Aku pulak teringin nak makan sotong celup tepung. Ada dua jenis sotong. Satu yang putih, satu lagi yang kita selalu makan tu. Yang halus halus tu. Berbelah bahagi. Tak tau nak amik yang mana. Siap tanya kat abang tu lagi, "Yang mana murah?" Tebalkan muka jugak tanya macam tu. Mesti abang tu fikir "Eh budak ni. Nak murah pi candat sendiri la!" Hahaha. Sotong celup tepung aku 18 hengget. Puas hati. Nasib baik sedap. Sedap betul weh. Dia punya tepung goreng tu ada rasa black pepper sikit. Sotong dia pulak, liat liat manja gitu.
Oh myyyyyyy...ada lamb chop la! (Bukan yang baju putih tengah renyih tu, sila tengok menu atas si baju putih)
Selain ikan bakar, ada jugak pilihan western food. Chicken chop dia aku dah try sikit yang Wan Z punya. Sedap. Not bad. Lain kali datang, boleh try lagi. Ambience pun ok. Tempat parking besar. Siap ada projector screen lagi. Boleh la kalau nak gather ramai ramai kat sini.Mulanya ingat nak buat farewell Miss Kim kat sini, tapi terpaksa cancel last minute atas sebab yang tak dapat dielakkan.End up kami yang mai makan kat sini. Hehe.
Kiri dan kanan masih single. Yang tengah dah berpunya. Ehem.
Lokasi kedai ni, seberang dataran ikan bakar. Kalau dari SMK Khir Johari, straight je sampai jumpa jambatan kecik. Lepas jambatan tu, dah boleh nampak sign board PENGKALAN IKAN BAKAR disebelah kanan anda. Exact alamat, non ado =/
p/s : Gambar ikan bakar tak sempat nak snap.
3 comments:
Sg petani banyak tempat makan sedap no...dah lama x round SP. dulu masa sekolah sana apa pon tadak. la ni membangun betoi.
tpi mmg nampak sedap sotong tu..hehe
gula merah..
erm..dah lama ada kat SP. cuma baru discover.hahaha
eDdy..
tobat sedap weh.
Post a Comment