Online users

Follower

Thursday, June 7, 2012

Bandung trip: Tangkuban Perahu

How should I start the story? Hurm. Ok.Mula dengan first day kat Bandung la ea. Senang sikit nak susun cerita.Kitorang sampai Bandung midnight dan disambut oleh pak supir yang bernama Ocen.Disebabkan malam, gelap, so aku tak dapat nak agak airport tu besar mana. Yang pasti, tempat pick up luggage dan kastam sangatlah kecik. Berhimpit himpit queue. Keluar dari kastam je dah nampak Ocen pegang kertas nama aku. Ok. Rasa awkward.Tak tahu nak greet Ocen macam mana. Terkulat kulat tunjuk tu nama saya. Hahaha.Bongok.

Lepas tu, ada supir lain jugak yang ikut. Namanya Hendra. Dia ni pun kerja bawah Serumpun Tours jugak. Satu company la senang cerita.Eh.Lupa nak bagitau yang kitorang pergi under agent.Dorang yang setelkan bab accom dan transportation.Nanti aku cerita lebih lanjut ye. Tunjuk planned schedule kitorang,decide nak pergi Tangkuban Perahu dulu esok paginya.

Nak masuk Tangkuban Perahu, kena bayar. Aku tak pasti berapa fee entrance dia sebab kitorang dah bayar sekali dengan duit accom.Tapi yang pasti, Malaysian kena charge lain sikit dari local people. Gitu pulak kan.Dah bayar fee entrance, ingatkan dah setel la kan.Sekali, Hendra cakap kena bayar 150k rupiah untuk tour guide. Jadah apa pulak tour guide ni. Aku ingat Tangkuban Perahu tu tempatnya macam open.Tak perlu tour guide segala. Tapi sebenarnya boleh ja kalau tak amik tour guide.Korang jalan ja la sendiri. Tapi kalau tour guide, dia bawa la pergi Kawah Domas.

Memang tak expect pun akan kena jalan dekat sejam untuk sampai ke Kawah Domas tu. Tu dah campur berhenti amik gambar, amik nafas semua la. Cungap mak noks. Dengan pakai flat shoes yang tunggu masa nak rabak ja, dengan jalan licinnya. Huwa! Awat la Ocen tak habaq awai awai kena jungle trekking kat sini.Tapi kira kitorang okay lagi la dari geng mak cik dan pak cik. Dorang lagi kesian.Jalan kejap, berhenti. Sempuuut. Syok kat tour guide tu la dapat geng tua. Sebab bayaran 150k rupiah tu untuk sejam. Lebih daripada sejam, kena add on lagi duit. Dapat kitorang yang muda dan sengkek ni, jangan harap la nak berhenti lama lama. Dah tahu dah trick dorang ni. Saja suruh berhenti ambil gambar la apa la. Saja nak lengah lengahkan masa.Puiii.

Tour guide tu cakap orang Malaysia ni manja. Jalan sikit, penat. Kena setempek.Tapi memang betul pun.Jalan sikit, dah semput.Bab ni aku salute la kat local people. Dorang ni fit.Even dah berusia, tapi lagaknya kaya orang muda. Cewah. Tour guide kitorang jalan laju ooo.Same pace.

Dalam pokok pun jadi kerja. Ni semua angkara tour guide yang nak lengah lengah kan masa la ni. Layankan aje lah. =.=

Worth the walking. Kawah Domas dari pandangan atas. Tinggi lagi ni nak sampai kat bawah.

Bambino sedang berehat. =.='

Bambino sedang posing.

 Dah sampai kat bawah Kawah Domas.Macam preggy pulak saya.Duh.

Tapi memang cantik la Kawah Domas ni. Suddenly it reminds me of Rotorua. Rindu pulak zaman kat NZ.Orang tu suruh kami rendam kaki amik feel.Siap suruh beli telur tunggu rebus.Memang tak la kan.Saja ja tau dorang ni. Nak lengahkan masa. Setakat amik gambar dua tiga keping, done. Ramai betul Malaysian kat sini. Memang tak rasa macam kat Indon pun. Toleh kanan, Malaysian.Toleh kiri, Malaysian.

Yang bawa kami berjalan bukan setakat tour guide saja tapi ada 2 orang pedagang.Istilah pedagang ni sama macam penjual la. Dorang ikut je kitorang sampai habis. Nak suruh beli barang dorang.Bab ni la paling aku tak suka. Bukan kedekut, tapi dorang mark up harga bukan main tinggi.Jual keychain je pun. Ada sorang ni, jual gelang macam AC Mizal tu. Cakap boleh bagi sistem badan elok la bla bla bla. Harga first dia letak 150k rupiah. Gilo apa gelang sampai RM 50.Last last dia bagi 50k ja. Aku pun dah kesian sangat dengan dia, beli jugak la satu. Lepas tu baru dia blah. Hilang satu azab orang mengekor.Aku rimas sikit orang duk paksa beli barang ni. Memang la dorang cari rezeki, tapi dah kata tak nak beli, means tak nak la kan.

Habis tour, semua pakat sakit kaki. Sengal satu badan.Rasain lo!

11 comments:

Nieda said...

Ramai juga org kat bawah tu ye...

[z@ck] said...

Nieda..
yesza..ramai..semua pakat nak rendam kaki dalam air panas

eDdY said...

z@ck..kalo xder tour guide..xleh g ke kawah domas ni??

[z@ck] said...

eDdy..
erm..not sure la plak.

Useriez said...

teringin nak pi bandung..

cha said...

cantiknya tp lawak la dorg ni. demi duit sanggup buat mcm2 kan. kesian pn ada. smpai lengah2 masala. haa akak pn sama rimas org ikut haha.klau akak bo layan je nk jual apa kejadah brg tu huhu

Puan NuNu.. ;) said...

msa smpi sna aitu xsmpt nk g kwh tu.. sbb rsa mcm jauh je..

LidiaSuraya said...

hei i pun baru pegi aritu dingin n damai jer...

btw saya singgah n follow kamu yerrrr

Saya Disini said...

bestnye melancong mcam ni..

Irfa said...

blog z@ck adalah yang ke2 akak baca psl rimas dengan penjual yg ngekor je masa turun nak tengok kawah kat sini

Anonymous said...

sis,nak tanya...harga supir satu hari berapa ya?ada no phone dia x?pls email riana.mn@gmail.com tq...

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger