Online users

Follower

Monday, May 7, 2012

Wedding at Taiping

Cerita ni dah lama tapi nak jugak cerita. Jadi last April. Kitorang ditugaskan untuk jadi "flower girl" untuk wedding akak Wan. Not flower girl actually, tapi macam bridesmaid. Yang iring masuk dewan tu. So, 3 hari la kami berkampung kat Taiping. Malam Jumaat, ada kenduri tahlil. Tak banyak kerja nak kena buat malam tu sebab semuanya catering yang urus. Senang kan pakai catering. Tak gaduh nak fikir pasal masak. Tok, please la buat catering lepas ni. Pleaseeeeee *puppy eyes*

 Mini pelamin for akad nikah. Dorang buat majlis akad nikah kat rumah. 

 Ambil berkat katanya. Duh.Pipi bagai dipam pam T_T

Bersama dengan bakal pengantin.Serius Kak Wan sangat sempoi.Cakap lembut sangat, so perempuan Melayu terakhir. Langsung tak nampak nervous nak nikah.Kalau aku, tak duduk senang dah.Malam tu jugak baru pakai inai kat jari. Bakal pengantin lelaki pun ada sekali time ni. Tapi tak sempat pulak nak snap.

Kenduri tahlil habis around 10 malam. Makanan sedap, so jangan haraplah aku nak diet. Makan je lah. Lepas kenduri, baru sambung diet balik. Hahaha. Habis kenduri, kami balik homestay. Oh ye. Kami duduk kat homestay. Dekat ja dengan rumah Wan. Tak sampai 5 minit drive, dah sampai. Tak muat nak sumbat semua kat rumah dia. Dengan family dia lagi, sedara mara lagi. Dekat homestay ni la kami buat projek. Projek apa? Projek door gift. Seperti yang boleh anda lihat, kami hidup dalam timbunan kotak door gift yang sangatlah banyak. Ada la dalam 1000 lebih. Pusing kanan, kotak, pusing kiri, kotak. Nak berjalan pun terpaksa tip toe.

Siang malam mengadap door gift ni. Ada dua jenis.Satu untuk VIP satu lagi untuk orang biasa. Al maklumlah, kak Wan kahwin dengan orang yang agak besar pangkatnya. Family belah sana ramai yang pangkat Dato' dan sekian sekian.Makanya, perlu la kasi door gift lain sikit. Kitorang dah ibarat macam orang kerja kilang. Masing masing ada stesen sendiri. Hang buh teluq, aku tampal sticker.Agak dah bosan sikit, tukar stesen. Gitulah kekdahnya. Malam terakhir sebelum resepsi, kami dibantu oleh Kak Ju dan Kak Ida. Lega. Sempat siap before time. Kitorang pun kalau boleh tak nak stay up lama lama buat benda ni. Esoknya nak kena bangun awal, make up lagi. Hey, pengiring pun nak jugak cantik you'olls. =P

Dinasihatkan jangan la beli casing telur macam ni.Agak remeh. Cantik memang cantik. Tapi nak buka casing tu, makan masa weh. Mengganggu kelancaran kerja. Ewah. Ada kot berpuluh casing tu yang patah dikerjakan aku. Dia ada 5 cangkuk. Kalau nasib baik, 5 cangkuk tu tak patah la. Tapi selalunya aku bernasib malang la, tangan tak lembut, mesti ada satu cangkuk yang akan patah. But still boleh lekat la casing tu. 

To be continued...

3 comments:

eLLy said...

seronok wat kerja reramai nie .. sambil dok wat kerja sambai ber gossip :p

eDdY said...

tu la kan..kalo pakai catering senang skit..hehe
anyway..mesti seronok kan wat kejer ramai2 camni.. :)

[z@ck] said...

eLLy..
kan? so understanding la akak ni..eheheheh

eDdy..
catering mmg senang banyak weh. tak gaduh nak susah payah kupas bawang segala.tinggal ngap masuk mulut ja.hehehee

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger