Ecewah. So, weekend aritu pergi DIY mencari something untuk dorang. Time tu tak boleh decide lagi nak beli apa. Since aku ni pun cukup cukup makan ja sekarang ni, aku nak cari something yang simple, murah dan comel. Melilau mata ni mencari benda apa la aku nak bagi kat dorang. Memula terfikir nak beli kad. Tapi bila fikir kuantiti yang banyak, macam lari bajet ja. So, ready made card out. Tiba tiba ilham datang, nak bagi mini card handmade. Tapi nak cari something jugak. Add on to mini card. Tetiba ternampak kepit kertas cute. Tengok harga, hah..within budget. Terus grab. Comel teruk kot penyepit ni. Colorful. Tu yang penting. Budak budak suka sikit benda yang colourful ni. Ye dak?
Siapa kata benda ni tak cute, dia gila. Hahaha.
Kebetulan mood aku tengah rajin. Makanya aku print out la wishes untuk dorang. Lepas tu pelekat atas coloured papers lepas tu gunting guna gunting ketak ketak pelbagai corak. Memang puas hati buat. Sebab effort sendiri kan. Belemoih habih tangan men dengan gam. Tapi tak pa. Cikgu sanggup. Demi anak murid cikgu. Gituuuu.
So, inilah hasilnya. Wishes sama ja untuk semua orang. Kang tulis lain lain, dikatanya pilih kasih pulak. "Kenapa ucapan kau panjang, aku punya pendek?" So, better sama ja semua.
So, tadi aku kasi kat dorang. Ternyata dorang sangat super excited dan siap tayang kat kawan kelas sebelah. Glad they like it. Harapnya, dorang sedikit termotivasi untuk buat bersungguh sungguh untuk UPSR. Bangga ja aku bila dorang kepit wish tu kat tie dorang. So sweet.
Since kelas yang aku ajar ni budaknya ramai yang low level, maksud "dear" pun dorang tak tahu. One of the boys knew the meaning and he said, "Dear tu maksudnya sayang la.Wah. Cikgu Zafirah sayang kita semua la." Aku pulak yang blushing dalam kelas tu. Mesti la sayang. Hikhikhik.
All the best to all Year 6 pupils!
6 comments:
lepas ni mesti saham cikgu zafirah naik melambung..jadi ingatan kt semua student..hehehheee
SWEETNYA CIKGU Z@CK
MESTI ANAK2 MURID NANGES KALAU AWAK TUKAR SKOLAH LAIN NANTI..ANAK AKAK SELALU SEBUT CIKGU YG BAIK NGAN DIA
SEMOGA MURID2 AWAK BERJAYA DLM UPSR
# anak sulung akak pun exam tahun ni
kemain rajin dan kreatif siap buat sendiri...nanti nak buat jugaklah kat anak murid saya..
semoga anak murid akk dapat result elok naaa..
tabik ngan cikgu cikgu..mengajar bukan sekadar habis di kelas.. siap bagi motivasi bagai. semoga murid kelas cikgu zack akan berjaya..
best nyer kalo cikgu2 aku zaman dulu macam ko..hehe
Sweet je... Untunglh ank murid Zack dpt teacher super cute cm nie
Post a Comment