Bukan nak kata la. Tiga hari berturut-turut dapur tak berasap.Memang rezeki murah betul.Jemputan berbuka merata tempat.Eceh.Bajet macam VIP pula kan orang jemput sana sini.Tapi tu la.Tak sangka pula semeriah ni raya kat perantauan.Rasanya lagi happening kot dari Malaysia. Kat sini senang nak pergi rumah kawan-kawan.Jalan kaki pun dah sampai.Kalau kat Malaysia, first raya memang tak berjalan mana la.Lekat kat rumah basuh pinggan kat dapuq.Raya kedua baru berjalan.Itupun setakat rumah sedara terdekat.Rumah kawan jarang sangat nak singgah.Tahun ni dapat dah merasa.Best la.
Open house Rumah Malaysia
Open house Wai te Ata
Open house 32 Adams Terrace
Siapa lagi nak buat open house? Jangan lupa panggil aku.Sedia berkhidmat untuk habiskan makanan.Hahahaha.
p/s: Baju kurung bawa 4 pasang ja mai NZ. Dah hentam semua dah.
Weyh, jangan lupa join Raya Sakan Contest tau! Babap kang siapa yang tak join.Hihihi.
2 comments:
oklah kan raya di perantauan ramai-ramai kan
Sedih Balik KL
enjoy2...
mkn2...
minum2...
lepak2...
sgt best weyh raya camtu...(^^)
Post a Comment