Aku ada terbaca dalam satu buku ni pasal kelebihan baca kalimah Bismillah ni. Antaranya ialah:
1) Untuk menghindarkan gangguan syaitan
Bacalah Bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur. Selepas baca, jangan bercakap sepatah pun, sampai tertidur.Insya-Allah, kita akan terlindung dari sebarang gangguan syaitan, aman dari kecurian, terhindar dari mati secara mendadak atau bencana pada malam itu.
2) Untuk menghindarkan perasaan benci
Tulis Bismillah sebanyak 113 kali pada sekeping kertas atau kain putih, tepat pada awal bulan Muharram.Bawa tulisan tu ke mana saja korang pergi.Insya-Allah, kita akan terhindar dari kebencian orang lain, juga dimudahkan urusan.
3) Untuk menundukkan orang zalim
Baca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang yang ingin berbuat zalim kepada kita. Insya-Allah orang tu akan berbalik menjadi orang rendah diri dan hilanglah maksud jahatnya.
Petikan dari buku "Pintar Ibadah" nukilan Ustaz Johari Yaman.
Diharap ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan kita bersama.Aku dah cuba amalan no.1, alhamdulillah. Tidur aku nyenyak. Langsung tak mimpi buruk. Tidur pun sangat senang =)
To be continued...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
bagus ni... thanks for sharing this zack. boleh tulis tampal kat dinding. hehehe.
Thanks for the info dik ;p
Good info :)thanks.
bagus ni..thanx 4 da info z@ck (^__^)
Info yang best, dari kecik Ayah ajar saya baca doa tidor, lepas tu bismillah 21 kali. Katanya masa nak baring tu, eloknya jatuhkan belah kanan badan dulu. Insyaallah, tidur nyenyak xda gangguan. :)
Post a Comment