Online users

Follower

Sunday, April 29, 2012

Kena patuk ular

Assalamualaikum semua. Sorry la. Dah lama tak menulis kat sini. Terlupa ada blog. Hahahaha. Actually minggu lepas ada assignment nak kena submit. And that's the final assignment for this sem. Alhamdulillah. Dah halfway through this sem. Tinggal nak hadap paper exam ja this 15 May. Petang Khamis, balik Titi Gajah dengan Wan. Balik sehari ja pun untuk ambil tok,ika dan bang cik. Dorang nak pergi KL untuk tujuan pendaftaran bang cik di Unisel. Yesza. Bang cik dah masuk U. Tinggal la Ika berdua dengan tok kat rumah lepas ni.

Malam jumaat, bang cik nak keluar pergi Jitra. Din jemput pukul 8.30 malam. Tiba tiba aku dengar suara perempuan menjerit kat luar rumah. Aku bajet sedara aku datang. Rupanya suara bang cik. Kaki kena patuk ular.Panik weh.Tak pernah encounter benda macam ni seumur hidup. Semua orang gelabah. Tak tahu nak buat apa. Din pulak dah keras kaki. Tak boleh tengok ular katanya. Ular tu tak ada la besar lengan. Ada la besar jari telunjuk, panjang lebih daripada sejengkal. Tengok bekas patuk, Din terus bawa bang cik ke hospital untuk inject. Afraid something worst would happen. Sebelum pergi hospital, ikat betis bang cik dengan kain so that bisa tu tak naik sampai atas. Dah lambat jugak sebenarnya ikat betis tu. Dah masing masing gelabah tak tahu nak buat apa. Duh.

Dan sebelum pergi hospital jugak, kami gilis ular tu dengan tayar kereta. Rasa puas tengok ular tu tak bergerak. Amik hang! Lepas gilis, katok pulak dengan batang buluh. No mercy at all. Ular sangat alergik dengan batang buluh ye kawan kawan. Aku memang tengok dari jauh ja pasal aku tak boleh blah dengan ular ni. Geli. Yang duk katok Zati dengan Wan je lah. Sampai terburai la isi perut ular tu. Yes. Kami puas. So, what's next? Takkan nak tinggal ular tu depan rumah kan? Kang puak dia mai cari, tak pasal pulak berekor ekor masuk rumah. Pasal ular yang patuk bang cik tu anak ular. So, kami buat hipotesis mak bapak ular mesti ada around tu jugak. Jenuh la nak angkat ular tu pakai batang buluh sebab batang besar kan. Last last guna pencakar rumput kering tu. Haaa.Senang. Buang dekat longgok sampah.

Aku tak pergi hospital dulu. Yang pergi Din dan Bang cik. So, setiap masa text dengan bang cik. Update perkembangan. Doc amik sample darah. Dah lama sikit, Din text Zati suruh kitorang tunggu bang cik kat hospital pasal dia nak kena balik hantar kereta. So, dalam pukul 10 macam tu, kami pergi tunggu bang cik. Doc suruh bang cik sign surat. Disebabkan bang cik refuse untuk duduk dalam wad within 24 hours, maka doc bagi ubat tahan sakit dan warning if anything happens after this, it's all under your own responsibility. Dorang dah bagi anti venom yang sesuai untuk bang cik. Aku tanya bang cik, betul ka nak keluar? Betul ke tak sakit? Jangan sebab nak pergi daftar Unisel, dia bagi alasan tak sakit walhal dia sakit. Dia cakap memang dia tak rasa sakit pun.Aku pelik sebab kalau ular patuk, kaki akan bengkak. Tapi kaki bang cik tak bengkak. Dia siap boleh jalan macam biasa. Sangat steady. Siap after keluar hospital, boleh pergi lepak mamak dengan member.Dahsyat.

Esoknya, pergi tengok bangkai ular tu. Yes, Dia still ada kat situ. Amik gambar nak tunjuk kat Pak Su. Kitorang tak pasti ular tu ular apa. Some said, ular senduk, some said ular tedung selar. Bila tunjuk kat Pak Su, dia gelak. No wonder la bang cik boleh berjalan macam orang biasa pasal ular yang patuk bang cik tu ular air. Ular air tak berbisa. Dan bekas patuk kat kaki bang cik bukan bekas patuk pun sebenarnya. Tapi bekas kunyah. Hahaha. Kalau bekas patuk, just ada dua dot. Tapi kat kaki bang cik, ada banyak bekas calar.

"Ulaq tu terkejut kot nampak bang cik. Tu yang dia ngap kaki bang cik. Tu pun bukan patuk, tapi kunyah.Kalau ulaq bisa, lepas dia patuk, dia takkan duduk senyap punya la. Mesti dia dah gerak gerak"

No wonder la T_T  Penat je anja gelabah. Lepas ni kalau bang cik kena patuk ular, dia dah kebal la pasal doc dah tercucuk anti venom dalam badan dia.Hehehe.

8 comments:

NIZAM said...

haha. mula2 cuak gak ular apa la tu agaknya. skali.. nak tergelak je la. tp bahaya ular2 ni. baik berjaga2 kan. btw, tahniah kat bang cik. :) unisel mane ek? s.alam ke kampus satu lagi?

[z@ck] said...

NIZAM..
shah alam =)

aReLaN said...

saya pon dok unisel shah alam gak dulu tapi tak ngaku bdk unisel sebab gaduh besar budak2 jepun ngan admin unisel.hahaha..ganasnya la korang.kesian ular tu.aiyoo

rayyan haries said...

ngeri!!! hahaha...lawak pon ada..

sweetie said...

Laen kali kunyah balik ular tu, ha..haa (melawak je) Hang buat cheq suspen je. Tapi apa-apa pun syukur bang chik tak apa-apa, tak kisahlah ulaq apa pun, yang penting cepat bawak ke hospital.

Irfa said...

tak kisah la patuk ke kunyah.bila dah namanya uklar tetap jugak akak takut
sib baik takde apa2..tahniah bang chik dah masuk u ;)

ada van de kamp said...

anja.....

eDdY said...

kelakar la plak aq baca..hehe
nyway seb baek kan bukan ular bisa yg patuk..kalo x mmg naya la..silap2 leh kena potong kaki tu..
satu lagi..anja..kah3

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger