Online users

Follower

Thursday, June 14, 2012

Bandung Trip: Pasar Baru

Adalah terlebih rajin semalam. Semalam saja 3 entry. Teringat zaman kegemilangan berblogging dua tahun lepas.Satu hari , 6 entry kot. Konsisten pulak tu. Sekarang, malas.Hahaha.Ok.Nak sambung cerita Bandung.Jom ke Pasar Baru pulak.Haa.Tempat ni wajib pergi especially untuk kaum wanita.Syurga hang tau tak...syurga! Sebab apa syurga? Sebab semua barang murah dari kain pasang,kain telekung,blouse,kain pelekat,tudung dan banyak lagi la. Pasar Baru ni besar. Ada 5 lantai. Haa..Kat Bandung tak panggil 'tingkat' depa panggil 'lantai'. Ocen parking kat lantai 5, so kitorang start dari kedai atas dulu la. Masuk first kedai pun dah jadi sawan.Bersepah kain pasang.Nak macam mana? Kain sulam manik, sulam bunga, kain kebaya, kaftan semua ada! Tinggal nak pilih dan bayaq ja. Harga pun super duper cheap. Kain pasang sulam manik boleh dapat 110k rupiah. Duit kita dalam 30 hengget lebih ja. Mana nak dapat kat tanah tumpah darahku oii.

Aku nasihatkan tak payah la beli kat kedai tingkat 5 tu sebab ada kedai kat level bawah yang jual the same design tapi dengan harga yang lebih murah. Gigit jari tengok kain sulam cantik cantik.Ikutkan hati, nak cekau je semua tapi apakan daya, ongkosnya kurang. Huhuhu.Beli setakat yang termampu ja.

Tengah tunggu tokey kedai amik kan kain sulam untuk Adawiah. Dia la yang paling banyak shopping kain.Orang nak tukar status tak lama lagi. Haruslah cari kain untuk seisi family.Ye tak? Tapi memang berbaloi pun beli kain kat sini. Berangan jugak kalau ada duit lebih, time nak kahwin nanti, nak mai cari kain lace kat sini.Sebab murah gila! Now I know why bride to be love to do shopping here.Door gift pun murah. Senang cakap, semua murah la.

Ocen, our supir. Ikut je lah kemana kitorang pergi. Nak berpisah, takut tak jumpa balik sebab keadaan dalam Pasar Baru ni sangat sesak.Jaga jaga la dengan handbag korang.Ada kes kena toreh bag.Banyak pencopet kat sini.Alhamdulillah, sepanjang di Indonesia, tak ada apa apa berlaku kat kami. Ocen ni jadi tukang pegang plastik shopping kitorang. Habis beli, sua kat dia. Kiri kanan mengendong plastik.So sweet.Hahaha.

 Adawiah going crazy again.Hehehe.This time, misi mencari kain cotton pulak.

Aku tak beli pun. So, I camwhore sorang sorang.Cantik kan corak paisley yang aku pegang tu? Tu material viscose if I'm not mistaken. Telan ayaq liuq ja la tengok kain cantik cantik. Sebelah kedai ni kedai lace.Orang tu cakap harga range from RM 5 to hundred ringgit for 1 meter depending on the material.Aku try rasa kain dia. Memang ada perbezaan.Setengah kain lace, kasar, ada yang lembut. Batu dia pun lain. Juling mata tengok banyak sangat design.Semuanya bling bling.

Duduk dalam Pasar Baru dari pagi sampai nak tutup. Tak sedar pun dah spend almost 5 hours dalam ni. Yang ajaibnya, tak lapar langsung. Perempuan, kalau dah shopping, puasa pun sanggup.Hahaha.

13 comments:

Irfa said...

teruja pulak baca :)

Unknown said...

cantiknye... huhh rasa nk terbang g indo skrg cri kain..

eDdY said...

aq setuju ayat last tu..haha

Deqna said...

bestnya... plan nak ke bandung gak lah.. cam best jer nak soping2.. zack pakai travel agent mana?

shazika said...

kak z..yg akk pegang kain gmbr last lawa lah kain tu..haish..ni yg rasa nk gi bandung jgk nie..adoi

[z@ck] said...

Irfa..
akak, kena try pergi sekali.konfirm rasa nak pergi lagi..

shera haifa..
memang cantik! huhuhu

eDdy..
so,be prepared la once ko dah ada wife nanti.hahaha

Deqna..
yup.pakai travel agent.cuma tiket ja beli sendiri.accom,supir, travel agent yang uruskan

shazika..
kan? rasa menyesal pulak tak beli.uhuhuhuhu

Senorita Nadira said...

nak g jgk bandungggg!! shazika: nok g ajak aku deh hihi:))

NUNU EERA said...

5 jam.. lma tu.. i 2 jam da rsa nak blik da sbb da byk duet abes.. huhu..

PKG Mengabang Telipot said...

salam.. pergi pakej ke ape ek? nak nombor boleh? email ke rafiahaqilah@gmail.com.. tq

Unknown said...

Yg awk pgng tu da ciap cut 4 meter ke? Bpe hrga? X saba nk k sane bn 12 nie....hehe...pasar baru!!

[z@ck] said...

NUNU EERA..
masalahnya tak sedar langsung dah 5 jam spend dalam pasar baru.huhuhu.

mtelipot..
yup..under pakej.cover accom, supir n minyak je.saya kasi email dia je la eh..serumpuntours@gmail.com

nor lina..
tak potong lagi tu. harga x ingat la plak tapi murah la.huhuhu.happy shopping! =P

den.dyen said...

assalam.. blog yang best!! baru nak tanya tour guide, tengok dah ada tulis.. ;)

♥AisY♥ said...

Salam.. Td ada komen tp rasa macam xmasuk pula komen. hehe.. Tgh search ttg kain sulam bandung then terjumpa blog ni. Nk tnya, level yg bawah yg jual agak murah tu level brp ye? rega dia mmg lagi murah ke? ingt x brp? harap dpt beri info.. tenkiukk :D

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger