1) Yellow
2) Ambiga & Anwar
3) Avoid undi hantu
4) Propose fairer voting system
5) Riot
So, I posted on my FB wall asking people what's BERSIH actually means.I want to know more about BERSIH. Malas nak google. Here's what I got (Though I know there are some silly answers which do not even close to the actual meaning, still...they make my day. HAHAHA)
1) Vacuum version terbaru
2) Sabun
3) Usaha pihak pembangkang untuk memastikan pilihanraya akan datang bebas dari segala unsur unsur kotor seperti pengundi hantu dll
4) Asalnya badan NGO sahaja yang terlibat untuk tegakkan 8 tuntutan dalam bersih dan sepatutnya tiada unsur politik. Tapi sekarang, dah jadi lain.
This is the clearer version of what BERSIH means. Thanks to Siti Nur for the info. (Copy direct dari FB)
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh
menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal
sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari.Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang adil dan bebas
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan
yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaultan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.Pembelian undi harus dihentikan!Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.Disebabkan 1 tuntutan ja yang dipenuhi, sbb tu diadakan Bersih 3.0
4 comments:
Menyeru pada semua agar ambil perhatian tntg isu politik negara kita.. Sebab kita ni bakal generasi akan datang.. Walaupun orng kata politik negara kita 'kotor'.. Disbbkan 'kotor' la perlu dibersihkan..
yup.bersih itu memang perlu.rasanya kalau tak dipenuhi gak tuntutan tu,memang akan menyusul la Bersih 4.0.mungkin lagi ganas la jadinya pasni.aiyooo
ps : takpe ke budak under scholar citer pasal bersih ni??hehhe
BERSIH lebih kontra dr pro... Hmmmmmm ntahla takut bla tgk mcm2 jd.. Follow back ye
BERSIH..malaysia mmg perlu kan bende ni..sbb nyer selama ni mmg kotor..huuu
Post a Comment