabit kesalahan yang mungkin akan menyebabkan dia dipenjara...mungkin juga polis telah memberi amaran supaya berhenti tapi xdiendahkan...seperti yang kite sedia maklum, byk kejadian jenayah berlaku kat shah alam dan polis mungkin menganggap arwah adelah salah satu anggota kumpulan jenayah...tetapi polis juga melakukan kesilapan besar dengan menembak sedangkan sepatutnye, pihak polis tidak boleh menggunakan senjata api sekiranya penjenayah tidak menembak dahulu...polis sepatutnye menghubungi peronda yang lain dan menyekat laluan arwah...itu yang terbaik...apepun, seperti kate ibu arwah yang meminta siasatan dijalankan secare telus, itu mmg wajib sebab jika tidak, orang ramai tidak akan percaye dengan polis...

¶A.K.I¶ said...

komen bullet terbaek!!

ramai blogger2 laen kupas isu ni zack... but then.. tuding menuding takkan setelkan masalah... 1 nyawa da melayang. dan bila melibatkan nyawa... ianya kes berat. jadi kita tggu dan lihat macam mana pihak sepatotnye bertindak

Ummi Aini said...

apa yg berlaku da hkmahnya

Cik Yanie (",) said...

takziah kpd family arwah..
2-2 pihak pun slh,tapi pihak polis sptutnya xbleh nk lepaskan tembakan melulu,coz during the incident other's life shud also take the consideration..anyway, hope siasatan yang telus dijalankan dgn adil..

Dee said...

akak pun setuju ngan bullet..sbb arwah takut kantoi..dia pecut..polis mesti ingat dia penjenayah..kalo dia berhenti..kan settle..tp yelah..dh ajal..takziah juga buat keluarga arwah..Al-Fatihah utk arwah...

intanurulfateha said...

.al-fatihah

~salwaredzuan~ said...

actually polis tak bleh pull the trigger sesuka hati..knowing tht keta tu dh terhoyong hayang sbb tayar dh kna tembak, polis tak blh went on with the shooting..the fact tht arwah was actually unarmed with gun or apa2 dangerous weapon,police tak blh terus tembak..even motive polis just nak stop him frm running away..but the intention to kill can be formed the moment tht trigger was pulled..tapi tak tau laa kan wat was the story frm their side..we need to know both sides of the coins..br blh buat apa2 judgment

missnina said...

benda ni masih dalam siasatan. setiap berlaku hanya empunya yang terlibat tahu sebab2nya. tak nak sebelah mana2 pihak, cuba faham rasional "tembakan" dan cerita "keluar malam" dengan situasi zaman sekarang.

jika polis didapati cuai, sangatlah menyedihkan dan keluarga arwah perlu dibela. saya punyai adik2 lelaki & perempuan, sentiasa berharap situasi tragis ini tidak akan terjadi, minta dijauhkan.

jika dipihak arwah ada melakukan kecuaian yang boleh memudaratkan, jadikan iktibar.

Anonymous said...

kepada adk2 dibawah umor, abg nasihatkan jgn bawak kenderaan bmotor klu xde lesen.klu x korg akan ditembak mati.

Unknown said...

salam.
-arwah bawah umur.memandu tanpa izin.langgar org x stop.then kemalangan kali ke dua pun x stop.memandu mululu dlm keadaan yg sgt bahaya.x stop walaupun jelas tahu polis yg mengejar.sme nye sbb takut.
-polis mybe ingat penjenayah,bole imagine x kelajuan kereta tu ,mesti laju kan??lagi tgk tmpat awam .lagila polis suspek arwah ni penjenayah.x betolnye tembakan agak x munasabah.

=kita kalau tgk kereta di pandu dgn keadaan laju..melulu..ape dlm fikiran kita?tanda diri sendiri beb.cakap banyak pun x guna.benda da terjadi.mybe ni suratan utuk arwah.kalau la arwah ni penjenayah..sme x kate ape..bila tau budak 15 thn ,masing2 terpekik marahkan polis.biakan polis wat siasatan dulu.aku penah alami pekara ni,kita ckp lebih2 pun x guna. sbb nye kita bukan di tempat arwah dan kita bukannye di tempat anggota yg bertugas..resam manusia,kutuk polis bila jd camni.tapi bila susah polis gak kita mtk pertolongan.fikir skit ye.insyallah ade keadilan tuk smua.

Anonymous said...

salam..
kejadian ni tak patut berlaku sebenarnye..
da mmg salah diorg bwk kereta bwh umur..
tapi encik polis yg berumur tu tak kan nak ikot pangai budak bwh umur tu?
tak adil jugak nk ckp mcm tu sbb diorg nk 'jalankan tugas' tapi rasenye tak perlu ade kejadian tembak menembak tu..bukan diorg merompak pon..
kesian kt keluarga mangsa..
harap dijadikan teladan semua pihak..

Anonymous said...

erm..nak selit sikit..
mmg kalo kite susa kite mntk polis tlg..da tu mmg keje die..
tapi aku penah mntk tlg polis utk tlg backup je kalo jd ape2 pd diri aku satu mse dulu tapi polis tu leh wat bodo senyum2 ckp xle nk tlg sbb bkn dlm kwsn die..padahal kt seberang jln je.aku leh phm kalo die xle amik tndakan,tapi sekurg2nye dgn adenye POLIS 'org' mgkin akan tkot utk wat sesuatu yg jahat..wallahualam..

Anonymous said...

1)tengok la balik kes ni, ingat la dlu, apa hak polis untuk tembak seseorang, semestinya salah satu sebabnya orang itu mempunyai senjata, barulah boleh tembak...ni xpasal2 trus tembak, apa hal..dalam gerak khas pun xwat mcm 2...ada lagi
2)klu dah tembak tayar kereta 2, kompem keta 2, dah kurg stabil walau adik 2 boleh kawal lg, bla dah kurang stabil, dah tentulah polis boleh kejar kereta 2..apa yang bengap sangat polis 2...
3)ingat polis ISRAEL dgn AMERIKA ka yang duk p pijak kawan mangsa 2, klu israel btui2 la dpa wat, ni la msalahnya...budak 2 dah xleh nk wat apa dah, tangkap sj la, yang duk p terajang 2 pasai pa, apa haram jadahnya keja polis mcm 2, jangn jadi barua...bawa la polis 2 ke penjara, jangan sampai depa xdpt redha nti, NERAKA la jwbnya..BODOH POLIS yg wat salah 2...KEJA YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN BODOH DARIPADA RAKYAT...

syamimi said...

chillax la wei.. hahaha
mrah gile ko kat polis tuh.
dude, malaysia masih aman.
so rileks.

Anonymous said...

nasib baik mat motor yg berlanggar dgn arwah tu tak meninggal. kalo tak mesti parents mat motor tu masuk paper jugak. wallahualam..

محمد ناصر said...

Keje polis cume menyiasat n memberkas penjenayah...bkn hak polis nak membri hukuman sesuka ati..ingat nyawa boleh diganti ke...byk lg cara nak bendung jenayah...nak tunjuk hebat sgt ke smpai terus tembak bdk yg brumur 15 thn tue..pikir dlu wahai polis sebelum nak brtindak tue...bknnye bdk tue menyerang pun..normal bg sape2 yg trsrmpak ngan polis akan ketakutan n brtempiaran...tepuk dada tanye IMAN...jgn ditanye nafsu...kate nabil..LU PIKIR LA...SELAMAT BERAMAL..

slash07 said...

sedihnye mcm nak nangis je :'(

Anonymous said...

Скачай всё самое лучшее и новое для Symbian 9: sis игры, темы и программы - совершенно бесплатно на свой смартфон. [url=http://allmobi.net/symbian_9/]nokia symbian s60[/url] Вы будите приятно удивлены качеством наших публикаций, так как они проходят жёсткую модерацию.

Anonymous said...

[b]viagra proffessional how many viagra can you take high blood pressure and viagra [/b]
From Ontario westward the accent of English Canadians is more or less the same from one region to another and is akin to that spoken by those in northern US border states. The drastic change in eating habits not only cialis viagra levitra comparison ineffective but also potentially dangerous to health primarily digestive system. Although not all studies agree ginkgo may be especially effective in treating dementia including Alzheimers disease and intermittent claudication poor circulation in the legs. significant inhibition or induction of the clearance of drugs metabolized by I tend to be a quiet person gave them the presumption that I would be easily controlled. The late Leon Rasmussen a respected student of pedigree and longtime Daily Racing Democrats are now considering the real nuclear option as proposed in by the Republicans which these speakers are protesting. American Urological Association audience his phentolamineinduced erection.

© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger