Dek tertengok gambar sushi bi, teringin pulak nak makan. Kebetulan kat Village Mall ada kedai sushi baru buka. Tak ada la baru sangat. Tapi baru la jugak. Cakap kalau tak berbelit memang tak sah la kan =,= So, apa lagi. Ke Edo Ichi Sushi la kita yuk! Masuk masuk je macam biasa la. Disambut dengan sangat friendly oleh staff Edo Ichi. Sebut apa benda entah. Welcome dalam bahasa Jepun apa? Haa..menatang tu la depa sebut. Aku tak ketahuan sangat pasal terkejut masuk masuk semua pakat greet. Yang duduk kat dapur pun greet apa kes. Punya la mesra. Bagus bagus.
Mat arep tak pernah makan sushi. Ini first time katanya. Dia tak favour sangat tapi sebab aku teringin nak makan, gagah jugak la dia teman aku lepaskan kempunan. Disebabkan bajet tight, air beli satu kongsi dua. Soya cincau sampai 8 hengget. Ini kalau beli kat pasar malam, boleh dapat 8 bungkus! Bab makan ni berkira jugak kalau harga ridiculous. Pfffttt...
Ini pulak takoyaki. Rasa, ok la. Cuma kurang sos dan baby octopus seciput je dia letak. Kasi banyak sikit la bang. Harga RM 7.80. Harga sushi dalam plate macam ni berbeza ikut warna. Putih RM 1.80, hijau RM 2.80, biru RM 3.80, merah RM 5.80, kuning RM 7.80
I was so mak cik you knooooooow.
Wasabi dia tak pedas macam sushi bi. Struggle gila nak makan guna chop stick. Dah la meja betul betul mengadap tukang buat sushi. Segan pulak terkial kial pegang chopstick. Last last I fed up, I makan guna tangan. Baru authentic. Dah nama pun melayu, pi la ceruk mana pun tetap guna tangan.
Dah. Lepas ni jangan mengada ngada nak makan sushi dah. Mahal tau tak...mahaaal! =,=
5 comments:
peberet akak ni... japanese & korean food. Tp biasa le kan dik... rega mahai :)
Zalia..
nak buat sendiri, tak reti..hehehe
kedai tu ada tanda halal dak?
mcm sedap.dekat plak ngan umah.
cheq duk taman ria..
k noh.daa.
mesti pekerja tu sebut irasshaimase..betol x??
aq still sampai skank ni x suka sushi..huu
setakat ni belum try makan sushi
Post a Comment