Bahan mentah fully sponsored by Farid a.k.a Tok Imam cohort 1. Persiapan dilakukan dari awal pagi lagi. Weekend kali ni agak penat sikit la tapi puas hati dapat jamu kawan makan. Awal pagi Ahad lagi dah keluar pi Sunday Market untuk re-stock sayur kat rumah. Balik je dari market, terus start besiang ayam untuk kenduri yang dijangka akan berlangsung pada pukul 7 malam sejurus selepas Isyak.
Kerja aku besiang ayam. Memang jadi orang dapur betul la. Langsung tak keluar pi ruang tamu pun. Ayam keras kong. Jenuh katok dengan pisau. Last resort, rendam ayam dalam sinki guna air panas. Hahaha. Inisiatif terbaik mau kasi ayam cepat lembut.
Ahli rewang tengah take a break. Makan sup ayam for lunch. Psst..aku baru tahu istilah rewang tu digunakan untuk merujuk kepada orang-orang yang buat kerja untuk kenduri. I learned a new word yesterday. Hihi.
Arin tengah ligat menguli dough untuk cucuq keria. Pergh. Hebat wanita ini. Semua jenis cucuq dia reti bancuh. Psstt..karipap dia sedap weyh. Siapa nak cari calon isteri, cari macam ini. Bahagia rumah tangga. Ehem. Yang besiang ayam kat atas tadi tu pun calon isteri yang bagus.
The making of kari ayam. Susah rupanya nak buat kari ini. Setiap masa nak kena tengok. Letak garam berjuta kali tapi rasa tetap sama. Tapi, at last berjaya juga dapatkan satu flavour yang boleh diterima akal. Gasak je lah. Tekak kawan je pun. Bukan tekak mak mertua. Hahaha.Lauk untuk kenduri ialah kari ayam, sayur campur dan sambal belacan. Very the kampung style gitu kan.
Wuih. Semangat wanita Malaysia ini menggosok baju. Haa..Berkobar-kobar nak sarungkan baju kurung for the first time kat sini.
Tunggu next entry. Nak tayang gambar cun I dan kawan-kawan melaram sakan dengan baju raya.
13 comments:
kalau makan ramai2 mcm tu,jauh dari keluarga,kg halaman..semuanya sedap...
ckp diri sendiri jadi calon isteri yg baik ke zack? ahaha..
mesti best kalau leh tolong
yang bersiang ayam tu berapa hantaran?
he he he~
Kari.. My peberet tuh..
itu dia...bertungkus lumus...hee :)
seronok nye kenduri diperantauan. ;D
rewang2... huhu. kalau kat kedah panggil camne?
apa yg penting kerjasama. best merewang tu
bestnya...kirim salam dekat kawan2 yew dari Mr Potter..hehe
hoho ~ macam best je duk kenduri kendara kat luar negara. hehe ;D
baguslah budaya tolong menolong masih ada ke...
Kaitan Jumlah Entry and Pelawat
Kamsiah..
yup..betul..makin berselera bila makan ramai2..
Att Ashburn..
hahaha..poyo je lebih zack ni
LORD ZARA..
ha..tak mahal pun..10 ribu je..ahahaha
Whoopz..
faveret aku juga =)
'AQILAH..
demi kawan-kawan..ku sanggup
/Dayah//Nurul/..
yup..kalau sorang2 memang tak mampu nak buat semua ni..
nabil_potter..
insya-Allah.. =)
Mysara Newrie..
feel dia lain sikit bila kat sini.. =)
Sharinginfoz..
yup.. =)
bestnyer aku tgk ko kat sane
Post a Comment