Masuk CP, rasa lega sikit sebab kena aircond.Usaha cari tempat lubang aircond keluar.Nak bagi kering ketiak yang dah basah.Huhuhu.Waktu kat CP, berlaku satu pergaduhan gara gara ada mamat kantoi mencuri bateri. Dah la yang mengantoikan mamat tu badan besar.Macam bouncer.Elok je bouncer tu seluk poket belakang mamat tu dan naah, jumpa dua biji bateri.Apa lagi, mula la bouncer tu naik angin.Takut weh.Bayangkanlah, hanya disebabkan dua biji bateri, dorang bergaduh bertumbuk sakan sampaikan kena panggil pak guard untuk leraikan pergaduhan.Pak guard pula haluih.Kesian aku tengok.Dia pun macam tak berdaya nak buat apa.Yang aku hairan, dah terang tang tang salah mamat tu sebab mencuri, kenapa dia still tak nak mengaku?Kenapa still nak bergaduh bertumbuk semua? Yang bouncer tu pun satu.Patutnya boleh selesai cara elok.Tak payah la sampai nak belasah orang kan.Cakap elok elok, minta orang tu mengaku, tak pun bawa je dia pi balai polis.
Moral of the story, janganlah mencuri!
3 comments:
Gong Xi Fai Chai .. Hong Bao Na Lai ..
ooo..ak ade pengalaman mcm neh dowh..mase ak keje kat shell..seriously ak gerun gak lah..mamat yg curik tu siap tolak kepale ak ag time ak nak kunci pintu shell tamo bg die kua..huu T.T
z@ck..ko x rakam ker???
Post a Comment